Thursday, May 23, 2013

assalamualaikum jiran

assalamualaikum wbt.

aku nak tanya sikit lah pada kamu kamu semua, kamu kamu semua sayang tak jiran kamu? kamu kamu semua considerate terhadap jiran tak? kamu kamu semua rasa jiran kamu baik dan kamu adalah jiran yang baik tak?

aku akui kami sebagai jiran memang kurang sikit nak bermesra dengan jiran-jiran yang lain. 1. sebab kami masing-masing siang keluar rumah, petang nak dekat maghrib tu baru balik. 2. kami selalu hujung minggu memang jarang ada kat rumah. balik rumah mak, atau keluar jalan-jalan, jadi jarang kalau ada kenduri jemputan raya misalnya, kami tak sempat nak join sebab balik kampung, ada kenduri kat kampung, ada jemputan rumah terbuka kat tempat lain. contohnya. 3. aku memang tak reti nak mesra-mesra dengan kakak-kakak yang tak berapa nak sebaya dengan aku. okaylah, aku memang tak mesra jiran pun senang cerita..

tapi tak mesra jiran pun aku masih kenal lah jiran sebelah menyebelah rumah. dan kalau jumpa, aku akan senyum tak kira lah jiran depan jumpa depan rumah, belakang rumah tepi rumah dan sebagainya.

dan even tak mesra jiran pun, seakat ni aku masih belum lagi menyusahkan jiran-jiran aku. atau aku tolong apa yang patut secara senyap. contoh kalau serai yang kami kongsi kat depan rumah tu dah panjang, aku potong, kadang-kadang akak sebelah potong.. berkerjasama secara tak langsung lah.

tapi kadang kadang ada jugak jiran sekitar yang tak berapa nak considerate sangat. yang kadang-kadang buat aku bengang rasa nak marah je pagi-pagi..

tak banyak pun, kes kucing je..

ape-ape hal pun kepada pencinta kucing, jangan pulak nak marah aku kalau baca post ni sebab aku pun pencinta kucing. aku suka kucing jugak.. tapi..

ada tapi nya. jiran di persekitaran aku ni spesies memang suka kucing. aku tak kisah kalau nak bela, tapi masalahnya, urusan hadas besar ni aku tak berapa berkenan sangat..

haaaaaa...itulah main pointnya. pengurusan kucing yang tak berapa nak betul sangat. pemilik kucing biarkan kucing berkeliaran kat kawasan kejiranan, lepas tu 'beron' merata-rata.

gedit? gedit?

annoying tak kalau kita keluar rumah, nak naik kereta, nak tutup pagar, turun kereta, menusuk masuk bau tak semenggah pagi-pagi buta?

kes suka sangat beron depan pagar rumah ni memang selalu sangat terjadi. depan pagar rumah pulak memang port baik ada pasir, tolak lah macam mana pun, memang pasir tu ada balik. jadi memang port baiklah untuk kucing buat hajat kat situ.

sebab kucing ni selalu beron betul-betul kat tengah-tengah antara pagar rumah aku dan jiran, jadi yang menjadi teruk paling dasyat adalah aku dan laki aku. kereta aku selalunya akan parking kat luar pagar. yang bestnya, port dia tu betul-betul kat tempat aku naik turun kereta. dan tempat laki aku selalu keluar masuk motor.

yang jiran tu takpelah, tak lalu pun kawasan kucing beron pun walaupun dia turun kereta nak bukak pagar.

sebenarnya, tuan kucing memang dah sediakan tempat untuk kucing tu poo poo. tapi itu pun satu hal jugak sebab tuan rumah biar sampai poop tu penuh sebekas dan biarkan, membuatkan kiri kanan rumah jiran terkena tempias bau sebab bekas tu kat porch kereta. which aku pun boleh nampak, jiran lain pun boleh nampak..

i wonder if orang datang rumah dia, apakah first impression tetamu? aku tak pernah pergi rumah jiran ni lagi. jadi first impression aku adalah, hmm.. faham-faham sendirilah.

mungkin aku ni bukan jenis suka duduk rumah teres agaknya, jadi hal-hal ni aku tak reti nak deal macam mana. jiran sebelah sana tak bising, aku takut pulak nak bising. lagi satu hal, sampah bersepah-sepah di persekitaran, especially depan rumah aku. pengurusan sampah berdekatan tak berapa nak betul. pintu untuk tempat sampah dah terkopak jadi terdedah, bila tuan rumah buang sampah, si kucing-kucing yang berkeliaran bongkah sampah, bila bongkah sampah, sampah bersepah, bila bersepah, lori sampah ambil acuh tak acuh je sebab plastik sampah tu dah bocor. the remain sampah yang tinggal ditiup angin ke rumah aku sebab macam ada penghalang batu kat situ.. hari ni plastik cikedis, besok polisterin, luse plastik aiskrim..

jadi aku kat sini takdelah nak memburukkan jiran-jiran aku ke apa. kita sebagai manusia kena sedar yang kita ni hidup berjiran jadi kena usha dulu eh, perbuatan aku ni mendatangkan keburukan pada orang lain ke tak, boleh buat orang bengang ke tak? kalau boleh maka elakkanlah.. kalau tak boleh jugak, pergi duduk kat tempat yang tak ada orang kiri kanan.

nasib baiklah aku dah nak pindah dari kawasan rumah tu. atas sebab tu, aku senyap je lah dan menahan sabar dalam minggu minggu yang mendatang ni. kesimpulannya, be considerate lah dengan jiran. sebab kita hidup bermasyarakat, bukan sorang sorang...

eh jiran eh?

6 comments:

  1. ak pon xle ngan poo poo kucing..sorry

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... kan.. kalau suka kucing, dan bela kucing, kena jugak tau nak manage poo poo dia.. :)

      Delete
  2. Hahah..ada ayat beron ek? Apapun smg cik zura kita bersabar! Nak pindah dah ek...blh stori mori umah baru...ceria2 slalu ok...yeahhhh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fizah.. yelah tengah sabar hari demi hari ni sebab dah nak pindah kann..

      Delete
  3. Jiran sblh umh i cina, bela anjing lagi. Tapi dia sgt bagus sbb i x pernah nmpak anjing dia berkeliaran even dlm kawasan umah dia. Selalu kalo dia lpskn anjing dia tu, dia akan pantau sekali. May b sbb anjing dia tu jenis cantik, so simpan dlm umah dia kot. So far mmg x pernah sampai bau apa2 kat umah i ni. Cuma yg bau bila ada kucing2 yg datang umah i n melepaskn hajat dlm pasu bunga i yg kosong...(ada tanah). X sure kucing liar or kucing orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kalau pemilik anjing, dia ada tanggugngjawab sikit.. kalau pemilik kucing (yang jenis jaga kat rumah) pun okay je bertanggungjawab. cuma sesetengah orang tu yang main jaga separuh separuh.. tak syok aaa kan.. pasu i pun kena tau! dah banyak kali.. huhuuuu.. i baca kat internet kena letak batu kat sekita supaya kucing tak korek kat situ.. huhuuuu...

      Delete