Friday, May 31, 2013

rumah dulu rumah sekarang

assalamualaikum wbt.

these few days tidur rumah baru.. :D

seronok memang bukan kepalang lah.. tak delah kepalang sangat tapi few things yang buat aku selesa dengan rumah ini.

1. rumah apartment.
aku memang sedari kecik duduk rumah tinggi. celik-celik mata dah duduk rumah tinggi. duduk asrama pun tinggi, even sampai sekarang, rumah mak abah pun tinggi tingkat 8. jadi, aku rasa selesa dapat duduk rumah tinggi. mungkin aku rasa macam rumah? feels like home?

2. tak payah kunci pagar rumah.
sebelum ni (atau rumah sewa sekarang) adalah rumah jenis townhouse, jadi ada pagar rumah. rumah bawah memang macam tu kan. gediks sangat rasa rumah ada pagar ni susah. ya, mungkin aku rasa susah kot sebab setiap kali nak keluar rumah berbagai jenis kunci kena pegang, dan buka. security tinggi lah di situ. tapi hey, we must look at the bright side! rumah apartment hanya perlu naik lif sampai rumah, buka kunci pintu rumah sahaja. kunci mangga pun ada satu sahaja. muahaha..

3. tak perlu naik turun tangga.
sebelum ni, rumah aku memang bertangga. nak keluar kena turun tangga, nak masuk kena naik tangga. jadi sekarang tak payah tengok tangga dah! see how pemalas i am? but i dont care, i hate stairs. sekarang aku benci pulak tengok tangga kat office sebab nak taknak kena panjat naik and turun no matter what. T_T but at least, i already get rid one from my life. huhaa!

4. tiada air bertakung di depan rumah.
sebelum ni, rumah aku memang ada satu lopak yang boleh buat air bertakung bila hujan. betul-betul di tempat aku nak bukak pintu pagar besar tu. kasuT kena tebal. selalu jugak kaki aku kebasahan sebab terpercik, terpijak, tersepak air tersebut. memang boleh je nak turap balik dengan simen ke apa. pernah jugak request kat tuan rumah tapi dia buat tak tahu je. jadi sebab fikir ni hal kecik, kami biarkan je. tapi it is BIG actually. sangat memberi impak especially mood nak keluar bekerja. cewah. :)

5. tidak kena tempias hujan apabila keluar dari rumah.
sebelum ni, jika hujan lebat even renyai renyai ayam sekali pun, kalau fikir hal nombor 2 tu pn dah rasa malass je nak keluar. tapi kali ni sebab parking betul-betul bawah block, jadi memang tak perlu risau dah kena hujan. terus zass keluar je. tanpa kena hujan. ngee..

6. kedai dekat sangat.
yang ini memang boleh menyumbang kepada masalah kegemukanlah. kedai makan yang sedap dan buka sehingga larut malam memang mengundang kami pergi makan nan cheese bersama tandoori pada pukul 11.30 malam (dan tanpa rasa bersalah langsung).

itu jelah yang aku boleh senaraikan setakat ni. sebenarnya ada pros and cons tak kisahlah rumah mana-mana pun.. tapi dalam hati nak jugak rumah besar dihias cantik dan 2 biji kereta bleh masuk dalam pagar rumah, serta ada pagar automatik dan laman besar untuk tanam tumbuhan herba dan tumbuhan masakan kan. but for now, i am happy, and my husband pon happy sebab tengok bini dia happy.. yeah!

Wednesday, May 29, 2013

Wordless Wednesday - transformasi warna bilik


paling nak nangis cat bilik ini. 

by the way, terima kasih rakan-rakan sebab menaikkan semangat untuk 'simpan' kabinet dapur rumahku.. sayang korang.. :)

Tuesday, May 28, 2013

hal rumah, hal belajar, hal penat, macam-macam hal lah!

asalamualaikum wbt.

dah pukul 6.32 ni, baru ada masa nak update blog. terima kasihlah, azam nak masuk bulan baru ni nak bekerja dengan bersungguh-sungguh dan habiskan belajar cepat-cepat. aku target nak kerja kat u.pm nanti habis. kena target jugak, sebab nanti orang kata aku ini hilang arah tuju.. dah lah sekarang pun masih hilang arah tuju.. supervisor senyap je dah dekat 2 bulan kot.. eh dia tak rindu kat aku ke?

musykil.

sekarang ni, perihal perpindahan rumah memang tak setel-setel. maklumlah, ada masa sampai hujung bulan 6. jadi memang baaaaanyak masa sangat. nanti tiba-tiba bulan 6, tiba-tiba dah sampai hujung bulan. baru nak kelam kelibut cari orang angkut barang..

sekarang rumah memang tongkang pecah habislah.

dah start tidur kat rumah baru pun. sebab rumah lama banyak habuk (alasan).

angkat barang sikit demi sikit, pasang apa yang patut. mana yang muat kereta tu, muatlah. yang tak muat macam peti ais, kebinet dapur mudah alih, mesin basuh, katil almari semua tu nanti nak last-last karang baru setelkan. bak kata azmi, selagi tak setel, selagi tu asyik dok fikir hal rumah je..





kebanyakan kerja berat haruslah azmi yang buat. dia bab wiring memang serah aje pada dia. tu sebab semua plug point dia nak tukar. astro pun dia nak cabut sendiri. tapi tukang pasang orang lain la.. 


bahagian laundry space ni pulak letak bidai. beli kat nilai III. nasib baik nilai III dekat, boleh terjah-terjah sekejap kalau tak cukup barang nak beli. langsir pun beli kat nilai III jugak. apa-apahal tempat ni memang kena letak dulu sebab open sangat pada orang yang lalu lalang di koridor. 


haaa, ni lah dia dapur kecil yang ku katakan dalam post sebelum ini.. sesuai sangatlah kan letak dapur ikea kat sini. amboi, nak ikea saja. tapi sebenarnya, aku okay je dengan kabinet ni. memang bagus sangat ada, kalau tak satu kerja nak renovate semua bagai kan.. so aku bersyukur dengan apa yang ada..

okay, dah tu sahaja. aku tengah pening sekarang ni, nak kira concentration assay pun tak lepas, ada something wrong somewhere ke dengan standard aku? dah dah, aku nak balik, nak fikir hal kemas barang pulak. huhuu..

Monday, May 27, 2013

dapur ikea yang menjadi idaman

assalamualaikum wbt.

sihat semuanya? alhamdulillah hari ni aku sihat. syukur atas kesihatan yang telah diberikan Allah swt. bulan 5 pun dah nak habis, bulan 6 menjengah pula. aku boleh kata yang bulan 5 tahun ini adalah bulan sakit untuk aku..huhuhu...

jadi hari ini, aku nak share dapur cantik yang menjadi idaman hati.. tak lain tak bukan mestilah dapur design dari ikea kan.. siapa tak suka ikea. ikea memang best especially untuk design yang menjimatkan ruang.. rumah kecik aku sesuai sangat.. tapi.. ada tapi nya.. takpe kita layan je dulu sebijik gambar ni;


sumber ikea

aku dambakan dapur yang kecik je. sesuai untuk aku yang jarang masak ni.. warna pun cantik, putih sebab boleh nampak luasnya dapur yang secoet tu.. 

tapi..

apakan daya. sebenarnya rumah baru yang bakal diduduki ni dah ada pun kitchen cabinet. tapi kc agak lama jugaklah, masih boleh digunakan. nak musnahkan dan buat yang baru rasa macam sayang pulak. jadi aku pun terpaksa memendam perasaan nak kitchen cabinet yang cun cun macam ikea ni.. 

gambar kc sedia ada? nantilah aku upload kat sini. tapi azmi dah bagi green light, untuk tukar kc tu, kami kena kumpul duit dulu.. mungkin akan tunggu 1-2 tahun lagi untuk tukar kc baru..

haaaa.. lama tu kann...

tak pe, aku cool je. kita kena berbelanja mengikut kemampuan kita. hee..

okaylah itu sahaja..

salam..

Thursday, May 23, 2013

assalamualaikum jiran

assalamualaikum wbt.

aku nak tanya sikit lah pada kamu kamu semua, kamu kamu semua sayang tak jiran kamu? kamu kamu semua considerate terhadap jiran tak? kamu kamu semua rasa jiran kamu baik dan kamu adalah jiran yang baik tak?

aku akui kami sebagai jiran memang kurang sikit nak bermesra dengan jiran-jiran yang lain. 1. sebab kami masing-masing siang keluar rumah, petang nak dekat maghrib tu baru balik. 2. kami selalu hujung minggu memang jarang ada kat rumah. balik rumah mak, atau keluar jalan-jalan, jadi jarang kalau ada kenduri jemputan raya misalnya, kami tak sempat nak join sebab balik kampung, ada kenduri kat kampung, ada jemputan rumah terbuka kat tempat lain. contohnya. 3. aku memang tak reti nak mesra-mesra dengan kakak-kakak yang tak berapa nak sebaya dengan aku. okaylah, aku memang tak mesra jiran pun senang cerita..

tapi tak mesra jiran pun aku masih kenal lah jiran sebelah menyebelah rumah. dan kalau jumpa, aku akan senyum tak kira lah jiran depan jumpa depan rumah, belakang rumah tepi rumah dan sebagainya.

dan even tak mesra jiran pun, seakat ni aku masih belum lagi menyusahkan jiran-jiran aku. atau aku tolong apa yang patut secara senyap. contoh kalau serai yang kami kongsi kat depan rumah tu dah panjang, aku potong, kadang-kadang akak sebelah potong.. berkerjasama secara tak langsung lah.

tapi kadang kadang ada jugak jiran sekitar yang tak berapa nak considerate sangat. yang kadang-kadang buat aku bengang rasa nak marah je pagi-pagi..

tak banyak pun, kes kucing je..

ape-ape hal pun kepada pencinta kucing, jangan pulak nak marah aku kalau baca post ni sebab aku pun pencinta kucing. aku suka kucing jugak.. tapi..

ada tapi nya. jiran di persekitaran aku ni spesies memang suka kucing. aku tak kisah kalau nak bela, tapi masalahnya, urusan hadas besar ni aku tak berapa berkenan sangat..

haaaaaa...itulah main pointnya. pengurusan kucing yang tak berapa nak betul sangat. pemilik kucing biarkan kucing berkeliaran kat kawasan kejiranan, lepas tu 'beron' merata-rata.

gedit? gedit?

annoying tak kalau kita keluar rumah, nak naik kereta, nak tutup pagar, turun kereta, menusuk masuk bau tak semenggah pagi-pagi buta?

kes suka sangat beron depan pagar rumah ni memang selalu sangat terjadi. depan pagar rumah pulak memang port baik ada pasir, tolak lah macam mana pun, memang pasir tu ada balik. jadi memang port baiklah untuk kucing buat hajat kat situ.

sebab kucing ni selalu beron betul-betul kat tengah-tengah antara pagar rumah aku dan jiran, jadi yang menjadi teruk paling dasyat adalah aku dan laki aku. kereta aku selalunya akan parking kat luar pagar. yang bestnya, port dia tu betul-betul kat tempat aku naik turun kereta. dan tempat laki aku selalu keluar masuk motor.

yang jiran tu takpelah, tak lalu pun kawasan kucing beron pun walaupun dia turun kereta nak bukak pagar.

sebenarnya, tuan kucing memang dah sediakan tempat untuk kucing tu poo poo. tapi itu pun satu hal jugak sebab tuan rumah biar sampai poop tu penuh sebekas dan biarkan, membuatkan kiri kanan rumah jiran terkena tempias bau sebab bekas tu kat porch kereta. which aku pun boleh nampak, jiran lain pun boleh nampak..

i wonder if orang datang rumah dia, apakah first impression tetamu? aku tak pernah pergi rumah jiran ni lagi. jadi first impression aku adalah, hmm.. faham-faham sendirilah.

mungkin aku ni bukan jenis suka duduk rumah teres agaknya, jadi hal-hal ni aku tak reti nak deal macam mana. jiran sebelah sana tak bising, aku takut pulak nak bising. lagi satu hal, sampah bersepah-sepah di persekitaran, especially depan rumah aku. pengurusan sampah berdekatan tak berapa nak betul. pintu untuk tempat sampah dah terkopak jadi terdedah, bila tuan rumah buang sampah, si kucing-kucing yang berkeliaran bongkah sampah, bila bongkah sampah, sampah bersepah, bila bersepah, lori sampah ambil acuh tak acuh je sebab plastik sampah tu dah bocor. the remain sampah yang tinggal ditiup angin ke rumah aku sebab macam ada penghalang batu kat situ.. hari ni plastik cikedis, besok polisterin, luse plastik aiskrim..

jadi aku kat sini takdelah nak memburukkan jiran-jiran aku ke apa. kita sebagai manusia kena sedar yang kita ni hidup berjiran jadi kena usha dulu eh, perbuatan aku ni mendatangkan keburukan pada orang lain ke tak, boleh buat orang bengang ke tak? kalau boleh maka elakkanlah.. kalau tak boleh jugak, pergi duduk kat tempat yang tak ada orang kiri kanan.

nasib baiklah aku dah nak pindah dari kawasan rumah tu. atas sebab tu, aku senyap je lah dan menahan sabar dalam minggu minggu yang mendatang ni. kesimpulannya, be considerate lah dengan jiran. sebab kita hidup bermasyarakat, bukan sorang sorang...

eh jiran eh?

Tuesday, May 21, 2013

idea lampu kecil untuk balkoni

aku dah bercadang untuk letak lampu mentol macam gambar kat bawah ni di balkoni. itu memang first thing benda yang akan aku cari and masih blur nak cari kat mana. hehe. this bulb thing mengingatkan aku pada cerita 17 again yang ada zac efron kacak tu, the mom decorating the garden with many light bulbs that look like stars at night.

Jenny Peterson's balcony after renovation
sumber: central texas garden


sumber: google 

can't wait. :D

Monday, May 20, 2013

home + sick = homesick?

assalamualaikum wbt.

kalau seminggu dah batuk dan sakit tekak apakah sebab-sebabnya? dan demam sekali sekala?

aku risau mungkin aku telah dijangkiti virus bahaya. alhamdulillah, hari ni dah okay. okay means masih batuk, ada tarik kepala sikit, dan sakit tekak sikit. berkumur dengan air garam adalah sangat bagus okay! even better dari ubat kumur dr bagi which aku guna since jumaat lepas. ngelat gila jumaat pun aku cuti sebab alasan sakit.

dalam keadaan sakit-sakit pun, alhamdulillah kami dah dapat kunci rumah sendiri hari isnin lepas. azmi pergi ambil kunci isnin itu hari terus oustation. balik hari selasa, petang tu terus tengok rumah.

rumah yang baru azmi beli ni rumah subsale je. apartment dengan 3 bilik dan dua bilik air. we dont expect much. we just want to have a small nice place to stay.. tak payah nak menyewa dah. tu je. we are happy. cuma banyak benda jugak nak kena buat kat rumah ni..


bilik tidur utama. memang kami dah tahu dah something need to be done untuk dinding bilik tidur utama ni sebab tuan rumah sebelum ni guna warna hitam. nasib baik untuk dua dinding kiri dan kanan sahaja. ambil masa berhari-hari dan bertong-tong cat untuk tukar balik everything to white. yes, kami nak rumah kami warna putih. beli cat pun senang, and the room will look bigger. patah pinggang jugak nak mengecat the whole apartment. 


ini bilik tidur ke dua. 


dan bilik ke tiga which is quite kecik jugak dan berlantaikan simen sahaja. langsir tu dah kami buang.


ini ruang tamu. 

semua gambar ni diambil masa mula-mula kami sampai rumah ni. so memang bersepah dan berhabuk. ruang balkoni agak besar, jadi dah macam-macam benda aku fikir untuk cantikkan kawasan balkoni. 

so rumah ni pun dah siap dicat dari bilik sampai ke ruang tamu dan ruang makan. disebabkan rumah aku ni bertaraf apartment sahaja, aku suka sangat follow apartment therapy sebab banyak dapat idea susun atur rumah apartment dari sana. memang banyak sangat idea! tapi aku tak boleh nak ikut sangat idea tu sebab kebanyakan perabot dah dibeli. tinggal nak bawak ke sini aje lagi.. 


hasil selepas cat putih selapis. kami tambah 3-4 lapis untuk cover semua warna hitam tu.. kalau nak ikutkan bilik ni paling teruklah nak mengecatnya.. nasib baik ada abah yang tolong cat sekali kat ruang tamu. bolehlah berehat hari ahad tu.


the best thing about this apartment is that the view is nice. memang angin sepoi sepoi selalu datang menjengah dan sejuk. bolehlah buat lepak lepak sambil tengok pemandangan sambil hilangkan stress..

so itu sahajalah cerita aku mengenai rumah baru kami yang tak berapa nak baru ni. cat rumah pun sudah, misi seterusnya adalah habiskan ubat ni, dan tunggu sampai sihat sepenuhnya.. huhu..


salam.

Wednesday, May 15, 2013

lily's day

assalamualaikum wbt.

aku hari ni sakit lagi. 2 hari mc siap. batuk-batuk, sakit tekak, demam, selsema yang hebat, pening kepala, period pain. package! aku tak pasti kali ni virus apa pulak. kuat betul gayanya. since 2 weeks ago kot! kali ni dengan encik laki sekali terkena.

pelik pulak.

by the way, ini gambar waktu nak sambut mother's day hari ahad tu. lily datang (yey!) and sekarang dah boleh senyum senyum gelak-gelak seronok-seronok.. menangis pun comel sekarang ni siap menyembur. her mom said its her new talent, pandai menyembur...wow, baby ni powerful betul, ceria semua isi rumah. dari boring terus jadi tak boring..

eh ni hari lily ke hari ibu? haha..

bagus jugak this time. i think my mom is soooo happy to see her grand daughter came and celebrate the day. she's the happiest mom i can say. aku bagi hadiah perfumed shower gel and lotion je. adik aku bagi mak jaga lily satu malam.. she's one happy grandmom i tell you.. its a great gift...



oh ya, have you guys heard about a 'fatwa' (not very sure - sorry if i get this wrong) that sambut mothers' day ni haram? what you guys think? still celebrate it walaupun benda tu hanya tersebar di facebook sahaja? 

as for me, what the heck. i celebrated it anyway. 

happy moms' day to all mommies in the world. ~

Friday, May 10, 2013

old days #1 - happy emak day

gambar gambar lama dalam simpanan di kampung dah dibawa balik ke sini.

jadi aku boleh lihat balik gambar-gambar lama. rasa nak nangis pun ada sebab dulu family susah. sekarang kira not bad walaupun bukan kaya gila..

but susah-susah pun mak survive. abah masuk hutan sampai bulan-bulan, tinggal dengan anak-anak sambil ditengok jiran-jiran. kadang-kadang nampak mak tulis surat kat abah yang jauh. kadang-kadang mak telefon radio tanya pakar kat radio kenapa anak-anak dia tak makan sayur. kadang-kadang aku tolong mak buat kueh semprit tolong letak ceri kat atas kuih sambil makan ceri. kadang-kadang mak buatkan baju barbie doll aku. mak bancuhkan air sirap dalam botol susu. tabah sungguh mak layan kerenah anak-anak. happy sungguh zaman kanak-kanak aku ber'mak'kan mak aku..

mak is the best, masa kecik selalu fikir, kalau aku jadi mak, boleh ke jadi mak yang macam mak sekarang? sebab kalau pagi, mak kena paling awal bangun, mak kena gosok baju untuk semua isi rumah, mak kena speaking english sebab nak order kfc dengan mcd, mak kena basuh dan sidai baju untuk semua isi rumah, mak kena masak makanan berkhasiat untuk anak-anak, mak yang tukang marah kalau minum air sejuk, mak lah segala-galanya.

mak pun ada mak jugak (nenek) yang mana meninggal waktu mak masih muda. aku tahu sekarang waktu-waktu mother's day ni, mak mesti ingat kat mak dia sebab gambar-gambar lama tu. jadi nak happy kan mak, aku akan cuba untuk memberi sebanyak mana yang boleh sebab mak adalah mak. bukan masa mother's day je.

terima kasih mak atas segalanya.


by the way, apesal masa ni mak nampak cun? jeles anak mak ni tau.. huhu..

and aku tak pandai la nak madah berhelah ni, aku ni cengeng. ni pun dah menitik air mata setitik dua. malu aku nak nangis depan pc tersedu-sedu.. eheh..

Wednesday, May 8, 2013

Ritz Hotel Nusajaya JB - Cantik!

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak bercerita sikit mengenai hotel murah best di johor. hari tu, aku sempat menjengah skudai johor sebab azmi ada kerja kat skudai. plus, ambil adik dari utm balik ke kl.

aku telah diberi mandat untuk pilih hotel penginapan, jadi sudah menjadi tugas aku untuk cari hotel best dan selesa didiami sebab aku akan spend time seorang diri. jadi facilities kena baik.

jadi hari orang sibuk mengundi, aku mencari cari hotel di skudai. ada beberapa, contohnya, rose cottage, goodhope dan u hotel. tapi sebab tempat tu boleh tahan sesak walaupun dekat dengan aeon (kecuali goodhope), kita pergi terjah bahagian skudai yang lain pula.

so, aku terjah kawasan bukit indah, yang mana sekarang sedang pesat membangun. lagipun dengan ada link ke 2, dan legoland berhampiran, tempat tu dah ada banyak boutique hotel kalau nak dibandingkan dengan dulu. kawasan tu dah banyak kawasan perumahan, ada aeon, ada giant, ada tesco. so kawasan tu agak complete untuk orang bandar macam aku. untuk aku, kalau ada shopping complex kat persekitaran yang berhampiran, memang aku boleh hidup dengan aman. hihi..

jadi, kat sini aku nak kongsi sikit tentang Ritz Hotel yang dekat dengan Aeon Bukit Indah, Johor ni. banyak lagi boutique hotel kat sini, tapi sebab hotel ini adalah pilihan kedua (ternampak sebenarnya) selain Pariss Hotel, jadi aku pergi je lah dengan expectation yang biasa-biasa sahaja sebab ia agak kecik.

tapi jangkaan aku meleset! dengan harga rm128 untuk satu malam, aku boleh dapat bilik yang super cantik! mungkin sebab hotel ni baru, semuanya rasa baru (tapi tak dalah bau cat ke apa ke) dan selesa. lif pun masih belum siap, tapi sebab bilik di tingkat 1 jadi tak rasa ralat sangat.

mungkin interior design untuk hotel ni boleh bagi idea untuk para pen'decor' rumah untuk bilik sendiri. mesti seronok kalau bilik rumah kita sendiri gaya macam hotel-hotel kan?

so berikut adalah gambar-gambar yang boleh aku kongsi untuk tatapn bersama;

aku suka kepala katil dia, nampak klasik! 

yang ni adalah lampu kiri yang terletak di kiri dan kanan katil.


bilik air idaman! bilik ni tak ada tub mandi, tapi berair hujan. cantik, bersih dan selesa! tengoklah tempat gantung tissue tu.. klasik!


dan pintu bilik air dia pun cantik bagi aku. 

hotel ni ada free wifi dan HBO (penting tau HBO tu). jadi aku memang tak bosan langsung. tambah pulak ada Aeon Bukit Indah kat situ, jadi sempat terjah untuk beli makanan. sebenarnya hotel ni pun dekat belakang Giant je. tapi saja nak jalan-jalan kat situ sbab ada banyak makanan sedap. hehe..

so amacam? cantik tak dari pandangan mata kamu semua? bagi aku cantiklah. untuk idea susun atur bilik pun sesuai, nak renovate bilik gaya macam ni pun cool. kalau nak datang sini menginap pun aku syorkan. 

itu saja. adios amigos! 

salam

Sunday, May 5, 2013

perhentian island! i love you!

assalamualaikum wbt..

so last week, me, my friends; azrina, azmilia, her husband adam, azmilia's sister azmila, her husband qayyum, were at the PERHENTIAN ISLAND ya'll!

kami rancang tak lama sangat untuk percutian tahunan ni. yup. we have our yearly beach/island vacation.  tahun pertama; 2009 - perhentian. tahun 2010 - pulau redang. 2011 - tak ada semua orang busy. 2012 - pulau pangkor. dan tahun ni pulau perhentian lagi sebab tak ada pulau lain yang lebih cantik dan tercantik di semenanjung malaysia ni selain pulau perhentian. hii...

setiap kali percutian mesti ada tiga orang ini.. adakah kami terlalu free? haha..

and azmilia is always be the master mind. kami tolong kasi cadangan je. kawan aku yang sorang ni memang good vacation planner la boleh kata. dah lah short notice, and tempat tak pernah mengecewakan..nice!

so we stayed in new cocohut and cozy chalet. bilik aku and ina ada dua queen size bed. ada sebijik tv, ada bilik air, water heater, air cond, kipas pusing, penyidai baju, deck tempat main uno, kerusi dan meja tempat lepak kat luar. the place is nice, ada cafe nearby, dekat dengan laut, ada banyak kerusi malas for malas-malasan.

i think the second best part (nanti baru cerita the best part) is the foooooooooood. sebagai seorang yang suka makan macam aku ni, makanan yang dihidangkan memang super sedap, super banyak, super puas hati. and the great thing is that, sebelum kami sampai ke meja, makanan dah tersedia. rasa super vip.

banyak orang yang makan kat sini je sebab sini ada cafe. bagi aku murah sebab makan memang sangat mewah, ikan kerapu steam, siakap sweet sour, sotong goreng tepung, bbq dinner, udang, tomyam, sambal belacan kalau nak..and sarapan pulak dengan kwey tiaw dan mee, memang aku takkan lapar duduk sini..







terliur ke tak terliur tengok ni? haha.. so these are all the food served during our stay there. memang tip top, and best. sangat malaysian. pagi last tu je, kami makan roti, baked bean and telur. mat salleh sikit lah.. oh! ada satu gambar tu terselit sambal puan dina bagi untuk bekalan.. awwww, sweet gila dina bekalkan homemade sambal for us..habis licin woo! thanks dear.. we are one happy traveller with your sambal for tapau!

huh, cerita pasal makan pun dah setengah kajang muka ni apa kes?

we stayed there for three days two nights with two snorkelling trips. the first day we arrived there, dah kena paksa pergi snorkeling. and the best part is - now i come to the best part - IS SEEING THE TURTLE LIVE IN FRONT OF MY EYES! it was a dream come true, rasa nak nangis dalam laut sambil terapung and sambil pakai goggle. kan? exaggerate sangat kan? and i gotta touch one small turtle swimming happily around the corals! and literally swim with it! it was the most graceful thing, aku happy tahap maksima, i can say that it was the best thing that have happen in my life for this year. and feel lucky for the rest of the year, boleh tak? but ina is luckier, beach brother siap tangkap penyu tu ke surface so that ina boleh pegang kepala, tangan kaki, cengkerang.. haha terbaiklah ina! she also saw sharks swimming around!










so berapa kos untuk semua ni? being a cheapskate like me, aku suka kalau nak cerita pasal duit di waktu percutian. with less than rm500 perperson, u'll get a chalet (2 queen size bed for my case), stay 3 hari 2 malam, makan tengahari 2 kali, makan malam 2 kali, sarapan pagi 2 kali, trip pergi snorkeling 2 kali (termasuk mask and snorkel), and boat transfer pergi balik jeti kuala besut. and the staffs are superfriendly.

macam best kan!

tapi janganlah campur sekali duit belanja beli souvenir, beli keropok lekor, t-shirt perhentian, key chain and all, it would exceed rm500.

oh ya jangan lupa tambah duit tambang perjalanan dari kl ke kuala besut yang 8 jam tu ye..

so the trip memang perfect. main activity kat sini tu jelah, snorkeling. other activities, boleh pergi scuba dive untuk orang yang pandai scuba, island hopping, sunset viewing di long beach. but for me, snorkeling pun dah cukup awesome and penat. seriously, i was too tired to do all those boat riding thing that second day (penat bersnorkeling). plus, the boat fare is quite expensive pon sebenarnya (alasan kan)..

by the way, ina pon dah post pasal percutian kat redang ni. boleh terjah blog beliau for a cooler version.. WITH SUPERCOOL PICTURES! aku punye gambar semua dari phone je. heheh.. but seriously, dengan gambar-gambar tu pun tak dapat menggambarkan kecantikan tempat ni dan keseronokan jiwa ini.. tengoklah penyu tu! besar gila!

definitely akan datang lagi sini.. tak kiralah berapa kali dah datang pun..

till then!

bye.. :)


Thursday, May 2, 2013

bantal kucing untuk dijual. boleh terjah basketiers untuk view. nak view kat sini pun boleh..

assalamualaikum wbt.

hari ni aku nak promote-promote bantal kucing yang baru dibuat! yeeeeehaaaaa!!


ni dipanggil twin sister. bajet comella ada hidung pink dan reben atas kepala..


okaylah, siapa yang berminat, boleh email pada basketiers@yahoo.com. rm50 je sepasang. saiz macam bantal kucing sebelum ni. memang boleh buat peluk.. 


and basketiers sekarang dah ada label! hoyeah! nanti aku postkan kat sini and blog basketiers on how to diy you own fabric label okay.. so pergi terjah blog basketiers sekarang, or terus je email i untuk keterangan lanjut... jangan malu malu.. i suka kalau u alls beli dengan i.. hehe..

p/s: perhentian punya cerita nanti lah cerita. sebab tengah sorting gambar.. hehe..