Thursday, June 13, 2013

kerusi ni nak jual sebab rumah den dah kocik!

assalamualaikum wbt.

mintak maaflah sangat sebab kadang-kadang blog ni dah jadi macam blog jualan pulak kan. tapi tak po. aku jual barang ni kadang-kadang aje. medium blog juga bagus untuk kita share-share mane yang patut. aku happy hasil tangan ku terjual, dan customer pun happy kalau mereka happy memiliki barang dari hasil tangan aku..

sama-sama happy jadi dunia pun aman.. kan?

so memandangkan aku baru pindah rumah dan rumah aku pulak kecik lah sangat. barang pun banyak. aku nak try let go satu kerusi bekerja. sebab bagi aku kerusi bekerja ni tersangatlah besarnya untuk rumah aku yang comels tu. tu kira alasan nak let go lah.

meh aku tepek gambar sebijik.


aku extra large kan gambar ini supaya korang boleh tengok detailsnya. keadaan kerusi masih baik. habuk habuk sikit, nanti aku vacuum. kerusi boleh naik dan turun dengan adjustment kat bawah kerusi tu.. memang macam kerusi kat office lah. siapa yang ada rumah besar, dan bilik besar untuk letak kerusi ni kira seswai sangat tau. bilik aku dah tak muat daaaah! huhuu.. 

jadi aku nak let go dengan harga RM30 sahaja. kat luar memang boleh capai ratoss jugak kerusi macam ni. tapi jangan risau, kalau beli kerusi ni, memang muat masuk kereta punya. aku pun tak ingat aku masukkan dalam persona atau kancil. tapi yang pasti memang muat masuk kereta la.. 

so ada sesiapa yang berminat tak? nak ambil dari rumah aku boleh, nak jumpa kat mana-mana untuk proses penyerahan pun boleh. tapi kalau luar kawasan lembah kelang, terengganu, kelantan, johor  misalnya, memang tak dapat den nak tolong laa.. kono amek sendiri la kalau sanggup. hihi..

okaylah kalau berminat, email pada basketiers@yahoo.com okay. huh, email basketiers jugak yang kena, ni nak jual plushies ke alatan rumah? ngeh ngeh ngeh.. 

okay.. email cepat! siapa cepat, dia dapat.. 

wassalam...

update: reserved! yey!

No comments:

Post a Comment