Friday, July 19, 2013

berbakti kepada ibu dan bapa.

assalamualaikum wbt.

dua hari lepas, aku tengok ceramah dari ustaz kazim ilyas. sekarang gelemer kat tv. sebenarnya dari dulu lagi gelemer (gaya speaking perak please). mak dengan abah ikut ceramah tu kat tv. aku tengok jika kadang-kadang terserempak je. syok jugak. antara ustaz kegemaran selain ustaz azhar idrus. dia syok bukan apa, selain dari pengisian, ada juga lawak-lawak, yang paling syok, slang perak dia tu yang mahai tu. UAI dengan slang ganu nya kangg..

sekarang ni ustaz kazim rajin cerita bab ibu dan bapa.

salah satu yang aku dengar, mengenai kepentingan mak mertua, bapak mertua dengan mak bapak sendiri. mana satu nak pentingkan dulu.

ustaz pun menyenaraikan sekian-sekian turutan dari ibu bapa, makcik pakcik, sepupu sepapat hinggalah ke mak pak mertua.

kalau nak diikutkan keutamaan yang diberikan, mak pak mertua tu entah jatuh nombor berapa.

jadi nak kata kat sini yang anak (especially lelaki) kena utamakan mak bapak sendiri dari mak bapak mertua.

jadi kat situ, aku buat kesimpulan, yang kita sebagai isteri (perempuan) nak taknak kena ikut perintah suami. suami pulak, kena ikut perintah mak pak dia sendiri. kalau mak pak dia suruh mai rumah, kena lah ikut. kalau mak pak dia suruh bawak pergi jalan-jalan kenalah ikut. kalau dalam masa yang sama mak pak kita pun nak suruh kita mai rumah, kita kena pergi rumah mak pak mertua suami dulu baru mak pak sendiri.

sebab suami ketua keluarga, suami itu lelaki, suami itu ada hak.

itu sebab anak lelaki tu penting, dan penting jugaklah anak lelaki tu untuk mendapatkan seorang menantu yang baik. yang anak lelaki pulak, pilihlah isteri yang boleh sedapkan hati mak pak. jangan sampai mak pak tak suka isteri, sampai disuruh kahwin lain (itu perintah dah tu kena ikut kalau tak berdosa dan menderhaka - kalau tak melanggar syariat).

 dan nanti sampai satu masa nanti kita juga akan jadi mak dan mak mertua.

dan kalau satu masa nanti aku jadi mak mertua, harapnya aku tidaklah berlaku kejam pada anak lelaki aku nak suruh dia balik raya setiap tahun tanpa fikir hak menantu. dan jadilah mak mertua yang considerate, mudah untuk anak menantu berbakti pada kita, mudah untuk anak untuk 'tidak menderhaka' pada kita.

dah. itu peringatan untuk aku. pedoman untuk kalian juga.

salam 10 ramadhan.

ps: mak pak mertua aku cool.

2 comments:

  1. so true zura, bila dah jadi isteri, kena ikut cakap suami selagi dia x suruh buat dosa. Kena utamakan suami. and suami pulak, kena hormat parent kita mcm dia hormat parent dia. Kalo mak pak kita kecik hati, somi jugak yg kena tanggung tu semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula, seberat-berat tugas isteri, berat lagi tanggungjawab suami. jadi kita sebagai isteri kena ringankanlah beban suami, bukan dari segi kewangan sahaja, dari segi emosi juge.. :)

      Delete