Tuesday, April 30, 2013

teaser pulau perhentian

yours truly baru balik pulau perhentian ahad itu hari...

percutian memang ohsem to the max..

tapi aku bagi teaser sikit je la sebab aku sakit.

serious balik dari perhentian sakit woh... ni mesti kes rindu atau hanya boleh hidup di pulau.. (haha exaggerated sangat)..

so here:


doakan aku cepat sembuh please.. :)

Thursday, April 25, 2013

rumah tak berapa nak kemas sangat tapi tempat ni ok..

assalamualaikum wbt.

semangat I tau buat entry-entry pasal rumah. padahal rumah tidaklah semenggah mane pun. tapi, tak semenggah pun aku cubalah untuk semenggahkan walaupun sewa. boleh lah buat sejuk mata memandang lepas balik office. tapi yang pasti lepas ni in syaa Allah aku akan buat banyak lagi entry pasal susun atur rumah sebab nak tiru faeza.. haha.. tidak-tidak-tidak.. sebab sebenarnya, in syaa Allah, aku akan pindah ke rumah baru.. tak jauh pun berhampiran je.. tak besar pun, tapi kecik je. jadi akan update dari cat, susunan rumah, pilihan langsir dan sebagainya.

woi, apa ni lari tajuk!

so this time, aku nak bagi idea sikit untuk susunan rak buku..


nampak macam tak kemas mane kan? mungkin sebab pencahayaan lampu (ewah, nak salahkan lampu pulak..). so seperti yang dilihat dalam gambarajah di atas, rak buku adalah dari ikea. harga murah tak sampai rm100 kot. tujuan beli rak buku adalah nak jadi macam cool gila rumah ada rak buku dan buku-buku.. pernah tengok rumah mat salleh yang penuh dengan rak buku? aku suka sangaaaat! so this might be the first step la sebab masih tak mampu beli rak buku besar. one day, baby. one day...


tingkat atas sekali aku susun benda-benda lagha. sebenarnya ada pasu bunga kecil tinggi dan aku letak bunga sikit kat situ (tak nampak pulak), ada academy awards azmi bajet pelakon tom cruise, ada cawan percuma dari mcD masa zaman sukan olimpik. 

kalau perasan, aku letak buku-buku kat tingkat 2 dan 4 je. sebabnya, papan lapis untuk belakang shelf tu dia bagi dua je. nak taknak, kena letak dua lubang jelah untuk letak buku.. yang rompong tu kalau letak buku, buku jatuh kebelakang, nangis. plus, book shelf ni tak lah stabil sangat pun, so kena letak buku tebal kat tingkat bawah untuk stabil. kalau kat ikea, bahagian atas, disambung dengan besi terus ke siling. nak buat macam tu, payah la pulak.. kira macam ni pun dah cukup stabil..

dan susunan buku kalau dilihat mengikut ketinggian. aku ni control freak sikit bab-bab ni. buku, mesti ikut ketinggian..! tapi ade jugak yang tergelincir kat situ, ngelat letak buku atas buku sebab konon nak baca.. twilight sebenarnya ada 4, lagi tiga ada kat rumah mak. kalau nak kumpul buku dari rumah mak, mesti banyak lagi koleksi aku kat sini. majalah pun sama. jangan tertipu dengan jumlah yang secoet tu. separuh dah buang, separuh lagi ada kat rumah mak. bayangkan majalah kumpul dari zaman matriks. sangat setia woo dengan cleo masa tu.. 


yang baki buku kat tingkat 3 ni pulak adalah buku yang sedang baca. atas tu kamera dan bakul comel tu sebenarnya tempat letak kunci. kunci yang penting je! mungkin sesetengah orang suka gantung, tapi aku suka longgok, laki saya pun suka longgok.. dalam kotak tu pulak segala macam mak nenek benda dalam tu. aku pun tak pasti apa yang ada dalam tu. yang pasti, kalau azmi main baling -baling barang dia ke mana sahaja, aku akan masuk dalam ni (dia suka letak pen merata, pendrive merata, barang-barang kecil merata). so kotak macam ni memang convenient untuk campak barang yang buruk dilihat. abaikan penyembur wangi kat belakang tu.. 


so, tingkat satu, adalah buku-buku tebal sikit untuk penstabilan. dalam pasu kecik tu pulak ada duit syiling. azmi memang suka campak duit syiling merata jugak, jadi kalau tiba-tiba nak basuh seluar, berkecing-kecing duit syiling jatuh atas lantai, maka inilah tempatnya aku campak duit tu.. hari tu dah penuh sepasu, ni kira second batch pulak semoga aku kaya.. haha asyik nak salahkan laki je kan kalau rumah bersepah..

okay dah tu jelah kot.. yang bawah sekali tu buat letak helmet tak berapa nak pakai sangat. nanti aku nak angkut buku-buku kat rumah mak letak kat sini bagi menambahkan koleksi.. 

sebenarnya tak delah nak bersusun atur sangat pun, tapi bolehlah kan? kira idea lah tu kan? heheh.. 

sekian.. :)

Wednesday, April 24, 2013

pengalaman indah melihat showhouse #2

pengalaman indah melihat show house bahagian satu pernah tersiar di laman ini. yang 29 komen tu abaikan sebab semua tu spam aje. adoi, bila dah open acces to all comments, mulala spam bukan bukan datang menerjah.. sekarang aku dah tukar, no more spam.. spam tu nanti-nanti lah aku delete. semak betul..

ok, sambung balik pengalaman indah melihat show house.

this time, show house yang diterjah adalah di senawang, negeri sembilan.

homanghai jauh gilo dari kl. ekau ni tak kesah ko nak drive jauh-jauh. laki ekau kojo kl kan? kata nabil..

haha. alkisahnya, rumah ini adalah rumah untuk ibu dan bapa. kesian parents aku selama ni asyik dok rumah flat je, sejak kahwen, sampai lepas kahwen, anak satu, anak dua, anak tiga, sampai anak dah kojo sampai la ni asyik duduk rumah bertingkat.

sekarang, nak mlaksanakan impian nak bagi mak abah duduk rumah tanah. rumah tanah dah ado, kat kodah sano nun. tapi jauh lah anak-anak nak balik..

kesian mak abah, nak duduk rumah mano pun kono pikir anak ni haa balik ko tak balik..

tapi, sebab nak cari rumah yang agak murah sikit tapi masih dekat dengan anak beranak, jadi senawang la tompek eh.. dokek pulak dengan soromban. pd pon dokek. kalau nak bawak poi bokelah, nun, bukit putuih tu ado sungai..

penat aku cakap negeri sembilan.. adoi..

okay, mari kita le tour di rumah contoh yang cun habiss ni.

bilik tidur utama

ruang makan yang spacious!

bilik tidur 1

bilik tidur 2

dapur

bilik tidur 3

rumah adalah bersaiz 22x70. jadi agak besarlah jugak untuk sejenis rumah setingkat. plus, bahagian belakang memang tak ada extra tanah. memang dia dah tolong renovatekan untuk besarkan rumah. jadi aku rasa berbaloi lah jugak untuk harga bawah 250k. plus, orang ni dah fikir dah, manusia mesti suka bilik yang bertingkap, bukan berkepam. jadi, bahagian atas bilik tidur 1 dan bilik tidur 2 tu ada tingkap kecil yang menghala ke luar. kira pengudaran tu adalah kat situ, sebab bilik tengah kan. plus, kalau korang tengok bilik tidur 1 dan bilik tidur 2 tu silingnya tinggi (11 kaki tak silap) so, boleh lah nak buat extra setingkat ke macam contoh yang dia bagi kat dalam gambar tu. bawah boleh letak katil, atas boleh letak rak buku. atau bawah boleh buat ruang mainan, atas boleh letak katil..

konsep yang rumah ni ada, sangat menepati citarasa aku. bagi aku rumah setingkat ni lebih convenient untuk orang berumur macam mak abah aku. walaupun diorang masih kuat lagi, untuk long term kena fikir jugak. orang-orang tua, tak larat nak naik turun tangga. aku pun lagi suka rumah setingkat dari rumah dua tingkat. senang nak kemas pun ye jugak. kalau ramai-ramai balik, boleh bertembung muka. ini kalau sorang kat atas, sorang kat bawah, satu hari boleh tak jumpa muka padahal duduk satu rumah. haha, tua kan pemikiran aku.. :P

kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh lah tengok website seri pajam ni.. haha, ye rumah ini seri pajam yang punya. so kalau berminat, bolehlah call untuk tahu lebih lanjut. kalau korang perasan, tak ada gambar ruang tamu pun. sebab ruang tamu tu dah jadi tempat lepak kami ramai-ramai sambil discuss procedure and process pembelian, nak tanya apa-apa yang patut semua siap duduk bersila bagai macam nak masuk minang. staff kat situ sangat membantu dan friendly. cuma kena call dulu dan staff tu akan entertained kita. kalau setakat terjah datang tengok rumah contoh tu, memang takdelah special briefing macam kami dapat. yang penting call kalau minat. 

waah promote nampak aku ni ye.. seri pajam wajib bagi aku komisen ni.. dek! komisen akak dek!

ok, itu aje, sekian.. 

Monday, April 22, 2013

sikap orang yang kita tak berapa nak puas hati sangat

facebook sekarang ni dah jadi medan perang. sekarang ni, orang lagi pandai taip tulis dengan sewenang-wenangnya.. yelah, senang kan, orang tu tak payah tengok muka orang ni, orang ni tak payah tengok muka orang tu. aku sokong pakatan ni,kau sokong pakatan tu. pakatan ni macam ni buruk dia, pakatan ni macam tu buruk dia.

tambah pulak, dah jumpa geng sepakatan, mulalah nak mencanang orang ni jahat, orang ni baik, orang ni makan rasuah, orang ni buat rambut sampai setengah juta.. 

what the hell lah wei..

kalau benda-benda macam ni berleluasa sangat, nak-taknak aku hidekan aje. kalau aku boleh tahan, aku tahan lah lagi. tapi kadang-kadang tu, melampaui batasanlah pulak kan. takkan aku nak hide semua orang (boleh je sebenarnya)..

dan kadang-kadang aku terfikir, sikap orang-orang sekeliling, orang-orang biasa, pakcik-pakcik tua, orang-orang muda dan orang yang tak berapa muda, berkongsi cerita-cerita pelik berkongsi cerita-cerita fitnah yang sampai bila tak berkesudahan. korang ni suka dapat dosa kering eh?

dan bagi aku semua sama je, both sides are wrong, kalau betul pun, sama-sama betul, sama-sama salah. dua-dua berkelahi macam budak-budak, berbidas-bidas sampai bermaki-makian, dan tuduh menuduh macam diri sendiri tu malaikat. 

kalau aku nak suruh hentikan permainan ni pun, aku ni siapa, bukan pm atau anuar baca blog ni pun. entah-entah belakang kita mereka gelak-gelak bertepuk tampar minum teh ais sama-sama, menghadap kekayaan sama-sama; yang kita pulak rakyat miskin dan sederhana bertikam lidah, bertikam kata macam nak berbunuh pun ada. 

dan kadang-kadang kalau kita sendiri yang terlibat, terkomen pulak kat status orang, menyokong atau membangkang, mulalah ada orang tak puas hati, komen balik, balas balik, komen lagi dan balas lagi. ada pula orang sokong, kadang-kadang sendiri terasa hati dengan komen orang lain, padahal itu adalah pandangan dia, dan kita pulak rasa nak berapi je kan. 

kadang-kadang hati orang lain ni kering, bukan kira perasaan orang lain, kadang-kadang kita memperjuangkan hak kita, tapi orang lain anggap benda tu remeh je. kadang-kadang dia anggap diri dia macam bagus. padahal tak bagus mana pun. kadang-kadang dia rasa dia berkuasa padahal tak berkuasa mana pun. picit-picit orang lain macam semut, padahal dia pun semut jugak. 

apa-apahal pun diam itu lebih baik. atau pun lebih lebih baik lagi, tutup akaun facebook, baru puas hati. terselamat dari menyampai fitnah, terselamat dari rasa hasad dengki, terselamat dari rasa nak marah, nak kutuk, nak perli, nak maki dan sebagainya. 

aaah tetiba niat nak tutup akaun fb tak jadi sebab aku banyak subscribe science based page. aku rasa bahagia bila dapat ilmu through fb, not caci maki fitnah fitnah. nak tak nak aku block/unfriend je lah orang-orang macam ni. haha..

selamatlah siapa yang aku unfriend tu.. penat aku nak dengar korang berpolitik.. 

Thursday, April 18, 2013

made with love, terima kasih faeza :)

assalamualaikum wbt.

ini cerita semalam, aku jumpa faeza blogger hiasan rumah (terus chop blogger hiasan rumah tau) untuk serahkan hak penjagaan little polka dot owl pada beliau. plus, faeza ada order 3 sarung bantal untuk anak dia yang comel tu cik humairah.. comel la awak humairah, first time jumpa tau..selalu jumpa kat dalam gamba je..

so dia ada buat entry kat sini, terima kasih banyak-banyak. and korang wajib okay terjah blog beliau and follow beliau sebab beliau sangat kretif hias-hias rumah kediaman beliau.. faeza pun ada buat printables cantik-cantik.. and sedang buat giveaway sekarang ni! sila terjah jugak creative by two ni.. hehe..

so thanks again to faeza.

oh ye.

kalau pembelian dibuat sekitar bangi, putrajaya, nilai, kajang (masih boleh consider jika tiada aral) dan area kepong, aku boleh je hantarkan untuk korang. kira COD lah.. kalau korang beli lebih dari satu, pakej akan dibungkus di dalam beg kain yang best ini;



dan ini adalah hasil terbaru aku, MR and MRS CAT! boleh terjah blog basketiers untuk tahu lebih lanjut okay.. :)



and sesiapa masih interested  untuk dapatkan ini, ada tinggal satu lagi; small owl. pun boleh terjah sini untuk tahu lebih lanjut.. 


okaylah, sampai sini saje.. thanks again to faeza and to ina of course! and to ain, sebab menyokongku.. yang lain sokong dari jauh pun aku sangat-sangat hargainya.. 

Wednesday, April 17, 2013

memakan makanan korea tapi bukan berada di korea

assalamualaikum wbt.

sejak kebelakangan ni, kerap betul aku dihidangkan dengan perkataan korea. banyak pulak kawan-kawan pergi korea, kfc keluarkan ayam perisa korea dan kakak sebelah dan adik depan cubicle asyik cerita pasal running man dari korea..

aku pun mana boleh jadi. nak jugak mengkoreakan diri walaupun aku tak berapa layan sangat 391 dan hanya layan gag concert, lagu korea hanya suka dari big bang bad boy, cerita korea hanya tonton kalau ada oh ji ho berlakon. tu pun kadang-kadang je.

saje letak gambar lelaki korea sebenar seperti oh ji ho buat tatapan. sumber: google image

so last saturday, sebab jeles tengok orang semua pergi korea tak ajak aku, aku and rakan seoffice dan sepelajar decide nak makan-makan makanan korea.. tak kisah kat mana-mana pun asalkan dekat dan berbaloi. search punye search kat internet, kitorang decide nak makan dekat SEOUL GARDEN! yehaa!

SEOUL GARDEN banyak branch. sesiapa yang duduk di klang valley, boleh terjah 1 Utama, Setia City Mall, KL festival city, Plaza Pantai and IOI mall puchong.

paling dekat dengan bangi, of course lah IOI mall puchong. tempat ni sebenarnya khas untuk makan buffet. seorang bayar lebih kurang rm39 termasuk tax and extra charge untuk soup (selain sup biasa). makan sampai kenyang, lepak sampai petang..

we had fun, sebab boleh lepak lama-lama, catching up walaupun dah jumpa hari-hari and discuss mengenai hal dunia semasa. ewah. makanan pun not bad. kira boleh layan kalau teringin nak grill dan bersteamboat at the same time. bolehlah perasan korea sekejap walaupun sayur kimchi tu pun aku tak makan..




pilihan daging dan ayam berempah pun banyak. ada ikan sotong udang, ada cendawan, seaweed and bebola. ada nasi, mi kering dan aiskrim. cendol pun ada. pilihan memang super banyak. dan makan pun of course super banyak. kenyang sangat boleh tahan sampai malam. :) kami datang around pukul 12 macam tu, masih ada seat. masa tu pun orang ramai pun dah start datang. 

tiba-tiba lapar pulak tengok makanan ni..huhu..

so sesiapa tak try lagi makan kat sini, kira once in a life time kena pergi la. unless korang dah pergi korea, that one kira excuse. sebab for sure kat korea lebih authentic dan yummy. kat sini mesti ada pengaruh malaysia sikit.. dengan panasnya.. haha..

oh ya, sekarang musim panas, sila jaga kesihatan ye. 

bye.

p/s: last night aku tengok cerita julie and julia. best dan rasa inspired sangat. wanna write about it soon.

Monday, April 15, 2013

Monday - for Monday blues

assalamualaikum people!

biasalah hari ni isnin kan. suka sangat kalau nak kaitkan isnin dengan Monday blues. lepas tu terbawak-bawak, lepas tu, memang blues habes..

tapi kalau isnin dari rumah mak abah dearest memang best lah. tak blues langsung. pagi-pagi bangun abah dah siapkan breakfast.. awwwwwww....sweet gila abah. ada bihun goreng dengan sambal dan milo suam..

sweet kan? mungkin sebab aku belanja the mak abah makan semalam.. or abah memang totally sweet to the max..

****

pagi tadi, bawa kereta, menghadap jam walaupun jam dah pukul 9.30 am. mengantuk.

and selalunya, kalau lalu lebuhraya plus, dari rumah abah (kepong) ke selatan (bangi) aku akan agak mewajibkan diri drive through starbucks untuk order favourite drink java chip yang macam kanak-kanak tu. so pagi tadi sebab alasan mengantuk, sampai situ pun around 10 lebih, jadi pergi beli. cool kot starbucks pandulalu. like - habis kopak duit aku, selama ini hanya singgah shell/ petronas untuk setin nescafe rm2 kini star bucks drive through - javachip rm15.90...what the heck.

the thing is that, masa beli tu, biasalah seperti seorang single lady, macam agak kelam kabutlah nak letak javachip kat sebelah kerusi, tak ada siapa nak tolong pegangkan, dengan tissue lagi, dengan straw lagi.. and the barista (atau penjaga kaunter) dengan sweet nye berkata, "terima kasih, baik-baik bawak kereta okay.." dengan senyuman..

Ya Allah.. tak ke sweet macam tu? it made my day tau tak! (plus budak tu pun cute). sepanjang perjalanan rasa best sebab ada stranger yang tak menakutkan mendoakan perjalanan kita selamat. and i wish that semua pekedai-pekedai, peniaga, penjaga kaunter di jabatan kerajaan, secretary ke sesiapa ke yang deal dengan customer untuk sentiasa senyum ,mendoakan orang, menceriakan hari-hari pelanggan dengan simple gestures or greetings.

sumpah malaysia akan aman dan in syaa Allah tak ada weekdays blues dah.. haha..

****

hari ni, aku pakai baju biru.. this blue;


bajet konon monday blues lah kan! this blue is so in right now. so kenalah ada kan! plus, aku pun suka gila kot warna ni. dah ada few baju and t shirts warna ni. 

so aku pun drive from kepong to bangi. the thing is, sekarang kan waktu berkempen untuk GE yang akan datang tak lama lagi. sepanjang perjalanan aku merentasi bangi, banyak gila bendera BN di sepanjang jalan. lepas tu aku rasa macam woih, colour sama apahal? baju aku, sama warna dengan bendera BN kan? nampak sangat penyokong tegar. dalam kepala aku terfikir adakah ini konspirasi BN untuk jadikan trend electric blue as the IT color? so that people will see more blue here and there and vote for them? 

haha..konspirasi..

whateverlah..

happy monday alls.. 

Thursday, April 11, 2013

bersusun aturkah rumah mu?

assalamualaikum,

aku sebenarnya jarang join contest sebab aku ni kira ONG time cabutan bertuah je (okay not exactly) and everytime aku join contest, susah nak menang.. but this time, mane tau kan, sebab i think this contest is awesome, sebab kalau tak dapat miniature watch pun, there are other things could be won too!

1. so i have already follow this blog; http://susunatursioca.blogspot.com. so friends  korang terjahlah blog ni sebab kalau korang rasa rumah tu dah macam togkang pecah (like me) memang sangat berguna sebab satu-satu kau boleh belajar cara susun atur rumah dengan best. go terjah now!

2. and saya suka baca tentang susunatur tapu tak suka tulis cerita sendiri kerana, saya suka kemas, tapi tak cukup kemas, bila tak cukup kemas, malu nak tulis kat blog sebab nanti mestilah orang kata, ele, tak kemas pun. so malu. jadi baca je. dan cari idea. nanti dah kemas sangat-sangat nanti baru post kat blog okay..

3. Pekerjaan: student

4. cerita organizing yang paling digemari mestilah perihal ruang tamu.

5. and not to forget, akak ni pun ada online shop jugak yang ada jual  tikar evermatik, pavlova, kek (lapaq...lapaq...) and miniature watch (macam dalam hadiah give away tu ~suka.!). and go terjah here kalau nak miliki..

6. ehem, nak bagi contoh rumah sendiri bersusun atur payah sikit.. sebab maklumlah, malu.. ehemm.. jadi inilah dia gambar susun atur rumah aku yang aku rasa suam-suam kuku cantiknya sebab maklumlah, rumah kecik, plus barang pun tak bayak sangat (masa tu).. and link untuk post ini adalah home suweeeeet home;



ha, kan dah kantoi ada beg seketul kat situ yang tidak disusun atur.. pfft..

okay itu sahaja.. harapnya boleh menang..dapat evamatik mat pun jadilah.. ahaks! ;P

Wednesday, April 10, 2013

berebut tv

sekarang ni lama dah tak sentuh mesin.. these few weeks rasa macam, what? dah seminggu pergi macam tu aje? sampai sekarang still confuse dan lupa apa keeja aku buat seminggu dua ni...

anyhow sekarang kat rumah dah ada HBO.. *winkwink* jadisetiap malam asyik layan movie. tak kiralah movie dah tengok ke, tak tengok lagi ke, movie lama ke, movie baru ke, movie tak best ke, movie best ke..

masalahnya sekarang, azmi dah nak mengamuk. sebab sekarang aku sorang je conquer tv. dah macam naufal si anak sedara yang suka conquer tv sebab nak tengok 611.. ni si makngah ni pulak asyik dengan 433..

azmi nak tengok bola.. kadang-kadanga tukar channel sana-sini. last-last dia buka 8tv..

apahal?

aku rasa lelaki atau 'suami' memang macam tu kot. suka sangat tukar channel last-last bukan tengok sangat pon. nasib baik kat panggung wayang tak boleh tukar channel and kena bayar rm10. kalau tak, mesti nak tukar-tukar channel jugak. abah aku pun sama, sampai mak selalu bising sebab tengok cerita drama, dapat remote kat abah, tukar channel bola. drama sekerat jalan..bini bukan suka tengok bola pun..

sampai azmi kata nak beli lagi sebijik tv.. amboi.. kaya ke kita cik abang oi..!

sekarang pun aku ni dah asyik malas.. malas nak masak, malas nak kemas rumah, malas tido, malas nak bangun, malas nak pergi kerja.. malas nak buat kerja...

and end up, aku stuck kat satu spot entah sampai bila. sebab tak ada semangat. apa ni? mana semangat yang hilang?

semalam, sempat buat ini;



kalau nak boleh jugak tempah... boleh terjah basketiers maca biasa ye.. 

Friday, April 5, 2013

keputusan spm dah lama keluar

assalamualaikum wbt..

salam sejahtera saudara saudari cikebum cikebum..

keputusan spm dah lama keluar, 2 minggu lepas (atau 3 minggu lepas?). aku ada adik yang ambil spm last year, alhamdulillah flying colours. memang ada harapan in syaa Allah dapat scholarship dan pergi oversea..

alhamdulillah alhamdulillah..

sekarang dia dekat ilsas tengah educamp untuk scholarship tnb.

cakap mengenai spm dan scholarship, adik-adik, atau sesiapa yang terlajak kat blog ni atau sesiapa yang ada adik adik, anak sedara, sepupu yang dapat result bagus, sialalah mintak scholarship untuk kecerahan di masa hadapan. jangan jadi macam kakak-kakak dan abang-abang zaman sekarang hidup yang asyik berhutang dengan ptptn. kerja best pun hutang tak habis bayar lagi. atau lagi teruk, tak kerja lepas tu hutang lagi..

biarlah generasi akan datang ni, generasi yang tidak berhutang. generasi yang senang lenang. generasi yang boleh beli kereta murah, dan beli rumah besar yang mampu milik. untung sikit, generasi yang dapat pendidikan percuma. :)

tapi bagi yang tak mampu mintak scholarship, result cikai-cikai cukup-cukup makan je, atau result tak ada A  langsung, perjalanan masih jauh. pilihan masih banyak. kalau mampu sambung diploma. pinjaman boleh buat tapi kena bertekad dalam hati jangan berfoya-foya sakan dan guna duit pinjaman buat belanja aweks/boifrens/tengok wayang tanpa henti/ karaoke dan sebagainya. kena beringat yang duit ini untuk belajar, kalau ada baki boleh simpan untuk bayar balik pinjaman.

kalau tak mampu jugak ambil kursus-kursus kecik yang berguna, kursus seni kulinari ke, kursus menjahit, kursus mekanik, kursus beadings, felt, kek.. kalau rasa malas sangat nak belajar, ambil kursus, buat bisnes kecil-kecilan, online, kena rajin, dan berniaga. sambil-sambil dapat duit poket sikit-sikit, boleh ambil kursus lanjutan, dapatkan sijil, dapatkan pinjaman perniagaan, besarkan perniagaan. sekarang ni pun nak berniaga senang je. buka facebook, terus boleh buat bisnes.

atau bagi yang result sederhana, nak mintak scholarship tak dapat, tapi masih boleh sambung degree, jangan pandang enteng dengan course-course yang lain. kalau tak dapat jadi doktor atau engineer, its not the end of the world. ada banyak lagi course lain yang berpotensi untuk dapat gaji besar, contohnya; arkitek, lawyer, businessman, economist, Quantity Surveyor, cikgu, SAINTIS. saje jekan nak besarkan perkataan saintis tu.  ngehehe..

dan kalau boleh, carilah course yang kita minat, yang kita suka.. THE HELL lah kalau course tu takda peluang besar kat Malaysia, contohnya course sains angkasa (mana tau nak jadi angkasawan ke) tapi kalau dah minat tu, nak buat macam mana kan? belajar lah dengan sungguh-sungguh sampai dapat 4 flat supaya boleh mintak kerja kat luar Malaysia misalnya, sebab kalau dah separuh jalan tiba-tiba baru kata tak minat lepas tu result sedih pedih, memang dah terlambatlah. dahlah result hampeh, nak mintak kerja jadi angkasawan konon; kata majikan di rusia.

tu jelah nasihat kakak yang kudus ni. kalau terasa nak termakan kata-kata kakak ni, silalah, kalau tak percaya; sudah, kakak tak kisah..

salam..~

Thursday, April 4, 2013

Wednesday, April 3, 2013

do what you love!

assalamualaikum wbt. 

setiap perkara yang kita lakukan, mesti kita cinta dan suka. kalau kita suka, baru semua perkara datang dengan melayang, atau bergolek. rasa macam bertuah je. kalau cabaran datang, kita tepis dengan senyuman. kalau masalah tiba, kita selesaikan dengan berhemah. 

aku seronok tengok orang lain yang suka kerja mereka, yang devoted dengan kerja mereka, yang ada cabaran baru datang setiap hari, yang orang hargai kerja yang kita buat. 

aku je la seronok tengok orang, tapi aku tak seronok tengok diri sendiri. 

it is science. science is interesting. (menguap). tapi itulah, now i know what i love and like to do. and i think that this science and study thing; tak membawa makna dan kosong. teruk kan? 

macam mana nak teruskan sampai habis ni? 

i just think that i was in scholarship, and i need to move on. move on. macam cerita mathew perry, move on. yeah right, move on. 

ps: aku sedih sebab kerja aku buat these few weekes tak menjadi and aku perlu vacation, dan duit semakin habis. sekian


Tuesday, April 2, 2013

idea rumah kecil - ruang tamu idaman


sumber: HGTV and made by girl.

definitely will buy those frames. banyak frames! artificial flowers and great fabrics for small pillows. :)


Monday, April 1, 2013

weekend was nice.

assalamualaikum wbt.

sabtu lepas, aku and kak su dapat pergi menjenguk ika yang baru melahirkan baby girl hari jumaat, sehari sebelum tu. tahniah ika! cute baby ika. and Alhamdulillah dah dapat sepasang :)


nama pun belum decide lagi. sebab abang dah nama adeeb, jadi anak buahnya dah decide panggil adeebah.. comel betul panggil "adeebah...adeebah.." Ika deliver kat hospital serdang. kami datang dalam pukul 12 lebih macam tu. alhamdulillah parking senang, cari pun senang tak sesat. hospital okay cuma ada sikit sesak dan bilik sikit panas. ewah, yang beranak tak complain, yang tak beranak ni pulak yang bising? ngehngehngeh...

tengahari tu, lebih kurang pukul 2, bergeraklah aku and kak su ke mines sebab dah lama sangat nak makan steamboat kat littlewok kitchen. kak su selalu promote, aku pun nak pergi tak terpergi-pergi. jadi hari tu pergi dan makan. verdict; steamboat okay, tomyam sedap, sebab untuk aku, asal masam dan pedas, kira bestlah! 




kami order satu set je, tambah extra nasi and chinese tea yang boleh refill. sebenarnya ada banyak makanan lain yang boleh di pesan yang nampak macam sedap gila asyik kerling kat meja orang lain tengok makan apa. haha.. so, lepas ni, memang boleh datang lagi untuk try rasa makanan lain pulak. :)

kebetulan, malam tu aku ada girls movie night ngan mcsyam. sebelum-sebelum tu dah whatsup-whatsup untuk berjanji temu. jadi alang-alang dah ada kat mines tu, nampak pulak planet popcorn terus beli satu bucket. okay mcsyam! malam ni kita ronggeng!


nyum nyum! yang bestnya popcorn ni sebab dia tak manis sangat.. dan caramel sekata. encik azmi kurang suka sebab dia kata tak best.. what? tak best? fine...last-last habis jugak semalam.. -_-' oh ya, aku ambil yang biasa punya, Ms Mel Mel.. sebab yang lain macam takut nak cuba untuk satu bucket.. maybe next time boleh try yang lain like seaweed or currybaba..sunnycheesy macam okay, tapi masin sikit and memang terasa lidah bercheese untuk seketika lepas makan.. hehe..


kad kat atas ni untuk pembelian yang ketujuh akan dapat percuma 1 pack.. oh my, dalam wallet aku ada banyak kad macam ni.. kad cuci kereta, kad coolblog, kad potong rambut.. adoi.. 

that night, kami layan cerita yang sampai sekarang aku tak ingat nama dia cerita apa walaupun dah tengok banyak kali, and lake swan walaupun mcsyam dah tengok cerita tu.. 

so that was my weekend.. the rest, buat 'big project' yang aku pernah mention sebelum ni.. so korang, apa aktiviti weekend korang?