Friday, July 12, 2013

gold coast morib

assalamualaikum wbt.

last week aku bersama azmi pergi celebrate birthday ku di gold coast morib! yey!

sebab dah lama beli kupon di living social, jadi dalam kepala aku asyik nak pergi san, nak pergi sana, nak pergi sana je keje. biasalah tu kan. benda dah beli, mesti nak spend la la tu jugak memang tak boleh tunggu. aku purchase bulan 3 tak salah sebab macam murah. RM 198 untuk sekali breakfast, buffet dinner and entrance ke water theme park. sekarang promotion tu masih ada kalau nak pergi search living social dan cari bawah gataway kot tak salah aku. oh tapi aku bagitau siap-siap, promosi ni hanya untuk weekdays sahaja.

the best thing about having a gataway on weekdays is, less people around. tak crowded sangat. tapi aku rasa maca aku pergi tu agak ramai jugak lah orang. mungkin sebab dah nak puasa, so semua orang nak mencutikan diri. aku and azmi pun mencutikan diri lah hendaknya, dari 3 july- 4 july. sebab aku tak purchase birthday package, tidaklah dapat birthday gift.. dia mahal sikit dan kena stay lama sikit - 3 hari 2 malam.

so sepanjang aku ada kat sana, boleh lah layankan suasana tepi pantai. kami sampai lambat, lebih kurang pukul 5.30 macam tu so tak sempat nak buat apa, jadi jalan-jalan sekitar tepi pantai sahaja. gambar pun aku tak capture banyak kalau boleh nak phone free kat situ..

phone free lah sangat kan, malam-malam main candy crush juga... :P



gambar terejal macam ni memang wajiblah. laut surut sangat sampai ke hujung jauhnya. besok pagi pun laut masih surut. entah bila nak pasang aku pun tak tau. tapi yang pasti, laut ni macam tak boleh mandi je. kalau dibenarkan mandi pun mungkin tak mandi jugak. that's why tempat ni dia sediakan waterpark sekali, so boleh main air jugak walaupun tepi pantai. 


cuba nak menyelamatkan alamlah kononnya. tu biji benih pokok bakau ye. not sure how to plant it, but belasah jelah.. macma nak letak papan tanda kat situ. nanti datang balik dah besar, tau la tu pokok hasil tanaman aku.. cewah...

malam kat sini memang tak ada aktiviti. dinner buffet okay, not so bad lah. tak adalah sedap gila macam kat EQ. hihi. tapi ada masak char kwey tiaw in action panas-panas best best punya.. lepas makan, malam tu mungkin boleh buat ini;


berjakuzi!

okaylah you can call me jakunnzz but this is my first experience mandi jakuzi. cuma mungkin sebab dah ramai yang guna hotel ni, ada a bit rosak sana-sini. pili ada rosak sikit, paip air ada bocor sikit. so macam spoil sikit lah kegembiraan kat situ. but the jacuzzi works well. and i think that this kind of room, yang ada attach bathroom yang seksi macam ni tak sesuai kot kalau bawak anak yang dah mumayiz tidur sebilik. erm.. maksud bathroom yang seksi is, kalau ko mandi tu boleh intai lah di balik tingkap tu. nak berjakuzi pun ala-ala segan gitu. 

kalau couple and couple yang ada anak kecik 3 bulan hingga 3 tahun seswai lah kot.. boleh mandi together-gether...takdelah dia cerita kat sekolah mak ayah mandi sama dalam bilik air keennss..hihi..

so the next day, kelam kelibut bersiap nak kejar time breakfast. lepas breakfast terus pergi water park. honestly, waterpark memang simple sangat, tapi bolehlaaaaa nak main gembira-gembira seronok seronok. tapi sebenarnya, kat sini ramai yang bawak anak kecik, so yang besar gajah macam kitoranf adalah malu malu kuchen sikit nak main-main seronok-seronok gelak-gelak kan.. but what the heck, mak orang ni nak main jugak sliding-sliding sambil jerit-jerit. seronoklah jugak sebab ni first time kot aku naik sliding pusing-pusing ketinggian tak sampai 2 meter je poooonn.. hahahaha.. 

unfortunately slide yang tinggi gila sampai tingkat 4 tu aku tak boleh naik sebab aku tak pakai appropriate suit. ada la sorang perempuan baru kawen boleh naik sebab dia pakai muslimah swimming suit tu kan, so dia je lah perempuan yang gembira (jeles). but i dont mind, aku memang berazam lepas ni nak beli appropriate suit untuk berenang and snorkelling, and of course main slide di sunway lagoon nanti.. tengoklaaaaaah.. 

tu jelah cerita mengenai percutian sempoi aku kat morib ni. harga biasa lebih kurang rm400+ kot tak salah aku jadi memang tak lah aku pergi kalau rm400+. tapi setakat nak try sekali-sekala relaks-relaks bolehlah untuk rm198 tu.. lepas ni mana pulak? 

selamat berbuka puasa.. :) 

No comments:

Post a Comment