Friday, November 29, 2013

wide shawl i'm in love

assalamualaikum wbt.

sesajelah aku nak mengupdate pasal diri sendiri and lulu zabi shawl sebab lama sangat dah tak post blog. i am missing u so i update okay.

so, untuk kali ini, aku nak promote lagi lulu zabi shawl yang mana sekarang ni kita dah jual wide viscose shawl ya'll!

and we sell it for rm25/pc without postage. hari tu dina my dear business partner ada buat promotion for october month, which beli 4 dapat percuma 1 shawl. how cool is that?! so sekarang ni nak masuk bulan disember kan, silalah tunggu. akan ada lagi promotion best macam ni.

so wide shawl tu menatang apelah pulak nye kan?

this is me, wearing wide shawl from lulu zabi.




silalah abaikan muka gedebok tu ye. yang pasti this kind of shawls are the best i've ever had so far. betapa bestnye, sebab tak payah gosok, and of course easy to wear. senang betul pusing-pusing. if you guys nak tengok tutorial, boleh je tengok kat youtube and search, wide shawl. haaa, akak dah bagi link tu, boleh klik je kat situ. macam-macam style ada tau. even kalau korang in facebook and instagram and follow us there pon kami ada sediakan tutorial. 

so girls out there, silalah terjah luluzabi shawls untuk update korang punya tudung wardrobe tu, mari penuhkan dengan wide shawl cantik cantik dari kami. 

facebook: Lulu Zabi
instagram: luluzabi

tata!

Sunday, November 24, 2013

aku sedang cuba untuk digest balik apa yang aku dah buat selama 2-3 tahun ni.

assalamualaikum.

tajuk dah menerangkan segalanya. jam dah menunjukkan pukul 2.08 minit pagi. pagi. masih belum tidur. kesilapan utama; fikir pasal kerja.

memang silap besarlah sebab terfikir pasal kerja. apabila terfikir pasal kerja, terfikir mengenai apakah pencapaian yang telah aku kecapi selama ini?

aku terlalu gembira untuk menikmati hidup dan cuba untuk simpan duit biasiswa sebanyak mungkin bagi menghadapi hari tua. entah mengapa, aku rasa aku akan 'extend' pengajian aku.

dina kawan aku tanya, "kenapa nak extend?" well simple yet thinkable. kenapa pulak nak extend?

banyak benda bermain di fikiran. adakah kerja aku ini cukup, masih boleh ditulis dalam dissertation? hasil boleh lebih dari master?

memang silap besar fikir pasal hal ni semua di waktu hening begini. walaupun aku cuba untuk berfikiran sepositif mungkin.

ya aku cuba untuk target habis pada tahun 2015. malah berdoa dengan bersungguh dan yakin mengenainya.

buku the secret kata kita kena percaya.

tak kisahlah apa jua yang terjadi pun dan nampak tak logik untuk habiskan pada tahun 2015, masih kena percaya.

jadi aku percaya. like the book said, let the universe do it for you.

jadi sekarang aku ingin cuba untuk study yang study. harap boleh tidur lepas ni.

allahumma bismika ahya wa amut.

Thursday, November 21, 2013

MBTI personality test

assalamualaikum wbt. 

hola lovelies! lama sangat tak bersiaran ni. tak ada idea nak menulis sebenarnya, dan tak ada aktiviti yang menarik sepanjang minggu. last week pun duduk rumah je kot. eh yeke? entah tak ingt. haha. yang pasti last weekend memang totally duduk rumah senyap senyap and enjoy our life at home. bukan senang nak dok rumah laki bini ni. hehe. 

oh ye lah, last week abah datang dengan mirah gedik bermalam satu malam kat rumah. pergi pasar malam the best in the world, lepas tu besok nya ajar budak kecik u bawak kerreta. Ya Rabbi kalau aku ni memang pengajar bawak kereta, habis budak-budak pekak sebelah telinga sebab aku hilang sabar dan jerit-jerit ni. hai, masuk gear pun tak tau keeeee???!!! sakit jantung. 

oh tadi sempat blogwalk, sweet tooth ada post pasal personality test. aku, memang suka buat personality test konon tak tahu personality dirilah. tapi kadang-kadang suka nak tengok kita ni jenis yang macamana base on test yang kita buat. ni pun aku baru tahu dari sweet tooth test MBTI ni. ni first time aku buat. thanks sweet tooth. boleh tengok sweet tooth punye test kat sini base on harry potter MBTI chart. menarik nya!

bila aku dah buat MBTI test ni, aku adalah spesies;

ENFP - "Journalist". Uncanny sense of the motivations of others. Life is an exciting drama. 8.1% of total population.

journalist ya'll. 

one thing about personality test ni adalah, bila dapat result tu, agak mengecewakan. bukan kecewa sebab result tu salah, kecewa sebab result tu betul and definitely i'm not on the right track. for instance; i am so called a researcher now, tapi tengok lah result kat atas tu. a journalist kot! i'm not supposed to hold pippette and do DNA extraction! haha drama sangat. 

and according to harry potter MBTI chart, i am RON WEASLEY! ron weasley, my favourite. hehe

so, i searched more about ENFP which stands for E; extraversion, N; intuition, F; feeling, and P; perceiving.

this one i got from here

ENFP Warmly enthusiastic and imaginative. See life as full of possibilities. Make connections between events and information very quickly, and confidently proceed based on the patterns they see. Want a lot of affirmation from others, and readily give appreciation and support. Spontaneous and flexible, often rely on their ability to improvise and their verbal fluency.

ok that's all. see you in next entry.

Wednesday, November 13, 2013

hey smart phones!

assalamualaikum,

watch this video, kalau ada rasa macam benda ni takkan mendatangkan masalah now, or in the future, means that there's something wrong with you.



bila tengok je video ni, aku dapat relate dengan diri aku sendiri, where usually the two of us, husband and wife selalu sangat menghadap smart phone masing-masing and can't stop doing it! i even do it before going to bed and elok lepas bangun, just to update myself with everything!

dan selalunya dalam restaurant, kalau kita pergi makan, we can see a family yang parents each main phone, the kids got their own tablet, and no conversation. sambil makan still the phone kat tangan, and even habis pon still keep on staring at the phone.

and if we attend any occasion, we tend to record the moment through our phone. dan tak enjoy the moment tu secara life. we have the chance to see our favourite singer life in front of our eyes, yet, kita record and rather seeing them on the small screen. tak ada eye contact, sebab ada barrier, which is our smart phones.

sad kan?

as for me, sama je macam yang aku cerita kat atas tu. before going to bed, lepas bangun tidur, and i was thinking Ya Allah bestnya kalau aku treat AL QURAN al karim macam ni. read it before going to bed and bila celik mata lepas bangun tidur. I even have apps for quran reading. but nope, syaitan tu bijak suka tarik-tarik hati untuk jangan buka walau benda tu ada depan mata.

but i try my best not to take out my phone during dinner and lunch. when with friends, bila tengah makan, when we are having fun, bila tengah bercuti, might take few pictures for memories, and when we have friends beside me. tapi tulah, kadang-kadang tewas jugak sebab godaan ini sangat dasyat! even researcher pon kate phone addiction ni lagi dasyat dari drug addiction.

i will try my best not to let this phone controlling me.

so frengs out there, cherish the moment. live life to the fullest, talk to your friends, enjoy the show with your own eyes, rasa rumput dengan kaki, sentuh bunga dengan jari, cakap dengan kawan kat depan mata, share the moments together.

adios amigos.

Thursday, November 7, 2013

penang getaway - part 2

assalamualaikum wbt. 

sambungan daripada post ini, perjalanan kami bersambung pada keesokan harinya!

hari kedua ni tak banyak sangat tempat kami pergi sebab nak balik awal ke kl, dan bergerak pun sangat lambat (note: insidious sampai pukul 3 pagi). jadi main point utama untuk sambung pencarian kami di penang street art sebab the day before tu hanya beberapa ketul je jumpa. but this time, kami pergi naik kereta untuk menghabiskan misi. 

sementara tu jugak, sempat kami singgah di owl shop berdekatan dengan mural "reaching up" dan masjid acheh yang aku beritahu sebelum ni. hari sebelumnya aku and yati dah singgah kedai ni untuk beli beberapa barang kat situ. jadi hari kedua datang lagi, kali ni azmilia and ina join sekali. 

tak dapat nak dibendung ketembamam ni. haha.

comel gila tau kedai. ada jugak beberapa kedai comel yang tak sempat kami singgah macam kedai jual mainan antik, muzium kamera dan beberapa kedai cina lain. suasana ada sedikit macam jonker street melaka. okay, ayuh sambung misi pencarian!

my favourite - "reaching up"
"little girl in blue"
okay, now macamana ahkak nak berdiri atas buaian ni, any idea? 

us being crazy with the basketball mural
us at chew jetty with "children in a boat" painting. 
note that kebanyakan paintings pun dah dimakan masa walaupun baru setahun lukisan-lukisan ini dilukis. contoh macam children in a boat dekat jetty ni memang dah tak berapa nampak sangat dah, the old man, and little boy with pet dinasour, makin lama makin pudar. jadi, kalau nak menyertai salah satu lakaran sejarah, pergi cepat-cepat sebelum lukisan ini hilang. 

eh kejap, pi penang tak pekena nasi kandaq ka? 

of courselah kena rasa! walaupun hari pertama pagi tu sebenarnya kami dah kena dah pun nasi kandaq kat butterworth, this time kami terjah original kayu nasi kandar terbaik punya di bukit jambul bayan lepas. bila teringat terus kecoq ayaq lioq ni hai! 

nasi kandaq satoo!
nasi kandaq aku letak ayam goreng panas, sotong kari and tahu dapat lah harga rm16. ina and yatie ambik udang, teruih kena rm20++. azmilia ambik ketam dapat rm16++. aku pon tatau macamana mamak ni kira. tapi memang nasi, kari sotong, ayam goreng memang favourite abadi aku.

so lepas makan, lebih kurang pukul 3 macam tu kami bergerak pulang ke kl.cumanya, tak sempat nak try char kwey tiauw best kat sungai dua nun. tapi memang trip ni trip penang terbest lah! lepas ni, memang boleh pergi lagi. yang gedik nya, kampung dekat sungai petani. lalu kot penang! hihi. 

itu sahaja trip singkat ke penang kami. 

assalaamualaikum..

Wednesday, November 6, 2013

penang getaway -part 1

assalamualaikum wbt. 

seperti yang tertulis di post ini, aku nak cerita mengenai trip pulau pinang yang super awesome! kalau siapa masih tak tahu pulau pinang kat mana, ia terletak di sebelah utara malaysia, melalui lebuhraya plus, perjalanan dari kl ke sana lebih kurang 4-5 jam mengikut kelajuan kereta masing-masing. ha, kau penang pun tak tau kat mana memang bukan orang malaysia, eh. 

trip ni pun tak berapa nak dirancang sebenarnya. selalunya azmilia akan tiba-tiba suggest dan terus setuju according to siapa-siapa yang free. so this time, azmi ada kursus kat lumut, so aku dapat ikut trip mengejut ni. tempat tinggal memang tak ada masalah sebab alhamdulillah cousin azmilia tumpangkan rumah kat butterworth! dekat okay dengan jambatan pulau pinang. so kami dah jimat kat situ. :)

kami bertolak pukul 10 malam dan sampai lebih kurang pukul 3 pagi hari sabtu. tidur dan sabtu pagi-pagi kami mulakan perjalanan!

hari pertama:

first stop, lepas sarapan di tanah besar, bergeraklah kami ke destinasi pertama, bukit bendera! atau mat salleh panggil penang hill. kalau tengok gps, silalah jangan percaya sangat sebab kadang-kadang dia akan bawak jalan kereta dari taman botani. boleh refer pada signboard yang ditunjukkan untuk naik kereta kabel yang terkenal tu! tips untuk parking di sekitar pintu masuk utama adalah, kalau menuju ke arah pintu masuk tu, ada satu lorong berpintu gerbang sebuah tokong di sebelah kanan. kat situ memang ada parking banyak untuk para pelawat. dan kalau jalan kaki ke pintu masuk tu pun tak berapa jauh. dari situ boleh nampak kereta kabel turun naik, dan kawasan pun cantik. boleh bergambar di batu yang tertulis 'selamat datang ke bukit bendera'.

the four of us; yatie, azmilia, azrina and yours truly. 
tambang ke bukit bendera adalah rm8 sahaja. sediakan sekali kad pengenalan dan kalau ada student card, lagi baik boleh dapat harga student yang hanya rm4 sahaja (pelajar universiti pun kira student ye)! kalau bukan waktu puncak memang tak lama beratur nak tunggu turn naik kereta kabel tu. kereta kabel sekarang pun laju tak macam dulu dah. koc adalah selesa, ada aircond dan laju. 

muka masing-masing teruja!
beautiful view from the top!
sebenarnya, main point untuk naik ke bukit bendera adalah untuk rasa abc sedap dan pelbagai kat atas ni! sekarang pun dah ada astaka bukit bendera dan boleh beli souvenir yang lebih murah kat atas tu. ada jugak cliff cafe yang jual  macam macam makanan macam char kwey tiaw dan makan goreng-goreng yang lain. tapi macam aku bagitahu tadi main point kami adalah ABC ye!

ABC bukit bendera!
selain ABC, ada jugak entertainment lain untuk keluarga, macam tangkap gambar dengan ular dan burung, ada taman periuk kera atau monkey cup, and naik buggy car jalan-jalan sekitar bukit bendera. kalau naik buggy car, satu kereta hanya rm30 sahaja. tapi okaylah untuk tengok apa yang ada kat sekitar. oh ada juga owl museum kat situ, tapi kami tak pergi sebab tak ada owl sebenar, hanya replika sahaja. macam aku kata tadi, kami datang sini sebab ABC! 

selepas selamat turun; with ina and yatie!
next stop is georgetown penang!

satu lagi sebab utama untuk datang penang adalah mencari lukisan dinding dan hasil seni di Penang Street Art di sekitar bandar Georgetown Penang. bagi yang suka bangunan-bangunan lama, memang sangat berbaloi kalau jalan-jalan kat sini sebab architecture nya sangat old school and cantik!

riang sangat ni!

"little children on a bicycle"

"boy on a bike






sebenarnya nak cari tempat -tempat ni bukanlah senang. kami siap download peta dalam phone untuk menjejaki karya-karya best ni. tapi, kami takde lah sempat pergi semua untuk hari itu, sebab panas dan penat. kami juga sempat singgah masjid lama acheh yang terletak betul-betul kat tengah bangunan-bangunan antik georgetown tersebut. surprisingly, masjid itu lengkap dengan telekung dan sejadah untuk kegunaan jemaah. memang masjid ini dijaga dengan baik. dan terasa nostalgia nya apabila berjalan di sekitar masjid ini. untuk freshen up pun boleh.

next stop; pasemboq padang kota!

pasembor kat padang kota ni memang terkenal sesangat lah kat seluruh malaysia. pilihan yang banyak walaupun agak mahal. tapi kalau tak try, tak syiok aa.. padang kota ni tak adalah jauh sangat dengan penang street art tu. tapi kalau gigih bolehlah kot nak jalan kaki.

tu diaaaaaaa!!! cuba cari azmilia tersembunyi. hehe.

ada macam-macam makanan lagi yang terjual kat sini, char qwey tiaw ada, mi sotong ada, sotong bakaq, kerang bakaq. tapi bare in mind yang food kat sini agak pricey jugak ye. and kalau nak ambil pasemboq tu, toksah ambik banyak sangat, satgi penuh 2 pinggan. haaaa...


total damage aku pun tak ingat berapa. tapi 2 pinggan pasemboq banyak gila tu lebih kurang rm60++. tapi kami dengan bangganya, dapat habiskan semua dengan gembira okay. 

next stop; fort Cornwallis

Fort cornwallis ni pun tak adalah jauh sangat dengan padang kota ni. kalau rajin dan ada masa, boleh round-round sambil main layang-layang kat tepi pantai on the way ke fort ni. sebab saje je nak tengok ada apa kat dalam fort ni, kami pun pi terjah sekejap. bayaran tak mahal; rm2 seorang tak salah aku. bolehlah untuk first timer. kalau dah banyak kali datang penang, tak yah pergi pun tak apa. hehehe.

ina and me
next stop; batu feringgi!

last time aku pergi ke batu feringgi tahun 2008 tak salah aku. masa tu, aku rasa night market dia biasa-biasa je. but this time, aku rasa night market feringgi ni memang happening gila! banyak barang-barang best yang dijual contohnya macam baju, set hiasan dinding, lampu hiasan rumah, cd dan dvd, seluar gobos, cenderamata yang boleh beli sekali banyak untuk makcik makcik kat rumah tu, dan macam macam lagi. memang happening habis. 

salah satu benda yang dijual. 
lampu gantung kat atas ni aku pernah terjumpa kat instashop lebih kurang rm37 tak salah aku untuk sejurai tu. tak termasuk pos ye! tapi kat sini, aku dapat rm45 untuk 2 jurai! panjang lebih kurang satu meter. so okay lah bagi aku yang bercita-cita nak letak lampu cantik ni kat balkoni.

sebenarnya, sebelum pergi mencuci mata kat batu feringgi ni, kami pergi singgah makan seafood kat area sini jugak. kat batu feringgi ni banyak sebenarnya tempat makan seafood, jadi boleh pilih yang mana-mana. kami tak survey sangat tempat makan seafood best, cuma berdasarkan pengalaman azmilia, kami pun pergi kat tempat ni. 


leisure boat cafe! 

kami tak berkesempatan nak pergi teluk tempoyak, tempat makan seafood best dan terkenal kat pulau pinang, tapi kat sini bagi aku pon not that bad lah jugak. bagi aku yang suka makan ni, memang tempat ni best dan sedap, walaupun tak ada ikan sebab masa tu kami macam last guest kat situ. tak sesak, dan cepat. tapi aku tak adalah recommended gila-gila ye. mungkin boleh try makan kat tempat lain and bagitau aku ye! plus, kami tak cukup masa! hehe. 

so, malam tu, lepas berjemba sakan kat night market tu, kami pun balik. sampai rumah lebih kurang pukul 12.30 am. guess what, aku, ina and yati boleh pulak sambung tengok cerita insidious 1, hasil rembatan kat night market tadi! memang plan kami kami nak tengok insidious 1 ni sebab kami ada rancangan nak tengok insidious 2 pulak lepas ni. orang kata, kena tengok nombor 1 dulu baru boleh tengok no 2 baru faham cerita. 

jadi malam tu pukul 3 pagi baru kami tidur dengan sangat nyenyak. 

sambung part 2 pula.  

Friday, November 1, 2013

penang getaway #1


ingat nak update pasal penang getaway. tapi too much picture to select and edit. nanti lah aku update. briefly, penang memang very nice, i think its the best penang trip so far sebab sebelum ni selalu pergi penang, cable car rosak lah, jalan jam teruk sebab adda perayaan lah, and end up duduk dalam kereta for hours! 

and last time i had a great time in penang was in 1999, a trip organized by cikgu hishamuddin for kelas hamzah, which i, si kelas umar pun join sekali sebab ada kosong. that one also best sebab semua tempat pergi plus, masa tu betul-betul baru lepas PMR. 

oh well, i cannot tell you guys everything here. tunggulah gambar siap pilih and edit then baru up post ye! 

till then, bye!