Tuesday, March 26, 2013

dua dunia

Assalamualaikum wbt..

These few days, aku ada workshop yang sangat sedih. Bukannya sedih sebab apa, sedih sebab nak kena menghadap dan memahamkan softwares dan teori sebiji mesin. Ada dua perasaan, gembira dan sedih. Sedih sebab kat atas tulah. gembira sebab kira dreams come true. Aku dapat belajar macam mana nak kendalikan NMR machine..

NMR machine adalah satu benda besar. orang chemistry tahulah benda ni. more info boleh tengok sini. Basically, mesin ni sebijik macam MRI yang digunakan untuk detect cancer (or tumors) pada manusia. Cuma untuk kes aku, aku nak tengok structure protein.

Aku tahankan diri aku untuk belajar guna ini adalah sebab orang lain takdapat peluang ni. Aku pulak dapat peluang ni. Jadi why not aku rebut dan belajar dan untuk masa hadapan, aku ada ilmu tu dan praktikkan dan boleh ajar orang, boleh publish paper, boleh temui benda baru dan sebagainya. dan kalau kita berada di dunia akedemia aku rasa pemilikan ilmu ini penting. Aku rasa dunia lain pun macam tu jugak. Tukang sapu pun kena ada pemilikan ilmu jugak kalau tak kau takkan tahu nak pegang penyapu dan sapu dengan cara yang paling tidak penat.

Masa aku mula-mula master dulu, NMR ni kira benda yang paling impossible lah untuk aku dekati. sebenarnya kalau ikutkan, research yang aku buat dulu kalau dapat shoot hantar and buat NMR memang kira marvellous lah. tambahan pulak, NMR ni duduk senyap-senyap kat Ibnu Sina tu dan bukan semua orang boleh masuk suka hati. Dan kalau nak hantar sample kat sana pun kena tunggu q panjang sebab satu universiti hantar kat satu tempat yang sama. Tapi sebab tahap master, dan buat je apa yang ada dan guna apa yang ada, maka layankanlah ajelah mana yang ada. jadi tak buat pun NMR. Bukan hebat sangat pun nak cari structure compound. Tapi untuk master; new finding yang sikit pun dah memadai untuk tambah informasi.

Sekarang tanpa disangka-sangka, aku mula kenal, dekat, pegang mesin ni. Ia dah satu besar rahmat pada aku, sebab dari yang mustahil, terus jadi tak berapa nak mustahil. Dan sekarang ni aku banyak bergaul dengan researcher lain, dan bersembang-sembang dengan mereka, dan bila bersembang tu, aku boleh faham apa yang mereka bualkan, itupun aku dah rasa syukur sangat sebab dari situ aku boleh ukur yang selama ni aku bukan buat kerja kosong, malah, benda yang dulu aku anggap baru dan bodoh ni pun sekarang aku dah mula faham dan boleh berbincang mengenainya.

Itu adalah satu kejayaan kecil untuk aku. Walaupun tak besar, tapi aku rasa ada puas hati sikit kat situ.

Jadi, kalau rasa bodoh awal-awal tak apa. Janganlah bodoh sampai bila-bila pulak. Rasa bodoh tak apa, sebab ia mengajar kita untuk terus gali ilmu dan belajar. Dan tidak bongkak.

Meanwhile,

Aku sekarang sedang membina satu projek besar yang obviously tak ada kena mengena dengan benda-benda kat atas tu. Selain projek owlies, kucing and bantal busuk, aku and dina sedang dalam perancangan untuk memajukan diri (cewah). So projek ni memang agak besar untuk aku, dan aku harapkan semoga projek ni berjayalah hendaknya. Sekarang ni tengah bertungkus lumus, tapi sebab aku buat kerja ni waktu malam dan weekend saja, memang lambat sikitlah aku buat kerja.

Penat memang penat. tapi aku percaya, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Aku memang teringin nak buat part time dalam menjana pendapatan sebab dulu pun aku buat part time urus pekerja dan qc untuk sarang burung walit. Jadi extra kerja tu aku tak rasa susah sangat :)

And aku still teruskan perjuangan untuk buat plush toys dan sedang cari-cari fabrik best untuk ini projek aku. Fabrik best pun kebanyakannya jual online, dan sedang mencari juga online shop yang jual high quality cotton made in china. Susah jugak sebenarnya. Tapi tak apa, usaha tangga kejayaan (beri semangat pada diri sendiri).

Dan macam biasa, siapa yang berminat boleh contact kat e-mail yang aku bagi kat sebelah tu. Or pergi blog basketiers.

Usaha tangga jaya walaupun penat. Peace..

Assalamualaikum~

2 comments:

  1. laaa, awat x habaq.kat tempat aku ni ada nmr sejibik mcm inbu sina sana tuh...

    Baca entry ko mcm kagum sbb ko sgt appreciate nmr ni. Sbb aku x pernah pun appreciate nmr mcm ko. Kn lebih insaflah..

    Apapun, good luck tuk ko.

    ReplyDelete
  2. mulan. :) terima kasih masih setia mengikuti perkembangan aku yag semakin kembang ni..

    ko pun deal ngan nmr ke? good nanti kalau aku nak buat natural product boleh approach same ko..

    for the meantime aku buat protein je dulu.. kena hargai jugak sebab bukan semua orang ada ilmu ni.. :)

    hehe best of luck mulan!

    ReplyDelete