Sunday, November 24, 2013

aku sedang cuba untuk digest balik apa yang aku dah buat selama 2-3 tahun ni.

assalamualaikum.

tajuk dah menerangkan segalanya. jam dah menunjukkan pukul 2.08 minit pagi. pagi. masih belum tidur. kesilapan utama; fikir pasal kerja.

memang silap besarlah sebab terfikir pasal kerja. apabila terfikir pasal kerja, terfikir mengenai apakah pencapaian yang telah aku kecapi selama ini?

aku terlalu gembira untuk menikmati hidup dan cuba untuk simpan duit biasiswa sebanyak mungkin bagi menghadapi hari tua. entah mengapa, aku rasa aku akan 'extend' pengajian aku.

dina kawan aku tanya, "kenapa nak extend?" well simple yet thinkable. kenapa pulak nak extend?

banyak benda bermain di fikiran. adakah kerja aku ini cukup, masih boleh ditulis dalam dissertation? hasil boleh lebih dari master?

memang silap besar fikir pasal hal ni semua di waktu hening begini. walaupun aku cuba untuk berfikiran sepositif mungkin.

ya aku cuba untuk target habis pada tahun 2015. malah berdoa dengan bersungguh dan yakin mengenainya.

buku the secret kata kita kena percaya.

tak kisahlah apa jua yang terjadi pun dan nampak tak logik untuk habiskan pada tahun 2015, masih kena percaya.

jadi aku percaya. like the book said, let the universe do it for you.

jadi sekarang aku ingin cuba untuk study yang study. harap boleh tidur lepas ni.

allahumma bismika ahya wa amut.

2 comments:

  1. You can do it.
    Kalau nak beberapa motivasi dari pakar tesis, boleh baca di http://drotspss.blogspot.com.
    Doktor OT cakap yang make it written. You student PhD, of course kerja you lebih bagus dari kami2 ni..Of course boleh jadi dissertation yang dibanggakan.
    Believe and never say never!!! (tanda seru nak bagi semangat ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww thanks bnc. hopefully i can have great dissertation dan yang boleh dibanggakan. and thanks for the link. will check it out. yes! never say never! be positive! anyway, i;m now trying the secret methods tu, thanks to your link and blog post. mejadi lah jugak.. hehe. kalau tak menjadi tu mungkin kurang percaya. haha..

      Delete