Monday, February 4, 2013

first wedding of this year

assalamulaikum, salam Isnin.

mulai dari hari ini, aku nak menyambut hari Isnin dengan bersemangatnya! so far hari ni Alhamdulillah masih gembira walaupun hari hujan..

Alhamdulillah hujan..  :D

last Thursday, aku dapat jemputan dari labmate lama aku En. Mukris untuk datang ke majlis kawen dia yang hari Sabtu lepas.. oh this is the one yang aku cerita terserempak dengan dia kat Econsave kat sini.

majlis diadakan di taman kajang permai, sebab aku tahu tempatnya, jadi aku consider dekat. kajang, nilai, bangi, putrajaya dengan rumah aku, aku akan consider dekat walaupun perjalanan naik kereta roughly 30 minit. tu tak termasuk jam lagi.. kalau perak, baru aku kata jauh.. eh..


and aku suka tema dia! cantik sangat dengan soft pink dan putih. lepas tu sangat ngelat okay, atas pelamin ada kipas. what a great idea to cool down the pengantin. takkan nak harapkan pengapit je kan mengipas..bukan ada angin pun. plus, pengapit kipas laju-laju macam kipas satey adalah sangat tak cool.. 

and i adore the bride's dress so much! make up sangat cantik dan simple sweet sweet sangat.. even pengantin perempuan pun memang cantik dah. untung kau mukhrish! even the groom pun simple je with baju melayu, songket dan tanjak...haha, aku nak puji depan depan segan.. jadi puji kat sini jelah ye..hehe..

akak harap korang berbahagia hingga ke syurga. dan bertabahlah hidup di negara orang nanti.. :)

oh ye, masa pergi wedding ni, terjumpa sekali dengan supervisor ku prof R yang disayangi.. selama ni aku selalu jumpa dia time aku sorang lah.. jumpa nak check thesis lah, mintak signature lah, cop dan sebagainya. kira hari tu, buat pertama kali prof r jumpa azmi. dan kata.'baru jumpa orang yang jaga azura ni. dah tahu dah siapa'..haha..yelah, selama ni, aku dok kata tak boleh nak sambung kat johore sebab nak dekat dengan suami kan..haaaaa ni lah lelaki yang tak sanggup aku pisahi itu...ada jugaklah prof puji-puji aku sikit buat aku bersemangat gila! tu yang isnin yang ceria tu..rasa nak mintak prof tulis atas kertas je supaya aku boleh lekat kat dahi.. hihi..

oh dan lagi satu, bila aku publish gambar ni dekat facebook and instag, ada yang kata muka pengantin laki sama dengan azmi. oooh pergi wedding adik azmi eh...gelak besar aku..aku tunjuk komen tu kat azmi, azmi pun gelak besar.. yelah, takde pertalian darah kot.. mungkin sebab ke'chubby'an mereka kot yang buat mereka ni same..

anyway, selamat pengantin baru.. lepas ni wedding kak ecah pulak kat bangi..dekat jugak..kak ecah pun dulu sekali sama-sama belajar kat johore dulu... 

No comments:

Post a Comment