Tuesday, August 27, 2013

kesinambungan itu

kesinambungan daripada entry ini, alhamdulillah presentation for the 3rd semester progress berjalan dengan lancar. memang tepatlah jangkaan aku memang akak tu letak je kerrtas kat board dengan harapan semua orang datang fakulti dan tengok kan.

tapi aku tak salahkan akak tu jugaklah. dia kata dia hantar email, sistem down dan end up memang semua orang tak dapat email tu. jadi kebetulan semua orang berfikir macam aku, datang seawal 8 pagi untuk check pukul berapa sebenarnya colloquium tu start.

tapi kan kak, dah banyak kali kot. kelas research method dulu 18 kali jugak akak buat macam tu. sampai saya ni setiap kali nak tahu ada kelas ke tak, kena datang fakulti untuk check.

ada seorang presenter memang tak dapat langsung email. dia pun tak tahu kena hantar progress report. kesian kat dia.

untuk aku, memang gigih lah aku bangun awal dan bersiap. aku kena bersedia dengan banyak possibilities; 1. presentation tu batal. jadi aku akan balik dan tidur. 2. presentation tu start petang pukul 2, jadi aku akan balik tidur dulu. 3. presentation start pagi, jadi lepas presentation balik dan tidur.

nasib baik ada disediakan makan pagi dan makan tengahari nasi ayam sedap. lama tak makan nasi ayam ni.

dan bila aku pergi, lihat bulletin board, memang start colloquium around 8.30 am, sesi pendaftaran dan sedikit ucapan, first presenter akan present pada 9.15 am.

yang best nya, aku lah first presenter tersebut.

alhamdulillah semua berjalan lancar. kebetulan memang both pmeriksa aku tak ada tapi aku proceed je sebab pengerusi dah suruh proceed. tapi dah nak habis tu pemeriksa aku baru datang. but because she knows a bit about my research sebab dia pun ada student buat benda yang lebih kurang sama, jadi tak ada masalah sangat kat situ. dia kalau examiner tu tak faham apa yang kita buat tu memang masalah lah sebab dia akan tanya detail about the research. detail means mungkin dia akan tanya maksud setiap terms yang kita sebut tu atau mthod yang kadang-kadang pun kita tak go through sangat. so dapat pemeriksa yang faham ni memang best lah. sedikit tips di situ ya.

dan examiner pun macam faham dan kata memang aku tak mencapai matlamat masa, tapi dia faham dan dia kata kalau dapat at least satu candidate pon dah okay untuk teruskan perjuangan. so aku happy kat situ.

so, besok aku kena teruskan perjuangan untuk poster presentation pulak. wish me luck.


The presenters and the examiners
p/s minggu i minggu busy siap demam dan asyik nak tidur.


2 comments:

  1. So, boleh balik awal n tidur? Hehhehehe....nway, have a good rest. Kena rehat bila badan x sihat. Tu yg nk tido je tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sweet tooth.. so sweet of you.. minggu depan baru boleh rehat sebetulnya.. wuwuwuwuuu...

      Delete