Wednesday, February 27, 2013

rainy day and tribute to felt love

assalamulaikum, folks..

aku dalam keadaan depress hari ni. tell me, how can i be more positive each day when everything i do turns out to be 'not according to plan'?

 i was so excited to have my day today, tiba-tiba sampai, eksperimen untuk satu malam adalah kosong..

it ruined my whole day.. teruk betul this week. and this friday, dah masuk bulan 3, and apa yang aku dapat? kekecewaan..

well, i guess that's life kot.. and hopefully this becoming days and years of hardship, would pay me a good decent job.. atau kebahagiaan..

oh well, dah lah tu.. so, Alhamdulillah at least something has brighten me up! last night i did this;


rain-rain please go away.. kalau tak mahu 'rainy day' mungkin aku perlu buat something yang ceria like pelangi? kena fikir dan cari macam mana nak buat pelangi pulak ni..

and remember about a post regarding the felt love pictures yang tak semenggah tu? well, i managed to capture pictures yang quite descent... :)



not bad lah kan? and love love love the colours too..

that's all folks.. 

bye.. :)

Tuesday, February 26, 2013

fabrics on tuesday


not much..hanya ini.. akan tambah lagi koleksi di masa hadapan. :)

Monday, February 25, 2013

weekend project - felt love and pillowcases

hello readers!

berbalik kepada excited mood again after a depressing post previously kan? psycho mak baca nox.. so, weekend, aku sudah mendapat supplier kain felt yang jual in pieces (not gulung) plus, aku bukan nak buat something from felt pun..aku nak guna sikit untuk buat mata plush owl like from this post supaya nampak kemas sikit dan tak berbulu kat tepi-tepi sebab aku guna kain biasa je before this..

and it comes in 10 different colours, aku nak pakai just dua colours hitam dan putih.. so the rest nak buat apa? haha, after searching for suitable ideas and patterns form the internet, ini lah hasilnya!

Apa yg terlintas di fikiran? Chinese new year and valentines day..

th frame is from ikea, i bought it sometime ago, and put angpau sleeve inside.. aku ini juga pengumpul sarung angpau tegar, kalau cantik aku simpan.. and this got butterflies and flowers and tulisan cina in red, and the sleeve colour is in gold..aku suka gila sampai aku frame kan.. hehe..

and the loves are made from felt, aku sambung dengan benang, and sangkut kat belakang picture frame itu.. and trust me, with this contrasting colours with white background, dia sebenarnya nampak sangat naik tapi this pictures dont do any justice. mungkin sebab pendaflour..

and yesterday i bought new cotton fabric (dari nilai tiga je which tak banyak pilihan as compared to online), and tak sabar-sabar nak buat sarung untuk bantal buruk dua ketul ini;



see those flowery pillows tu? tak suka. tapi letak aje.. they are actually tidak bersarung, jadi teringin nak buat sarung and jadikan ia seperti ini;



which semua gambar diambil dari post ini..

so inilah sarung bantalnya...

Seronok buat kerja ini..kalau boleh nak lupakan kerja lain..:)

ini adalah first attempt ye.. not bad jugaklah hasilnya sebab aku buat jenis yang macam set sarung bantal yang beli kat kedai tu.. yang tak nampak isi perut tu..

so there.. aku pun gembira, and i was surprise that this kind of thing can make me so happy! and i really wish that i can quit study and do this.. haha!

oh ya, if you guys nak memiliki hasil tangan ku, boleh tinggalkan komen nanti kita discuss-discuss kay!

okay folks, see you around, and happy monday!


Saturday, February 23, 2013

berusaha lebih gigih

assalamualaikum salam sejahtera. selamat hari sabtu yey!

jika dilihat sejak kebelakangan ni, aku memang suka sangat letak gambar-gambar plush toys yang aku jahit sendiri, walaupun buruk, tapi practice makes perfect kan, so sekarang pun cuba untuk memperfect kan diri. jangan salah sangaka pulak, aku memang 'banyak masa' tapi semua ni aku buat kat rumah okay... sekarang ni azmi selalu sangat outstation. nak balik rumah mak rasa malas dan jauh..kadang-kadangan kalau sempat aku balik, kalau hujan aku tak balik sebab nak memikirkan jam tu.. tak sanggup aku..hehe..

so far selain buat kerja-kerja yang aku suka dan gembira, aku buat jugaklah kerja-kerja yang aku suka tapi tak berapa nak gembira sangat...aku malas nak cerita kat sini sebab aku takut bila aku baca balik aku depress..

tapi kesimpulan yang dapat aku buat kat sini ialah, aku kena ulang balik semua dari scratch dan guna sample baru sebab aku ada masalah stuck kat sample lama..

jadi satu tahun aku kira 'terbuang' macam tu aje. tidaklah terbuang..bahan-bahan dan sample yang aku ada dan guna sebelum ni boleh je orang lain yang 'lebih banyak masa' untuk buat. aku memang dah tak ada masa, jadi untuk tidak membuang masa aku menggodek permasalahan yang tiada penyelesaian tu, jadi aku start dengan sample baru.. habis cerita..

dan selasa lepas aku jumpa dengan sv aku, memang buat pertama kali jugaklah aku dengar dia membebel panjang kat aku sebab aku tak ada progress.. bukan tak buat kerja, tapi tak ada progress.. tapi tula, kalau kerja tu asyik sangkut je dengan masalah yang melanda, memang tak ada progress lah, memang masa kau terbuang macam tu ajelah..

aku terima semua tu dengan positif. first, aku dapat buat balik kerja aku start dari mula dan lebih berhati-hati.. mungkin lepas ni ada tuah untuk aku. second, aku dapat rasa lah yang sv aku ni takdelah menyampah kat aku seperti yang aku sangkakan sebelum ni.. dengan nasihat yang dia bagi dengan cadangan dan didikan, masa dia bagi lecture percuma tu sikitttt lagi aku nak menitik air mata.. bukan sebab sedih ke apa.. sebab terharulah tanda dia sayang kan...plus, sebab membazir satu tahun tu pun adelah juga.. hehehe..

phD ni bukannya senang. kau nak berjaya, bukannya senang-senang kau nak berjaya.. kena lalui onak dan duri cabaran nangis berguling apa semua. bukan phD je, semua kerja kot.. semalam aku tengok national geographic, orang tu kerja panjat antenna yang tinggi gila tu.. bahaya, kalau jatuh mati.. kira aku beruntunglah, takdelah bahaya sangat, takdelah terancam ke apa ke.. cuma ancaman otak dan masa je..

aku anggap ni kira satu ujian hebat.. biasalah tu membazir masa buat kerja yang tak menjadi.. bukan aku sorang je pernah kena, orang lain pun pernah, kakak lab, adik lab.. buat lab ni macam buat kueh, kalau kena tangan yang sejuk tu, menjadilah.. kalau tak, tak menjadilah..

ape-apehal pun aku redha.. sekarang aku positif.. buat kerja pun semnagat lain macam ni sebab hari ni hari sabtu, aku ada di office. walaupun bakteria yang aku strict semalam tak tumbuh colony, aku maintain positif. nanti petang aku buat lagi.. tak ada masalah..

jadi untuk ingatan diri sendiri, be positive, sentiasa berdoa, man jada wajada, man zara'a hasoda.. :)

Wednesday, February 20, 2013

Monday, February 18, 2013

mini milo dan trip to johor

assalamualaikum salam sejahtera.

happy monday.. macam biasa, walaupun dah sem tiga, tapi layankan jugak kan monday blues.. papehal pun at least ada kerja sikit jalan hari ni walau hati gundah gulana..

oh ye, baru-baru ni, aku ada buat ini untuk isi masa lapang..

say hi to mini milo!

yeah sekarang ni milo dah ada adik.. jadi kena terima kenyataan.. eh ape ni tiba-tiba.. actually azrina minta ini untuk bommi beliau. jadi aku fikir why not? kain pun dah ada, jadi buatlah seketul.. entah bila nak bagi ni... hope bommie sukka! tapi seriously, dia ni kurus tau..kesian pulak aku tengok.. and actually lagi kecik menatang tu, lagi susah nak buat sebenarnya.. berpeluh-peluh aku fikir macam mana nak sambung part-part yang sepatutntya.. jadi memang ada sikit cacat cela lah di situ..

hello!

xxx

last friday, aku pergi johor sebab aku ikut azmi pergi sana jugak.. actually tak delah ikut. sebab azmi dah pergi dulu naik kereta hari khamis tu..jadi jumaat aku bertolak naik bas dari TBS, sampai sana, azmi ambil dan lepak kat hotel. actually azmi ada kerja di johor. jadi sabtu memang kami tak boleh nak spend time together, so, aku mempergunakan masa terbaik berbujangan di johor dengan membuat aktiviti sendiri. aku ambik adik aku kat skudai, ronda-ronda sekitar utm, dan singgah di lab tissue culture, lab lama aku dulu..

banyak dah berubah, banyak dah bertambah.. tak kira lab tissue culture tu, atau utm tu sendiri. stadium besar betul! kolam renang pun cantik.. so budak utm harus andai berenang mulai sekarang sebab korang dah ada swimming pool tahap olimpik..sila guna.. :)

melepaskan rindu makan di sizzling stone grill di aeon bukit indah. 


nampak macam sedap kan? untuk aku not bad laa...tapi memang kenyang, best, macam nak pengsan.. 

lepas tu dapat jumpa ina, baby qisha, oli si pengantin baru, kak ana! oooh kak ana memang terserempak je. boleh borak sampai 20 mins macam tu..and jalan-jalan sekitar aeon yang dirindui.. hehe.. borak dengan ina and oli sampai pukul 6 macam tu, lepas tu pergi pulak aeon tebrau city..silaplah kalau aku berkaki panjang, boleh bawa kereta, merayau sekitar johor tanpa gps.. haha sila kagum...

so, kira trip kali ni ke johor berbaloi lah jugak sebab aku nak pergi tempat yang memang aku nak pergi, aku dapat jumpa orang yang aku memang nak jumpa, aku dapat makan benda yang aku nak sangat makan (sorry senibung, i tak sempat nak singgah sebab dah lambat..huhu).. dan dapat 'my perfect pair of jeans' which aku rasa sangat berbaloi sebab harga adalah rm30 ++ sahaja dan sangat selesa walaupun murah.. dapat beli scarf rm50 untuk 3 helai juga.. waaaaaaaaaaaaaaah...seronok-seronok...

Thursday, February 14, 2013

plush owl - first time

dari post ini;

this is my first time making plush owl..

jadi wajiblah ada cacat cela sikit kat sana sini..

dan ini aku mempersembahkan; plush owl aku! wahahahahhaa;


okaylah mata dia besar sangat.. tapi orang kata mata besar cute.. eh..


dan sekarang milo pun dah ada kawan.. okaylah tu.. 

aku memang ada niat nak buat plush toys and jual. macam-macam lah niat aku kan.. tapi setakat 2 ketul plush toys macam ni lepas tu mata pun besar jahit pun senget tunggu lah aku hebat dulu baru buat..huhuu..

Wednesday, February 13, 2013

idea - plush owl

Plush Owl Stuffed Animal Softie Toy Minky Rainbow Stripe Argyle
source: etsy

lama tak jahit benda baru.. might consider this and letak kat almari.. :)

ruang tamu idaman - versi kecil

Hc1_rect540

kadang-kadang, cuba untuk mengumpul gambar-gambar cantik sebagai idea menghias rumah kecil.. :)


Friday, February 8, 2013

badminton day

Sangat bacin..

salaaam jumaat..

sejak kebelakangan ni, memang malas habis nak update apa-apa kat sini.. plus, tak ada cerita menarik pun sepanjang minggu. jadi upload gambar je, dan layan gambar ajelah.. 

happy chinese new year to those who celebrated.. 

me; celebrate lah jugak.. 

oh ye, cerita lanjut badminton day boleh terjah blog kak dot kat sini ye.. hehe..

Thursday, February 7, 2013

jodoh - paperman

kalau nak try menitiskan air mata dalam masa 6 minit bolehlah tengok cerita kartun pendek ni..




enjoy!

Tuesday, February 5, 2013

weekend project: tab sleeve




sekarang ni, semua benda berkain dan berjahit mesti corak ni, atau corak belang.


Monday, February 4, 2013

first wedding of this year

assalamulaikum, salam Isnin.

mulai dari hari ini, aku nak menyambut hari Isnin dengan bersemangatnya! so far hari ni Alhamdulillah masih gembira walaupun hari hujan..

Alhamdulillah hujan..  :D

last Thursday, aku dapat jemputan dari labmate lama aku En. Mukris untuk datang ke majlis kawen dia yang hari Sabtu lepas.. oh this is the one yang aku cerita terserempak dengan dia kat Econsave kat sini.

majlis diadakan di taman kajang permai, sebab aku tahu tempatnya, jadi aku consider dekat. kajang, nilai, bangi, putrajaya dengan rumah aku, aku akan consider dekat walaupun perjalanan naik kereta roughly 30 minit. tu tak termasuk jam lagi.. kalau perak, baru aku kata jauh.. eh..


and aku suka tema dia! cantik sangat dengan soft pink dan putih. lepas tu sangat ngelat okay, atas pelamin ada kipas. what a great idea to cool down the pengantin. takkan nak harapkan pengapit je kan mengipas..bukan ada angin pun. plus, pengapit kipas laju-laju macam kipas satey adalah sangat tak cool.. 

and i adore the bride's dress so much! make up sangat cantik dan simple sweet sweet sangat.. even pengantin perempuan pun memang cantik dah. untung kau mukhrish! even the groom pun simple je with baju melayu, songket dan tanjak...haha, aku nak puji depan depan segan.. jadi puji kat sini jelah ye..hehe..

akak harap korang berbahagia hingga ke syurga. dan bertabahlah hidup di negara orang nanti.. :)

oh ye, masa pergi wedding ni, terjumpa sekali dengan supervisor ku prof R yang disayangi.. selama ni aku selalu jumpa dia time aku sorang lah.. jumpa nak check thesis lah, mintak signature lah, cop dan sebagainya. kira hari tu, buat pertama kali prof r jumpa azmi. dan kata.'baru jumpa orang yang jaga azura ni. dah tahu dah siapa'..haha..yelah, selama ni, aku dok kata tak boleh nak sambung kat johore sebab nak dekat dengan suami kan..haaaaa ni lah lelaki yang tak sanggup aku pisahi itu...ada jugaklah prof puji-puji aku sikit buat aku bersemangat gila! tu yang isnin yang ceria tu..rasa nak mintak prof tulis atas kertas je supaya aku boleh lekat kat dahi.. hihi..

oh dan lagi satu, bila aku publish gambar ni dekat facebook and instag, ada yang kata muka pengantin laki sama dengan azmi. oooh pergi wedding adik azmi eh...gelak besar aku..aku tunjuk komen tu kat azmi, azmi pun gelak besar.. yelah, takde pertalian darah kot.. mungkin sebab ke'chubby'an mereka kot yang buat mereka ni same..

anyway, selamat pengantin baru.. lepas ni wedding kak ecah pulak kat bangi..dekat jugak..kak ecah pun dulu sekali sama-sama belajar kat johore dulu...