Sunday, May 5, 2013

perhentian island! i love you!

assalamualaikum wbt..

so last week, me, my friends; azrina, azmilia, her husband adam, azmilia's sister azmila, her husband qayyum, were at the PERHENTIAN ISLAND ya'll!

kami rancang tak lama sangat untuk percutian tahunan ni. yup. we have our yearly beach/island vacation.  tahun pertama; 2009 - perhentian. tahun 2010 - pulau redang. 2011 - tak ada semua orang busy. 2012 - pulau pangkor. dan tahun ni pulau perhentian lagi sebab tak ada pulau lain yang lebih cantik dan tercantik di semenanjung malaysia ni selain pulau perhentian. hii...

setiap kali percutian mesti ada tiga orang ini.. adakah kami terlalu free? haha..

and azmilia is always be the master mind. kami tolong kasi cadangan je. kawan aku yang sorang ni memang good vacation planner la boleh kata. dah lah short notice, and tempat tak pernah mengecewakan..nice!

so we stayed in new cocohut and cozy chalet. bilik aku and ina ada dua queen size bed. ada sebijik tv, ada bilik air, water heater, air cond, kipas pusing, penyidai baju, deck tempat main uno, kerusi dan meja tempat lepak kat luar. the place is nice, ada cafe nearby, dekat dengan laut, ada banyak kerusi malas for malas-malasan.

i think the second best part (nanti baru cerita the best part) is the foooooooooood. sebagai seorang yang suka makan macam aku ni, makanan yang dihidangkan memang super sedap, super banyak, super puas hati. and the great thing is that, sebelum kami sampai ke meja, makanan dah tersedia. rasa super vip.

banyak orang yang makan kat sini je sebab sini ada cafe. bagi aku murah sebab makan memang sangat mewah, ikan kerapu steam, siakap sweet sour, sotong goreng tepung, bbq dinner, udang, tomyam, sambal belacan kalau nak..and sarapan pulak dengan kwey tiaw dan mee, memang aku takkan lapar duduk sini..







terliur ke tak terliur tengok ni? haha.. so these are all the food served during our stay there. memang tip top, and best. sangat malaysian. pagi last tu je, kami makan roti, baked bean and telur. mat salleh sikit lah.. oh! ada satu gambar tu terselit sambal puan dina bagi untuk bekalan.. awwww, sweet gila dina bekalkan homemade sambal for us..habis licin woo! thanks dear.. we are one happy traveller with your sambal for tapau!

huh, cerita pasal makan pun dah setengah kajang muka ni apa kes?

we stayed there for three days two nights with two snorkelling trips. the first day we arrived there, dah kena paksa pergi snorkeling. and the best part is - now i come to the best part - IS SEEING THE TURTLE LIVE IN FRONT OF MY EYES! it was a dream come true, rasa nak nangis dalam laut sambil terapung and sambil pakai goggle. kan? exaggerate sangat kan? and i gotta touch one small turtle swimming happily around the corals! and literally swim with it! it was the most graceful thing, aku happy tahap maksima, i can say that it was the best thing that have happen in my life for this year. and feel lucky for the rest of the year, boleh tak? but ina is luckier, beach brother siap tangkap penyu tu ke surface so that ina boleh pegang kepala, tangan kaki, cengkerang.. haha terbaiklah ina! she also saw sharks swimming around!










so berapa kos untuk semua ni? being a cheapskate like me, aku suka kalau nak cerita pasal duit di waktu percutian. with less than rm500 perperson, u'll get a chalet (2 queen size bed for my case), stay 3 hari 2 malam, makan tengahari 2 kali, makan malam 2 kali, sarapan pagi 2 kali, trip pergi snorkeling 2 kali (termasuk mask and snorkel), and boat transfer pergi balik jeti kuala besut. and the staffs are superfriendly.

macam best kan!

tapi janganlah campur sekali duit belanja beli souvenir, beli keropok lekor, t-shirt perhentian, key chain and all, it would exceed rm500.

oh ya jangan lupa tambah duit tambang perjalanan dari kl ke kuala besut yang 8 jam tu ye..

so the trip memang perfect. main activity kat sini tu jelah, snorkeling. other activities, boleh pergi scuba dive untuk orang yang pandai scuba, island hopping, sunset viewing di long beach. but for me, snorkeling pun dah cukup awesome and penat. seriously, i was too tired to do all those boat riding thing that second day (penat bersnorkeling). plus, the boat fare is quite expensive pon sebenarnya (alasan kan)..

by the way, ina pon dah post pasal percutian kat redang ni. boleh terjah blog beliau for a cooler version.. WITH SUPERCOOL PICTURES! aku punye gambar semua dari phone je. heheh.. but seriously, dengan gambar-gambar tu pun tak dapat menggambarkan kecantikan tempat ni dan keseronokan jiwa ini.. tengoklah penyu tu! besar gila!

definitely akan datang lagi sini.. tak kiralah berapa kali dah datang pun..

till then!

bye.. :)


4 comments:

  1. seronoknya! i tak tau berenang bleh snorkling tak? hehehehe...

    ReplyDelete
  2. eh takpe takpe, citer pasal food 4-5 kajang mukasurat pun takpe sebab food is vital in our life, hehe. oh ya, Dina's sambal is like cherries on top of cake, penambah selera!

    penyu dah dapat pegang, so what's next? berenang sambil kene belit ngan sotong kurita? heheh, scary bunyinye kan? anyway, so far this is the coolest beach vacation! still more to come right?

    ReplyDelete
  3. UN: silalah pergi bercuti di sini! highly recommended.. :)

    SW: tak tahu brenang pun boleh snorkeling sebab ada life jacket.. tak perlu risau.. 100% satisfaction guarantee ...

    ina: i think sotong kurita pun nak jumpa susah.. and quite extreme nak kena belit dengan sotong kurita.. i think my next target is to learn how to swim! nanti aku boleh turun dasar laut without life jacket.. tak cool laa ada life jacket.. kekekeke... and maybe scuba diving.. once in a lifetime kena pergi scuba no matter what.. hihi!

    ReplyDelete