Monday, January 7, 2013

juara lagu, mood bercinta dan beg kecil

assalamualaikum

tengok juara lagu semalam? aku rasa topik hangat hari ini mestilah juara lagu..dan semalam pun ada bola juga ya? nasiblah siapa yang kena rebut remote control tv dengan laki sebab laki i tak tengok bola.. lagi rela teman bini tengok muzik-muzik..eh..

sebenarnya aku pun bukannya excited sangat nak tengok juara lagu. plus, sempat pergi alamanda and econsave untuk beli barang sikit dan konon nak singgah uptown kajang tapi azmi terus kata "nak tengok juara lagu tak? kalau tak lambat nanti..." saje je kan, nak umpan bini. aku pun fikir, benda uptown ni hari hari ada. juara lagu setahun sekali je...

hehe..

so semalam, lagu terukir bintang menang.. yey untuk yuna! sebab aku suka yuna, aku seronok sangat bila lagu yuna menang.. kalau nak ikutkan memang semua hebat-hebat belaka..aku sempat tengok starting dari lagu amy search dan hazama. dan tak sempat tengok aaron aziz dukung adira...huhu..

dan persembahan masing-masing pun best sangat..terhibur jugaklah aku tengok. dan lagi satu, kalau kita tengok lagu zaman sekarang kan, jenis yang relaks je, takdelah nak jerit-jerit sakan sangat, takdelah nak meriah-meriah sangat.. orang sekarang suka lagu santai dan menghiburkan..

dan lagu yuna terukir bintang sangatlah santai, menghiburkan dan sangat-sangat menaikkan mood cinta..aku rasa sebab tu juri jatuh cinta kot terus bagi lagu yuna menang kann...

vokal terbaik dimenangi oleh hafiz, persembahan oleh black dan malique which malique digantikan dengan r.j dan persembahan mereka memang uniq sangat dan aku suka.. tempat kedua ialah azlan and the typewriter dengan lagu idola, which aku rasa memang mereka deserve a spot untuk top three. dan tempat ketiga pun hafiz jugak dengan lagu ku akui..

dan tahniah tahniah lagi sekali untuk yuna dan AIZAT yang memang cool gila bawa lagu terukir bintang, yang mana aku tertunggu-tunggu jugak siapalah yangmenggantikan yuna ni..dan aku memang tak sangka lah yang seorang lelaki yang akan nyanyi lagu ni sebab ni lagu perempuan kan.. tapi bila aizat nyanyi,, perrrrgh caiyaq jugak hati tengok abang kumih nipih nyanyi sambil pegang mug.. tapi still, aku suka yuna nyanyi lagi sebab suara dia uniq dan best...



by the wayy.....

semalam juga, pagi tu sebab aku boring sangat tak ada kerja dan kemah keming rumah aku, aku terjumpa balik beg mng buruk aku terperosok dalam palstik... sebab sayang sangat aku pada beg ni, maka aku cuba untuk membuat transformasi dari ini;


ke ini;


yours truly menjahit sangat gigih sampai bengkak jari taknak membazir punya pasal.. aku ni kalau nak buang beg macam gitu sahaja pun boleh nangis dibuatnya sebab ada sentimetal value banyak..so with this aku rasa aku takkan menyesal lagi untuk buang beg lama yang buruk.. dan lepas ni mungkin aku boleh buat dan jahit lagi beg-beg kecil sebagai penyemak rumah..hehe.. 

okaylah, sekian buat kali ini..

happy monday and bye!

2 comments: