Thursday, June 27, 2013

sekolah lagi muda dari umur

assalamualaikum wbt.

post sebelum ni aku dah cerita pasal jamuan makan malam yang aku hadiri sabtu lepas. Jamuan makan malam tu dianjurkan oleh pihak SMAK.L. Alhamdulillah, aku berkesempatan pergi ke majlis tersebut setelah dipaksa dijemput by my dear friend azmilia. kalau tak memang aku tak pergi sebab segan. of courselah segan aku bukan pure Smak.l pun, macam biasa berpaling tadah dengan smak.l, form 4 terus 'blah' pergi kelantan. but actually, memang aku rindu sangat-sangat sekolah ni sebab sekolah ni banyak memberi aku PnP (pengajaran dan pembelajaran) tak kiralah dari sudut duniawi mahupun ukhrawi. kira aku duduk sini jadi solehah sikitlah nak compare dengan orang sekolah biasa. eh..?

macam biasa lah kalau ada sambutan macam ni, adalah persembahan. sorilah sekolah ini takkan jemput bobo untuk buat persembahan teleng kepala lagu shae. juga takkan menjemput artis seksi baju sekerat untuk menyanyi. juga takkan ada battle of the band seperti yang selalu aku hadiri masa zaman universiti dulu.

tapi ada persembahan dari ex-smak.l yang bermain flute lagu ajari aku di mana aku rasa persembahan paling best pada malam tu.

dan ada persembahan dari Nowseeheart yang mana kumpulan nasyid ini memanglah ex-smak.l dan lagu popular pada zaman aku sekolah menengah dulu adalah lagu damai yang hilang yang menjadi kegemaran dan ingatan semua orang.

dan ada persembahan dikir barat berbahasa arab di mana aku terhiburlah jugak walau aku faham 1% dari apa yang mereka dikirkan (contoh: madrasati kabirati = sekolahku besar?).

dan yang paling best adalah dapat bertemu dengan cikgu-cikgu lama, dan para senior dulu.

so apa yang aku dapat capai dalam majlis ini adalah:

1. sempat aku minta maaf pada para warden sebab aku dulu kaki bising kat bilik prep (selain tidur) sebab rumah warden dan tempat duduk prep aku sebelah menyebelah je. aku ada mention tentang 'prep kat luar thingy' di mana membawa perubahan kepada air muka puan zaleha namun dapat dicover dengan 'marah kat cikgu lagi tak?' of course aku kata "taaaak.." dan minta maaf atas apa yang berlaku pada satu masa dahulu. lagipun itulah memori paling manis aku selain dari melompat dari tingkat satu ke bawah sampai terseliuh kaki.

2. berjumpa dengan Puan Azizah selaku guru matematik form 3 and guru fizik form 4 dan cakap dengan beliau 'cikgu adalah cikgu favourite saya of all time'. masa mengajar matematik dan fizik, selepas menyelesaikan masalah, beliau selalu kata 'logik tak jawapan ni?' dan memang calculation math and fizik tu ada logiknya. memang dua subjek tu subjek paling digemari dan saya pasti kalau cikgu azizah still mengajar saya yang kudus ni sampai form 5, saya mesti dah jadi engineer sekarang. :)

3. met kak yani the big sister (but physically small and super cute)! beliau adalah form 5 masa aku form 1 dan seorang ketua dorm. jadi beliau adalah sangat kakak-kakak, jaga adik adik yang naive gila maklumlah form 1 apa tau kan? tapi really appreciate her kindness and sifat sebagai kakak yang superbest (and crazy). selalu bagi nasihat, selalu kejut bangun subuh, main dart kat dorm, main badminton dengan selipar (how fun is that!) and dan teringat masa main dart beramai-ramai  kak yani bersuara "as solatu khoirum minannnn main daaaaart!" gelak guling-guling kebetulan masa tu dah masuk asar.

4. say thanks to cikgu hisyamuddin for attending my wedding 3 years ago sebab that time tak sempat nak jumpa. tapi mak kenal dan mak bagitau 'cikgu hang kat smakl tu datang kawen hang'. so happy. masa jumpa tu siap cakap 'eh awak bukan kawen dah 3 tahun ke (referring to why i dont conceive yet)?' and i was like 'cikgu ingat lagi saya kawen bilaaa?!!!!' sebab tak bagitau pun berapa lama dah kawen.. oh cikgu.. you are the best!

5. Met the 'crush' masa form 1 (and masa tu abang tu form 5). Imagine 16 years later jumpa masa kat alumni and little that i know he was everyone's crush to. termasuklah azmilia and azrina. haha.. old times...

6. and of course listening to Nowseeheart performing live after 13 years. they sound amazingly the SAME!

So, kesimpulannya even masa sekolah and dah habis sekolah dan pergi dari sekolah tu almost 13 years now,  Alhamdulillah the friendship is still remain, the memories are unforgettable and the teachers are super awesome. dan dengan harapan sekolah ni takdelah malu berstudentkan aku yang rebelious kononnya ni. i know that i didnt turned out to be expected (tudung labuh, berstokin, beridentiti muslimah solehah dan menjalankan pergerakan Islamiah secara total) tapi at least, aku jadi okay, kadang-kadang sedar, kadang-kadang lupa, kadang-kadang rasa nak lari dari semua kefobiaan dan ketaksanggupan yang dihadapi kat sini. jadi maafkanlah.. in syaa Allah kalau aku ada anak pun, aku akan masukkan ke sini, dengan harapan jangan jadi macam aku, but be better muslim/muslimah dunia dan akhirat. ameen.

















Kredit picture: azmilia.

Wednesday, June 26, 2013

hujung minggu, post bergambar.

assalamualaikum wbt.

just few pics to describe my weekend. hope your weekend was as awesome as mine.

FRIDAY:

making home made chilli pan mee for the first time! i am so happy, i am one happy eater. full recipe here. I used minced chicken instead of pork, and I used maggi mee instead of  mee noodle and I dont have sayur manis soup sebab tak beli. anyway, its delicious and definitely buat lagi. oh and for the first time i made 'poached egg' and mine didn't poached that much. the yellow egg was a bit overcooked. how to make poached egg here.

SATURDAY:


Its my mom's birthday. We've celebrated earlier, but this actual day, i just gave her the present and forced her to sew my shawl. happy birthday mom. Allah bless you and we love you so much. 


that night, I was with Azrina, Azmilia, Aisha, Maria, Syikin and few other boys. We have makan malam amal 25th anniversary Smak.l and yes we are ex-smak.l and we are proud. We listened to Nowseeheart, an ex-smakl who plays flute, and students doing their dikir barat in arabic. the best thing is i got to see the teachers, and the seniors!

SUNDAY





The haze! and i decide NOT to go anywhere! i think this the worst haze that i could remember, even nak keluar rumah pun kena fikir 2-3 kali. 

MONDAY


Decided to stay indoor, tak sanggup nak keluar rumah! reading wedding night by sophie kinsella and because the main character works at a pharmaceutical company i feel involved. and this made me LOL!

'marriage is like an enzyme, it causes all kinds of reactions in a relationship, mostly the breaking-down kind'. how i wish i can write stories like this. every time break up je, nak sambung masters. sophie kinsella memang best.. :)

so thats all. jumpa lagi di lain post. 

salaaam...

Friday, June 21, 2013

the food

aglio olio my way

@grills bangi

Thursday, June 20, 2013

ceriakan drawer anda!

 assalamualaikum wbt.

seperti post post sebelum ini, masa aku pindah, rumah ni memang dah ada kitchen cabinet pun. aku boleh agak yang kitchen cabinet ni pun hampir 10 tahun lamanya jadi adalah defect sikit-sikit.



perasan tak dekat anak panah tu ada paku kat situ. menunjukkan tuan rumah sebelum ni letak benda berat dan menyebabkan laci tu jatuh. jadi beliau pakukan. laci tu still elok cuma nampaklah kesan paku kat situ. dah lama aku fikir nak cover dengan apa di kawasan paku ni. tiba-tiba aku teringat aku pernah beli tape fancy di kedai buku popular!


dia ada satu jenis lagi tape yang dinamakan washi tape tapi aku rasa macam sama je. mengikut kefahaman aku, washi tape macam masking tape tapi bercorak..haha kudusnya pemikiran ku.. aku beli tape ni masa zaman aku duduk rumah saje saje update resume dan buat art and craft. tape ni material dia berkilat macam cellophane tape yang kita selalu beli kat kedai cuma dia bercorak sahaja.  kamu semua boleh cari tape ni di kedai buku popular, satu plastik tu ada dalam 8 jenis tak silap aku, ada pelbagai corak. aku tak pasti sekarang ada lagi ke tak tape ni sebab aku beli ni pun tahun 2010. 

jadi dengan tape ni, aku cubalah men'cover' kesan paku yang ada kat situ. mudah je, tampal jelah corak-corak mana yang digemari. untuk aku yang terover malas tapi nak buat jugak ni, aku buat macam border je. lagipun tape ni takdelah banyak sangat pun. 




dan siap! takdelah nampak kesan paku yang tak best tu kan.. ada banyak lagi cara nak guna tape colourfull macam ni. boleh usha-usha mana yang patut, dan selamat mencuba!

Wednesday, June 19, 2013

puding roti bakar dari hana

assalamualaikum wbt

sebagai perempuan tak berapa sejati dan tak rajin masak serta tak rajin masuk dapur, kejayaan dalam mebuat puding roti haruslah dibanggakan. nasib baik ada few blogs yang banyak share mengenai resepi-resepi mudah tapi lagi mudah kalau dibeli di kedai. tapi kalau dibeli di kedai pun tak sesedap masak sendiri kan? jimat pun jimat dan puas hati.

jadi di sini aku nak share resepi puding roti yang 100% aku ikut dari hana's family blog. blog beliau memang best. dok jepun pun boleh masak makanan melayu jugak. kalau nak resepi puding roti, boleh terjah sini okay!..

dan ini lah hasil orang tak pandai masak ni memasak! yey!


dah tinggal hampir separuh sebab tuan tanah makan. muahahaha! aku tak letak kismis sebab kismis tak ada kat kedai yang aku pergi tu. tapi ini pun dah cukup okay bagi aku, not too sweet, tapi sedap aku suka (aku suka resepi ni)! 

so siapa yang tak pandai masak, jangan down sangat. sebab org tak pandai masak macam i pun boleh buat, pasti kamu boleh sebab resepi ni mudah, dan sedap..yum!

Tuesday, June 18, 2013

ruang tamu rumah kecil

assalamualaikum wbt.

lama tak update pasal rumah ni? apa khabarkah rumah? dah siap pindah kah?

alhamdulillah, barang semua dah siap dipindahkan. baju pun dah boleh start basuh since last week, dah masak beberapa round, siap buat puding roti sebab oven kini tak payah dialih-alih dah sebab dah ada kitchen kabinet kan..hihi..lepas ni, boleh lah trial and error untuk baking membaking dan panggang memanggang.. polish skill skeeet..  :)

oh sebab macam seminggu kami tak pergi jenguk rumah lama, tahu apa yang terjadi pada rumah lama tesebut? ini haaaaa;


rumah ku banjir buat ke entah berapa kalinya macam post ini. kali ini, siap habis seluruh bumbung dapur basah, yang aku pulak tanpa sedar buka lampu nasib baik tak jadi apa-apa masa tu. dahlah seorang diri sebab azmi keluar oustation, being me, tiba-tiba panas hati dan rasa nak marah pulak kat tuan rumah lama ni. mana taknya, masa tahun lepas, barang rumah aku ada yang rosak sebab kebocoran ni. tahun ni, nasib baik sangat, semua barang dah dipindahkan, jadi tak ada apa yang berlaku tapi bahagian dapur memang banjir habis. tak tahulah kalau ada peti ais, dapur masak and kabinet kat situ. tak boleh nak imagine dah.. huhuuu..tapi takpelah, kami bersyukur sangat kami dah pindah. cuma kaunci masih belum serah, dan tuan rumah kena terimalah hal ini dengan hati yang tabah. sebab sebelum ni kami memang dah suggest tuan rumah untuk tukar tangki baru. tapi mungkin sebab kedekut, jadi mereka tampal sahaja. nasiblah..nak buek camano kenn?

by the way, mari cerita pasal rumah baru ku yang tak berapa nak baru tu kasi sejuk hati sikit. last week, sebab nilai 3 sekangkang kera je, maka aku pun memuaskan diri dengan beli serba sedikit hiasan rumah. konon nak nampak rumah cantik lah. tapi okaylah untuk aku cantiklaah. bolehlaaaah.. so aku beli..



satu pasu kaca dan orkid. beli kat kk home deko. tengok berkenan terus beli. padahal sebelum ni anti gila dengan bunga plastik sebab simpan habuk. tapi this time, kira excuse lah.


and artificial pot plant. comel gila! rasa macam nak beli lagi 2 bijik boleh bertiga serangkai terus. oh dengan lampu meja sekali dan yes 4G tak termasuk dalam pembelian di nilai 3 ya.. 


dan ini gambar keseluruhan ruang tamu. ruang tamu kecik je, no fancy things pun kat sini nampak kosong sebab tak ada karpet. karpet i hantar dobi nanti sebelum raya baru dapat (lama gila kan but i dont mind). and will put some frames dekat sofa tu, kufi art perhaps? hee.. oh abaikan seterika tu ye.. kalau tak ada orang datang, memang letak seterika kat situ sebab bini suka iron baju sambil duduk tengok tv. orang datang kang baru sorok masuk dalam bilik. ngelat sikit kat situ. oh and that's the same curtain from here. aku terpaksa potong balik and jahit balik the seam. apparently, sliding door rumah lama yang tak normal.. so, kena betulkan ke bentuk asal semula.

so itu ajelah update untuk kali ini. saje nak gelap-gelapkan gambar sebenarnya nak kasi nampak cantik..plus, kalau ada yang tak cantik tu konon boleh cover la tak nampak sangat gambar gelap.. hewhew..

ok bye,

~assalamualaikum..~

Friday, June 14, 2013

suka makan?

“People who love to eat are always the best people.” – Julia Child
sumber: sini

assalamualaikum kesayangan semua..

sekarang ni rasa dah makin positif pulak (amboi statement tak hengat), Alhamdulillah. ni hasil dari kasih sayang kawan-kawan, family dan customer-customer yang sudi sokong aku dari jauh, mahupun dekat. it's true, bila kita buat perkara yang kita suka, sentiasa berfikiran positif, make new friends, know new people, sentiasa memberi, in syaa Allah, Allah maha kuasa, mempermudahkan urusan kita dunia dan akhirat, ameen. semoga kawan-kawan semua pun macam tu jugak, sentiasa sayang menyayangi, dilimpahi rahmat dan barakah oleh-Nya.

sebelum ni aku pernah kata nak cerita pasal movie Julie and Julia kan? siapa yang rasa diri dia blogger sejati, suka masak, seorang isteri, seorang suami, silalah cari cerita ini dan tonton. memang recommended sangat. ada banyak sebab and kalau boleh aku nak senaraikan kat sini antaranya ialah;

1. FAILURE IS THE FIRST STEP TO SUCCESS. kalau nak berjaya, memang akan menemui banyak kegagalan. ingat kalau masak ikut resepi terus menjadi? tak.. sebenarnya dengan percubaan yang banyak kali siap stress-stress bagai, in syaa Allah kalau kita teruskan usaha, boleh berjaya.

2. JUST DO IT! kalau boring, atau teringin nak buat sesuatu, buat saja! kalau teringin nak masak dan tak pandai nak masak, attend kelas masak. kalau rasa diri diperkecilkan, buat tak tahu sahaja! just do what you want to do! take advise, write a book, puaskan hati!

3. NO KIDS - NO LIFE?! kalau tak ada anak, tak semestinya its THE END OF THE WORRRRLD... you can do anything. memang akan rasa sedih sikit bila adik sendiri kahwen dan terus pregnant on the dot. but at the end, we are families. be happy. you have husband, friends and family around you to make you happy.

3. SUPPORT EACH OTHER. LOVE EACH OTHER. kalau suami sedih, cheer him up. kalau isteri sedih, cheer her up. kalau isteri nak pinggan, just give her a set. kalau suami kena soal siasat, just give him support. kalau isteri nak attend kelas masak, do not stop her. just support each other no matter in what condition.

4. HAVE TARGETS IN LIFE. sometime, we have plans tapi kita tak ikut pun plan tu. sometimes we dont have any plans and memang tak adalah nak ikut plan apa-apa kan sebab tak ada plan pun. but, when we have plans or objectives in life, strive for it. once you start, do it till the end. then in syaa Allah, barulah kita mencapai apa yang kita hajati.




and i love love love the kitchen, cinta dengan rumah kecil walaupun berada di atas pizzaria, suka meryl streep, love her accent, her high pitch voice! love everything in this movie.

oh why i said siapa nak jadi blogger sejati pun kena tengok cerita ni? sebab julie herself is a blogger. ada satu part di mana blog julie tak ada sorang pun yang baca, mak dia dah bebel-bebel sebab buat kerja yang tak berfaedah, but she's still doing it. tapi lepas tu ada pembaca and ada satu comment.

even satu comment from a stranger pun julia excited.

so lama-lama ada banyak readers, banyak comments, the readers leave comments, support her, membuatkan julie rasa happy (and feel responsible to update her blog everyday) and sometimes, terbawa-bawa sampai gaduh-gaduh dengan husband. oh why am i telling you the stories. go and watch it please. hee..

okaylah that's all for now. nak bagitau hari ni bantal IKAN01 dah selamat bersama tuan barunya, hana. hope hana happy dengan bantal tersebut. its my first handmade bantal ikan, so pardon me for the flaws, i made it with love, and really hope you love it like i do. :)

salam!

Thursday, June 13, 2013

kerusi ni nak jual sebab rumah den dah kocik!

assalamualaikum wbt.

mintak maaflah sangat sebab kadang-kadang blog ni dah jadi macam blog jualan pulak kan. tapi tak po. aku jual barang ni kadang-kadang aje. medium blog juga bagus untuk kita share-share mane yang patut. aku happy hasil tangan ku terjual, dan customer pun happy kalau mereka happy memiliki barang dari hasil tangan aku..

sama-sama happy jadi dunia pun aman.. kan?

so memandangkan aku baru pindah rumah dan rumah aku pulak kecik lah sangat. barang pun banyak. aku nak try let go satu kerusi bekerja. sebab bagi aku kerusi bekerja ni tersangatlah besarnya untuk rumah aku yang comels tu. tu kira alasan nak let go lah.

meh aku tepek gambar sebijik.


aku extra large kan gambar ini supaya korang boleh tengok detailsnya. keadaan kerusi masih baik. habuk habuk sikit, nanti aku vacuum. kerusi boleh naik dan turun dengan adjustment kat bawah kerusi tu.. memang macam kerusi kat office lah. siapa yang ada rumah besar, dan bilik besar untuk letak kerusi ni kira seswai sangat tau. bilik aku dah tak muat daaaah! huhuu.. 

jadi aku nak let go dengan harga RM30 sahaja. kat luar memang boleh capai ratoss jugak kerusi macam ni. tapi jangan risau, kalau beli kerusi ni, memang muat masuk kereta punya. aku pun tak ingat aku masukkan dalam persona atau kancil. tapi yang pasti memang muat masuk kereta la.. 

so ada sesiapa yang berminat tak? nak ambil dari rumah aku boleh, nak jumpa kat mana-mana untuk proses penyerahan pun boleh. tapi kalau luar kawasan lembah kelang, terengganu, kelantan, johor  misalnya, memang tak dapat den nak tolong laa.. kono amek sendiri la kalau sanggup. hihi..

okaylah kalau berminat, email pada basketiers@yahoo.com okay. huh, email basketiers jugak yang kena, ni nak jual plushies ke alatan rumah? ngeh ngeh ngeh.. 

okay.. email cepat! siapa cepat, dia dapat.. 

wassalam...

update: reserved! yey!

Wednesday, June 12, 2013

ikan01

assalamualaikum wbt.

ni nak up kan produk terbaru dari basketiers.blogspot.com. konon-konon bercuti bagai kan sebab nak fokus hal rumah. but this one, memang dah ada, bahagian sisik pun dah buat masa kat rumah lama, so tinggal jahit sahaja di kala keboringan.

jadi SAYA NAK JUAL INI SEBAB ADA SATU SAHAJA JADI SIAPA CEPAT DIA DAPAT. hihi, caption nak besar aje..


saiz lebih kurang 40cm x 20cm. Dengan harga RM30 sahaja! tidak termasuk postage ye. cepat, email basketiers@yahoo.com untuk purchase. :)

update: ikan ini sudah dijual! yey!

Tuesday, June 11, 2013

GA dari susun atur sioca!

assalamualaikum wbt peeps!

i olls excited gila hari ni sebab dear fizah from susun atur sioca telah mengadakan satu give away cool! and the coolest past is that, siapa yang menang giveaway ini akan dapat hadiah cool khas dari The Basketiers.. ho yeaaah!!!!!


so girls out there, friends, family silalah join untuk melayakkan diri anda untuk memenangi cute owl comel gila tahap giga ini dengan menerjah link ini!

Good luck korang!

Monday, June 10, 2013

lulu zabi shawls

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak memperkenalkan luluzabi shawls from puan dina and I! weehoo!

sebenarnya benda ni dah launch lama dah.. baru sekarang nak share.. remember i told here about the big project? inilah big projectnya. making shawls with love ya'll!

so aku share sikit gambar dan kalau kamu semua interested in owning this beautiful shawls from us, do terjah instagram @luluzabi for more infos. sekarang ni, kami beroperasi melalui instagram and facebook dulu.. tak sempat nak promote through blogs.

these are few pictures of luluzabi shawls untuk tatapan kamu semua. silalah contact dina_sallehudin@yahoo.com untuk pertanyaan lanjut dan proses pengoderan ye!


lily shawl 05 exclusive double sided silky chiffon for rm59 only!
saiz besar sesuai untuk muslimah comel di luar sana. size 180cm x 70 cm.



Lola shawl 03 printed chiffon. 180cm x 74cm. rm29 sahaja. :)


Lulu pearl shawl (deep purple) cotton voile with pearl beads 180cm x 53 cm. 
rm 24 only!


Lulu pearl shawl (Hot Pink) cotton voile with pearl beads. 180 cm x 53 cm. 
rm 24 only!


Lulu shawl brownies cotton voile. 180 cm x 53 cm.
rm 19 only!


lulu shawl (hot pink) cotton voile 180cm x 53 cm. 
rm19 only!

the best thing about lulushawl adalah curve edges nye. kalau dilihat pada shawl kat atas ni, memang tiada kewujudan bucu tajam. semua di curvekan agar nampak smooth di setiap sudut. jadi memang cantik bila dipakai. banyak lagi colour and pattern yang ada sebenarnya. siapa-siapa yang ada instagram, boleh terjah @luluzabi untuk tengk koleksi yang ada and email pada puan dina seperti email yang tertera diatas ye. insyaa Allah kalau ada kesempatan, aku akan update lagi pattern-pattern yang still available di lulushawl. 

happy shopping ya'll!

Friday, June 7, 2013

update sikit

sementara tunggu lab habis ni kan..

aku nak bermadah sikit lah pasal kerja aku dalam bidang sains ni especially untuk orang belajar..shima, please take note. haha..

'research dalam bidang sains ni seperti 'love hate relationship'. bila lab tak jadi kau akan rasa benci gila siap nangis dalam kereta dan berjanji lepas habis belajar takkan jejak kaki ke lab, baca journal dan pegang pipette lagi. tapi bila lab menjadi, result cantik, terus kata 'research is my life dan akan kerja sampai mati'

hai laah.. patutlah pensyarah semua malas nak masuk lab dah.. make sense and I forgive them..

Thursday, June 6, 2013

baucer buku 1 malaysia. apa yang anda beli?


memang bahagia. :) terima kasih banyak-banyak..

Tuesday, June 4, 2013

alas laci yang ceria lah jugak

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak story mory mengenai alas laci kitchen cabinet aku yang tak berapa nak semenggah tu. kc okay, struktur dalamannya tak berapa nak okay sebab tuan rumah sebelum ni macam ada buat lapik jugak di bahagian dalam laci dan cabinet yang lain. so kesan tampalan tu ada.

memang sangat kena letak lapik laci/kabinet sebab setiap kali buka mesti rasa macam alahaaaai laa...

dan dapat idea dari fizah susunatursioca dalam mendeko rak kasut beliau. pergi terjah untuk dapat idea yang best-best lagi mengenai deko dan susunatur.

Cara membuatnya  mudahlah sangat seperti korang buat lapik suratkhabar atau dalam kes aku wrapping paper untuk lapik laci atau almari korang. ukur ukuran laci dan bahagian mana yang hendak dicover. untuk kes aku, aku cover kiri kanan laci sekali sebab situ pun ada kesan-kesan kotor yang tak dapat dihilangkan.


ini adalah rupa bentuk laci sebenar. dah cuba bersihkan tapi masih tak boleh tanggal kesan degil tu. jadi kita cover lah ia dengan wrapping paper. 


lepas ukur mengikut kesesuaian hati, potonglah wrapping paper tu mengikut ukuran. lepas tu test-testlah kat laci tu tengok muat ke tak. 


macam aku cakap tadi, aku cover kiri kanan laci tu sekali sebab nak tutup kesan degil yang ada. masa ni paling berpeluh sebab kadang-kadang gam melekat di tempat yang tak sepatutnya, salah lekat, lekat tak betul, macam-macam lah! fasa ini adalah fasa menguji kesabaran...


dan tara! setelah kesabaran teruji, maka siaplah alas laci ku.. tapi baru siap bahagian laci, kalau rajin, akan sambung buat untuk bahagian cabinetlah pula..

bak kata fizah lagi, habis wrapping paper kat kedai tu untuk buat projek ni, samalah dengan aku, memang tinggal sikit je wrapping paper yang ini kat kedai. habis aku rembat semua. mwahhahaa....

oh ye kalau nak dapat idea yang lebih dan diy yang lebih bernas dan best, boleh google je atau klik kat link ni. 

selamat mencuba!

Monday, June 3, 2013

setiap rumah adalah cool

Based on the previous post, people might think that,

'E'eleh, rumah kau best sangat ke nak puji puji and all? Tak baik tau kutuk kutuk rumah lama kalau dah dapat rumah baru. Mentang-mentanglah dah ada rumah baru. Rumah bawah pun cool la.'

I also think like that when I read my own post and feel bad about it.

Don't get me wrong okay. I was comparing MY old house with MY not so new home, we are so happy with all the transformation that we did and will do to this house, which we can't do it in our rental. its rental, as for me, if its rental, kan sedikit membazir kalau kita cat, turap lubang kat depan and tukar post box yang sentiasa bocor tu?

the truth is, the owner of our rental house was going to sell it few months ago when we said that we wanted to move out. so we made a decision to buy that house. we already discussed with my lawyer friend Dina on purchasing a subsale house, what documents should we have and what procedure should we follow. we even talked to our dear owner to cut off the agent so that we can get cheaper price and azmi knows a bit about the process of buying the subsale house, so it should be no problem. we are in love with that house as it is the first house that we live as a couple. That house has a memory of us. plus, walaupun sesetengah jiran macam tak considerate, but most of the neighbours are so cool even we don't know most of them. I feel safe when I stayed alone, and my friends can come or sleepover no matter what time it is. the best part, during raya time, we dont have to worry about how quiet the place is because some neighbours celebrate their raya here, with pelitas and children laughing playing bunga api and i don't have to worry about pencuri or si pecah masuk rumah. so the place is literally 'safe'.

when weeks went by, the owner suddenly said that he doesn't want to sell the house. sayang katanya. we are so disappointed, tapi nak buat macam mana kan, tak ada rezeki. nak tak nak, memang kena pindah dari rumah tu.. according to plan, we want to let the apartment and stay here. tapi, what to do kan?

kami dah berangan macam-macam; we want to fix the water pool in front of the house, we want to add extra awning to the post box so that when its rain, the letters wont get wet, we want to install awning for the car porch, install kitchen cabinet and get to know the neighbours even more. And paint the house.

so here we are, we are still renting until end of this june. sambil-sambil tu pindah barang sikit-sikit. tinggal barang-barang besar je nak pindahkan. lepas ni, we say bye bye lah kat rumah tu (tiba-tiba nak nangis). Aku sangat pasti yang aku akan nangis bila tengok rumah tu dah kosong. and the truth about not staying there any more, makes me feel.... sad.

But life must go on, I am thankful for what Allah has planned for us. He knows best. and I really hope that our new life in our new home will be blessed and full of happiness.. ameen.. :)