Friday, September 27, 2013

nightmare seorang postgrad #3 - how dare you

assalamualaikum wbt.

pagi tadi terjah facebook, nampak ada satu soalan; 'what will you do after phD?"



untuk sesetengah orang mungkin akan menusuk kalbu sikit soalan tu. untuk aku, well, menusuk kalbu jugaklah. tapi soalan macam tu susah nak dapat. selalunya, supervisor atau member-member rapat je yang tanya. ataupun memang mereka dah sedia maklum.

sebab orang akan fikir lepas habis akan dapat kerja as a lecturer. siapa taknak ambil budak phd kerja kan? tapi sangkaan tu salah ok.. masa antara habis belajar dan dapat ijazah tu adalah lama. kena survive jugak waktu tu..

mak dah start tanya. bila aku nak dapat kerja tetap. nampak macam tak sabar. aku pun tak sabar. tapi mak, banyak lagi benda yang nak kena buat, selain update blog.

macam-macam benda mak push sekarang ni. pasal anak lah, pasal belajar lah.

aku dah cukup redha sekarang ni. mungkin mak malu kot anak dia sorang ni tak habis belajar lagi. bodoh sangat agaknya; tu orang lain fikirlah.

atau pun mak malu lah sebab anak dia yang sorang ni je tak pi oversea. gaji pun ciput. eh bukan gaji pun! elaun. dahlah tak layak terima brim, sekarang minyak naik lagi. eh tibatiba.

tapi takpalah. buat tadah telinga jelah. buat angguk-angguk jelah. sesetengah orang macam mak (dan kebanyakan orang lain) tak faham konsep. nak terangkan pun panjang lebar sangat takut nanti naik angin pulak.

sepatutnya, aku cakap je aku kerja.

tak payahlah orang tua aku risau. konsep belajar aku ni pun macam kerja jugak. pergi pagi, balik petang, dapat elaun yang serupa gaji. boleh beli itu ini dan hidup tenang.

kadang-kadang aku terfikir jugak. hidup aku sekarang pun dah cukup syukur alhamdulillah. laki dah belikan rumah sebijik untuk aku menginap, perabot semua dah ada, duit belanja pun kerajaan bagi supaya student dia ni tak kebuloq dan langsung tak makan. orang kata, kecik periuk, keciklah kerak.

jadi aku ni spesies kecik periuk lah. takdelah nak rasa down sebab tak cukup duit atau tak cukup harta, kena dok bawah jambatan atau minta sedekah kat pasar malam.

tapi orang lain expect kita untuk jadi macam orang lain. ada kerja tetap, gaji besar, ada rumah besar, kereta boleh masuk dua bijik kat porch, hiasan dalaman yang menawan, ada plaster ceiling, boleh pergi melancong 3 kali setahun, kereta besar.

susahlah macam tu.

kalau kita tengok orang tu dah bahagia dengan kehidupan dia, kerja yang dia gembira untuk buat walau gaji sikit misalnya, takyahlah suruh dia pergi cari kerja yang stress-stress pergi pagi dan balik pagi semata-mata untuk dapat duit lebih.

bagi aku harta bukan segalanya. kaau tak boleh pergi, tak payah pergi.

kalau tak boleh beli, tak payah beli.

kalau mampu, then go ahead. tak ada siapa halang.

kalau dia dah bahagia, tak perlu suruh suruh buat perkara pelik-pelik sampai dia jadi tak bahagia.

jadi berbalik kepada persoalan kat atas. apa aku nak buat lepas habis ni?

aku akan buat post-doc pulak kalau ada peluang. aku memang nak jadi lecturer. insyaa Allah, tolonglah doakan aku. kalau aku jadi lecturer pon, aku nak jadi lecturer yang berkualiti, yang faham tentang student, yang tahu tak semua student dapat privilej macam orang bekerja dapat, yang tahu jerih perih buat research tak cukup duit, dana dan equipments yang limited. jadi aku nak timba pengalaman sehabis-habisnya, sebelum aku sebar ilmu aku dan idea aku pada orang lain.

kalau tak boleh jugak, aku mungkin jadi tukang jahit, dan insyaaAllah,

aku takkan menyesal.

sekian.

Tuesday, September 24, 2013

diy elephant plushies

assalamualaikum wbt.

i'm trying to update basketiers as soon as possible. boring sangat blog lagi satu tidak berupdate, but first, i need to restock plushies and maybe add a little bit of something like elephant plushies perhaps?

so, do check it out from time to time. akan update dalam masa terdekat ni. *big smile.

and would like to try making elephant plushies like this one;


source here

and this is so cute! they also have tutorials you know. siapa nak buat boleh terjah link kat atas ni, and i'm hoping that i can make these cute stuff and up them on the basketiers!

so nanti bila dah up kan these items kat the basketiers, i will inform you guys here, and of course u need to follow that blog too so that you're updated. see you there!

Monday, September 23, 2013

latest obsession!

assalamualaikum wbt.

aku suka paramore.

aku juga suka my chemical romance. juga suka johnny depp.

so kadang-kadang dalam blog ni aku akan cerita jugaklah sedikit sebanyak dan share pasal 3 ketul orang ni.

tapi dulu pernah jugak aku cerita and obsessed pasal edward cullen. and jangan salah faham, edward cullen TAK SAMA dengan robert patterson. beliau muda dan aku rasa sedikit pedophile kalau suka beliau. plus, aku pun memang tak suka beliau pun. typical handsome boy kan. so tolak tepi. i tak suka benda/orang yang mempunyai ciri ciri tipial ni (eh poyo sangat ayat).

jadi, paramore, my chemical romance and johnny depp adalah all time favorite. tak tahulah nanti respon anak i umur 10 tahun bila mak pak dengar my chemical romance dan paramore dalam kereta.

ohkay!

so this is my latest obsession, paramore ada keluar single terbaru (taklah baru sangat dah lama keluar radio and still ada kat radio lagi) still into you!

walaupun azmi suka ejek-ejek the first part that sounds like english dangdut, i dont care. deep inside my heart ada rasa nak buat rambut kaler pink tapi haruslah tidak menjadi kenyataan. and hayley i love your room so much! full with cakes! and this official video looks so pinkish!



siapa suka, enjoy ya!

Saturday, September 21, 2013

idea yang boleh diapply untuk hiasi 'wall of fame' anda

asslamualaikum wbt.

seperti sedia maklum, aku sangat suka frame gambar. and gambar-gambar. aku rasa, kalau
kita hiaskan gambar kat dinding, gambar yang kita suka, gambar tempat-tempat yang kita pergi, tempat kenangan, tempat pertama husband and wife berjumpa. gambar anak-anak, tempat tu jadi macam cantik dan best. its like a wall of memories. kalau boring atau sedih, boleh tenung dinding penuh gambar dan senyum sorang-sorang sebab kita ingat balik memori indah.

aku tak lah mempraktikkannya lagi. insyaaAllah kalau ada masa dan gambar yang banyak, aku akan cuba untuk buat!

macam ini;

10 ways to use square photos in your home! via abeautifulmess.com
picture credit: beautiful mess

how's that for a wall of fame! if yo have instagram pictures rasanya much much better kot! more ideas you can click the above link.

so kalau nak try, silalah try, nanti please share with me ya!

Friday, September 20, 2013

framed fabric art by zurazura

assalamualaikum wbt.

hari ni i semangat nak update mengenai framed fabric art yang aku buat sendiri dalam post ini.



so hari ni aku akan buat tutorial untuk diy framed fabric art ini. tak susah, malah sangat mudah! kalau ada kain yang cute-cute dan cantik-cantik (especially cotton) bolehlah buat!

barang yang perlu adalah gunting, fabrik yang digemari, jarum dan benang, frame gambar, dan fabric kosong sebagai base. kat sini aku guna kain linen sebagai base. tapi tak kisah pun, ikut masing masing. kain cotton kosong tu pun boleh je.


mula-mula, potong fabrik base mengikut bentuk frame. 


lepas tu boleh lah lukis apa yang nak dilukis mengikut citarasa masing-masing. kalau macam contoh paling atas tu, aku buat bentuk daun dan sedikit bunga. ni kira basic dan paling mudah, kita lukis bunga lah! 


untuk batang bunga tersebut, terpulanglah nak pakai fabrik itu sendiri atau jahit sahaja. pun ikut citarasa masing-masing, sebab melalui jahitan ni pun kita boleh buat bunga atau benda-benda lain berdasarkan apa yang kita lukis tu. macam kes ini, aku jahit jelujur sahaja. 


nak nampak macam jahit mesin tu, kita terbalikkan fabrik dan jahit jelujur lagi dengan menyambungkan garisan putus-putus tu. sebenarnya ada cara lain lagi. aku tak ingat pulak nama jahitan tu. tapi main point dia sama je, macam kita melukis pakai benang. 

potong fabrik cotton ikut citarasa. nak potong bentuk daun, atau bunga, atau abstrak, atau bulat, empat segi dan sebagainya, tak kisah pun. kat sini aku buat bentuk bunga dan daun. 


susun ikut citarasa jugak. 


kalau rasa rajin, bolehlah dijahitkan keliling daun dan bunga tu. tapi kalau nak ngelat, boleh je pakai gam!


lepas dah rasa puas hati, bolehlah digosok supaya tak nampak kedut-kedut dan nampak lebih kemas. kalau macam aku yang malas ni biar je tak bergosok. hehe..


lepas tu, boleh lah dimasukkan dalam frame! nak gantung ke, nak letak kat meja ke, tak ada masalah. 

so senang kan buat dia. tak susah pun nak buat gambar sendiri. banyak lagi contoh lain kat sini. kalau pandai embroidery pakai benang, boleh juga diplikasikan. kalau lebih advance, boleh pakai interfacing untuk timbulkan gambar fabrik kita. 

okay, itu sahaja,. selamat mencuba!

Thursday, September 19, 2013

lulu zabi shawls coming near you

assalamualaikum wbt.

ehem ehem.

sedia maklum yang my dear friend Dina and I have this small business selling shawls kan.. so here i nak promote sikit our home made shawl yang tidak terdapat di mana-mana kedai lain dengan curve edge dan lace cantik dan printed chiffon panjang serta cotton best untuk hiasan kpala anda! fuhh!

sebenarnya business yang kami buat is quite small, we start small and insyaa Allah akan expend from time to time mengikut kederat masing-masing. now i know how tiring (but happy) it is to do 'real business' but truly i am happy and blessed.

dan kat bawah ni adalah shawl yang kami jual. you want moreee?!




kami buat business majorly through online; dan siapa yang ada instagram, boleh terjah; 

@luluzabi

and our facebook account;


dan besok, kami akan berada di PUTRAJAYA alls! 

Alhamdulillah, we have been invited by Airis Hegira untuk buat jualan di booth mereka and please visit us BESOK! sebab besok kami ada di putrajaya kementerian komunikasi presint 4. jadi orang-orang yang kerja putrajaya mai mai datang melawat kami ni! yang best nye kat sini, boleh beli direct through kami, dan akan dapat diskaun. nak minta Dina ajar macamana nak pakai shawl in stylish way pon boleh! 

dan insyaa Allah kami akan ada kat sana setiap hari jumaat. 

okay! itu sahaja untuk promotion kali ini. see you there!

Tuesday, September 17, 2013

ah ha! tukar layout dan girls' day out

assalamualaikum wbt.

i tukar lay out blog lagi! i dont know what happen to my previous layout, tiba-tiba berubah dan hilang.. where are the stripes?

so i tukar, and of course lah bila tukar semua alignment hilang kan? tak memasal stress dan buang masa pagi yang hening ni untuk tukar and adjust the alignment itu. haish..

and sesiapa tau tak macam mana nak center kan title blog ni huh? pening aku nak mengkaji html kod tu sebab previously, boleh je tukar kedudukan title tu ke tengah? kalau sesiapa buat, saya budak baru belajar, saya nak belajar tolong tunjukkan boleh? huhu..

so last week, hari sabtu baru baru ni, si kami kami para wanita ni ada girls day out, termasuklah the mommies, izna and dina. me so happy!

tonton wayang cerita riddick
dan berkaraokey!
first, we went to bulgogi brothers untuk lunch, watching riddick, and karoke di redbox the garden. the meeting was super nice, baru ku tahu perangai kak long berkaraoke macam mana haha. unfortunately, izna and dina tak sempat nak join sebab kena balik, and luckily adik ina, mira joined the club, and duet with kak long singing all the dangdut songs that kak long chose. gila gelek budak-budak ni. and not forget, kpop pon ada okay!

plus, we walked down the memory lane by singing songs from kru, feminin, Nsync and other rock kapak's song which i knew only half of them. haha!

jadi outing kali ni memang best (if it includes karaoke, memang konfom i kata best) and if we could do this more often, lagi best!

update: dah tahu dah macam mana nak centrekan header. gila kacang! harharhar!

Monday, September 16, 2013

frame gambar sebagai penyeri

asslaamualaikum wbt.

lama tak update pasal rumah. kali ni aku nak menghapdet pasal rumah. semangat sikit sebab dah lama tak update! i dah start rindu!

so, sekarang ni dah lebih kurang tiga bulan lebih duduk kat sini. alhamdulillah setakat ni memang seronok duduk sini. mungkin jalan jauh sikit sebab kereta kancil ku yang kiut tu park kat luar tapi aku okay je. ada banyak decent parking kat luar kawasan, so bagi aku okay.

so update terbaru pasal rumah adalah meletakkan picture frames. haha tu je. aku suka konsep letak picture frame banyak banyak ni. contohnya macam ni;

sumber: madebygirl

aku suka sangat gallery wall ni!! so maybe boleh apply tips ini dari sumber yang sama di sini. so untuk diaplikasikan pada wall rumah aku pulak;


tapi baru sikitlah. akan cuba untuk tambah dan penuhkan macam dalam gambar kat atas tu! dan bawah ni pulak frame wall gallery di ruang tamu;



tu pun ada tiga je dulu. insyaa Allah kalau rajin nak tambah lagi. kebanyakannya semua gambar aku buat sendiri. love sweet love; hasil contengan tangan sendiri, gambar pokok hitam putih; print out dari google image, dan picture frame canvas tu dibeli dari coupon living social dari stcanvas. picture frame canvas tu the most favourite sebab aku letak semua gambar dari sebelum kahwin sampai la ni laki bini. so stiap kali tengok, setiap kali ingat kat mana setiap gambar diambil. 

yang kat ruang tamu tu pulak, aku buat sendiri. kain cotton yang lebih lebih, lekat, jahit sikit-sikit dan framekan.

gambar kawen yang diframe, we decided to put them in our bedroom lah. seganlah gambaq besaq nak bagi orang tengok. lagipun kami dah lama kawen. bila letak kat bilik, sorang-sorang jelah sentap tengok gambar lama kuruih! kalau letak kat ruang tamu kang orang dok tanya, eh dulu kuruih la ni gemok! haaaa, makan dalam nanti. 

so itu jelah update mengenai rumah untuk kali ni. nanti kalau rajin aku update lagi pasal rumah insyaa Allah. 

Friday, September 13, 2013

nightmare seorang postgrad #2

assalamualaikum wbt.

berdasarkan post sebelum ini, nightmare seorang postgrad, aku kira nak sambung lagi lah nightmare aku yang lain, sebab baru lepas menghadapinya semalam dan hari ni. aku rasa macam nak buat siries lah. supaya ada kesinambungan sikit kan. kalau rajin, insyaa Allah, akan ada nightmare seorang postgrad #3, #4, #5.. korang doa-doakanlah. itupun kalau korang suka baca nightmare nightmare aku. but nvmnd.

the thing is that, the professors form sheffield ada datang ke malaysia. mereka ni  memang suka sangat datang malaysia. setiap tahun lah boleh kata. so bila mereka datang, mestilah nak bagitau kerja apa yang kita buat, benda apa yang kita kaji, apehal aku boleh dapat result macam gini..

kami ni ber collaborate. tu sebab mereka selalu datang.

so yesterday, kami ada presentation. setiap orang akan present topic masing-masing. macam aku, aku present benda yang aku present masa 3rd semester progress itu hari. kali ini aku risau sikit sebab mereka ni semua expert. even my own supervisor pon ade kat situ. jadi kalau mereka nak bantai, mereka bantai!

so as expected, aku kena jugaklah bantai sikit-sikit. its not that bad pon as compared to others. ada yang bagos gila, tapi aku boleh kata dalam katogori the biggest loser among the phd student.

tapi prof kata i'm good. dont worry about things. you did a great job.

mat salleh kan, aku suka mereka ni sebab diorang suka puji kita orang malaysia. 1. mungkin dia tahu yang orang malaysia ni suka orang puji sampai kembang bontot. 2. mungkin memang nature mereka menghargai setiap usaha yang kita lakukan.

jadi aku ambil yang no 2 tulah. kan nak jadi orang yang positif.

dalam masa yang sama, aku ni menggeletar jugak sebab progress aku tak banyak sangat. i am too focus on one thing yang lain aku macam tak ambil kisah sangat. kot.

rupanya, dalam hal aku ni, aku kena buat benda banyak-banyak sampai boleh narrow down to one scope. macam tu lah kaedahnya.

tapi nak buat macam mana, setiap kali fikirkan hal banyak kerja lagi nak buat tanpa penyelesaian, rasa nak nangis pun ada.

tadi pagi sv email aku kalau ada benda nak bincang boleh datang office. so aku pun sukalah nak discuss about things dengan profs form sheffield ni. sebab aku rasa inilah peluang aku untuk dapat and kaut sebanyak mana penyelesaian dan ilmu yang boleh.

mereka ni best sebab bila bercakap tu macam discussing. and lagi satu, mungkin pandangan yang diberikan itu berbeza. jadi after lunch tadi aku jumpa mereka berdua.

dalam jiwa ni rasa nak nangis sebab mesti dia kata aku loser gila. but the heck, kalau aku fikir sangat pun bukan memberi faedah pada aku. kalau rasa bodoh pergi belajar, bukan buat-buat pandai, savvy?

so all things have been sorted out. alhamdulillah memang bagus sangat input yang aku dapat. sv pun dapat idea baru. kalau asyik sembang ngan sv je, aku pon boring jugak. idea pun takat tu jugak. tak internationl la kan.

tu aku kira in positive side lah.

the negative part.. hurm..

perempuan kan, rasa nak nangis tu memang membuak-buak! aku tak berapa faham pun dia cakap ape, (british accent kot). penat tau dia nak explain kat aku.. aku pun kesian. at this point, aku harap sangat aku boleh duduk uk and adapt bahasa and accent. ni yang rasa nak tengok harry potter 1 sampai 7 tambah sarikata ni.

so, all and all, it was a good experience, and tambah ilmu alhamdulillah. bertambah jugak kerja. rupanya my sv sangat risau pasal aku, he talked about me to them. sempat lagi mengumpat ye! but now i know he's not hating me ke apa ke. and he's not that scary pon as compared to my friend's sv. lepas denganr cerita sv sv lain yang lagi menakutkan, terus aku rasa bersyukur gila dapat sv yang sorang ni. bersyukur sangat.

so sekarang, aku ni kena berusaha lebih lah. do see me at the lab on weekends. bukan sekali sekala but selalu ye..

*mengeluh kecil


Wednesday, September 11, 2013

nightmare seorang postgrad

assalamualaikum wbt.

things are getting a bit hectic these few weeks. ingatkan boleh relax sikit but nope, working is so tiring lah! especially if it involves walking and hands on work.

usually people will ask me, 'besok keje ke?' just to start a conversation. aku pun selalunya mengaku jelah 'a'ah kerje'. but people might get confuse; eh kata belajar, tapi kerja macamana kan? sometimes, i just dont like to talk about it. tambah lagi nak explain. not that i am kera sumbang, mulut berat ke apa, but sometimes when i said that i still studying, people might think different lah, pelik sebab dah tua still belajar kan. and when they try to be interested in what i am doing right now, it makes me feel like aaargh dah aku malas nak layan.

thanks my friend for understanding. they all jarang tanya soalan resarch apa yang aku buat sekarang ni.

to be honest, even ina my biology scientist friend pun aku tak faham dia buat apa, inikan pulak orang lain. so people, i tak kecik hati pun kalau u alls tak tanya i what kind of research i do. let's talk about latest movie shall we? senang sikit hati i ni hah.

and sepanjang aku start balik belajar ni, banyak kali jugaklah aku mimpikan sv aku. NIGHTMARE OKAY! its like you have been chased by your boss 24/7. dah lah siang pun menghantui hidup kau kan, malam pun nak datang dalam mimpi apa kes? ni kalau sv yang jenis menakutkan lah. bukan jenis yang friendly boleh cerita pasal hal rumah tangga kau kan. but my sv, dia takdelah menakutkan gila barbie tapi kalau jumpa rasa stress.

last time, masa presentation poster kat conference, aku kena redha sebab akan terserempak dengan dia banyak kali. i try to avoid him as much as i could, but he kept on 'appearing' here and there. time nak pergi toilet, time nak lunch, time nak dengar talk pun tiba-tiba beliau menerjah dari belakang tanya

'how's your work?'

stress!

and i was with dr Y, the postdoc, all the time. when i was discussing about my poster with dr y, suddenly he came and ask,

'what's going on?'

stress!

i don't know, maybe i am depress right now sebab banyak benda tak siap lagi, and the results came out so merepek, i couldn't report him anything but problems. i dont mind if i face lots of trouble doing lab work sebab dari situ kita belajar kan. aku cube lah nak positive but being a supervisor, he said 'i'm worried about you' olus all the negative thought.

maybe i will be winning one day. just dont know when. 
so sv please be calm. be positive dan beri semangat pada saya ni. dont scare me. dont come into my dream! dont suddenly sneak at the back and ask what's going on. 

oh ya, this is me with my poster last 2 weeks; poster tak menang pun. but puas hati. :)

the poster and i
ps: hopefully one day, i can be a good sv.. 

Monday, September 9, 2013

raya sakan yang penghabisan untuk tahun ini

assalamualaikum wbt.

Ya Allah! aku nak cerita raya lagi ni walaupun raya dah habis. owww, i sedih tau raya dah habis. dah takde jemputan rumah terbuka lagi makan makan free.. hewhew..

so ni cerita lama la, time merdeka itu hari. 31/ogos punya jalan-jalan raya memang best. this time, kami pergi rumah fifah, rumah athiah and fadhli dan rumah dina and ajai.

first group, kami berkumpul kat rumah azmilia pagi pagi lagi pukul 10 lebeih macam tu untuk breakfast. kami ada rancangan baik punye, pergi tonton conjuring sebab semua orang kata conjuring tu best gila kan. so, meang conjuring best gila, nasib baik pi tengok sebelum pergi beraya, so takdelah menghantui kehidupan sangat. tapi menghantui setiap percakapan lah kalau ada di antara kami yang berperangai pelik sikit terus nak tuduh conjuring. oh ya, for the first time, kami semua nyanyikan lagu negaraku dengan enuh semangat masa nak start cerita tu. dahlah pakai baju kebangsaan.

so lepas meng'conjuring'kan diri, kami begerak terus ke rumah fifa. first time i jumpa adam anak fifa. kebetulan celebration bufdae dia sekali. the best thing kat rumah fifa ni ada char kway tiaw sedap gila woh! kecoq ayaq lioq bila ingat balik.. nyum!

kat sana jumpa athiah, suzy, kak long and fizah. lepas tu, the first group, join dengan kak long and suzy ziarah rumah athiah pulak..

berdiri: suzy, kak long, azmilia, athiah. duduk; ina, yatie, fifa, fizah , me


yati, me, ina, fazrul, fifa, adam (dukung), kak long, suzy, fizah, azmiia, adam.

rumah athiah alhamdulillah tak susah cari sebab semua orang first time pergi. first time jugak jumpa anak athiah, ali. pemalu budaknya. lepas dah bermaghrib siap kat rumah athiah ni, kitorang terjah ziarah rumah dina pulak!

ina, yati, athiah, ali (dukung), fadhli, adam, azmilia, suzy, kak long and me.

walaupun dah pernah pergi rumah dina untuk raya second week tu, degil jugak kan nak ikut konvoi pi rumah dina raya lagi. tak malu betul i ni. this time, za is so happy tengok ramai aunty datang. before this za memang bo layan sama aku lah, this time kami memang member. chewah! me so likey.... :) tengok gambar tu senyuman za paling menyerlah tahu! 

dina, za, ajai, adam, azmilia, yatie, ina. berdiri; kak long, suzy and me.

terima kasih sangat kat semua tuan rumah, azmilia and adam, athiah and fadhli, dina and ajai yang sudi la terima kami datang. aku suka sangat dengan mini gathering macam  ni so memang seronoklah kalau buat time raya kan (plus aku memang berlakon sangat jadi orang bujang heehee).

the next week nya pulak (semalam) azmilia pulak buat rumah terbuka. Ya Allah punyelah sedap makanan yang dihidangkan, ada laksa, nasi lemak, lontong! rasa menyesal sekarang sebab tak makan lagi banyak smealam.. T_T

And we had fun especially dapat jumpa mapod and anaknya aif pulak this time. jumpa fifa, husband and adam, athiah and fadhli, izna, jawa, aqeef and aufa, azizul, wife, and azzahra. this time i pulak bermesra-mesra ngan adam anak fifa tu. peramah oi, terhibur aku tengok gelagat budak-budak ni termasuk mak-mak budak sekali. 

finally habislah jalan-jalan raya untuk tahun ni. kiranya tahun ni paling seronok lah sebab banyak jalan dan ziarah rumah kawan-kawan. secara jujurnya aku memang jarang sangat jumpa budak budak ni selain azmilia and ina (haha, nampak sangat selalu berjhemba bersama) so bila dapat peluang macam ni memang aku tak lepaskan sebab masa ni nak kenal lebih rapat, lebih mesra dengan member-member dari zaman hingusan dulu. maklumlah dah 13 tahun berlalu (since 2000). kadang-kadang perangai amsing-masing dah berubah. tapi alhamdulillah budak-budak ni memang tak berubah langsung! korang memang rock gila!

adam, fifa, mapod, fizah, azmilia and me. 


okay that's all! selamat menjalankan aktiviti harian biasa!

pictures credit: azmilia. thank you, i share sini ye.. :)

Monday, September 2, 2013

kali ni beraya sakan dengan pergi menziarah dari rumah ke rumah

assalamualaikum wbt.

Ya Allah, i rindu sangat belog ni tau. rindu nak update, rindu nak berlagha-lagha, nak bloghopping, nak leave comments.

hari raya bakal nak habis, macam, korang rasa sedih tak? for me, tidaklah sedih sedih mana, tapi this time raya memang syiok bukan main tau! banyak tempat aku pergi ziarah this time. thanks to azmilia, dia hangkut semua sekali all the girls yang nak join untuk pergi menziarah. menziarah itu kan amalam mulia. jadi aku rasa aku dapat pahala sikit kat situ kan. tu yang beronok-ronok tu.

plus, bukan diorang buat rumah terbuka ke apa, tapi certain tempat macam rumah afadh, faeza the mommy blogger, rumah dina, rumah atiah, memang diorang tak buat rumah terbuka, kira macam kami datang untuk ziarah. update mana yang patut, tahu tempat mana yang mereka tinggal so that lepas ni tak sesat nak pergi, mengeratkan sillaturrahim, selama ni dok jumpa faeza tapi tak tau mana rumah dia kan, la ni tau dah.. rumah afadh, rumah atiah, rumah kak long, memang semua rumah ni kira first time datang.

so aku happy sangat!

jadi 24/8, azmilia, ina, yah and yati for the first time datang rumah aku. jamu nasi lemak je lah u olls. kemudian berkonvoi kita satu kereta (je) ke rumah afahd and aki. afadh dulu satu kelas dengan aku, aki pulak memang budak smak.l juga. jadi both husband and wife kitorang kenal. lepas tu, angkut afahd and aki and anak diorang yang cute macam anak jepun tu arissa, ke rumah faeza pulak..

rumah yours truly

the girls @ rumah afadh and aki
from left; yah, akie, afadh, ina, azmilia, me, arissa and yati

 faeza pun dulu satu kelas ngan aku.  1 umar- 3 umar. 4 umar, aku berpaling tadah pindah sekolah. hewhewhew.. selama ni dok tengok kat blog rumah faeza tu. masa tu memang aku dapat tengok secara life! cantik siot rumah kau! jeles i.. hihi.. anyway, tak dapat jumpa si kecik merah tu sebab dia takde. mami and daddy nak berhoneymoon. eh? hehe..

us @ rumah feaza. from left; yah, ina, me, yati,azmilia, alin, faeza, arissa, afadh and aki. semua ni satu sekolah ye kecuali arissa. hehe.
the girls! (and the mommies). arissa why you look so happy?
and last, kami yang beramai-ramai 3 bijik kereta ni pun pi terjah rumah kak long. kak long masa form 5 was a head girl. so sebagai adik adik yang cool gila, kami pun terjah rumah dia yang memang masa tu dia buat open house.

from left; kak long, yati, yah, hafsah, ina, me, faeza, azmilia, afadh, ina and aufa.
duduk: aki, arissa, alin, hafsah's husband, and khairul
lepas tu, kami balik dan memang flat habislah. penat, tapi berbaloi. dapat jumpa kawan kawan lama, dapat chitchatting mana-mana yang ketinggalan, dan dapat mengeratkan ukhuwah, alhamdulillah. so besok insyaaAllah aku update pulak tentang kembara raya 31 ogos pulak. 

bye!

ps: pictures credit to azmilia, edited by me. sorry gedik letak watermark sebab nak tanda raya-raya 2013.