Tuesday, May 28, 2013

hal rumah, hal belajar, hal penat, macam-macam hal lah!

asalamualaikum wbt.

dah pukul 6.32 ni, baru ada masa nak update blog. terima kasihlah, azam nak masuk bulan baru ni nak bekerja dengan bersungguh-sungguh dan habiskan belajar cepat-cepat. aku target nak kerja kat u.pm nanti habis. kena target jugak, sebab nanti orang kata aku ini hilang arah tuju.. dah lah sekarang pun masih hilang arah tuju.. supervisor senyap je dah dekat 2 bulan kot.. eh dia tak rindu kat aku ke?

musykil.

sekarang ni, perihal perpindahan rumah memang tak setel-setel. maklumlah, ada masa sampai hujung bulan 6. jadi memang baaaaanyak masa sangat. nanti tiba-tiba bulan 6, tiba-tiba dah sampai hujung bulan. baru nak kelam kelibut cari orang angkut barang..

sekarang rumah memang tongkang pecah habislah.

dah start tidur kat rumah baru pun. sebab rumah lama banyak habuk (alasan).

angkat barang sikit demi sikit, pasang apa yang patut. mana yang muat kereta tu, muatlah. yang tak muat macam peti ais, kebinet dapur mudah alih, mesin basuh, katil almari semua tu nanti nak last-last karang baru setelkan. bak kata azmi, selagi tak setel, selagi tu asyik dok fikir hal rumah je..





kebanyakan kerja berat haruslah azmi yang buat. dia bab wiring memang serah aje pada dia. tu sebab semua plug point dia nak tukar. astro pun dia nak cabut sendiri. tapi tukang pasang orang lain la.. 


bahagian laundry space ni pulak letak bidai. beli kat nilai III. nasib baik nilai III dekat, boleh terjah-terjah sekejap kalau tak cukup barang nak beli. langsir pun beli kat nilai III jugak. apa-apahal tempat ni memang kena letak dulu sebab open sangat pada orang yang lalu lalang di koridor. 


haaa, ni lah dia dapur kecil yang ku katakan dalam post sebelum ini.. sesuai sangatlah kan letak dapur ikea kat sini. amboi, nak ikea saja. tapi sebenarnya, aku okay je dengan kabinet ni. memang bagus sangat ada, kalau tak satu kerja nak renovate semua bagai kan.. so aku bersyukur dengan apa yang ada..

okay, dah tu sahaja. aku tengah pening sekarang ni, nak kira concentration assay pun tak lepas, ada something wrong somewhere ke dengan standard aku? dah dah, aku nak balik, nak fikir hal kemas barang pulak. huhuu..

7 comments:

  1. eh eh awak..comella dapur tu..takya ikea pon..ini pun dah cun! serius!! yg penting kemas, tersusun dan efektif..ye dok? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,, terima kasih fiza.. saya pun rasa macam okay je.. cuma nafsuuuuuu... hihi

      Delete
  2. Btol ckp fizah, ok kc ni. Table top pun itam, i loike :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi,, like jugak sebab dia warna hitam.. cuma material dia tak berapa berkenan sangat.. plus, ia adalah kayu.. tapi saya suka jugak sebenarnya.. hehe

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih julie.. :) terima kasih juga kepada tuan rumah sebelum ni.. hehe..

      Delete