Friday, May 31, 2013

rumah dulu rumah sekarang

assalamualaikum wbt.

these few days tidur rumah baru.. :D

seronok memang bukan kepalang lah.. tak delah kepalang sangat tapi few things yang buat aku selesa dengan rumah ini.

1. rumah apartment.
aku memang sedari kecik duduk rumah tinggi. celik-celik mata dah duduk rumah tinggi. duduk asrama pun tinggi, even sampai sekarang, rumah mak abah pun tinggi tingkat 8. jadi, aku rasa selesa dapat duduk rumah tinggi. mungkin aku rasa macam rumah? feels like home?

2. tak payah kunci pagar rumah.
sebelum ni (atau rumah sewa sekarang) adalah rumah jenis townhouse, jadi ada pagar rumah. rumah bawah memang macam tu kan. gediks sangat rasa rumah ada pagar ni susah. ya, mungkin aku rasa susah kot sebab setiap kali nak keluar rumah berbagai jenis kunci kena pegang, dan buka. security tinggi lah di situ. tapi hey, we must look at the bright side! rumah apartment hanya perlu naik lif sampai rumah, buka kunci pintu rumah sahaja. kunci mangga pun ada satu sahaja. muahaha..

3. tak perlu naik turun tangga.
sebelum ni, rumah aku memang bertangga. nak keluar kena turun tangga, nak masuk kena naik tangga. jadi sekarang tak payah tengok tangga dah! see how pemalas i am? but i dont care, i hate stairs. sekarang aku benci pulak tengok tangga kat office sebab nak taknak kena panjat naik and turun no matter what. T_T but at least, i already get rid one from my life. huhaa!

4. tiada air bertakung di depan rumah.
sebelum ni, rumah aku memang ada satu lopak yang boleh buat air bertakung bila hujan. betul-betul di tempat aku nak bukak pintu pagar besar tu. kasuT kena tebal. selalu jugak kaki aku kebasahan sebab terpercik, terpijak, tersepak air tersebut. memang boleh je nak turap balik dengan simen ke apa. pernah jugak request kat tuan rumah tapi dia buat tak tahu je. jadi sebab fikir ni hal kecik, kami biarkan je. tapi it is BIG actually. sangat memberi impak especially mood nak keluar bekerja. cewah. :)

5. tidak kena tempias hujan apabila keluar dari rumah.
sebelum ni, jika hujan lebat even renyai renyai ayam sekali pun, kalau fikir hal nombor 2 tu pn dah rasa malass je nak keluar. tapi kali ni sebab parking betul-betul bawah block, jadi memang tak perlu risau dah kena hujan. terus zass keluar je. tanpa kena hujan. ngee..

6. kedai dekat sangat.
yang ini memang boleh menyumbang kepada masalah kegemukanlah. kedai makan yang sedap dan buka sehingga larut malam memang mengundang kami pergi makan nan cheese bersama tandoori pada pukul 11.30 malam (dan tanpa rasa bersalah langsung).

itu jelah yang aku boleh senaraikan setakat ni. sebenarnya ada pros and cons tak kisahlah rumah mana-mana pun.. tapi dalam hati nak jugak rumah besar dihias cantik dan 2 biji kereta bleh masuk dalam pagar rumah, serta ada pagar automatik dan laman besar untuk tanam tumbuhan herba dan tumbuhan masakan kan. but for now, i am happy, and my husband pon happy sebab tengok bini dia happy.. yeah!

4 comments:

  1. Ya btol, x kisah la umah caner yg penting kita yg tinggal dlm tu happy :-)

    ReplyDelete
  2. Kan..asal kite happy..idup pon bhg..

    ReplyDelete