Thursday, June 20, 2013

ceriakan drawer anda!

 assalamualaikum wbt.

seperti post post sebelum ini, masa aku pindah, rumah ni memang dah ada kitchen cabinet pun. aku boleh agak yang kitchen cabinet ni pun hampir 10 tahun lamanya jadi adalah defect sikit-sikit.



perasan tak dekat anak panah tu ada paku kat situ. menunjukkan tuan rumah sebelum ni letak benda berat dan menyebabkan laci tu jatuh. jadi beliau pakukan. laci tu still elok cuma nampaklah kesan paku kat situ. dah lama aku fikir nak cover dengan apa di kawasan paku ni. tiba-tiba aku teringat aku pernah beli tape fancy di kedai buku popular!


dia ada satu jenis lagi tape yang dinamakan washi tape tapi aku rasa macam sama je. mengikut kefahaman aku, washi tape macam masking tape tapi bercorak..haha kudusnya pemikiran ku.. aku beli tape ni masa zaman aku duduk rumah saje saje update resume dan buat art and craft. tape ni material dia berkilat macam cellophane tape yang kita selalu beli kat kedai cuma dia bercorak sahaja.  kamu semua boleh cari tape ni di kedai buku popular, satu plastik tu ada dalam 8 jenis tak silap aku, ada pelbagai corak. aku tak pasti sekarang ada lagi ke tak tape ni sebab aku beli ni pun tahun 2010. 

jadi dengan tape ni, aku cubalah men'cover' kesan paku yang ada kat situ. mudah je, tampal jelah corak-corak mana yang digemari. untuk aku yang terover malas tapi nak buat jugak ni, aku buat macam border je. lagipun tape ni takdelah banyak sangat pun. 




dan siap! takdelah nampak kesan paku yang tak best tu kan.. ada banyak lagi cara nak guna tape colourfull macam ni. boleh usha-usha mana yang patut, dan selamat mencuba!

8 comments:

  1. Replies
    1. st: boleh cuba. tak sampai 15 minit pun untuk 3 bijik laci ni.. hee..

      Delete
  2. wowowooo cantiknyaa zura oi...serius! very nice n simple! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks fizah! orang malas memang suka buat simple simple je.. ngehehehe...

      Delete
  3. haaaaaaa same dengan officemate sebelah ida ni ha... suka sangattttt benda benda gini.. ceria je working place die... heehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masuk kedai buku dengan art memang lamaaaaa kat situ cari ape bende yang boleh dibeli. tu laa dapat benda merepek-repek ni. hihii..

      Delete