Sunday, March 31, 2013

new update @ basketiers

helo dunia!

new update kat basketiers. pergi terjah sekarang..

anyway, besok baru nak update cerita sebenar kat sini..

Wednesday, March 27, 2013

wordless wednesday. ikan dan bantal.

ikan 

bantal

rabu kamu semua macam mana? 

Tuesday, March 26, 2013

dua dunia

Assalamualaikum wbt..

These few days, aku ada workshop yang sangat sedih. Bukannya sedih sebab apa, sedih sebab nak kena menghadap dan memahamkan softwares dan teori sebiji mesin. Ada dua perasaan, gembira dan sedih. Sedih sebab kat atas tulah. gembira sebab kira dreams come true. Aku dapat belajar macam mana nak kendalikan NMR machine..

NMR machine adalah satu benda besar. orang chemistry tahulah benda ni. more info boleh tengok sini. Basically, mesin ni sebijik macam MRI yang digunakan untuk detect cancer (or tumors) pada manusia. Cuma untuk kes aku, aku nak tengok structure protein.

Aku tahankan diri aku untuk belajar guna ini adalah sebab orang lain takdapat peluang ni. Aku pulak dapat peluang ni. Jadi why not aku rebut dan belajar dan untuk masa hadapan, aku ada ilmu tu dan praktikkan dan boleh ajar orang, boleh publish paper, boleh temui benda baru dan sebagainya. dan kalau kita berada di dunia akedemia aku rasa pemilikan ilmu ini penting. Aku rasa dunia lain pun macam tu jugak. Tukang sapu pun kena ada pemilikan ilmu jugak kalau tak kau takkan tahu nak pegang penyapu dan sapu dengan cara yang paling tidak penat.

Masa aku mula-mula master dulu, NMR ni kira benda yang paling impossible lah untuk aku dekati. sebenarnya kalau ikutkan, research yang aku buat dulu kalau dapat shoot hantar and buat NMR memang kira marvellous lah. tambahan pulak, NMR ni duduk senyap-senyap kat Ibnu Sina tu dan bukan semua orang boleh masuk suka hati. Dan kalau nak hantar sample kat sana pun kena tunggu q panjang sebab satu universiti hantar kat satu tempat yang sama. Tapi sebab tahap master, dan buat je apa yang ada dan guna apa yang ada, maka layankanlah ajelah mana yang ada. jadi tak buat pun NMR. Bukan hebat sangat pun nak cari structure compound. Tapi untuk master; new finding yang sikit pun dah memadai untuk tambah informasi.

Sekarang tanpa disangka-sangka, aku mula kenal, dekat, pegang mesin ni. Ia dah satu besar rahmat pada aku, sebab dari yang mustahil, terus jadi tak berapa nak mustahil. Dan sekarang ni aku banyak bergaul dengan researcher lain, dan bersembang-sembang dengan mereka, dan bila bersembang tu, aku boleh faham apa yang mereka bualkan, itupun aku dah rasa syukur sangat sebab dari situ aku boleh ukur yang selama ni aku bukan buat kerja kosong, malah, benda yang dulu aku anggap baru dan bodoh ni pun sekarang aku dah mula faham dan boleh berbincang mengenainya.

Itu adalah satu kejayaan kecil untuk aku. Walaupun tak besar, tapi aku rasa ada puas hati sikit kat situ.

Jadi, kalau rasa bodoh awal-awal tak apa. Janganlah bodoh sampai bila-bila pulak. Rasa bodoh tak apa, sebab ia mengajar kita untuk terus gali ilmu dan belajar. Dan tidak bongkak.

Meanwhile,

Aku sekarang sedang membina satu projek besar yang obviously tak ada kena mengena dengan benda-benda kat atas tu. Selain projek owlies, kucing and bantal busuk, aku and dina sedang dalam perancangan untuk memajukan diri (cewah). So projek ni memang agak besar untuk aku, dan aku harapkan semoga projek ni berjayalah hendaknya. Sekarang ni tengah bertungkus lumus, tapi sebab aku buat kerja ni waktu malam dan weekend saja, memang lambat sikitlah aku buat kerja.

Penat memang penat. tapi aku percaya, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Aku memang teringin nak buat part time dalam menjana pendapatan sebab dulu pun aku buat part time urus pekerja dan qc untuk sarang burung walit. Jadi extra kerja tu aku tak rasa susah sangat :)

And aku still teruskan perjuangan untuk buat plush toys dan sedang cari-cari fabrik best untuk ini projek aku. Fabrik best pun kebanyakannya jual online, dan sedang mencari juga online shop yang jual high quality cotton made in china. Susah jugak sebenarnya. Tapi tak apa, usaha tangga kejayaan (beri semangat pada diri sendiri).

Dan macam biasa, siapa yang berminat boleh contact kat e-mail yang aku bagi kat sebelah tu. Or pergi blog basketiers.

Usaha tangga jaya walaupun penat. Peace..

Assalamualaikum~

Friday, March 22, 2013

cintakan kerja

Do what you love and the rest will come. #selfreminder

pertama sekali cuba kita fikir, apa tujuan kita hidup? 

selain mengabdikan diri pada Allah? 

selain dari cari rezeki untuk makan? beli barang? cari tempat berlindung dan berteduh? 

yup, buat perkara yang kita suka. 

walau sesusah mana perkara tu, kalau dah suka, everything will look and feel wonderful to us.. 

kan?

peace..

Thursday, March 21, 2013

carving stamp

assalamualaikum wbt.

jika dilihat pada sidebars blog ini,akan ada satu list 'my art blog list' yang mana ada senarai blog-blog art yang aku suka tengok dan terjah. kadang-kadang ada cara nak diy bunny, diy home deco dan macam-macam lagilah.

jadi hari ni bila aku terjah poppytalk, dia ada cerita pasal carve-a-stamp kit yang mana tiba-tiba aku teringat dan rindu dengan zaman masa aku sibuk carving pakai pemadam! oh bestnya!


source: poppytalk

not sure whether this thing ada jual kat malaysia or not. atau pun boleh beli tapi international shipment la kot..

then this is my stamps back then;





which can make this one:



and this one;



yang mana aku pernah tulis post ini kat sini dan sini.

its not that hard actually, cuma kena beli pemadam, ikut saiz yang dikehendaki dan carving blades, aku jumpa kat kedai alat tulis kat desapark city. tak mahal pun carving blades tu, around rm10-rm12 tak salah..

and aku cari balik blades tu, kat rumah parents aku, tak jupa pulak.. T_T hilang sekali dengan pemadam-pemadam tu jugak. so setiap kali balik rumah mak, setiap kali tu jugaklah aku cari.. nak cari sampai jumpa so that aku boleh start balik buat benda-benda ni, maybe untuk stamp kan atas fabric kosong.. mungkin cantik kot..

so, if sesiapa yang nak buat sediri, aku dah bagi tahu methods kat atas tu, or you can search at youtube. aku pun belajar dari sana je.

happy DIY!


Tuesday, March 19, 2013

blog baru untuk hobi baru

assalamualaikum wbt.

kali ini aku nak memperkenalkan blog baru aku basketiers.blogspot.com which i made this for all the art stuff yang aku buat sjak beberapa minggu lepas. jadi untuk sesiapa yang berminat, bolehlah melawat.. aku takut nanti blog ni crowded dengan satu benda je, so better aku buat blog lain and this blog will be focused on personal life seperti biasa. tapi still aku akan letak sikit-sikit barang yang aku buat kat sini..

ok, pergi terjah sekarang. walaupun masih bersepah, tapi tuan rumah tak kisah.. hehe..

bye.. :)

Monday, March 18, 2013

this twin is for sale!

assalamualaikum wbt.

sorrylah this few weeks will be updating about stuff for sale. mungkin kalau ada rezeki, kalau ada semangat nak update pasal diri sendiri, will be doing so. soon, perhaps. so for the meantime, barang-barang diy untuk dijual. sesiapa yang interested do pm me at marshall_sis@yahoo.com. and leave your comment ye.. atau kawan-kawan boleh whatsup or sms me.. :)


for sale! saiz sama 20cmx22cm lebih kurang. rm 17 each.. kalau tingal di kawasan bangi, nilai, kajang, atau kepong, insyaa Allah aku sendiri akan hantar terus by hand.. kalau interested bagitau ye! last time azrina beli sepasang untuk letak dalam kereta. so, nak letak dalam kereta pun boleh, and siapa yang ada anak perempuan, boleh jadikan sebagai koleksi. :)

oh ye, last weekend yang free tu, aku sempat buat ini untuk suka-suka sebab ada yang tanya boleh buat owlies yang kecik-kecik tak. so aku try buat.. 

saiz pun lebih kurang sebar tapak tangan je.. but this one not for sale.. tapi kalau sesiapa yang interested boleh bagitau aku okay.. 

so guys sorrylah kalau ada di kalangan kawan-kawan yang terjah blog ni, lepas tu tengok lack of 'real updates' and macam blog berniaga pulak, might be sesetengah orang tak suka.. but this is my obsession now.. nanti aku update with real events of friends and family okay. itu pun kalau ada orang nak baca. hehe..

okay see you again, bye! 

Friday, March 15, 2013

di balik awan yang syahdu

assalamualaikum wbt..

this time, a request by my dear friend ain, i made her a rain cloud.. :D

dan sebab sebelum ni aku buat cloud polka dots with rain drops colour biru macam post ini, this time i made a polka dot cloud and pink rain drops pulak! *suka*


and there will be a request untuk small owls pulak. tengok nanti macam mana.. will be my next weekend project. excited nak start..

oh ye, kalau ada sesiapa nak diy sendiri rain clouds ni, boleh refer website  eckapecka ini. 

see you!

Thursday, March 14, 2013

one family adopted!

hello dunia!

assalamualaikum wbt.

today, this family will be adopted by my dear friend azrina!


semoga keluarga ini bahagia di samping 'mak angkat' and hope azrina and bommie menyukainya... :)

Monday, March 11, 2013

little lily with her new toy.. :)

finally!

finally, I gave this scary litlle bunny to lily.. ayah dia kata ini toy pertama dia.. mak long is soo kembang hidong rite now.. haha..

Hello there..i’m a lop ear bunny..gelap sebab selalu kena panas..wuwuuu..

cita cita untuk hadiahkan lily a bunny dah tercapai macam post ini. it is my first handmade toys that i've ever made, susah sampai berpeluh-peluh dan buat dengan penuh kasih sayang, and mak long is willing to give this to you walaupun milo ni buruk dan konon nak simpan as kenangan..haha!



dont worry lily.. this is not the last one.. i love you lily..

tilt your head and said awww now.. hehe..

Saturday, March 9, 2013

seminggu lebih

assalamualaikum alls..

ewah, tajuk taknak kalah dengan tajuk lagu nuar jeng sedetik lebih.. nak seminggu lebih..yelah nak beritahu yang dah seminggu lebih i tak update kat sini ya'lls.. kira sedikit rekod di situ..

dalam masa seminggu lebih ni, aku lebih banyak aktif kat instagram... facebook pun kadang-kadang je. baca jugak blog orang lain tru fon. tapi kalau dah tru fon nak update blog pun macam tak best sangat kan.. prefer taip guna sepuluh jari instead of ibu jari sahaja.

so what am i up to this few days/weeks?

aku banyak buat kerja tangan. siang aku buat kerja kat lab which is sangat banyak sebenarnya..malam aku buat kerja aku sendiri la..so ini ada serba sedikit kerja yang aku buat this few days/weeks..

Rm 17.. 20x22 cm. High quality cotton polyester filling..

Untuk dijual. Rm 17 tak termasuk post. Saiz 20x20 isi dalam polyester filling high quality cotton. Interested boleh komen sini. Tengs..

owl 2 ketul ini dibuka untuk jualan. satu biji harga rm17. kalau nak beli 2-2 sekali pun boleh still available..dua-dua saiz 20x22cm. high quality cotton dan polyester filling.

Salams all!Sarung bantal misai untuk dijual. Sarung bantal ye bukan bantal. Kain jenis kain guni (keras sikit)..come in pairs..hrga rm 20 sahaja untuk pasangan comel ini..saiz standard bantal 4 segi..nanti saya ukur..haha..

dan ini adalah bantal misai, atau moustache pillow. kain jenis kain guni yang keras sikit tu tapi lama-lama lepas basuh akan jadi best. tengah tu cotton biasa. saiz standard bantal 4 segi sama 42x42 cm.. harga sepasang sarung bantal sahaja adalah rm20 tak termasuk post. kalau nak request bantal sekali pun boleh.. :)

New project. Chevron.

dan ini yang paling latest.. chevron pillow. kain jenis sama, dan kain bunga adalah dari high quality cotton. harga untuk satu sarung hanya rm10 sahaja. kalau nak request bantal sekali pun boleh.

jadi itulah aktiviti aku untuk minggu demi minggu. dan memang sedang berjinak-jinak untuk go into business. so kalau sesiapa yang berminat, just pm me..atau drop your comment okay..

sayang korang kalau korang beli..ahaks! :P

bye..!