Thursday, April 25, 2013

rumah tak berapa nak kemas sangat tapi tempat ni ok..

assalamualaikum wbt.

semangat I tau buat entry-entry pasal rumah. padahal rumah tidaklah semenggah mane pun. tapi, tak semenggah pun aku cubalah untuk semenggahkan walaupun sewa. boleh lah buat sejuk mata memandang lepas balik office. tapi yang pasti lepas ni in syaa Allah aku akan buat banyak lagi entry pasal susun atur rumah sebab nak tiru faeza.. haha.. tidak-tidak-tidak.. sebab sebenarnya, in syaa Allah, aku akan pindah ke rumah baru.. tak jauh pun berhampiran je.. tak besar pun, tapi kecik je. jadi akan update dari cat, susunan rumah, pilihan langsir dan sebagainya.

woi, apa ni lari tajuk!

so this time, aku nak bagi idea sikit untuk susunan rak buku..


nampak macam tak kemas mane kan? mungkin sebab pencahayaan lampu (ewah, nak salahkan lampu pulak..). so seperti yang dilihat dalam gambarajah di atas, rak buku adalah dari ikea. harga murah tak sampai rm100 kot. tujuan beli rak buku adalah nak jadi macam cool gila rumah ada rak buku dan buku-buku.. pernah tengok rumah mat salleh yang penuh dengan rak buku? aku suka sangaaaat! so this might be the first step la sebab masih tak mampu beli rak buku besar. one day, baby. one day...


tingkat atas sekali aku susun benda-benda lagha. sebenarnya ada pasu bunga kecil tinggi dan aku letak bunga sikit kat situ (tak nampak pulak), ada academy awards azmi bajet pelakon tom cruise, ada cawan percuma dari mcD masa zaman sukan olimpik. 

kalau perasan, aku letak buku-buku kat tingkat 2 dan 4 je. sebabnya, papan lapis untuk belakang shelf tu dia bagi dua je. nak taknak, kena letak dua lubang jelah untuk letak buku.. yang rompong tu kalau letak buku, buku jatuh kebelakang, nangis. plus, book shelf ni tak lah stabil sangat pun, so kena letak buku tebal kat tingkat bawah untuk stabil. kalau kat ikea, bahagian atas, disambung dengan besi terus ke siling. nak buat macam tu, payah la pulak.. kira macam ni pun dah cukup stabil..

dan susunan buku kalau dilihat mengikut ketinggian. aku ni control freak sikit bab-bab ni. buku, mesti ikut ketinggian..! tapi ade jugak yang tergelincir kat situ, ngelat letak buku atas buku sebab konon nak baca.. twilight sebenarnya ada 4, lagi tiga ada kat rumah mak. kalau nak kumpul buku dari rumah mak, mesti banyak lagi koleksi aku kat sini. majalah pun sama. jangan tertipu dengan jumlah yang secoet tu. separuh dah buang, separuh lagi ada kat rumah mak. bayangkan majalah kumpul dari zaman matriks. sangat setia woo dengan cleo masa tu.. 


yang baki buku kat tingkat 3 ni pulak adalah buku yang sedang baca. atas tu kamera dan bakul comel tu sebenarnya tempat letak kunci. kunci yang penting je! mungkin sesetengah orang suka gantung, tapi aku suka longgok, laki saya pun suka longgok.. dalam kotak tu pulak segala macam mak nenek benda dalam tu. aku pun tak pasti apa yang ada dalam tu. yang pasti, kalau azmi main baling -baling barang dia ke mana sahaja, aku akan masuk dalam ni (dia suka letak pen merata, pendrive merata, barang-barang kecil merata). so kotak macam ni memang convenient untuk campak barang yang buruk dilihat. abaikan penyembur wangi kat belakang tu.. 


so, tingkat satu, adalah buku-buku tebal sikit untuk penstabilan. dalam pasu kecik tu pulak ada duit syiling. azmi memang suka campak duit syiling merata jugak, jadi kalau tiba-tiba nak basuh seluar, berkecing-kecing duit syiling jatuh atas lantai, maka inilah tempatnya aku campak duit tu.. hari tu dah penuh sepasu, ni kira second batch pulak semoga aku kaya.. haha asyik nak salahkan laki je kan kalau rumah bersepah..

okay dah tu jelah kot.. yang bawah sekali tu buat letak helmet tak berapa nak pakai sangat. nanti aku nak angkut buku-buku kat rumah mak letak kat sini bagi menambahkan koleksi.. 

sebenarnya tak delah nak bersusun atur sangat pun, tapi bolehlah kan? kira idea lah tu kan? heheh.. 

sekian.. :)

5 comments:

  1. alamak....terus teringat buku2 cerita i yg melambak dan oerlu di organisekan tu.... Huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  2. Entri pertama pasal rak buku....yeahhhh..!!!! ;D

    perasan ada owl comel kat rak tu...so kiutt...;)

    ReplyDelete
  3. Ni je ke buku2 yg ada? Takkanlah...ada lg kan buku lain...tgk rak buku kita...lg la pengsan, nak susun pun pening. But, nice siap boleh ltk bunga.

    ReplyDelete
  4. seronoknya punya koleksi buku macam tu

    ReplyDelete
  5. sw: seronok sebenarnya susun buku.. seronok susun buku jela, bacanya; hmmm..hahaha...

    fizah: waah perasan ke owl comel tu? tu saje saje buat tapi kecik sangat letak buat hiasan.. hehe..

    cha: ada lagi buku kat dalam bilik..tapi yang kat sini spesies buku cantik-cantik je..haha ngelat.. kat rumah mak ada banyak lagi sebab semua dah baca tak bawak sini..

    sh: lagi best kalau ada lagi banyak koleksi buku.. :)

    ReplyDelete