Tuesday, July 30, 2013

alhamdulillah, lepas satu perkara

assalamualaikum wbt.

lama i menyepi, memanglah orang tak cari but i rindu sangat kat blog ni. tka banyak cerita sangat di bulan ramadhan ni, tapi syok jugak share share cerita ceramah dan ilmu ilmu walaupun ada dua ketul je sebelum ni.. hehe..

so report pun dah hantar tadi.

sebab taknak berlaku kelam kabut macam sebelum ni, aku hantar hari ni walaupun due datenya besok. sebelum ni, aku hantar ontime, petang pulak tu. lepas tu kelam kabut sebab fakulti nak 3 salinan la, front page kaler merah la.. penat aku berkelana cari dan beli kertas warna merah dan rembat printer office banyak-banyak.. ampun kan kami penunggu gua.

itu cerita masa nak hantar report untuk pembentangan proposal last year.

this year, aku kena present untuk 3rd semester progress report. ada presentation lagi. huhuu.. sedihlah kan sebab tak banyak pun progres.. protein i ni susah nak express lah!

by the way, kali ni aku hantar siap siap 3 copy walaupun fakulti tak bagitau berapa banyak salinan. nak tanya malu kan. nasib bak tadi terserempak dengan pensyarah penyelaras lama dan sempatlah aku interview dia dan tanya itu ini. friendly gila pensyarah ni. seronok aku. kan best kalau penyelia aku macam ni.. huuhuu..

bersyukur okay, bersyukur..

jadi untuk report ini, tarikh presentation pada 27 august nanti. penyelia aku pulak ada offer suruh join satu conference ni, so aku pn join jugak. dateline submission pun 31/7. tapi dah hantar 2 minggu lepas untuk abstrak. penyelia pun cool sebab cepat gila dia bagi feedback dan betulkan ayat aku dalam abstrak tu. so benda tu pun dah lepas lah untuk bulan ni.

dan tarikh presentation untuk conference ni pulak 28 dan 29/8. menarik kan? boleh pulak tarikh nak dekat dekat.. shabbas betiii...

so kalau nak raya pun tak boleh bersakan sangat. aku kena berusaha lebih lagi walaupun hari ni dah berfoya-foya seharian dengan alasan penat buat report. jadi chaiyoklah untuk aku menghadapi 2 presentation bulan depan..

yeah..

oh ye, skim tenaga pengajar muda uitm akan dibuka starting luse tak salah aku.. rajin rajinlah buka website uitm tu. untuk aku, hmmmm.... walaupun lama dah menidam nak mintak, tapi takpelah, tunggu lepas habis belajarlah nampaknya untuk mintak position lecturer.. dengar cerita, yang tengah belajar tu dia memang tak ambik untuk skim ni...

redha je lah di bulan puasa ni..

tapi positifkan diri! insyaa Allah, lepas dah setel semua azab ni, adalah rezeki lecturer untuk aku. ameen..

ps; dalam setiap doa aku, aku selit aku nak habiskan belajar ni awal tahun 2015. harap harap tercapailaaa... ameen..

Thursday, July 25, 2013

puasa itu sabar

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak bercerita sikit tentang sabar.

aku rasa sabar ni benda major dalam hidup kita. buat semua benda kena sabar, belajar kena sabar, memandu kena sabar, tulis blog kena sabar.

tambah pulak dalam bulan ramadhan ni, memang tahap kesabaran teruji. tengok orang post gambar makanan, terliur, sebab puasa, kena sabar. kalau rasa nak marah orang, sebab puasa, kena sabar. kalau rasa haus nak makan, lapar pun kena sabar sebab puasa.

selama 29 tahun aku hidup ni, alhamdulillah tahun ni memang aku kalau boleh nak menikmati ramadhan sebaiknya. antara nikmat nya adalah - sabar.

dan kalau boleh tahun ni memang nak didik hati, didik jiwa dan didik diri untuk menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. nanti boleh celebrate time raya nanti! dan aku sekarang faham lah kenapa ramadhan itu ada, kenapa kita kena puasa, kenapa kita sambut hari raya.

sebelum ni hanya TAHU tapi TAK FAHAM. sekarang alhamdulillah dah faham. dah tua baru nak faham kan.. lambat sungguh.

kira bulan ramadhan ni beri kita latihan untuk terus ingat pada Allah, sentiasa amalkan pembacaan al-quran, sentiasa sabar, sentiasa bersangka baik, sentiasa berbuat baik sesama manusia. jadi bila kita dah terlatih selama sebulan ni, harapnya lepas habis bulan ramadhan, kita istiqamah dalam melakukan semua ibadat.

dan bila sampai hari raya kita sambut sebagai seorang yang baru - fitrah, kena dengan maksudnya sebab segala latihan yang kita jalankan tu tamat. macam graduatelah kiranya. jadi lagi 11 bulan tu jalanilah kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. kalau ada ramadhan lagi untuk kita, maka berlatih lah lagi untuk jadi yang lebih baik lagi berbanding ramadhan sebelumnya.

selamat berpuasa semua. selamat beramal. :)


Wednesday, July 24, 2013

rezeki ramadhan. CPUV pertama di bulan July.

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah, orang kata rezeki ramadhan. terima kasih nuffnang sebab bagi cpuv ni pada i. i terharu you..

nanti bagi lagi ye, sekarang pun masih ongoing (hari ni first day). rasanya, ni first time kot dapat cpuv, eh jakunnya i..


silalah bagi lagi please oh please.. saya suka update blog tau (and suka kalau banyak cpuv berjalan-jalan di sini)! hehe..

selamat berbuka puasa semua. 

salam ramadhan yang ke 15.


Tuesday, July 23, 2013

halau anak, nanti anak halau kita hah!

assalamualaikum wbt.

video ni aku share kat sini, diambil dari facebook, dishare oleh kawan aku untuk peringatan semua. insyaa Allah, kalau ada rezeki ada untuk ada anak nanti, i try my best to be a good listener.

and mak doakan anak mak ni cepat habis belajar dan jangan malas-malas ye sebab anak mak malas laaaaahh...  T__________T



selamat beramal and selamat berpuasa!

Friday, July 19, 2013

berbakti kepada ibu dan bapa.

assalamualaikum wbt.

dua hari lepas, aku tengok ceramah dari ustaz kazim ilyas. sekarang gelemer kat tv. sebenarnya dari dulu lagi gelemer (gaya speaking perak please). mak dengan abah ikut ceramah tu kat tv. aku tengok jika kadang-kadang terserempak je. syok jugak. antara ustaz kegemaran selain ustaz azhar idrus. dia syok bukan apa, selain dari pengisian, ada juga lawak-lawak, yang paling syok, slang perak dia tu yang mahai tu. UAI dengan slang ganu nya kangg..

sekarang ni ustaz kazim rajin cerita bab ibu dan bapa.

salah satu yang aku dengar, mengenai kepentingan mak mertua, bapak mertua dengan mak bapak sendiri. mana satu nak pentingkan dulu.

ustaz pun menyenaraikan sekian-sekian turutan dari ibu bapa, makcik pakcik, sepupu sepapat hinggalah ke mak pak mertua.

kalau nak diikutkan keutamaan yang diberikan, mak pak mertua tu entah jatuh nombor berapa.

jadi nak kata kat sini yang anak (especially lelaki) kena utamakan mak bapak sendiri dari mak bapak mertua.

jadi kat situ, aku buat kesimpulan, yang kita sebagai isteri (perempuan) nak taknak kena ikut perintah suami. suami pulak, kena ikut perintah mak pak dia sendiri. kalau mak pak dia suruh mai rumah, kena lah ikut. kalau mak pak dia suruh bawak pergi jalan-jalan kenalah ikut. kalau dalam masa yang sama mak pak kita pun nak suruh kita mai rumah, kita kena pergi rumah mak pak mertua suami dulu baru mak pak sendiri.

sebab suami ketua keluarga, suami itu lelaki, suami itu ada hak.

itu sebab anak lelaki tu penting, dan penting jugaklah anak lelaki tu untuk mendapatkan seorang menantu yang baik. yang anak lelaki pulak, pilihlah isteri yang boleh sedapkan hati mak pak. jangan sampai mak pak tak suka isteri, sampai disuruh kahwin lain (itu perintah dah tu kena ikut kalau tak berdosa dan menderhaka - kalau tak melanggar syariat).

 dan nanti sampai satu masa nanti kita juga akan jadi mak dan mak mertua.

dan kalau satu masa nanti aku jadi mak mertua, harapnya aku tidaklah berlaku kejam pada anak lelaki aku nak suruh dia balik raya setiap tahun tanpa fikir hak menantu. dan jadilah mak mertua yang considerate, mudah untuk anak menantu berbakti pada kita, mudah untuk anak untuk 'tidak menderhaka' pada kita.

dah. itu peringatan untuk aku. pedoman untuk kalian juga.

salam 10 ramadhan.

ps: mak pak mertua aku cool.

Monday, July 15, 2013

terkesan

asslamualaikum,

sumber: facebook ustaz hasrizal. 

aku beri satu komik strip yang betul-betul buat aku terasa. 

terasa bukan apa, terasa sebab bapaknya itu yang sound anaknya jangan buat kerja separuh jalan. 

ya betul, jangan buat kerja separuh jalan. 

sebab dalam hati ni, walaupun syaitan tak ada, adaaaa saja perka-perkara yang buat pendirian goyah dan terus rasa tak bersemangat nak buat sesuatu. 

rasa nak berhenti belajar, dan terus cari kerja. rasa tu sentiasa ada. cuma kuat atau tidak aje. 

jadi bila pakcik kat atas ni sound macam tu, terasalah kan. buat kerja susah sikit, nak berhenti. mungkin sesetengah orang fikir yang kita perlu berusaha untuk mencapai apa kerja yang kita suka, berniaga contohnya. tapi kalau kita ada di tengah-tengah jalan, takkan nak patah balik dan tak curious ke kita nak tahu apa yang ada di hujung jalan tersebut? di pengakhirannya nanti?

jadi aku terus kuatkan semangat jugaklah untuk meneruskan hidup. memang teruk bunyinya dah semester 3 masih lagi terkia-kial di step pertama. tambah pula nak hantar report hujung bulan ni dan present di hujung bulan depan. untuk publish paper apatah lagi kan, haruslah lambat. 

nak suruh sabar dan berfikiran positif? macam ini lah jadi nya kot. 

ke pendekatan sabar dan berfikiran positif aku ni terpesong? 

ape-apehal pun pakcik, terima kasihlah banyak-banyak. anak yang tak ada kena mnegena ni akan terus berusaha. 

lepas habih belajar nanti saya try buat bisnes secara serius pulak..

Friday, July 12, 2013

gold coast morib

assalamualaikum wbt.

last week aku bersama azmi pergi celebrate birthday ku di gold coast morib! yey!

sebab dah lama beli kupon di living social, jadi dalam kepala aku asyik nak pergi san, nak pergi sana, nak pergi sana je keje. biasalah tu kan. benda dah beli, mesti nak spend la la tu jugak memang tak boleh tunggu. aku purchase bulan 3 tak salah sebab macam murah. RM 198 untuk sekali breakfast, buffet dinner and entrance ke water theme park. sekarang promotion tu masih ada kalau nak pergi search living social dan cari bawah gataway kot tak salah aku. oh tapi aku bagitau siap-siap, promosi ni hanya untuk weekdays sahaja.

the best thing about having a gataway on weekdays is, less people around. tak crowded sangat. tapi aku rasa maca aku pergi tu agak ramai jugak lah orang. mungkin sebab dah nak puasa, so semua orang nak mencutikan diri. aku and azmi pun mencutikan diri lah hendaknya, dari 3 july- 4 july. sebab aku tak purchase birthday package, tidaklah dapat birthday gift.. dia mahal sikit dan kena stay lama sikit - 3 hari 2 malam.

so sepanjang aku ada kat sana, boleh lah layankan suasana tepi pantai. kami sampai lambat, lebih kurang pukul 5.30 macam tu so tak sempat nak buat apa, jadi jalan-jalan sekitar tepi pantai sahaja. gambar pun aku tak capture banyak kalau boleh nak phone free kat situ..

phone free lah sangat kan, malam-malam main candy crush juga... :P



gambar terejal macam ni memang wajiblah. laut surut sangat sampai ke hujung jauhnya. besok pagi pun laut masih surut. entah bila nak pasang aku pun tak tau. tapi yang pasti, laut ni macam tak boleh mandi je. kalau dibenarkan mandi pun mungkin tak mandi jugak. that's why tempat ni dia sediakan waterpark sekali, so boleh main air jugak walaupun tepi pantai. 


cuba nak menyelamatkan alamlah kononnya. tu biji benih pokok bakau ye. not sure how to plant it, but belasah jelah.. macma nak letak papan tanda kat situ. nanti datang balik dah besar, tau la tu pokok hasil tanaman aku.. cewah...

malam kat sini memang tak ada aktiviti. dinner buffet okay, not so bad lah. tak adalah sedap gila macam kat EQ. hihi. tapi ada masak char kwey tiaw in action panas-panas best best punya.. lepas makan, malam tu mungkin boleh buat ini;


berjakuzi!

okaylah you can call me jakunnzz but this is my first experience mandi jakuzi. cuma mungkin sebab dah ramai yang guna hotel ni, ada a bit rosak sana-sini. pili ada rosak sikit, paip air ada bocor sikit. so macam spoil sikit lah kegembiraan kat situ. but the jacuzzi works well. and i think that this kind of room, yang ada attach bathroom yang seksi macam ni tak sesuai kot kalau bawak anak yang dah mumayiz tidur sebilik. erm.. maksud bathroom yang seksi is, kalau ko mandi tu boleh intai lah di balik tingkap tu. nak berjakuzi pun ala-ala segan gitu. 

kalau couple and couple yang ada anak kecik 3 bulan hingga 3 tahun seswai lah kot.. boleh mandi together-gether...takdelah dia cerita kat sekolah mak ayah mandi sama dalam bilik air keennss..hihi..

so the next day, kelam kelibut bersiap nak kejar time breakfast. lepas breakfast terus pergi water park. honestly, waterpark memang simple sangat, tapi bolehlaaaaa nak main gembira-gembira seronok seronok. tapi sebenarnya, kat sini ramai yang bawak anak kecik, so yang besar gajah macam kitoranf adalah malu malu kuchen sikit nak main-main seronok-seronok gelak-gelak kan.. but what the heck, mak orang ni nak main jugak sliding-sliding sambil jerit-jerit. seronoklah jugak sebab ni first time kot aku naik sliding pusing-pusing ketinggian tak sampai 2 meter je poooonn.. hahahaha.. 

unfortunately slide yang tinggi gila sampai tingkat 4 tu aku tak boleh naik sebab aku tak pakai appropriate suit. ada la sorang perempuan baru kawen boleh naik sebab dia pakai muslimah swimming suit tu kan, so dia je lah perempuan yang gembira (jeles). but i dont mind, aku memang berazam lepas ni nak beli appropriate suit untuk berenang and snorkelling, and of course main slide di sunway lagoon nanti.. tengoklaaaaaah.. 

tu jelah cerita mengenai percutian sempoi aku kat morib ni. harga biasa lebih kurang rm400+ kot tak salah aku jadi memang tak lah aku pergi kalau rm400+. tapi setakat nak try sekali-sekala relaks-relaks bolehlah untuk rm198 tu.. lepas ni mana pulak? 

selamat berbuka puasa.. :) 

Tuesday, July 9, 2013

ramadhan mubarak

ustaz kata tak berapa sesuai kalau kita kata selamat menyambut bulan ramadhan.

lebih sesuai kata;

SELAMAT MELALUI BULAN RAMADHAN 

semoga selepas ramadhan ini kita dapat menjadi insan yang lebih soleh/solehah, dan ramadhan ini menambahkan taqwa kita kepada Allah swt.

puasa, jangan tak puasa!


kredit picture: google image

Friday, July 5, 2013

new update di basketiers

assalamualaikum wbt. 

the basketiers ada produk ikan terbaru.. sesuai sangatlah kalau nak bagi pada anak buah atau anak sendiri. sila terjah sekarang. 


ada dua biji depan dan belakang tu dijual dengan harga rm25 sahaja sebab kurang sisik macam IKAN01. but hugable i promise you sebab dia panjang. eh apa ni describe-describe kat sini pulak. go terjah basketiers okay! 

bye and have a nice weekend :)

Tuesday, July 2, 2013

warna suis lampu

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak share sikit pasal penceriaan suiz lampu untuk bilik budak-budak (atau rumah orang tua macam aku pun boleh). ingat pasal tapi berwarna yang aku guna untuk laci dalam post ini? jadi sebab aku sangat boring dan rasa addicted nak tampal sana sini sampai rumah jadi taska, aku buat ini. dengan tape yang sama, kita boleh hias sikit suis lampu supaya nampak ceria. bagi aku sesuai lah untuk decorate taska, atau bilik budak, atau bilik kerja (art and stuff) dan sebagainya.

sebelum aku lenjan dengan tape berwarna

dan selepas. punyela boring. nak menjahit malas..huhuhuu..

boleh buat menegak.

juga melintang

bawah pasu tu pun aku bantai letak sekali. 

jangan risau, tape ni kalau boring boleh bukak semula. tak rosak dinding in syaa Allah. 

dah tu je. memang mood malas sangat nak update blog ni. 

Assalamualaikum..