Saturday, February 23, 2013

berusaha lebih gigih

assalamualaikum salam sejahtera. selamat hari sabtu yey!

jika dilihat sejak kebelakangan ni, aku memang suka sangat letak gambar-gambar plush toys yang aku jahit sendiri, walaupun buruk, tapi practice makes perfect kan, so sekarang pun cuba untuk memperfect kan diri. jangan salah sangaka pulak, aku memang 'banyak masa' tapi semua ni aku buat kat rumah okay... sekarang ni azmi selalu sangat outstation. nak balik rumah mak rasa malas dan jauh..kadang-kadangan kalau sempat aku balik, kalau hujan aku tak balik sebab nak memikirkan jam tu.. tak sanggup aku..hehe..

so far selain buat kerja-kerja yang aku suka dan gembira, aku buat jugaklah kerja-kerja yang aku suka tapi tak berapa nak gembira sangat...aku malas nak cerita kat sini sebab aku takut bila aku baca balik aku depress..

tapi kesimpulan yang dapat aku buat kat sini ialah, aku kena ulang balik semua dari scratch dan guna sample baru sebab aku ada masalah stuck kat sample lama..

jadi satu tahun aku kira 'terbuang' macam tu aje. tidaklah terbuang..bahan-bahan dan sample yang aku ada dan guna sebelum ni boleh je orang lain yang 'lebih banyak masa' untuk buat. aku memang dah tak ada masa, jadi untuk tidak membuang masa aku menggodek permasalahan yang tiada penyelesaian tu, jadi aku start dengan sample baru.. habis cerita..

dan selasa lepas aku jumpa dengan sv aku, memang buat pertama kali jugaklah aku dengar dia membebel panjang kat aku sebab aku tak ada progress.. bukan tak buat kerja, tapi tak ada progress.. tapi tula, kalau kerja tu asyik sangkut je dengan masalah yang melanda, memang tak ada progress lah, memang masa kau terbuang macam tu ajelah..

aku terima semua tu dengan positif. first, aku dapat buat balik kerja aku start dari mula dan lebih berhati-hati.. mungkin lepas ni ada tuah untuk aku. second, aku dapat rasa lah yang sv aku ni takdelah menyampah kat aku seperti yang aku sangkakan sebelum ni.. dengan nasihat yang dia bagi dengan cadangan dan didikan, masa dia bagi lecture percuma tu sikitttt lagi aku nak menitik air mata.. bukan sebab sedih ke apa.. sebab terharulah tanda dia sayang kan...plus, sebab membazir satu tahun tu pun adelah juga.. hehehe..

phD ni bukannya senang. kau nak berjaya, bukannya senang-senang kau nak berjaya.. kena lalui onak dan duri cabaran nangis berguling apa semua. bukan phD je, semua kerja kot.. semalam aku tengok national geographic, orang tu kerja panjat antenna yang tinggi gila tu.. bahaya, kalau jatuh mati.. kira aku beruntunglah, takdelah bahaya sangat, takdelah terancam ke apa ke.. cuma ancaman otak dan masa je..

aku anggap ni kira satu ujian hebat.. biasalah tu membazir masa buat kerja yang tak menjadi.. bukan aku sorang je pernah kena, orang lain pun pernah, kakak lab, adik lab.. buat lab ni macam buat kueh, kalau kena tangan yang sejuk tu, menjadilah.. kalau tak, tak menjadilah..

ape-apehal pun aku redha.. sekarang aku positif.. buat kerja pun semnagat lain macam ni sebab hari ni hari sabtu, aku ada di office. walaupun bakteria yang aku strict semalam tak tumbuh colony, aku maintain positif. nanti petang aku buat lagi.. tak ada masalah..

jadi untuk ingatan diri sendiri, be positive, sentiasa berdoa, man jada wajada, man zara'a hasoda.. :)

No comments:

Post a Comment