Friday, September 27, 2013

nightmare seorang postgrad #3 - how dare you

assalamualaikum wbt.

pagi tadi terjah facebook, nampak ada satu soalan; 'what will you do after phD?"



untuk sesetengah orang mungkin akan menusuk kalbu sikit soalan tu. untuk aku, well, menusuk kalbu jugaklah. tapi soalan macam tu susah nak dapat. selalunya, supervisor atau member-member rapat je yang tanya. ataupun memang mereka dah sedia maklum.

sebab orang akan fikir lepas habis akan dapat kerja as a lecturer. siapa taknak ambil budak phd kerja kan? tapi sangkaan tu salah ok.. masa antara habis belajar dan dapat ijazah tu adalah lama. kena survive jugak waktu tu..

mak dah start tanya. bila aku nak dapat kerja tetap. nampak macam tak sabar. aku pun tak sabar. tapi mak, banyak lagi benda yang nak kena buat, selain update blog.

macam-macam benda mak push sekarang ni. pasal anak lah, pasal belajar lah.

aku dah cukup redha sekarang ni. mungkin mak malu kot anak dia sorang ni tak habis belajar lagi. bodoh sangat agaknya; tu orang lain fikirlah.

atau pun mak malu lah sebab anak dia yang sorang ni je tak pi oversea. gaji pun ciput. eh bukan gaji pun! elaun. dahlah tak layak terima brim, sekarang minyak naik lagi. eh tibatiba.

tapi takpalah. buat tadah telinga jelah. buat angguk-angguk jelah. sesetengah orang macam mak (dan kebanyakan orang lain) tak faham konsep. nak terangkan pun panjang lebar sangat takut nanti naik angin pulak.

sepatutnya, aku cakap je aku kerja.

tak payahlah orang tua aku risau. konsep belajar aku ni pun macam kerja jugak. pergi pagi, balik petang, dapat elaun yang serupa gaji. boleh beli itu ini dan hidup tenang.

kadang-kadang aku terfikir jugak. hidup aku sekarang pun dah cukup syukur alhamdulillah. laki dah belikan rumah sebijik untuk aku menginap, perabot semua dah ada, duit belanja pun kerajaan bagi supaya student dia ni tak kebuloq dan langsung tak makan. orang kata, kecik periuk, keciklah kerak.

jadi aku ni spesies kecik periuk lah. takdelah nak rasa down sebab tak cukup duit atau tak cukup harta, kena dok bawah jambatan atau minta sedekah kat pasar malam.

tapi orang lain expect kita untuk jadi macam orang lain. ada kerja tetap, gaji besar, ada rumah besar, kereta boleh masuk dua bijik kat porch, hiasan dalaman yang menawan, ada plaster ceiling, boleh pergi melancong 3 kali setahun, kereta besar.

susahlah macam tu.

kalau kita tengok orang tu dah bahagia dengan kehidupan dia, kerja yang dia gembira untuk buat walau gaji sikit misalnya, takyahlah suruh dia pergi cari kerja yang stress-stress pergi pagi dan balik pagi semata-mata untuk dapat duit lebih.

bagi aku harta bukan segalanya. kaau tak boleh pergi, tak payah pergi.

kalau tak boleh beli, tak payah beli.

kalau mampu, then go ahead. tak ada siapa halang.

kalau dia dah bahagia, tak perlu suruh suruh buat perkara pelik-pelik sampai dia jadi tak bahagia.

jadi berbalik kepada persoalan kat atas. apa aku nak buat lepas habis ni?

aku akan buat post-doc pulak kalau ada peluang. aku memang nak jadi lecturer. insyaa Allah, tolonglah doakan aku. kalau aku jadi lecturer pon, aku nak jadi lecturer yang berkualiti, yang faham tentang student, yang tahu tak semua student dapat privilej macam orang bekerja dapat, yang tahu jerih perih buat research tak cukup duit, dana dan equipments yang limited. jadi aku nak timba pengalaman sehabis-habisnya, sebelum aku sebar ilmu aku dan idea aku pada orang lain.

kalau tak boleh jugak, aku mungkin jadi tukang jahit, dan insyaaAllah,

aku takkan menyesal.

sekian.

7 comments:

  1. well said..ajue..ak rase sume orang akan ty next question..kan...mungkin diorang rase concern..tapi xsedar menda tu hurt us..tapi xpe..hidup mmg ade cabaran..live life to the fullest=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, live lif to the fullest! takdelah sakit hati sangat pun sebenarnya. tertekan je sebenarnya.. hehehe

      Delete
  2. exactly macam situation i sekarang..i dah habis belajar but then contemplating samada ikut jejak langkah u all buat PhD or kerja. kalau ikut orang tua (dan orang lain) yang nak kita ada kerja tetap gaji besar rumah besar kereta besar anak besar, of courselah nak kerja. but as u said, sela masa antara habis belajar dan dapat ijazah tu lama. i maybe dalam setahun kot..sebab lambat hantar tesis and kena publish dulu my paper kat jurnal baru boleh grad.. entahlah..rasa mcam okay je, but orang lain expect us to be like them.susah la kalau macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? i trained myself to ignore what people says. but unfortunately, sometimes, family sendiri yang tak support then how? while waiting for sela masa tu lah paling seksa, u are not student, u are not staff. scholar will be stopped, if we want to apply for job, kena pakai ijazah sarjana muda punya qualification. that's the pain.

      Delete
  3. ajue.. ajue.. ajue.. sobsob.. i didnt know that u in pain.. in stress?! u didnt tell pun.. uhuk.. but dear, if the family are not understand.. its not that they didnt understand.. They only didnt really now how's the picture.. but, hey! u have me.. u have us.. we do understand babe.. seyes.. as a fren, i am sooooo proud that u go with your way now.. having a PHD very soon.. struggle with the world.. fight along with the fighter.. sewing.. selling,, updating blog.. hehehe.. u do more than enuff babe.. just ignore them.. they just dont understand.. by the way, its not they dont understand aku rasa.. they just to ***** to understand at this level.. hahaha..

    tapi, biasala.. mak and family.. mesti nak tgok yg terbaik tuk anak2nya.. dan lagi.. to them.. bila tahu anak smbg beljar lagi, they aspect we gain more than usual.. but still.. they didnt know the process a long the journey..

    babe.. anak? come on! kata nak teman aku live life to the fullest.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila kau azmilia! hahahah.. yeah i know. its along journey and i will turned 30 next year! apa pencapaian aku setakat ni? hahaha! but i'm thankful to have such a great friends like you guys and great family members and great husband. syukur, syukur, syukur! i'm not in pain lah, kalau aku in pain sekali pun insyaa Allah recover cepat. like you dont know me.. haha!

      hoi, you already got adam to teman you to live life to the fullest ma. why need me? lol!

      Delete
  4. good.. Alhamdulillah.. ehhehe.. "pain" tu word gempaq je kot.. ahhaha.. yeah! lucky have u guys around.. biasalah kan.. resam hidup.. hahah! eh why not!!! still need you as a fren la kan.. ko xmo ke teman kan aku? huwaaa.. hahahah =p

    ReplyDelete