Thursday, June 27, 2013

sekolah lagi muda dari umur

assalamualaikum wbt.

post sebelum ni aku dah cerita pasal jamuan makan malam yang aku hadiri sabtu lepas. Jamuan makan malam tu dianjurkan oleh pihak SMAK.L. Alhamdulillah, aku berkesempatan pergi ke majlis tersebut setelah dipaksa dijemput by my dear friend azmilia. kalau tak memang aku tak pergi sebab segan. of courselah segan aku bukan pure Smak.l pun, macam biasa berpaling tadah dengan smak.l, form 4 terus 'blah' pergi kelantan. but actually, memang aku rindu sangat-sangat sekolah ni sebab sekolah ni banyak memberi aku PnP (pengajaran dan pembelajaran) tak kiralah dari sudut duniawi mahupun ukhrawi. kira aku duduk sini jadi solehah sikitlah nak compare dengan orang sekolah biasa. eh..?

macam biasa lah kalau ada sambutan macam ni, adalah persembahan. sorilah sekolah ini takkan jemput bobo untuk buat persembahan teleng kepala lagu shae. juga takkan menjemput artis seksi baju sekerat untuk menyanyi. juga takkan ada battle of the band seperti yang selalu aku hadiri masa zaman universiti dulu.

tapi ada persembahan dari ex-smak.l yang bermain flute lagu ajari aku di mana aku rasa persembahan paling best pada malam tu.

dan ada persembahan dari Nowseeheart yang mana kumpulan nasyid ini memanglah ex-smak.l dan lagu popular pada zaman aku sekolah menengah dulu adalah lagu damai yang hilang yang menjadi kegemaran dan ingatan semua orang.

dan ada persembahan dikir barat berbahasa arab di mana aku terhiburlah jugak walau aku faham 1% dari apa yang mereka dikirkan (contoh: madrasati kabirati = sekolahku besar?).

dan yang paling best adalah dapat bertemu dengan cikgu-cikgu lama, dan para senior dulu.

so apa yang aku dapat capai dalam majlis ini adalah:

1. sempat aku minta maaf pada para warden sebab aku dulu kaki bising kat bilik prep (selain tidur) sebab rumah warden dan tempat duduk prep aku sebelah menyebelah je. aku ada mention tentang 'prep kat luar thingy' di mana membawa perubahan kepada air muka puan zaleha namun dapat dicover dengan 'marah kat cikgu lagi tak?' of course aku kata "taaaak.." dan minta maaf atas apa yang berlaku pada satu masa dahulu. lagipun itulah memori paling manis aku selain dari melompat dari tingkat satu ke bawah sampai terseliuh kaki.

2. berjumpa dengan Puan Azizah selaku guru matematik form 3 and guru fizik form 4 dan cakap dengan beliau 'cikgu adalah cikgu favourite saya of all time'. masa mengajar matematik dan fizik, selepas menyelesaikan masalah, beliau selalu kata 'logik tak jawapan ni?' dan memang calculation math and fizik tu ada logiknya. memang dua subjek tu subjek paling digemari dan saya pasti kalau cikgu azizah still mengajar saya yang kudus ni sampai form 5, saya mesti dah jadi engineer sekarang. :)

3. met kak yani the big sister (but physically small and super cute)! beliau adalah form 5 masa aku form 1 dan seorang ketua dorm. jadi beliau adalah sangat kakak-kakak, jaga adik adik yang naive gila maklumlah form 1 apa tau kan? tapi really appreciate her kindness and sifat sebagai kakak yang superbest (and crazy). selalu bagi nasihat, selalu kejut bangun subuh, main dart kat dorm, main badminton dengan selipar (how fun is that!) and dan teringat masa main dart beramai-ramai  kak yani bersuara "as solatu khoirum minannnn main daaaaart!" gelak guling-guling kebetulan masa tu dah masuk asar.

4. say thanks to cikgu hisyamuddin for attending my wedding 3 years ago sebab that time tak sempat nak jumpa. tapi mak kenal dan mak bagitau 'cikgu hang kat smakl tu datang kawen hang'. so happy. masa jumpa tu siap cakap 'eh awak bukan kawen dah 3 tahun ke (referring to why i dont conceive yet)?' and i was like 'cikgu ingat lagi saya kawen bilaaa?!!!!' sebab tak bagitau pun berapa lama dah kawen.. oh cikgu.. you are the best!

5. Met the 'crush' masa form 1 (and masa tu abang tu form 5). Imagine 16 years later jumpa masa kat alumni and little that i know he was everyone's crush to. termasuklah azmilia and azrina. haha.. old times...

6. and of course listening to Nowseeheart performing live after 13 years. they sound amazingly the SAME!

So, kesimpulannya even masa sekolah and dah habis sekolah dan pergi dari sekolah tu almost 13 years now,  Alhamdulillah the friendship is still remain, the memories are unforgettable and the teachers are super awesome. dan dengan harapan sekolah ni takdelah malu berstudentkan aku yang rebelious kononnya ni. i know that i didnt turned out to be expected (tudung labuh, berstokin, beridentiti muslimah solehah dan menjalankan pergerakan Islamiah secara total) tapi at least, aku jadi okay, kadang-kadang sedar, kadang-kadang lupa, kadang-kadang rasa nak lari dari semua kefobiaan dan ketaksanggupan yang dihadapi kat sini. jadi maafkanlah.. in syaa Allah kalau aku ada anak pun, aku akan masukkan ke sini, dengan harapan jangan jadi macam aku, but be better muslim/muslimah dunia dan akhirat. ameen.

















Kredit picture: azmilia.

5 comments:

  1. u made me miss my school :-) alangkah riang rianya zaman persekolahan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.. i miss that time too.. to bad tak boleh nak turn back time.. :)

      Delete
  2. seriously this post brought tears to my eyes. wished i went to the alumni celebration too. banyak nak mintak maaf kat cikgu2 sbb dulu nakal x ingat hehe. thanks for sharing babe. aku janji lps ni punya event aku nak join korang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu-cikgu mesti ingat kat ko dina. aku sebab sekejap je kat situ huhu.. please join dina!! this coming bukak puasa budak budak nak jumpa lagi and bukak puasa with ustaz aziz ustaz kam and others.. :)

      Delete
  3. Hai senior lama.hehe. saya batch 2010 smakl.eh eh.

    ReplyDelete