Wednesday, April 24, 2013

pengalaman indah melihat showhouse #2

pengalaman indah melihat show house bahagian satu pernah tersiar di laman ini. yang 29 komen tu abaikan sebab semua tu spam aje. adoi, bila dah open acces to all comments, mulala spam bukan bukan datang menerjah.. sekarang aku dah tukar, no more spam.. spam tu nanti-nanti lah aku delete. semak betul..

ok, sambung balik pengalaman indah melihat show house.

this time, show house yang diterjah adalah di senawang, negeri sembilan.

homanghai jauh gilo dari kl. ekau ni tak kesah ko nak drive jauh-jauh. laki ekau kojo kl kan? kata nabil..

haha. alkisahnya, rumah ini adalah rumah untuk ibu dan bapa. kesian parents aku selama ni asyik dok rumah flat je, sejak kahwen, sampai lepas kahwen, anak satu, anak dua, anak tiga, sampai anak dah kojo sampai la ni asyik duduk rumah bertingkat.

sekarang, nak mlaksanakan impian nak bagi mak abah duduk rumah tanah. rumah tanah dah ado, kat kodah sano nun. tapi jauh lah anak-anak nak balik..

kesian mak abah, nak duduk rumah mano pun kono pikir anak ni haa balik ko tak balik..

tapi, sebab nak cari rumah yang agak murah sikit tapi masih dekat dengan anak beranak, jadi senawang la tompek eh.. dokek pulak dengan soromban. pd pon dokek. kalau nak bawak poi bokelah, nun, bukit putuih tu ado sungai..

penat aku cakap negeri sembilan.. adoi..

okay, mari kita le tour di rumah contoh yang cun habiss ni.

bilik tidur utama

ruang makan yang spacious!

bilik tidur 1

bilik tidur 2

dapur

bilik tidur 3

rumah adalah bersaiz 22x70. jadi agak besarlah jugak untuk sejenis rumah setingkat. plus, bahagian belakang memang tak ada extra tanah. memang dia dah tolong renovatekan untuk besarkan rumah. jadi aku rasa berbaloi lah jugak untuk harga bawah 250k. plus, orang ni dah fikir dah, manusia mesti suka bilik yang bertingkap, bukan berkepam. jadi, bahagian atas bilik tidur 1 dan bilik tidur 2 tu ada tingkap kecil yang menghala ke luar. kira pengudaran tu adalah kat situ, sebab bilik tengah kan. plus, kalau korang tengok bilik tidur 1 dan bilik tidur 2 tu silingnya tinggi (11 kaki tak silap) so, boleh lah nak buat extra setingkat ke macam contoh yang dia bagi kat dalam gambar tu. bawah boleh letak katil, atas boleh letak rak buku. atau bawah boleh buat ruang mainan, atas boleh letak katil..

konsep yang rumah ni ada, sangat menepati citarasa aku. bagi aku rumah setingkat ni lebih convenient untuk orang berumur macam mak abah aku. walaupun diorang masih kuat lagi, untuk long term kena fikir jugak. orang-orang tua, tak larat nak naik turun tangga. aku pun lagi suka rumah setingkat dari rumah dua tingkat. senang nak kemas pun ye jugak. kalau ramai-ramai balik, boleh bertembung muka. ini kalau sorang kat atas, sorang kat bawah, satu hari boleh tak jumpa muka padahal duduk satu rumah. haha, tua kan pemikiran aku.. :P

kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh lah tengok website seri pajam ni.. haha, ye rumah ini seri pajam yang punya. so kalau berminat, bolehlah call untuk tahu lebih lanjut. kalau korang perasan, tak ada gambar ruang tamu pun. sebab ruang tamu tu dah jadi tempat lepak kami ramai-ramai sambil discuss procedure and process pembelian, nak tanya apa-apa yang patut semua siap duduk bersila bagai macam nak masuk minang. staff kat situ sangat membantu dan friendly. cuma kena call dulu dan staff tu akan entertained kita. kalau setakat terjah datang tengok rumah contoh tu, memang takdelah special briefing macam kami dapat. yang penting call kalau minat. 

waah promote nampak aku ni ye.. seri pajam wajib bagi aku komisen ni.. dek! komisen akak dek!

ok, itu aje, sekian.. 

7 comments:

  1. adoi canteknyaa...!!

    suka idea bilik tidur 1 dan 2 tu...JIMAT space kekdahnya..simple but NICE!!

    pasal frame gambar fabrik tu..ce zura buat tutorial...seronok nk dgr ni...=)

    ReplyDelete
  2. haha fizah, teringin nak buat tutorial.. tapi tak terbuat-buat.. gergaji and kayu and fabric semua ada dah..huhuu..

    bilik 1 dan 2 tu memang best kalau kita boleh buat tingkat atas tu..memang jimat ruang!

    ReplyDelete
  3. nxt time reno bilik or rumah mmg nk consider design bilik yg katil tinggi tu... Mmg jimat ruang n nmpak lapang yo bilik nun.... Hehehe....

    ReplyDelete
  4. lawa...paling mengancam adalah dapur...kerana i suka masak..

    ReplyDelete
  5. Cun ah...bilala nak mendeco bilik gaya gittu. Bilik pun statik je, naik utk tdo ja. Adoiii...

    ReplyDelete
  6. st: kan? sekarang ni tak banyak kedai perabot yang buat katil rupa macam ni. kalau ada pun tak cantik.. ikea macam cool.. :)

    B&C: wow, suka masak ke? dapur ni still biase je.. nanti i tangkap gambar satu rumah ni yang dapur dia memang heaven gila untuk masak.. hehe

    shima: best kan kalau dapat bilik macam ni? hihi

    cha: seronok kan kalau deco deco. bilik saya pun statik jugak..huhuuu...

    ReplyDelete