Friday, May 10, 2013

old days #1 - happy emak day

gambar gambar lama dalam simpanan di kampung dah dibawa balik ke sini.

jadi aku boleh lihat balik gambar-gambar lama. rasa nak nangis pun ada sebab dulu family susah. sekarang kira not bad walaupun bukan kaya gila..

but susah-susah pun mak survive. abah masuk hutan sampai bulan-bulan, tinggal dengan anak-anak sambil ditengok jiran-jiran. kadang-kadang nampak mak tulis surat kat abah yang jauh. kadang-kadang mak telefon radio tanya pakar kat radio kenapa anak-anak dia tak makan sayur. kadang-kadang aku tolong mak buat kueh semprit tolong letak ceri kat atas kuih sambil makan ceri. kadang-kadang mak buatkan baju barbie doll aku. mak bancuhkan air sirap dalam botol susu. tabah sungguh mak layan kerenah anak-anak. happy sungguh zaman kanak-kanak aku ber'mak'kan mak aku..

mak is the best, masa kecik selalu fikir, kalau aku jadi mak, boleh ke jadi mak yang macam mak sekarang? sebab kalau pagi, mak kena paling awal bangun, mak kena gosok baju untuk semua isi rumah, mak kena speaking english sebab nak order kfc dengan mcd, mak kena basuh dan sidai baju untuk semua isi rumah, mak kena masak makanan berkhasiat untuk anak-anak, mak yang tukang marah kalau minum air sejuk, mak lah segala-galanya.

mak pun ada mak jugak (nenek) yang mana meninggal waktu mak masih muda. aku tahu sekarang waktu-waktu mother's day ni, mak mesti ingat kat mak dia sebab gambar-gambar lama tu. jadi nak happy kan mak, aku akan cuba untuk memberi sebanyak mana yang boleh sebab mak adalah mak. bukan masa mother's day je.

terima kasih mak atas segalanya.


by the way, apesal masa ni mak nampak cun? jeles anak mak ni tau.. huhu..

and aku tak pandai la nak madah berhelah ni, aku ni cengeng. ni pun dah menitik air mata setitik dua. malu aku nak nangis depan pc tersedu-sedu.. eheh..

8 comments:

  1. great post ajue! aku pon nak dedicate a post for my mum balik nanti nak karang laju-laju.

    'mak kena speaking english sebab nak order kfc dengan mcd'

    omg! aku pun pernah fikir camnih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ina please buat.. ni dah berapa hari bulan ni? haha!
      Ya Allah, aku ingat aku sorang je berfikiran macam tu? ko juge? hihi!

      Delete
  2. Cantik mak zura :-) inshaAllah kita cuba jd anak yg terbaik, walaupun kita tau x seberapa dibanding jasa mak kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. macam nak jadi macam tu when i turned 23 (umur mak at that time). tapi apekan daya, sampai sekarang tak tercapai.. hihi.. in syaa Allah semoga kita semua sempat membalas jasa mak kita. :)

      Delete
  3. X terbalas rasanya jasa ibu dan ayah kita, dr kecil mereka mendidik kita utk jd insan yg berguna..sy sayang mak saya !
    Nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks teena datang singgah.. will singgah your blog..:)

      Delete
  4. ak pon rase mak ak lagik xtra cantik dr ak..haha
    statement xhengat pyer..
    love mom till end

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, maybe diorang dulu makan makanan yang sebebnar.. kita skearang banyak makan makanan merepek.. tu yang macam lain macam tu.. hihi..

      Delete