Wednesday, May 8, 2013

Ritz Hotel Nusajaya JB - Cantik!

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak bercerita sikit mengenai hotel murah best di johor. hari tu, aku sempat menjengah skudai johor sebab azmi ada kerja kat skudai. plus, ambil adik dari utm balik ke kl.

aku telah diberi mandat untuk pilih hotel penginapan, jadi sudah menjadi tugas aku untuk cari hotel best dan selesa didiami sebab aku akan spend time seorang diri. jadi facilities kena baik.

jadi hari orang sibuk mengundi, aku mencari cari hotel di skudai. ada beberapa, contohnya, rose cottage, goodhope dan u hotel. tapi sebab tempat tu boleh tahan sesak walaupun dekat dengan aeon (kecuali goodhope), kita pergi terjah bahagian skudai yang lain pula.

so, aku terjah kawasan bukit indah, yang mana sekarang sedang pesat membangun. lagipun dengan ada link ke 2, dan legoland berhampiran, tempat tu dah ada banyak boutique hotel kalau nak dibandingkan dengan dulu. kawasan tu dah banyak kawasan perumahan, ada aeon, ada giant, ada tesco. so kawasan tu agak complete untuk orang bandar macam aku. untuk aku, kalau ada shopping complex kat persekitaran yang berhampiran, memang aku boleh hidup dengan aman. hihi..

jadi, kat sini aku nak kongsi sikit tentang Ritz Hotel yang dekat dengan Aeon Bukit Indah, Johor ni. banyak lagi boutique hotel kat sini, tapi sebab hotel ini adalah pilihan kedua (ternampak sebenarnya) selain Pariss Hotel, jadi aku pergi je lah dengan expectation yang biasa-biasa sahaja sebab ia agak kecik.

tapi jangkaan aku meleset! dengan harga rm128 untuk satu malam, aku boleh dapat bilik yang super cantik! mungkin sebab hotel ni baru, semuanya rasa baru (tapi tak dalah bau cat ke apa ke) dan selesa. lif pun masih belum siap, tapi sebab bilik di tingkat 1 jadi tak rasa ralat sangat.

mungkin interior design untuk hotel ni boleh bagi idea untuk para pen'decor' rumah untuk bilik sendiri. mesti seronok kalau bilik rumah kita sendiri gaya macam hotel-hotel kan?

so berikut adalah gambar-gambar yang boleh aku kongsi untuk tatapn bersama;

aku suka kepala katil dia, nampak klasik! 

yang ni adalah lampu kiri yang terletak di kiri dan kanan katil.


bilik air idaman! bilik ni tak ada tub mandi, tapi berair hujan. cantik, bersih dan selesa! tengoklah tempat gantung tissue tu.. klasik!


dan pintu bilik air dia pun cantik bagi aku. 

hotel ni ada free wifi dan HBO (penting tau HBO tu). jadi aku memang tak bosan langsung. tambah pulak ada Aeon Bukit Indah kat situ, jadi sempat terjah untuk beli makanan. sebenarnya hotel ni pun dekat belakang Giant je. tapi saja nak jalan-jalan kat situ sbab ada banyak makanan sedap. hehe..

so amacam? cantik tak dari pandangan mata kamu semua? bagi aku cantiklah. untuk idea susun atur bilik pun sesuai, nak renovate bilik gaya macam ni pun cool. kalau nak datang sini menginap pun aku syorkan. 

itu saja. adios amigos! 

salam

5 comments:

  1. yes, yes, memang HBO sangat penting dalam kehidupan seharian, kekeke. hotel nampak simple but classic. suka lampu dia tu. lain kali pergi, boleh ko bawak screwdriver untuk cabut lampu tersebut dan letak ia di rumah ku? :DDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. azrina: aku ada terfikir jugak nak buat macam tu, plus, dia ada dvd player jugak lupa btau. sesuai tau bawak cd korea azmilia and layan kat sini! haha.. sebab aku baik, aku batalkan niat. plus, aku tak bawak screwdriver...:P

      Delete
  2. woww mmg cantiklaa kepala katil tu...very unik!!! suke!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. fizah: betul! kepala katil tu berliku-liku tu yang nampak unik. ingat nak diy untuk bilik sendiri, tapi..ehem.. lupakanlah.. huhu..

      Delete
  3. best jugak hotel nie..baru eh?? next 2 week nak ke Johor...tgh duk survey2 hotel..

    salam kenal yer..ila follow sini

    ReplyDelete