Friday, April 5, 2013

keputusan spm dah lama keluar

assalamualaikum wbt..

salam sejahtera saudara saudari cikebum cikebum..

keputusan spm dah lama keluar, 2 minggu lepas (atau 3 minggu lepas?). aku ada adik yang ambil spm last year, alhamdulillah flying colours. memang ada harapan in syaa Allah dapat scholarship dan pergi oversea..

alhamdulillah alhamdulillah..

sekarang dia dekat ilsas tengah educamp untuk scholarship tnb.

cakap mengenai spm dan scholarship, adik-adik, atau sesiapa yang terlajak kat blog ni atau sesiapa yang ada adik adik, anak sedara, sepupu yang dapat result bagus, sialalah mintak scholarship untuk kecerahan di masa hadapan. jangan jadi macam kakak-kakak dan abang-abang zaman sekarang hidup yang asyik berhutang dengan ptptn. kerja best pun hutang tak habis bayar lagi. atau lagi teruk, tak kerja lepas tu hutang lagi..

biarlah generasi akan datang ni, generasi yang tidak berhutang. generasi yang senang lenang. generasi yang boleh beli kereta murah, dan beli rumah besar yang mampu milik. untung sikit, generasi yang dapat pendidikan percuma. :)

tapi bagi yang tak mampu mintak scholarship, result cikai-cikai cukup-cukup makan je, atau result tak ada A  langsung, perjalanan masih jauh. pilihan masih banyak. kalau mampu sambung diploma. pinjaman boleh buat tapi kena bertekad dalam hati jangan berfoya-foya sakan dan guna duit pinjaman buat belanja aweks/boifrens/tengok wayang tanpa henti/ karaoke dan sebagainya. kena beringat yang duit ini untuk belajar, kalau ada baki boleh simpan untuk bayar balik pinjaman.

kalau tak mampu jugak ambil kursus-kursus kecik yang berguna, kursus seni kulinari ke, kursus menjahit, kursus mekanik, kursus beadings, felt, kek.. kalau rasa malas sangat nak belajar, ambil kursus, buat bisnes kecil-kecilan, online, kena rajin, dan berniaga. sambil-sambil dapat duit poket sikit-sikit, boleh ambil kursus lanjutan, dapatkan sijil, dapatkan pinjaman perniagaan, besarkan perniagaan. sekarang ni pun nak berniaga senang je. buka facebook, terus boleh buat bisnes.

atau bagi yang result sederhana, nak mintak scholarship tak dapat, tapi masih boleh sambung degree, jangan pandang enteng dengan course-course yang lain. kalau tak dapat jadi doktor atau engineer, its not the end of the world. ada banyak lagi course lain yang berpotensi untuk dapat gaji besar, contohnya; arkitek, lawyer, businessman, economist, Quantity Surveyor, cikgu, SAINTIS. saje jekan nak besarkan perkataan saintis tu.  ngehehe..

dan kalau boleh, carilah course yang kita minat, yang kita suka.. THE HELL lah kalau course tu takda peluang besar kat Malaysia, contohnya course sains angkasa (mana tau nak jadi angkasawan ke) tapi kalau dah minat tu, nak buat macam mana kan? belajar lah dengan sungguh-sungguh sampai dapat 4 flat supaya boleh mintak kerja kat luar Malaysia misalnya, sebab kalau dah separuh jalan tiba-tiba baru kata tak minat lepas tu result sedih pedih, memang dah terlambatlah. dahlah result hampeh, nak mintak kerja jadi angkasawan konon; kata majikan di rusia.

tu jelah nasihat kakak yang kudus ni. kalau terasa nak termakan kata-kata kakak ni, silalah, kalau tak percaya; sudah, kakak tak kisah..

salam..~

No comments:

Post a Comment