Thursday, November 7, 2013

penang getaway - part 2

assalamualaikum wbt. 

sambungan daripada post ini, perjalanan kami bersambung pada keesokan harinya!

hari kedua ni tak banyak sangat tempat kami pergi sebab nak balik awal ke kl, dan bergerak pun sangat lambat (note: insidious sampai pukul 3 pagi). jadi main point utama untuk sambung pencarian kami di penang street art sebab the day before tu hanya beberapa ketul je jumpa. but this time, kami pergi naik kereta untuk menghabiskan misi. 

sementara tu jugak, sempat kami singgah di owl shop berdekatan dengan mural "reaching up" dan masjid acheh yang aku beritahu sebelum ni. hari sebelumnya aku and yati dah singgah kedai ni untuk beli beberapa barang kat situ. jadi hari kedua datang lagi, kali ni azmilia and ina join sekali. 

tak dapat nak dibendung ketembamam ni. haha.

comel gila tau kedai. ada jugak beberapa kedai comel yang tak sempat kami singgah macam kedai jual mainan antik, muzium kamera dan beberapa kedai cina lain. suasana ada sedikit macam jonker street melaka. okay, ayuh sambung misi pencarian!

my favourite - "reaching up"
"little girl in blue"
okay, now macamana ahkak nak berdiri atas buaian ni, any idea? 

us being crazy with the basketball mural
us at chew jetty with "children in a boat" painting. 
note that kebanyakan paintings pun dah dimakan masa walaupun baru setahun lukisan-lukisan ini dilukis. contoh macam children in a boat dekat jetty ni memang dah tak berapa nampak sangat dah, the old man, and little boy with pet dinasour, makin lama makin pudar. jadi, kalau nak menyertai salah satu lakaran sejarah, pergi cepat-cepat sebelum lukisan ini hilang. 

eh kejap, pi penang tak pekena nasi kandaq ka? 

of courselah kena rasa! walaupun hari pertama pagi tu sebenarnya kami dah kena dah pun nasi kandaq kat butterworth, this time kami terjah original kayu nasi kandar terbaik punya di bukit jambul bayan lepas. bila teringat terus kecoq ayaq lioq ni hai! 

nasi kandaq satoo!
nasi kandaq aku letak ayam goreng panas, sotong kari and tahu dapat lah harga rm16. ina and yatie ambik udang, teruih kena rm20++. azmilia ambik ketam dapat rm16++. aku pon tatau macamana mamak ni kira. tapi memang nasi, kari sotong, ayam goreng memang favourite abadi aku.

so lepas makan, lebih kurang pukul 3 macam tu kami bergerak pulang ke kl.cumanya, tak sempat nak try char kwey tiauw best kat sungai dua nun. tapi memang trip ni trip penang terbest lah! lepas ni, memang boleh pergi lagi. yang gedik nya, kampung dekat sungai petani. lalu kot penang! hihi. 

itu sahaja trip singkat ke penang kami. 

assalaamualaikum..

4 comments:

  1. kedai mana yg mahal mcm mengcekik ni...adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah lupa pulak julie dok penang.. hihi.. ni kat kayu nasi kandar tu. selalunya standard harga nasi kandaq berapa? dah serupa makan kat secret recepi kan..? hehe

      Delete
    2. jarang makan nasik kandaq sebenarnya..heheh xpnh makan sampai kena rm16.hangpa ambik lauk apa sampai rm16 ?kalu sotong dengan udang mmg mencekik heheheeh

      Delete
    3. hehe julie. sebab pikiaqkan sekali sekala makan nasi kandaq kat penang ni, memang belasah jelah berapa hengget pun. memang ada sotong pon. member amek udang. tu yang sampai belaih hengget tu..

      Delete