Tuesday, June 4, 2013

alas laci yang ceria lah jugak

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak story mory mengenai alas laci kitchen cabinet aku yang tak berapa nak semenggah tu. kc okay, struktur dalamannya tak berapa nak okay sebab tuan rumah sebelum ni macam ada buat lapik jugak di bahagian dalam laci dan cabinet yang lain. so kesan tampalan tu ada.

memang sangat kena letak lapik laci/kabinet sebab setiap kali buka mesti rasa macam alahaaaai laa...

dan dapat idea dari fizah susunatursioca dalam mendeko rak kasut beliau. pergi terjah untuk dapat idea yang best-best lagi mengenai deko dan susunatur.

Cara membuatnya  mudahlah sangat seperti korang buat lapik suratkhabar atau dalam kes aku wrapping paper untuk lapik laci atau almari korang. ukur ukuran laci dan bahagian mana yang hendak dicover. untuk kes aku, aku cover kiri kanan laci sekali sebab situ pun ada kesan-kesan kotor yang tak dapat dihilangkan.


ini adalah rupa bentuk laci sebenar. dah cuba bersihkan tapi masih tak boleh tanggal kesan degil tu. jadi kita cover lah ia dengan wrapping paper. 


lepas ukur mengikut kesesuaian hati, potonglah wrapping paper tu mengikut ukuran. lepas tu test-testlah kat laci tu tengok muat ke tak. 


macam aku cakap tadi, aku cover kiri kanan laci tu sekali sebab nak tutup kesan degil yang ada. masa ni paling berpeluh sebab kadang-kadang gam melekat di tempat yang tak sepatutnya, salah lekat, lekat tak betul, macam-macam lah! fasa ini adalah fasa menguji kesabaran...


dan tara! setelah kesabaran teruji, maka siaplah alas laci ku.. tapi baru siap bahagian laci, kalau rajin, akan sambung buat untuk bahagian cabinetlah pula..

bak kata fizah lagi, habis wrapping paper kat kedai tu untuk buat projek ni, samalah dengan aku, memang tinggal sikit je wrapping paper yang ini kat kedai. habis aku rembat semua. mwahhahaa....

oh ye kalau nak dapat idea yang lebih dan diy yang lebih bernas dan best, boleh google je atau klik kat link ni. 

selamat mencuba!

4 comments:

  1. ok..ak bleh buat kat drawer ak juge..tq=)

    ReplyDelete
  2. owh...good idea... nak buat gak! :-)

    ReplyDelete
  3. shima and sw : silalah buat.. :)

    ReplyDelete
  4. wah, ini tahap karma punya rajin ni. tahniah2. meh tlg buat kat rmh i pula. byk sgt lacinya.

    ReplyDelete