Tuesday, June 18, 2013

ruang tamu rumah kecil

assalamualaikum wbt.

lama tak update pasal rumah ni? apa khabarkah rumah? dah siap pindah kah?

alhamdulillah, barang semua dah siap dipindahkan. baju pun dah boleh start basuh since last week, dah masak beberapa round, siap buat puding roti sebab oven kini tak payah dialih-alih dah sebab dah ada kitchen kabinet kan..hihi..lepas ni, boleh lah trial and error untuk baking membaking dan panggang memanggang.. polish skill skeeet..  :)

oh sebab macam seminggu kami tak pergi jenguk rumah lama, tahu apa yang terjadi pada rumah lama tesebut? ini haaaaa;


rumah ku banjir buat ke entah berapa kalinya macam post ini. kali ini, siap habis seluruh bumbung dapur basah, yang aku pulak tanpa sedar buka lampu nasib baik tak jadi apa-apa masa tu. dahlah seorang diri sebab azmi keluar oustation, being me, tiba-tiba panas hati dan rasa nak marah pulak kat tuan rumah lama ni. mana taknya, masa tahun lepas, barang rumah aku ada yang rosak sebab kebocoran ni. tahun ni, nasib baik sangat, semua barang dah dipindahkan, jadi tak ada apa yang berlaku tapi bahagian dapur memang banjir habis. tak tahulah kalau ada peti ais, dapur masak and kabinet kat situ. tak boleh nak imagine dah.. huhuuu..tapi takpelah, kami bersyukur sangat kami dah pindah. cuma kaunci masih belum serah, dan tuan rumah kena terimalah hal ini dengan hati yang tabah. sebab sebelum ni kami memang dah suggest tuan rumah untuk tukar tangki baru. tapi mungkin sebab kedekut, jadi mereka tampal sahaja. nasiblah..nak buek camano kenn?

by the way, mari cerita pasal rumah baru ku yang tak berapa nak baru tu kasi sejuk hati sikit. last week, sebab nilai 3 sekangkang kera je, maka aku pun memuaskan diri dengan beli serba sedikit hiasan rumah. konon nak nampak rumah cantik lah. tapi okaylah untuk aku cantiklaah. bolehlaaaah.. so aku beli..



satu pasu kaca dan orkid. beli kat kk home deko. tengok berkenan terus beli. padahal sebelum ni anti gila dengan bunga plastik sebab simpan habuk. tapi this time, kira excuse lah.


and artificial pot plant. comel gila! rasa macam nak beli lagi 2 bijik boleh bertiga serangkai terus. oh dengan lampu meja sekali dan yes 4G tak termasuk dalam pembelian di nilai 3 ya.. 


dan ini gambar keseluruhan ruang tamu. ruang tamu kecik je, no fancy things pun kat sini nampak kosong sebab tak ada karpet. karpet i hantar dobi nanti sebelum raya baru dapat (lama gila kan but i dont mind). and will put some frames dekat sofa tu, kufi art perhaps? hee.. oh abaikan seterika tu ye.. kalau tak ada orang datang, memang letak seterika kat situ sebab bini suka iron baju sambil duduk tengok tv. orang datang kang baru sorok masuk dalam bilik. ngelat sikit kat situ. oh and that's the same curtain from here. aku terpaksa potong balik and jahit balik the seam. apparently, sliding door rumah lama yang tak normal.. so, kena betulkan ke bentuk asal semula.

so itu ajelah update untuk kali ini. saje nak gelap-gelapkan gambar sebenarnya nak kasi nampak cantik..plus, kalau ada yang tak cantik tu konon boleh cover la tak nampak sangat gambar gelap.. hewhew..

ok bye,

~assalamualaikum..~

4 comments:

  1. weehoo best kan dok umah sendirik..? ;) bunga tu cantek!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, memang best.. bunga tu jatuh cinta pandang pertama.. :)

      Delete
  2. U pegi nilai 3 last week? I went there on last saturday. Mmg best borong deco items kt sana... Hehehhe.. Pokok tu serious kiut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh, i pergi last sunday.. heheee...kalau tak boleh terserempak..eh.. kan? deco items kat situ banyak sampai rambang mata..

      Delete