Monday, April 22, 2013

sikap orang yang kita tak berapa nak puas hati sangat

facebook sekarang ni dah jadi medan perang. sekarang ni, orang lagi pandai taip tulis dengan sewenang-wenangnya.. yelah, senang kan, orang tu tak payah tengok muka orang ni, orang ni tak payah tengok muka orang tu. aku sokong pakatan ni,kau sokong pakatan tu. pakatan ni macam ni buruk dia, pakatan ni macam tu buruk dia.

tambah pulak, dah jumpa geng sepakatan, mulalah nak mencanang orang ni jahat, orang ni baik, orang ni makan rasuah, orang ni buat rambut sampai setengah juta.. 

what the hell lah wei..

kalau benda-benda macam ni berleluasa sangat, nak-taknak aku hidekan aje. kalau aku boleh tahan, aku tahan lah lagi. tapi kadang-kadang tu, melampaui batasanlah pulak kan. takkan aku nak hide semua orang (boleh je sebenarnya)..

dan kadang-kadang aku terfikir, sikap orang-orang sekeliling, orang-orang biasa, pakcik-pakcik tua, orang-orang muda dan orang yang tak berapa muda, berkongsi cerita-cerita pelik berkongsi cerita-cerita fitnah yang sampai bila tak berkesudahan. korang ni suka dapat dosa kering eh?

dan bagi aku semua sama je, both sides are wrong, kalau betul pun, sama-sama betul, sama-sama salah. dua-dua berkelahi macam budak-budak, berbidas-bidas sampai bermaki-makian, dan tuduh menuduh macam diri sendiri tu malaikat. 

kalau aku nak suruh hentikan permainan ni pun, aku ni siapa, bukan pm atau anuar baca blog ni pun. entah-entah belakang kita mereka gelak-gelak bertepuk tampar minum teh ais sama-sama, menghadap kekayaan sama-sama; yang kita pulak rakyat miskin dan sederhana bertikam lidah, bertikam kata macam nak berbunuh pun ada. 

dan kadang-kadang kalau kita sendiri yang terlibat, terkomen pulak kat status orang, menyokong atau membangkang, mulalah ada orang tak puas hati, komen balik, balas balik, komen lagi dan balas lagi. ada pula orang sokong, kadang-kadang sendiri terasa hati dengan komen orang lain, padahal itu adalah pandangan dia, dan kita pulak rasa nak berapi je kan. 

kadang-kadang hati orang lain ni kering, bukan kira perasaan orang lain, kadang-kadang kita memperjuangkan hak kita, tapi orang lain anggap benda tu remeh je. kadang-kadang dia anggap diri dia macam bagus. padahal tak bagus mana pun. kadang-kadang dia rasa dia berkuasa padahal tak berkuasa mana pun. picit-picit orang lain macam semut, padahal dia pun semut jugak. 

apa-apahal pun diam itu lebih baik. atau pun lebih lebih baik lagi, tutup akaun facebook, baru puas hati. terselamat dari menyampai fitnah, terselamat dari rasa hasad dengki, terselamat dari rasa nak marah, nak kutuk, nak perli, nak maki dan sebagainya. 

aaah tetiba niat nak tutup akaun fb tak jadi sebab aku banyak subscribe science based page. aku rasa bahagia bila dapat ilmu through fb, not caci maki fitnah fitnah. nak tak nak aku block/unfriend je lah orang-orang macam ni. haha..

selamatlah siapa yang aku unfriend tu.. penat aku nak dengar korang berpolitik.. 

2 comments:

  1. betul la zura..naik muak la pulak membacanya..puji melambung2, maki berbakul2..padahal semua berpendidikan tinggi pula tu..apa nak jadi la..kadang2 orang2 tua/orang lain tanya parti mana kita sokong, i jawab ''undi adalah rahsia''....baru masing2 terkedu diam..

    ada sorang kawan tu lagi sempoi, bila orang tanya parti mana dia sokong, dia jawab, "saya lalang, saya ikut je.."

    chill lah..general election je pun..bukan hidup mati pun..ahaha

    ReplyDelete
  2. b&c.. so true! undi adalah rahsia.. ikut suka kita lah nak undi siapa base on our own judgmentlah kan..

    kalau berpendidikan tinggi pun perangai melaung-laung melolong lolong maki orang adalah sangat tak cool..

    chillah kan! ge je pun.. hahaha.

    ReplyDelete