Tuesday, August 27, 2013

kesinambungan itu

kesinambungan daripada entry ini, alhamdulillah presentation for the 3rd semester progress berjalan dengan lancar. memang tepatlah jangkaan aku memang akak tu letak je kerrtas kat board dengan harapan semua orang datang fakulti dan tengok kan.

tapi aku tak salahkan akak tu jugaklah. dia kata dia hantar email, sistem down dan end up memang semua orang tak dapat email tu. jadi kebetulan semua orang berfikir macam aku, datang seawal 8 pagi untuk check pukul berapa sebenarnya colloquium tu start.

tapi kan kak, dah banyak kali kot. kelas research method dulu 18 kali jugak akak buat macam tu. sampai saya ni setiap kali nak tahu ada kelas ke tak, kena datang fakulti untuk check.

ada seorang presenter memang tak dapat langsung email. dia pun tak tahu kena hantar progress report. kesian kat dia.

untuk aku, memang gigih lah aku bangun awal dan bersiap. aku kena bersedia dengan banyak possibilities; 1. presentation tu batal. jadi aku akan balik dan tidur. 2. presentation tu start petang pukul 2, jadi aku akan balik tidur dulu. 3. presentation start pagi, jadi lepas presentation balik dan tidur.

nasib baik ada disediakan makan pagi dan makan tengahari nasi ayam sedap. lama tak makan nasi ayam ni.

dan bila aku pergi, lihat bulletin board, memang start colloquium around 8.30 am, sesi pendaftaran dan sedikit ucapan, first presenter akan present pada 9.15 am.

yang best nya, aku lah first presenter tersebut.

alhamdulillah semua berjalan lancar. kebetulan memang both pmeriksa aku tak ada tapi aku proceed je sebab pengerusi dah suruh proceed. tapi dah nak habis tu pemeriksa aku baru datang. but because she knows a bit about my research sebab dia pun ada student buat benda yang lebih kurang sama, jadi tak ada masalah sangat kat situ. dia kalau examiner tu tak faham apa yang kita buat tu memang masalah lah sebab dia akan tanya detail about the research. detail means mungkin dia akan tanya maksud setiap terms yang kita sebut tu atau mthod yang kadang-kadang pun kita tak go through sangat. so dapat pemeriksa yang faham ni memang best lah. sedikit tips di situ ya.

dan examiner pun macam faham dan kata memang aku tak mencapai matlamat masa, tapi dia faham dan dia kata kalau dapat at least satu candidate pon dah okay untuk teruskan perjuangan. so aku happy kat situ.

so, besok aku kena teruskan perjuangan untuk poster presentation pulak. wish me luck.


The presenters and the examiners
p/s minggu i minggu busy siap demam dan asyik nak tidur.


Monday, August 26, 2013

rambling, ramble, random

assalamualaikum wbt.

it is now 5.45 pm, besok nak present and slides langsung tak usik satu hapa pun lagi..

macam ni lah kalau tak ada mood kan.. i dont even know at what time the presentation will be. yang tau besok je..

salah aku jugak, tak perrgi check kat fakulti hari ni kan.. actually hari ni aku decide nak duduk rumah untuk..

buat slide.

tapi, sekarang pukul 5.46 pm masih lagi tak start apa-apa..

one thing about the faculty is that, walaupun mereka ada email and actually can spread the information throughout email je, kakak yang rajin kat admin tu suka print sekeping kertas, lepas tu tampal dekat board pusat pengajian.

macam lah semua orang datang fakulti semata-mata nak tengok buletin apa yang naik kan..

kalau yang kes buat kerja jauh-jauh ni, nak kena ada orang dalam untuk inform everything up kat buletin board tu ke?

hantar email susah eh?

ke tak pandai bukak email, hanya tahu bukak facebook je..

aku tak marah lah raya-raya ni, tak baik marah. infact, salah aku jugaklah not keen to get to know the school's update. but still it would be verrrrrryyy nice if i can just know it from the emails. bukan susah pun. benda tu dah di taip, just attach and send it to all the participants.. bukan ramai pun. enam orang je kot! aaaargh...kepala panas..

oh well, what to do?! selamat hari raya lagi alls. weekends are now so much fun sebab pergi beraya kan? hewhew..

Thursday, August 22, 2013

CPUV masok lagi! yey!

Assalamualaikum wbt.

yey tomorrow is friday! this means besoknya boleh pi raya, pergi rumah terbuka, makan, food best, makan lagi, rumah terbuka lagi, and few weddings yang mungkin tak boleh nak pergi semua..

so today, aku check nuffnang and i have another 2 CPUV sedang menari-nari (term yang kak dot guna). i am so happy! thanks again nuffnang! i ingat you alls tak sayang i sebab dulu memang tak pernah masok. this time memang terasa disayangi.. hiks!


orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? jadi kira aku bersyukur jugaklah walau dapat dua pun.. nanti boleh tambah lagi ye nuffnang! i love you!

Monday, August 19, 2013

cerita raya lagi. raya! raya! raya!

assalamualaikum wbt.

tahun ni i beraya sakan sungguh lah. ape ni? bila nak siapkan kerja ni? tapi seriously lah, aku dah start kerja since khamis lepas, lepas tu jumaat main on off on off datang kerja boleh? macam ni lah kalau jadi student terbiar, nak datang, datang taknak datang sudah. as long as kerja siap..

masalah nye kerja i tak siap lagi how?

haha.. ignore that please. mood raya masih membahang ni!

so ini cerita last week. aku letak gambar ajelah ye. malas nak cerita panjang.

raya ke empat. jalan jalan sekitar rumah saudara mara.

raya ke enam. siap ambil buah rambutan. kupas kulit dan simpan dalam peti ais. yummeh!


raya ke tujuh. baru balik dari kampung. elok isi kueh raya dalam balang, budak-budak pun datang bagi salam.. assalamualaikum! i was so excited, pertama kali dalam seumur hidup. 

raya ke sepuluh. datng beraya di rumah yati. lepas tu balik ke kepong sambung raya makan ketupat palas lagi.. 

raya ke sepuluh. geram lah maklong tengok lily ni!

raya ke sebelas. beraya rumah supervisor pulak. mula-mula nervous sebab pertama kali. but definitely will not be the last time. mungkin 2 tahun lagi kalau dr jemput saya datang..

and sebelum tu raya rumah dina. tak sempat capture gambar. and lepas tu menjemput colleagues nurul and nadzirah untuk raya rumah kami pulak sambil layan the mask of zorro. nice.. :)

so rakan-rakan, sudi-sudikanlah datang ke rumah, jom kita ziarah-ziarah. i pun suka nak datang-datang rumah ni. sebab masa ni kira alasanlah nak jumpa kan. kalau tak memang tak jumpa-jumpa dah. plus, tetamu itu rezeki. jadi aku suka je orang datang rumah aku ita makan-makan kueh raye. aku nak kejar rezeki ni. cewah. 

selamat hari raya alls!

Saturday, August 17, 2013

selamat lah kamu semua pergi rumah terbuka ye..

assalamualaikum wbt.

hari sabtu hari ni, amacam raya korang so far? mesti sibuk pi rumah terbuka kan? hihi.

aku as usual adelah jemputan sikit-sikit ke sana ke mari. and akan singgah rumah parents ja lagi. tapi di pagi yang hening dan berjerebu ni, akupi lab kejap sambil update blog and buat lab sikit. maklumlah, dah cuti lama, so lab kena qada' sikit mana yang patut.

tak lama lagi dah nak sem 4, jadi kena sedar diri sikit. etah mana masa pergi aku pun tak tau. mungkin selalu main internet dan berlagha di situ.

kalau kalian perg rumah terbuka tu, control control lah sikit makan ye. mesti ramai yang merungut ni bila puasa berat badan turun baik punye. bila raya berat baddan pun naik baik punye.

dan jangan lupa tingkatkan kualiti ziarah ye. cewah.

apa tujuan kita ziarah menziarahi sesama insan ni?

masa raya itu hari, aku ikut pergi ke rumah-rumah makcik-makcik yang dekat, makcik-makcik yang jauh. dan kadang akan dengar 'eh rumah makcik a dah pergi? rumah makcik b? kakak a dah datang ke?'

mungkin aku ni modern sangat pemikirannya sebab makcik-makcik ni kadang-kadang lebih mementingkan datang atau tidak, ziarah atau tidak rumah-rumah. sebab bila pergi datang ziarah, kaddang-kadang semua orang diam, makan kuih raya, tengok kuih raya yang mana sedap, lepas tu diaaaaaaaaamm.. mula timbul suasana awkward, diam lagi dan pulang. sebelum pulang, salam menyalam dah balik..

tak ada pengisian sangat. sebab bila bertanya khabar tu kan sekejap aje. mungkin boleh lah amalkan gaya hamka kereta mayat yang bila kita menziarah orang, lebih afdal kalau kita cakap hal akhirat. dapat pahala. tapi berapa ramai sangatlah orang buat macam tu kan. even aku pun tak lah.

tapi itulah, mungkin dah adat agaknya. bagus datang menziarrah ke sana ke mari. tapi bagi aku kualiti ziarah tu lebih penting dari kuantiti ziarah. sebab kalau nak ziarah banyak rumah sangat pun badan penat, sebab kena naik turun kereta (bukan jalan kaki pun penat kan..haha). sebab bukan hari raya je kita boleh ziarah, hari-hari lain pun boleh.. cuma takde kueh raye je la.. hehe..

dan hal rumah terbuka pula, sebenarnya aku suka je, sebab konsep rumah terbuka ni nak ajak semua orang datang sekali gus. sebab aku tengok mil aku kesian pulak setiap kali orang datang setiap kali tu masak. kalau buat rumah terbuka boleh masak sekaligus banyak, terus sekaligus hidang semua tetamu yang datang. kira tetamu datang serentak tu lagi best lah. boleh jumpa member-member lama dan menjalin ukhwah kan.

okaylah itu saje bebelan aku untuk hari ni..

selamat hari raya!

Thursday, August 15, 2013

hari-hari hari raya!

assalamualaikum wbt. 

selamat hari raya! selamat hari raya! selamat hari raya!

berapa orang kat sini yang dah naik kerja tapi masih dalam mood raya? (*angkat tangan dan lambai penuh semangat). tambahan pula hari ni dah khamis, besok jumaaat pula dan tunggu sabtu dan ahad untuk rumah terbuka. hee hee hee.. gembira sangat kan dapat makan? 

well my raya is awesome thanks for asking. this year dapat balik kampung di kedah sana tu. rumah atok kat kedah ada padi? yes, ada. ada sungai? yes, ada. ada laut? yes ada. but this time memang tak sempat sangat nak pergi semua tempat tu, sebabl sibuk beraya. balik kampung buat ketupat palas yang sangat gelemer di utara nun, mak su buat rendang daging marvellous kecur kecur air liur bila teringat dan bercerita ni. 

abah buat laksa kedah. petang tu mak andak bawak mi kari.

memang seronok sangat kan gaya beraya ni. 

and this year, we alls the family dapat sambut raya dengan lily comel ni. tak boleh dipegang jadi biar dia roaming merata bajet nak lepas bebas. ni kalau dah dapat kaki tak taulah macamana ghupe. sangat friendly dengan rakan-rakan berumur 3 tahun ke bawah ye. 



tak banyak rumah yang kami singgahi kebanyakannya atok sedara dah takada. dulu ada tok lang, tok ngah, tok lang sawah. sekarang semua dah arwah (al-fatihah). jadi melawat yang ada, tok chik and tok su. melawat mak long juga. makan kueh mueh segala. tengok tv pun ye juga. 

aku and azmi balik ke selatan hari raya ke-tiga. ada jam sikit jalan kat penang sane. lepas tu ada rangkak-rangkak sikit tapi still okay. singgah rumah sendiri kejap lepas rindu dan ambil baju dan bergerak ke selatan, batu pahat johor. 

mak pak mertua dah rancang baik punye tunggu kitorang balik baru pi berjalan. sakan gila berjalan raya ke empat dan ke lima. kenyang perut tak payah kata. raya ke enam duduk rumah sambil tunggu tetamu datang. semalam pun lepas tetamu balik, baru balik ke kl, alhamdulillah jalan tak congested pun. alhamdulillah..

dah kejap je hari ni dah raya ke tujuh. 

minggu depan kot nak start puasa 6. 

nanti tiba-tiba dah raya haji pulak kan. Ya Allah cepat betul masa berlalu. 

ok, selamat hari raya lagi sekali. maaf zahir batin atas segala salah silap yang telah ku lakukan sepanjang penulisan blog ni. mana yang terasa minta ampun dan maaf ye. mari kita mulakan hidup baru, acewah. 

Wednesday, August 14, 2013

rezeki bulan syawal pulak...

assalamualaikum wbt

selamat hari raya alls! seronok tak raya kawan-kawan? raya i seronok sesangat ni... nanti i cerita lah di lain post..

so this coming syawal, alhamdulillah i dapat cpuv yang kedua pulak!

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

hari tu rezeki bulan ramadhan kan? kali ni bulan syawal pulak.. i sangat happy okay! terima kasih nuffnang sekali lagi sebab bagi peluang ini pada i...



salam syawal ke enam!