Saturday, January 12, 2013

kisah kereta, satu hari di jb dan exam

assalamualaikum

baru baru ni, azmi dapat panggilan dari bengkel kereta perihal kereta dia yang accident tu. sila rujuk sini untuk cerita lebih lanjut. jadi hari selasa tu jugak decide untuk pergi jb dan ambil kereta sebab kereta dah siap, dan mestilah nak kena ambil secepat mungkin sebab 1. kereta tu ada kat rumah orang yang deal kan kereta tu, 2. risau nak tinggalkan kereta tu lama-lama kat tempat orang.

rabu, aku and azmi mintak cuti, abah dan mak ikut sekali, naik kereta pergi jb sebab mak dan abah nak jenguk adik aku yang kecik tu kat u.tm. eh, dah tulis ke kat sini si mirah poyo tu dapat masuk u.tm?

the thing is that, sejak-sejak masuk u especially u.tm ni, makin poyo pulak dia asyik nak pergi sane-pergi sini, nak makan tempat best je, and jusco dah boring. kata dialah..

dah abaikan cerita budak tu, teruskan cerita kereta tadi.

sampai kulai, ambil kereta, dan check semua macam okay. cumanya, kipas radiator (tak salah aku) masih bunyi bila stop kan enjin. penyelesaiannya, tambah je lah air. hajat di hati memang nak suruh orang tu tengokkan balik semua, tapi apakan daya sebab fikir nak tinggal kereta lagi kat situ apa semua, turun naik kulai kl, makan duit dan makan masa. sebab pergi 2 kereta, jadi takde masalah lah kat situ, kalau apa-apa hal berlaku kat tengah jalan, boleh lah back up ke ape kan..

alhamdulillah, kereta tu boleh lah jalan, singgah batu pahat dan terus balik ke bangi.

memang perjalanan satu hari kat jb tu takdelah jalan sangat pun. setakat pergi lhdn untuk cop setem dan terus pergi u.tm. mak nak pergi JPO pun tak sempat..

jadi selepas seketika menggunakan kereta tersebut, hari khamis tu kereta bunyi lagi bila matikan enjin masa aku nakisi minyak. sampai rumah bunyi lagi sebab tengahari tu tak adala bunyi sangat. lepas tu azmi tambah air lagi dan okay balik..

sampai bila kan?

nampak sangat orang bengkel tu tak betulkan sehabisnya..

aku bukan reti sangat bab-bab kereta ni.. tapi yang azmi bagitau, memang radiator tu air menitik. walaupun tak banyak but still..

kena betulkan jugak no matter what.. problem bising masa berhenti tu pun satu hal jugak, itu memang sebelum accident dah buat hal.. sekarang makin kuat pulak bunyinya..so azmi dah buat appointment dengan proton hujung bulan ni untuk check dan betulkan...

masalah betul kereta proton ni..aku yang bawak kancil setakat ni alhamdulillah takde apa benda pelik berlaku.. kecuali sekali tu azmi bawak kancil pergi kerja, rosak kat trafik light depan rumah ni hah. just tuka ape kemenatang tu tah, baru elok..tapi nampak sangat kan, kancil sayang aku lebih, punyelah lama aku bawak kancil, sampai ke tangan azmi, rosak..hahahaha...

tapi takpelah, dah nak buat macam mana.. azmi je la depress lebih sebab kena deal sana-sini, duit keluar pulak tu, kalau duit masuk tak pelah jugak...

so perihal exam pulak, hari ni, sabtu, aku ada exam research methodology. soalan objektif, 30 soalan, satu jam. aku dengan tak tau apa nak study nye, dengan keep on ranting about betapa tak logiknya bila subjek ni pun kena ada exam, memang separuh jugak tak dapat jawab dan bantai #jujur. tapi tak pelah, aku dah malas nak layan dan fikir.. huhuu.. lama dah kot tak masuk dewan exam.. tadi pun tengok ada jugak yang tua-tua sikit dari aku masuk exam, so aku pun tak delah rasa pelajar paling tua kat situ...hehe..

okay that's all..

ps: sejang kebelakangan ni, supervisor sangat menumpukan perhatian pada aku, good thing, but the bad thing is that, aku kena gandakan usaha aku dan masa aku.. penat sangat... sekarang pun ada kat lab sebab nak setelkan kerja..


No comments:

Post a Comment