Wednesday, April 17, 2013

memakan makanan korea tapi bukan berada di korea

assalamualaikum wbt.

sejak kebelakangan ni, kerap betul aku dihidangkan dengan perkataan korea. banyak pulak kawan-kawan pergi korea, kfc keluarkan ayam perisa korea dan kakak sebelah dan adik depan cubicle asyik cerita pasal running man dari korea..

aku pun mana boleh jadi. nak jugak mengkoreakan diri walaupun aku tak berapa layan sangat 391 dan hanya layan gag concert, lagu korea hanya suka dari big bang bad boy, cerita korea hanya tonton kalau ada oh ji ho berlakon. tu pun kadang-kadang je.

saje letak gambar lelaki korea sebenar seperti oh ji ho buat tatapan. sumber: google image

so last saturday, sebab jeles tengok orang semua pergi korea tak ajak aku, aku and rakan seoffice dan sepelajar decide nak makan-makan makanan korea.. tak kisah kat mana-mana pun asalkan dekat dan berbaloi. search punye search kat internet, kitorang decide nak makan dekat SEOUL GARDEN! yehaa!

SEOUL GARDEN banyak branch. sesiapa yang duduk di klang valley, boleh terjah 1 Utama, Setia City Mall, KL festival city, Plaza Pantai and IOI mall puchong.

paling dekat dengan bangi, of course lah IOI mall puchong. tempat ni sebenarnya khas untuk makan buffet. seorang bayar lebih kurang rm39 termasuk tax and extra charge untuk soup (selain sup biasa). makan sampai kenyang, lepak sampai petang..

we had fun, sebab boleh lepak lama-lama, catching up walaupun dah jumpa hari-hari and discuss mengenai hal dunia semasa. ewah. makanan pun not bad. kira boleh layan kalau teringin nak grill dan bersteamboat at the same time. bolehlah perasan korea sekejap walaupun sayur kimchi tu pun aku tak makan..




pilihan daging dan ayam berempah pun banyak. ada ikan sotong udang, ada cendawan, seaweed and bebola. ada nasi, mi kering dan aiskrim. cendol pun ada. pilihan memang super banyak. dan makan pun of course super banyak. kenyang sangat boleh tahan sampai malam. :) kami datang around pukul 12 macam tu, masih ada seat. masa tu pun orang ramai pun dah start datang. 

tiba-tiba lapar pulak tengok makanan ni..huhu..

so sesiapa tak try lagi makan kat sini, kira once in a life time kena pergi la. unless korang dah pergi korea, that one kira excuse. sebab for sure kat korea lebih authentic dan yummy. kat sini mesti ada pengaruh malaysia sikit.. dengan panasnya.. haha..

oh ya, sekarang musim panas, sila jaga kesihatan ye. 

bye.

p/s: last night aku tengok cerita julie and julia. best dan rasa inspired sangat. wanna write about it soon.

2 comments:

  1. tak lama lagi ada cerita dibintangi oh ji hyo kat 391... ngeee.... i pun suka tgk mamat ni blakon :-D

    ReplyDelete
  2. ha'ah! cerita miss kim.. comelnye comelnye comelnye.. hahaha... :P

    ReplyDelete