Wednesday, April 10, 2013

berebut tv

sekarang ni lama dah tak sentuh mesin.. these few weeks rasa macam, what? dah seminggu pergi macam tu aje? sampai sekarang still confuse dan lupa apa keeja aku buat seminggu dua ni...

anyhow sekarang kat rumah dah ada HBO.. *winkwink* jadisetiap malam asyik layan movie. tak kiralah movie dah tengok ke, tak tengok lagi ke, movie lama ke, movie baru ke, movie tak best ke, movie best ke..

masalahnya sekarang, azmi dah nak mengamuk. sebab sekarang aku sorang je conquer tv. dah macam naufal si anak sedara yang suka conquer tv sebab nak tengok 611.. ni si makngah ni pulak asyik dengan 433..

azmi nak tengok bola.. kadang-kadanga tukar channel sana-sini. last-last dia buka 8tv..

apahal?

aku rasa lelaki atau 'suami' memang macam tu kot. suka sangat tukar channel last-last bukan tengok sangat pon. nasib baik kat panggung wayang tak boleh tukar channel and kena bayar rm10. kalau tak, mesti nak tukar-tukar channel jugak. abah aku pun sama, sampai mak selalu bising sebab tengok cerita drama, dapat remote kat abah, tukar channel bola. drama sekerat jalan..bini bukan suka tengok bola pun..

sampai azmi kata nak beli lagi sebijik tv.. amboi.. kaya ke kita cik abang oi..!

sekarang pun aku ni dah asyik malas.. malas nak masak, malas nak kemas rumah, malas tido, malas nak bangun, malas nak pergi kerja.. malas nak buat kerja...

and end up, aku stuck kat satu spot entah sampai bila. sebab tak ada semangat. apa ni? mana semangat yang hilang?

semalam, sempat buat ini;



kalau nak boleh jugak tempah... boleh terjah basketiers maca biasa ye.. 

2 comments:

  1. zura, beli la package astro yg bleh record tu...x yah berebut dah... i nasib baik sket sbb hubby kaki game. so i bleh conquer TV. tapi kalo datang game hoki or bola yg dia sokong, sama jugak la nasib kita... huhuhuhu :-)

    ReplyDelete
  2. haha, kalau dah duduk sebumbung tu terpaksala tahan.. tapi kalau beli yang record pun tak best jugak, sebab kena record and tengok hari lain and, hmmm susahlah.. (alasan)..takpelah, azmi selalu outstation, masa tu memang i conquer tv sorang-sorang! yahoo! :P

    ReplyDelete