Friday, September 20, 2013

framed fabric art by zurazura

assalamualaikum wbt.

hari ni i semangat nak update mengenai framed fabric art yang aku buat sendiri dalam post ini.



so hari ni aku akan buat tutorial untuk diy framed fabric art ini. tak susah, malah sangat mudah! kalau ada kain yang cute-cute dan cantik-cantik (especially cotton) bolehlah buat!

barang yang perlu adalah gunting, fabrik yang digemari, jarum dan benang, frame gambar, dan fabric kosong sebagai base. kat sini aku guna kain linen sebagai base. tapi tak kisah pun, ikut masing masing. kain cotton kosong tu pun boleh je.


mula-mula, potong fabrik base mengikut bentuk frame. 


lepas tu boleh lah lukis apa yang nak dilukis mengikut citarasa masing-masing. kalau macam contoh paling atas tu, aku buat bentuk daun dan sedikit bunga. ni kira basic dan paling mudah, kita lukis bunga lah! 


untuk batang bunga tersebut, terpulanglah nak pakai fabrik itu sendiri atau jahit sahaja. pun ikut citarasa masing-masing, sebab melalui jahitan ni pun kita boleh buat bunga atau benda-benda lain berdasarkan apa yang kita lukis tu. macam kes ini, aku jahit jelujur sahaja. 


nak nampak macam jahit mesin tu, kita terbalikkan fabrik dan jahit jelujur lagi dengan menyambungkan garisan putus-putus tu. sebenarnya ada cara lain lagi. aku tak ingat pulak nama jahitan tu. tapi main point dia sama je, macam kita melukis pakai benang. 

potong fabrik cotton ikut citarasa. nak potong bentuk daun, atau bunga, atau abstrak, atau bulat, empat segi dan sebagainya, tak kisah pun. kat sini aku buat bentuk bunga dan daun. 


susun ikut citarasa jugak. 


kalau rasa rajin, bolehlah dijahitkan keliling daun dan bunga tu. tapi kalau nak ngelat, boleh je pakai gam!


lepas dah rasa puas hati, bolehlah digosok supaya tak nampak kedut-kedut dan nampak lebih kemas. kalau macam aku yang malas ni biar je tak bergosok. hehe..


lepas tu, boleh lah dimasukkan dalam frame! nak gantung ke, nak letak kat meja ke, tak ada masalah. 

so senang kan buat dia. tak susah pun nak buat gambar sendiri. banyak lagi contoh lain kat sini. kalau pandai embroidery pakai benang, boleh juga diplikasikan. kalau lebih advance, boleh pakai interfacing untuk timbulkan gambar fabrik kita. 

okay, itu sahaja,. selamat mencuba!

7 comments:

  1. aaa sukanyaaa!! blh jadik kiv projek nih...di satu hari yg tenang nk cuba! heeee tq so much zura!! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan untuk kiv projek. nanti dah buat boleh post kat blog fizah jugak! youre most welcome.. :)

      Delete
  2. wah...ni projek DIY yang super duper best....nak tiru [xmalu kan?..hehe]

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatimah, sebab tu zura share kat sini supaya korag smua boleh buat! please tiru, and bila dah buat post kat blog okay!

      Delete
  3. Marbeles!!!! (tinggal rajin tak rajin je ni... heheheheh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. st, kalau rajin boleh buat, tak rajin pon boleh buat. sebab kejap je buat ni.. hewhew..

      Delete
  4. aaaaaaaaaaaaa... gile!!! bile aku nak rajin begini.. lama gila tgglkan keje2 kretip ni sbb malas.. =(

    ReplyDelete