Thursday, August 15, 2013

hari-hari hari raya!

assalamualaikum wbt. 

selamat hari raya! selamat hari raya! selamat hari raya!

berapa orang kat sini yang dah naik kerja tapi masih dalam mood raya? (*angkat tangan dan lambai penuh semangat). tambahan pula hari ni dah khamis, besok jumaaat pula dan tunggu sabtu dan ahad untuk rumah terbuka. hee hee hee.. gembira sangat kan dapat makan? 

well my raya is awesome thanks for asking. this year dapat balik kampung di kedah sana tu. rumah atok kat kedah ada padi? yes, ada. ada sungai? yes, ada. ada laut? yes ada. but this time memang tak sempat sangat nak pergi semua tempat tu, sebabl sibuk beraya. balik kampung buat ketupat palas yang sangat gelemer di utara nun, mak su buat rendang daging marvellous kecur kecur air liur bila teringat dan bercerita ni. 

abah buat laksa kedah. petang tu mak andak bawak mi kari.

memang seronok sangat kan gaya beraya ni. 

and this year, we alls the family dapat sambut raya dengan lily comel ni. tak boleh dipegang jadi biar dia roaming merata bajet nak lepas bebas. ni kalau dah dapat kaki tak taulah macamana ghupe. sangat friendly dengan rakan-rakan berumur 3 tahun ke bawah ye. 



tak banyak rumah yang kami singgahi kebanyakannya atok sedara dah takada. dulu ada tok lang, tok ngah, tok lang sawah. sekarang semua dah arwah (al-fatihah). jadi melawat yang ada, tok chik and tok su. melawat mak long juga. makan kueh mueh segala. tengok tv pun ye juga. 

aku and azmi balik ke selatan hari raya ke-tiga. ada jam sikit jalan kat penang sane. lepas tu ada rangkak-rangkak sikit tapi still okay. singgah rumah sendiri kejap lepas rindu dan ambil baju dan bergerak ke selatan, batu pahat johor. 

mak pak mertua dah rancang baik punye tunggu kitorang balik baru pi berjalan. sakan gila berjalan raya ke empat dan ke lima. kenyang perut tak payah kata. raya ke enam duduk rumah sambil tunggu tetamu datang. semalam pun lepas tetamu balik, baru balik ke kl, alhamdulillah jalan tak congested pun. alhamdulillah..

dah kejap je hari ni dah raya ke tujuh. 

minggu depan kot nak start puasa 6. 

nanti tiba-tiba dah raya haji pulak kan. Ya Allah cepat betul masa berlalu. 

ok, selamat hari raya lagi sekali. maaf zahir batin atas segala salah silap yang telah ku lakukan sepanjang penulisan blog ni. mana yang terasa minta ampun dan maaf ye. mari kita mulakan hidup baru, acewah. 

5 comments:

  1. selamat hari raya :) comelnye baby, ceria!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you anne!anak buah tu.. :) selamat hari raya..

      Delete
  2. Zura!!!! (i angkat 2 tangan lambai2 kat u)...seriously.... Mood raya lagi nih.... Eh, muka u n azmi mmg nak serupa la... Org kelantan kata ada 'meh' hehehehe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kan especially nak weekend ni lagilaaaaaa... semanagt nak pi open house.. hehe..

      banyak juge orang kata muka kami ada 'meh' mungkin sebab pipi sama naik lol!

      Delete