Friday, September 13, 2013

nightmare seorang postgrad #2

assalamualaikum wbt.

berdasarkan post sebelum ini, nightmare seorang postgrad, aku kira nak sambung lagi lah nightmare aku yang lain, sebab baru lepas menghadapinya semalam dan hari ni. aku rasa macam nak buat siries lah. supaya ada kesinambungan sikit kan. kalau rajin, insyaa Allah, akan ada nightmare seorang postgrad #3, #4, #5.. korang doa-doakanlah. itupun kalau korang suka baca nightmare nightmare aku. but nvmnd.

the thing is that, the professors form sheffield ada datang ke malaysia. mereka ni  memang suka sangat datang malaysia. setiap tahun lah boleh kata. so bila mereka datang, mestilah nak bagitau kerja apa yang kita buat, benda apa yang kita kaji, apehal aku boleh dapat result macam gini..

kami ni ber collaborate. tu sebab mereka selalu datang.

so yesterday, kami ada presentation. setiap orang akan present topic masing-masing. macam aku, aku present benda yang aku present masa 3rd semester progress itu hari. kali ini aku risau sikit sebab mereka ni semua expert. even my own supervisor pon ade kat situ. jadi kalau mereka nak bantai, mereka bantai!

so as expected, aku kena jugaklah bantai sikit-sikit. its not that bad pon as compared to others. ada yang bagos gila, tapi aku boleh kata dalam katogori the biggest loser among the phd student.

tapi prof kata i'm good. dont worry about things. you did a great job.

mat salleh kan, aku suka mereka ni sebab diorang suka puji kita orang malaysia. 1. mungkin dia tahu yang orang malaysia ni suka orang puji sampai kembang bontot. 2. mungkin memang nature mereka menghargai setiap usaha yang kita lakukan.

jadi aku ambil yang no 2 tulah. kan nak jadi orang yang positif.

dalam masa yang sama, aku ni menggeletar jugak sebab progress aku tak banyak sangat. i am too focus on one thing yang lain aku macam tak ambil kisah sangat. kot.

rupanya, dalam hal aku ni, aku kena buat benda banyak-banyak sampai boleh narrow down to one scope. macam tu lah kaedahnya.

tapi nak buat macam mana, setiap kali fikirkan hal banyak kerja lagi nak buat tanpa penyelesaian, rasa nak nangis pun ada.

tadi pagi sv email aku kalau ada benda nak bincang boleh datang office. so aku pun sukalah nak discuss about things dengan profs form sheffield ni. sebab aku rasa inilah peluang aku untuk dapat and kaut sebanyak mana penyelesaian dan ilmu yang boleh.

mereka ni best sebab bila bercakap tu macam discussing. and lagi satu, mungkin pandangan yang diberikan itu berbeza. jadi after lunch tadi aku jumpa mereka berdua.

dalam jiwa ni rasa nak nangis sebab mesti dia kata aku loser gila. but the heck, kalau aku fikir sangat pun bukan memberi faedah pada aku. kalau rasa bodoh pergi belajar, bukan buat-buat pandai, savvy?

so all things have been sorted out. alhamdulillah memang bagus sangat input yang aku dapat. sv pun dapat idea baru. kalau asyik sembang ngan sv je, aku pon boring jugak. idea pun takat tu jugak. tak internationl la kan.

tu aku kira in positive side lah.

the negative part.. hurm..

perempuan kan, rasa nak nangis tu memang membuak-buak! aku tak berapa faham pun dia cakap ape, (british accent kot). penat tau dia nak explain kat aku.. aku pun kesian. at this point, aku harap sangat aku boleh duduk uk and adapt bahasa and accent. ni yang rasa nak tengok harry potter 1 sampai 7 tambah sarikata ni.

so, all and all, it was a good experience, and tambah ilmu alhamdulillah. bertambah jugak kerja. rupanya my sv sangat risau pasal aku, he talked about me to them. sempat lagi mengumpat ye! but now i know he's not hating me ke apa ke. and he's not that scary pon as compared to my friend's sv. lepas denganr cerita sv sv lain yang lagi menakutkan, terus aku rasa bersyukur gila dapat sv yang sorang ni. bersyukur sangat.

so sekarang, aku ni kena berusaha lebih lah. do see me at the lab on weekends. bukan sekali sekala but selalu ye..

*mengeluh kecil


No comments:

Post a Comment