Tuesday, January 29, 2013

reunion kecil-kecilan

assalamualaikum

salam selasa..

reunion kecil ini bermula dengan aku; sebab aku shout dekat sini;


antara sebab utama adalah laki aku selalu outstation sekarang ni, so bila boring mulala nak ajak kawan tu pi sini, kawan ni pi sana.. 

jadi date and time dah set, hari isnin 28/1/2013 bersempena dengan cuti ganti Thaipusam.. seronok jugak kalau cuti gantian macam ni kan..hari thaipusam lepas, jalan tak jam...mari kita doakan ramai-ramai supaya banyak cuti ganti macam ni.. hehe..

lepas tu, seminggu sebelum kejadian memang dah meriah dengan whatsapp lah kan.. dari vanue, kehadiran, siapa nak bawak siapa, siapa nak datang dengan siapa, siapa nak carpool ngan siapa, siapa yang tak jadi pergi, pukul berapa, resepi masakan, cara nak menggoda suami sendiri supaya boleh pergi reunion.. 

macam-macam lagilah.. seronok pulak aku rasa berwhatsapp2 tiba-tiba.. hehehe..

lepas tu, kejadian pun berlangsunglah. aku ambik mizah dari seri kembangan, dengan macho sambil ingat peta dalam kepala, bertolak lah kami ke rumah lin. kami sampai dulu, diikuti dengan sima, lepas tu farah..

mereka bukan bawak diri mereka sahaja ye, pakej lengkap anak-anak sekali.. anak-anak pulak nak sebaya, rumah lin dah macam taska. mak gembira, anak-anak pon gembira...

dari kiri farah, sima, lin, mizah and auni anak mizah, akeef anak mizah, aku, bawah; zafran anak farah, dan eyan anak sima.. terima kasih sima atas pemberian gambar. aku komersialkan di sini yeee...hihii..

and lin masak nasi ayam sedap sangat! aku memang nak menambah tapi sebab seganlah sangat kan, memang tiada round ke dua pun... asyik sangat bersembang, kira dalam tahun ni, hari ni lah paling banyak air liur aku habis, paling banyak guna perkataan, paling banyak cakap...

seperti biasa, cerita-cerita time sekolah, cerita hal masing-masing, cerita gaji siapa paling naik cepat, siapa lagi menderita, pampers anak, tumbesaran budak...

habis majlis nak dekat pukul 7 jugaklah...kesian lin kena ngemas..biasalah, tu tanggungjawab tuan rumah..eh.. hehe..aku sampai rumah mizah pukul 8, aku pulak sampai rumah 8.30..sampai tak sempat aku nak menyiapkan diri pergi main badminton dengan kak nadot.. memang penat sangat.. dan lapar gila!! tapi seronok!! 

to you alls, korang tau kan betapa seronoknya berjhemba macam ni? jadi mari buat lagi lepas ni! yeeeha!


2 comments:

  1. Seyes..reunion yg sgt superbb wpon xramai..xckp ms nk mkn sbb bork tanpa henti

    ReplyDelete
  2. bolehlaaaah reunion kecik macam ni pun but still best! asyik boraaaak je...

    ReplyDelete