Monday, May 20, 2013

home + sick = homesick?

assalamualaikum wbt.

kalau seminggu dah batuk dan sakit tekak apakah sebab-sebabnya? dan demam sekali sekala?

aku risau mungkin aku telah dijangkiti virus bahaya. alhamdulillah, hari ni dah okay. okay means masih batuk, ada tarik kepala sikit, dan sakit tekak sikit. berkumur dengan air garam adalah sangat bagus okay! even better dari ubat kumur dr bagi which aku guna since jumaat lepas. ngelat gila jumaat pun aku cuti sebab alasan sakit.

dalam keadaan sakit-sakit pun, alhamdulillah kami dah dapat kunci rumah sendiri hari isnin lepas. azmi pergi ambil kunci isnin itu hari terus oustation. balik hari selasa, petang tu terus tengok rumah.

rumah yang baru azmi beli ni rumah subsale je. apartment dengan 3 bilik dan dua bilik air. we dont expect much. we just want to have a small nice place to stay.. tak payah nak menyewa dah. tu je. we are happy. cuma banyak benda jugak nak kena buat kat rumah ni..


bilik tidur utama. memang kami dah tahu dah something need to be done untuk dinding bilik tidur utama ni sebab tuan rumah sebelum ni guna warna hitam. nasib baik untuk dua dinding kiri dan kanan sahaja. ambil masa berhari-hari dan bertong-tong cat untuk tukar balik everything to white. yes, kami nak rumah kami warna putih. beli cat pun senang, and the room will look bigger. patah pinggang jugak nak mengecat the whole apartment. 


ini bilik tidur ke dua. 


dan bilik ke tiga which is quite kecik jugak dan berlantaikan simen sahaja. langsir tu dah kami buang.


ini ruang tamu. 

semua gambar ni diambil masa mula-mula kami sampai rumah ni. so memang bersepah dan berhabuk. ruang balkoni agak besar, jadi dah macam-macam benda aku fikir untuk cantikkan kawasan balkoni. 

so rumah ni pun dah siap dicat dari bilik sampai ke ruang tamu dan ruang makan. disebabkan rumah aku ni bertaraf apartment sahaja, aku suka sangat follow apartment therapy sebab banyak dapat idea susun atur rumah apartment dari sana. memang banyak sangat idea! tapi aku tak boleh nak ikut sangat idea tu sebab kebanyakan perabot dah dibeli. tinggal nak bawak ke sini aje lagi.. 


hasil selepas cat putih selapis. kami tambah 3-4 lapis untuk cover semua warna hitam tu.. kalau nak ikutkan bilik ni paling teruklah nak mengecatnya.. nasib baik ada abah yang tolong cat sekali kat ruang tamu. bolehlah berehat hari ahad tu.


the best thing about this apartment is that the view is nice. memang angin sepoi sepoi selalu datang menjengah dan sejuk. bolehlah buat lepak lepak sambil tengok pemandangan sambil hilangkan stress..

so itu sahajalah cerita aku mengenai rumah baru kami yang tak berapa nak baru ni. cat rumah pun sudah, misi seterusnya adalah habiskan ubat ni, dan tunggu sampai sihat sepenuhnya.. huhu..


salam.

10 comments:

  1. Woooww.. Congratulation for the new shelter :)
    And get well soon <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello annisa.. thanks for dropping by. :) thanks for the wish.. :)

      Delete
  2. wow! best2! paling excited nak mendecorate rumah. seronok pilih concept, pilih warna.... ko creative, confirm cantik. nanti update lagi progress rumah ye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ina.. aku tidaklah kretip mane.. plus kebanyakan barang dah beli.. so tak boleh nak mendecorate beria.. but i am excited to add more plants at the balcony! yang tu aku akan update..hihi..

      Delete
  3. One thing yg best umah apartment, x yah bertudung kt umah bila bukak tingkap luas2.... Cantiknya pemandangan tu :-) congratulation!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesssss! betul sangat..memang this time nak bukak tingkap bagi udara masuk.. hihi.. thanks sw.. :)

      Delete
  4. wahhh mnungguh entri rumah laa lps ni...yeeahhh! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah, fiza.. tapi entry rumah saya biasa-biasa je.. hehe..

      Delete
  5. congrat ajue! sukanya nak baca entry deco deco ko! jgn lupa ajak aku makan2 nti. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks faeza..in syaa Allah kalau berkesempatan buat makan-makan nanti.. :)

      Delete