Thursday, July 25, 2013

puasa itu sabar

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak bercerita sikit tentang sabar.

aku rasa sabar ni benda major dalam hidup kita. buat semua benda kena sabar, belajar kena sabar, memandu kena sabar, tulis blog kena sabar.

tambah pulak dalam bulan ramadhan ni, memang tahap kesabaran teruji. tengok orang post gambar makanan, terliur, sebab puasa, kena sabar. kalau rasa nak marah orang, sebab puasa, kena sabar. kalau rasa haus nak makan, lapar pun kena sabar sebab puasa.

selama 29 tahun aku hidup ni, alhamdulillah tahun ni memang aku kalau boleh nak menikmati ramadhan sebaiknya. antara nikmat nya adalah - sabar.

dan kalau boleh tahun ni memang nak didik hati, didik jiwa dan didik diri untuk menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. nanti boleh celebrate time raya nanti! dan aku sekarang faham lah kenapa ramadhan itu ada, kenapa kita kena puasa, kenapa kita sambut hari raya.

sebelum ni hanya TAHU tapi TAK FAHAM. sekarang alhamdulillah dah faham. dah tua baru nak faham kan.. lambat sungguh.

kira bulan ramadhan ni beri kita latihan untuk terus ingat pada Allah, sentiasa amalkan pembacaan al-quran, sentiasa sabar, sentiasa bersangka baik, sentiasa berbuat baik sesama manusia. jadi bila kita dah terlatih selama sebulan ni, harapnya lepas habis bulan ramadhan, kita istiqamah dalam melakukan semua ibadat.

dan bila sampai hari raya kita sambut sebagai seorang yang baru - fitrah, kena dengan maksudnya sebab segala latihan yang kita jalankan tu tamat. macam graduatelah kiranya. jadi lagi 11 bulan tu jalanilah kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. kalau ada ramadhan lagi untuk kita, maka berlatih lah lagi untuk jadi yang lebih baik lagi berbanding ramadhan sebelumnya.

selamat berpuasa semua. selamat beramal. :)


2 comments:

  1. Betul... bak kata prof muhaya, kena bersabar sampai la kita mati. Sbb hidup ni x lepas dari ujian. Sedih pulak sbb masih dalam keadaan 'Allah Beri Cuti'. Rasa mcm rugi sbb x leh solat terawih :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. st: takpe, Allah beri cuti bukan sebab nakmengurangkan pahala seseorang. :) tak perlu rasa rugi sebab tak boleh buat perkara sunat. jom kita buat prekara wajib supaya kita dapat pahala berlipat kali ganda. ameen..

      Delete