Monday, April 15, 2013

Monday - for Monday blues

assalamualaikum people!

biasalah hari ni isnin kan. suka sangat kalau nak kaitkan isnin dengan Monday blues. lepas tu terbawak-bawak, lepas tu, memang blues habes..

tapi kalau isnin dari rumah mak abah dearest memang best lah. tak blues langsung. pagi-pagi bangun abah dah siapkan breakfast.. awwwwwww....sweet gila abah. ada bihun goreng dengan sambal dan milo suam..

sweet kan? mungkin sebab aku belanja the mak abah makan semalam.. or abah memang totally sweet to the max..

****

pagi tadi, bawa kereta, menghadap jam walaupun jam dah pukul 9.30 am. mengantuk.

and selalunya, kalau lalu lebuhraya plus, dari rumah abah (kepong) ke selatan (bangi) aku akan agak mewajibkan diri drive through starbucks untuk order favourite drink java chip yang macam kanak-kanak tu. so pagi tadi sebab alasan mengantuk, sampai situ pun around 10 lebih, jadi pergi beli. cool kot starbucks pandulalu. like - habis kopak duit aku, selama ini hanya singgah shell/ petronas untuk setin nescafe rm2 kini star bucks drive through - javachip rm15.90...what the heck.

the thing is that, masa beli tu, biasalah seperti seorang single lady, macam agak kelam kabutlah nak letak javachip kat sebelah kerusi, tak ada siapa nak tolong pegangkan, dengan tissue lagi, dengan straw lagi.. and the barista (atau penjaga kaunter) dengan sweet nye berkata, "terima kasih, baik-baik bawak kereta okay.." dengan senyuman..

Ya Allah.. tak ke sweet macam tu? it made my day tau tak! (plus budak tu pun cute). sepanjang perjalanan rasa best sebab ada stranger yang tak menakutkan mendoakan perjalanan kita selamat. and i wish that semua pekedai-pekedai, peniaga, penjaga kaunter di jabatan kerajaan, secretary ke sesiapa ke yang deal dengan customer untuk sentiasa senyum ,mendoakan orang, menceriakan hari-hari pelanggan dengan simple gestures or greetings.

sumpah malaysia akan aman dan in syaa Allah tak ada weekdays blues dah.. haha..

****

hari ni, aku pakai baju biru.. this blue;


bajet konon monday blues lah kan! this blue is so in right now. so kenalah ada kan! plus, aku pun suka gila kot warna ni. dah ada few baju and t shirts warna ni. 

so aku pun drive from kepong to bangi. the thing is, sekarang kan waktu berkempen untuk GE yang akan datang tak lama lagi. sepanjang perjalanan aku merentasi bangi, banyak gila bendera BN di sepanjang jalan. lepas tu aku rasa macam woih, colour sama apahal? baju aku, sama warna dengan bendera BN kan? nampak sangat penyokong tegar. dalam kepala aku terfikir adakah ini konspirasi BN untuk jadikan trend electric blue as the IT color? so that people will see more blue here and there and vote for them? 

haha..konspirasi..

whateverlah..

happy monday alls.. 

2 comments:

  1. memang monday blues...banyak no birunya nya...hahahah.... Pas color ijau, so bendera blend in ngan pokok2... Tu yg nmpak biru je tu.... Biru bn n keadilan x blend in ngan pokok2....

    ReplyDelete
  2. kan? pas tak nampak sangat hijaunye.. bn obvious sangat. keadilan pulak biru sayup-sayup macam kaler langit.. bab kaler ni bn menanglah.. eh.. haha..

    ReplyDelete