Tuesday, January 29, 2013

reunion kecil-kecilan

assalamualaikum

salam selasa..

reunion kecil ini bermula dengan aku; sebab aku shout dekat sini;


antara sebab utama adalah laki aku selalu outstation sekarang ni, so bila boring mulala nak ajak kawan tu pi sini, kawan ni pi sana.. 

jadi date and time dah set, hari isnin 28/1/2013 bersempena dengan cuti ganti Thaipusam.. seronok jugak kalau cuti gantian macam ni kan..hari thaipusam lepas, jalan tak jam...mari kita doakan ramai-ramai supaya banyak cuti ganti macam ni.. hehe..

lepas tu, seminggu sebelum kejadian memang dah meriah dengan whatsapp lah kan.. dari vanue, kehadiran, siapa nak bawak siapa, siapa nak datang dengan siapa, siapa nak carpool ngan siapa, siapa yang tak jadi pergi, pukul berapa, resepi masakan, cara nak menggoda suami sendiri supaya boleh pergi reunion.. 

macam-macam lagilah.. seronok pulak aku rasa berwhatsapp2 tiba-tiba.. hehehe..

lepas tu, kejadian pun berlangsunglah. aku ambik mizah dari seri kembangan, dengan macho sambil ingat peta dalam kepala, bertolak lah kami ke rumah lin. kami sampai dulu, diikuti dengan sima, lepas tu farah..

mereka bukan bawak diri mereka sahaja ye, pakej lengkap anak-anak sekali.. anak-anak pulak nak sebaya, rumah lin dah macam taska. mak gembira, anak-anak pon gembira...

dari kiri farah, sima, lin, mizah and auni anak mizah, akeef anak mizah, aku, bawah; zafran anak farah, dan eyan anak sima.. terima kasih sima atas pemberian gambar. aku komersialkan di sini yeee...hihii..

and lin masak nasi ayam sedap sangat! aku memang nak menambah tapi sebab seganlah sangat kan, memang tiada round ke dua pun... asyik sangat bersembang, kira dalam tahun ni, hari ni lah paling banyak air liur aku habis, paling banyak guna perkataan, paling banyak cakap...

seperti biasa, cerita-cerita time sekolah, cerita hal masing-masing, cerita gaji siapa paling naik cepat, siapa lagi menderita, pampers anak, tumbesaran budak...

habis majlis nak dekat pukul 7 jugaklah...kesian lin kena ngemas..biasalah, tu tanggungjawab tuan rumah..eh.. hehe..aku sampai rumah mizah pukul 8, aku pulak sampai rumah 8.30..sampai tak sempat aku nak menyiapkan diri pergi main badminton dengan kak nadot.. memang penat sangat.. dan lapar gila!! tapi seronok!! 

to you alls, korang tau kan betapa seronoknya berjhemba macam ni? jadi mari buat lagi lepas ni! yeeeha!


Friday, January 25, 2013

its a lesswords friday



happy friday ya'll!

how's life? magnificent? cuti lama harus lah seronok kan? aku cuti semalam je, hari ini back to work. datang kerja almost 12, buat labwork and gel tak jadi-jadi. nows the third time, hopefully okay..

this labwork thing. is. excruciating. dan sangat boring.

orang sabar je boleh buat kerja ni. but i'm not sabar, how can i involve myself into this?

psycho siut.. but honestly, time master memang a lot easier kot.. and everyday i wish that i can just do what i did during my master, tambah parameter je kot..

but what to do. just finish what i've already started and get over with. can't wait.


oh ini ramble ni pun sebab semalam terserempak dengan member lama masa kat utm dulu pun.. he is my junior. we are under the same supervisor. and every time i said something about our prof like tanya khabar ke, or kerem salam sort of things, mestilah brought up the news of him. yesterday, he said that prof is now a new director of this one institute at pagoh. i've heard of it before, then i said, after i finish my study, boleh mintak kerja sana..

prof mesti ambik akak punya..dia akan ambik orang yang dia kenal.. he said..

the thing about prof is that, he really-really appreciates me, and once i was sort of menganggur for two months before working as an ra in bangi, he was willingly offered me work by writing papers. which i can do it from home. it was easy and smooth sailing months, and i decided to quit because i get the ra job here..nak dekat dengan laki punya pasal kan..

lepas tu mulalah meroyan sebab i am now doing something that i'm not interested at all, and susah gila. and this junior is now live happily in johor and akan sambung phD di UK this coming March..

i was a bit jealous.

biasalah tu kan. everybody wants to study abroad...aku pun same.. at least one degree... but what to do? mungkin aku terlalu mengikut takdir kot, and not fighting enough.

oh my..apa yang aku merepek teruk sangat ni..

well, life must go on. honestly, aku memang tak ada perancangan masa depan pun. but for now, habiskan dulu, then baru fikir. boleh?

Wednesday, January 23, 2013

kekotak, kekain #2





tercapai cita-cita.. hukhuk..

Tuesday, January 22, 2013

pantai saujana, port dickson

assalamualaikum...

hari sabtu hari tu kami si bujangs-bujangs (azmi outstation) buat trip to pantai saujana, batu 4, pd. pantai ni best sebab pernah pergi tahun 2010 dulu dekat post ini.

arrived pukul 4.30 macam tu dan balik 6.30 pm macam tu.. perjalanan dari bangi ke pd lebih kurang 45 minit macam tu.. arah perjalanan, masuk highway plus, masuk highway ke pd, lepas tu nampak signborad muzium tldm, masuk situ, terus sampai simpang masuk kanan. aku suka pantai ni sebab tak banyak payung, pantai dia luas dan best..ada pasar malam siap kalau malas sangat nak berkelah bawak makanan.. hehe..

tapi malang sikit sebab masa ni air surut..sampai ke tengah ya'll.. tapi first time lah dapat berjalan sampai ke tengah laut..


nampak seperti saujana mata memandang..


akhirnya jalan sampai ke tengah laut


kat sini air sampai parat buku lali je..


dan dihiasi dengan kapal terbang yang sering lalu..

and last but not least..

milo @ the beach..

tempat dekat, banyak kedai seafood, ada pasar malam, pantai luas dan bersih, ada tempat salin baju dan toilet, kalau ada angin boleh main layang-layang..

dan kalau tak ada aral, boleh datang lagi..

Friday, January 18, 2013

hello milo

okay, remeber this post?

that i want to make a diy bunny kaaan?

so here goes;

ehem;

tara!

Hello there..i’m a lop ear bunny..gelap sebab selalu kena panas..wuwuuu..

Decided to call him milo..

sorrylah a bit gelap sebab dia suka berjemur. kain ni je yang ada pun, tak keluar pergi beli proper kain pun, layankan je mane yang ade.

decided to keep is as kenangan. my first handmade bunny...


Thursday, January 17, 2013

project listen..



umum dah tahu pasal 'listen phenomena' kan..

aku pun takderlah dengar sampai habis sebab aku rasa pedih telinga sesangat. nasib baik aku tak ada kat tempat tu, kalau ada pun aku keluar dewan agaknya..

respect itu penting, tak kira awak tua atau muda. muda respect yang tua ada caranya, tua respect muda pun ada caranya..

oh sebenarnya aku nak share parodi forum suara mahasiswa by mat lutfi ni..

silalah dengar/tengok...it was much much much better than the original video, tapi kalau nak dapat effect gelak yang maksima, kena jugak tengok video original, yang tu kena cari sendiri lah..

somehow, i do respect the new generation youngsters. i wish i have guts like them, berani untuk menyatakan pendapat sendiri, lebih berfikiran terbuka dan bijak.. aku dah tua, tak boleh masuk dalam golongan new generation youngsters dah.  hewhewhew...

happy watching.. :)

Wednesday, January 16, 2013

how to make a bunny

dua tiga hari obsessed dengan jahit menjahit ni. sejak ada anak buah baru yang perempuan pulak tu, teringin sangat nak bagi bunny soft toys yang cute dari fabric. hari tu dah jumpa di midvalley memang cute gile siap pakai baju dan harga rm49.90..

memang cute gila sampai sekarang termimpi-mimpi. eh apehal mak sedara yang over ni? hehe..

jadi sebab nak pergi mid valley pun mungkin sekali setahun, teringin jugak nak buat sendiri. sini ada link untuk buat diy fabric bunny untuk little lily;

http://loverofvintage.blogspot.com/2012/03/diy-bunny.html

boleh rujuk sini kalau aku dah beli material dia nanti..

and wish me luck in making this;


source: http://loverofvintage.blogspot.com/2012/03/diy-bunny.html

bye!

Tuesday, January 15, 2013

idola

assalamualaikum..

lagu terukir di bintang sering menjadi siulan dan nyanyian aku di lab sekarang ni..tambah pulak sejak-sejak tengk aizat nyanyi sambil pegang mug, selalu jugak pegang mug sambil nyanyi lagu yuna... feel woo.. patutlah menang.. eh..

ni lagi satu lagu yang boleh layan sampai 80 kali sehari, lagu idola dari azlan dan mesin taipnya.

aku rasa lirik dia pun best..

Pupus Kini Lunak Suara
Lenyap Sempurna, Tiada Terkata

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Ku Nyanyikan Lagu Yang Kau Laung Dulu
Untuk Sembuhkan Duka Lara Ku
Walaupun Tidak Bersua
Bagi Ku Engkau Lagenda
Damailah Di Sana Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta
Moga Bercahaya Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama Dengannya

Luput Kini Tutur Bahasa
Hilai Tawanya, Senyum Manisnya, Hei..

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Ku Nyanyikan Lagu Yang Kau Laung Dulu
Untuk Sembuhkan Duka Lara Ku
Walaupun Tidak Bersua
Bagi Ku Engkau Lagenda

Damailah Di Sana Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta
Moga Bercahaya Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama, Ooo…

Berpandukan Teori Hidup Mu Yang Lalu
Ku Sambung Perjalanan Jauh
Yang Harus Ditempuh Durinya
Hilang Tiada Tumbuh Ganti Larut
Meninggalkan Rasa Pilu Sedih Sebak Hiba
Kerana Engkau Idola, Wooo…..
Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta
Moga Bercahaya Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama Dengan Nya

Damailah Di Sana Hei…
Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta
Moga Bercahaya Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama Dengan Nya, Oooo…

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Komposer: Audi Mok
Lirik: Azlan


suka suara azlan yang high pitch tu..

Monday, January 14, 2013

kekotak, kekain

assalamualaikum...

short post for today, sebab dah nak dekat pukul 9, aku masih berada di office, apekah??

semalam, aku buat ini untuk kill the time;



okaylah, warna buruk.. tapi practice makes perfect.. nanti aku nak cari kain banyak-banyak yang cotton-cotton, yang cantik-cantik..

Sunday, January 13, 2013

diy tote bag

assalamualaikum..

sejak cuba untuk mentransfromkan a big tote bag to a clutch like this post,  perasaan aku ada sedikit berkobar untuk cari cara untuk buat sendiri tote bag dari fabrics. so i googled and guess what..BERLAMBAK KOT! haha..

and my favorite is this site;

http://pinterest.com/bennyetienne/diy-bags-purses/

which has dozens of how to make your own tote bags and clutches with links.


dari yang paling senang, ke yang paling susah...dari simple tote bags and shopping bags, to a complicated sequin clutch, you choose!

and because i am very very amateur, i choose the simplest one, by making a simple tote bag. not bad la for a first timer kan..


and i know the fabric is not that appealing, and quite lembik sebab aku ambil dari fabric cotton lembut yang orang buat baju tu. i get this perca from my mom, being me, i just love collecting perca from my mom's house. entah nak buat apa pun tak tau..end up banyak sampah. but this turn out well (i think), so maybe i can make some with other perca i kept in the box.. and maybe, kena beli the real cotton with fancy pattern untuk buat lagi.. 

and i am happy..

Saturday, January 12, 2013

kisah kereta, satu hari di jb dan exam

assalamualaikum

baru baru ni, azmi dapat panggilan dari bengkel kereta perihal kereta dia yang accident tu. sila rujuk sini untuk cerita lebih lanjut. jadi hari selasa tu jugak decide untuk pergi jb dan ambil kereta sebab kereta dah siap, dan mestilah nak kena ambil secepat mungkin sebab 1. kereta tu ada kat rumah orang yang deal kan kereta tu, 2. risau nak tinggalkan kereta tu lama-lama kat tempat orang.

rabu, aku and azmi mintak cuti, abah dan mak ikut sekali, naik kereta pergi jb sebab mak dan abah nak jenguk adik aku yang kecik tu kat u.tm. eh, dah tulis ke kat sini si mirah poyo tu dapat masuk u.tm?

the thing is that, sejak-sejak masuk u especially u.tm ni, makin poyo pulak dia asyik nak pergi sane-pergi sini, nak makan tempat best je, and jusco dah boring. kata dialah..

dah abaikan cerita budak tu, teruskan cerita kereta tadi.

sampai kulai, ambil kereta, dan check semua macam okay. cumanya, kipas radiator (tak salah aku) masih bunyi bila stop kan enjin. penyelesaiannya, tambah je lah air. hajat di hati memang nak suruh orang tu tengokkan balik semua, tapi apakan daya sebab fikir nak tinggal kereta lagi kat situ apa semua, turun naik kulai kl, makan duit dan makan masa. sebab pergi 2 kereta, jadi takde masalah lah kat situ, kalau apa-apa hal berlaku kat tengah jalan, boleh lah back up ke ape kan..

alhamdulillah, kereta tu boleh lah jalan, singgah batu pahat dan terus balik ke bangi.

memang perjalanan satu hari kat jb tu takdelah jalan sangat pun. setakat pergi lhdn untuk cop setem dan terus pergi u.tm. mak nak pergi JPO pun tak sempat..

jadi selepas seketika menggunakan kereta tersebut, hari khamis tu kereta bunyi lagi bila matikan enjin masa aku nakisi minyak. sampai rumah bunyi lagi sebab tengahari tu tak adala bunyi sangat. lepas tu azmi tambah air lagi dan okay balik..

sampai bila kan?

nampak sangat orang bengkel tu tak betulkan sehabisnya..

aku bukan reti sangat bab-bab kereta ni.. tapi yang azmi bagitau, memang radiator tu air menitik. walaupun tak banyak but still..

kena betulkan jugak no matter what.. problem bising masa berhenti tu pun satu hal jugak, itu memang sebelum accident dah buat hal.. sekarang makin kuat pulak bunyinya..so azmi dah buat appointment dengan proton hujung bulan ni untuk check dan betulkan...

masalah betul kereta proton ni..aku yang bawak kancil setakat ni alhamdulillah takde apa benda pelik berlaku.. kecuali sekali tu azmi bawak kancil pergi kerja, rosak kat trafik light depan rumah ni hah. just tuka ape kemenatang tu tah, baru elok..tapi nampak sangat kan, kancil sayang aku lebih, punyelah lama aku bawak kancil, sampai ke tangan azmi, rosak..hahahaha...

tapi takpelah, dah nak buat macam mana.. azmi je la depress lebih sebab kena deal sana-sini, duit keluar pulak tu, kalau duit masuk tak pelah jugak...

so perihal exam pulak, hari ni, sabtu, aku ada exam research methodology. soalan objektif, 30 soalan, satu jam. aku dengan tak tau apa nak study nye, dengan keep on ranting about betapa tak logiknya bila subjek ni pun kena ada exam, memang separuh jugak tak dapat jawab dan bantai #jujur. tapi tak pelah, aku dah malas nak layan dan fikir.. huhuu.. lama dah kot tak masuk dewan exam.. tadi pun tengok ada jugak yang tua-tua sikit dari aku masuk exam, so aku pun tak delah rasa pelajar paling tua kat situ...hehe..

okay that's all..

ps: sejang kebelakangan ni, supervisor sangat menumpukan perhatian pada aku, good thing, but the bad thing is that, aku kena gandakan usaha aku dan masa aku.. penat sangat... sekarang pun ada kat lab sebab nak setelkan kerja..


Tuesday, January 8, 2013

resolution 2013

dia ada part 1 and part 2, aku terus lompat part 3.. 

however, alhamdulillah, duit scholar dah dapat, jadi aku akan potong nombor 14. tapi aku akan risau part itu kalau aku akan terus bekerja lab sampai sem 7, 8, 9 atau 10.. sem 10 = 5 tahun.. not good...noooooot goooood...

and i do get nightmares of my supervisor, and no 20 pun ada kena mengena dengan aku.  aku harap aku boleh menghadapinya. and i do follow phd jokes untuk mengenjoykan diri.. huhu.. 

ps: sekarang aku rasa aku sangat lambat buat kerja. its just that i dont know how to manage myself. nak kata aku ni bebal, almost 3 tahun kot aku dalam field 'molecular biology' sepatutnya lagi hebat dari 'cell biology'..tapi tetap rasa bengap.. huuhuu..

Monday, January 7, 2013

juara lagu, mood bercinta dan beg kecil

assalamualaikum

tengok juara lagu semalam? aku rasa topik hangat hari ini mestilah juara lagu..dan semalam pun ada bola juga ya? nasiblah siapa yang kena rebut remote control tv dengan laki sebab laki i tak tengok bola.. lagi rela teman bini tengok muzik-muzik..eh..

sebenarnya aku pun bukannya excited sangat nak tengok juara lagu. plus, sempat pergi alamanda and econsave untuk beli barang sikit dan konon nak singgah uptown kajang tapi azmi terus kata "nak tengok juara lagu tak? kalau tak lambat nanti..." saje je kan, nak umpan bini. aku pun fikir, benda uptown ni hari hari ada. juara lagu setahun sekali je...

hehe..

so semalam, lagu terukir bintang menang.. yey untuk yuna! sebab aku suka yuna, aku seronok sangat bila lagu yuna menang.. kalau nak ikutkan memang semua hebat-hebat belaka..aku sempat tengok starting dari lagu amy search dan hazama. dan tak sempat tengok aaron aziz dukung adira...huhu..

dan persembahan masing-masing pun best sangat..terhibur jugaklah aku tengok. dan lagi satu, kalau kita tengok lagu zaman sekarang kan, jenis yang relaks je, takdelah nak jerit-jerit sakan sangat, takdelah nak meriah-meriah sangat.. orang sekarang suka lagu santai dan menghiburkan..

dan lagu yuna terukir bintang sangatlah santai, menghiburkan dan sangat-sangat menaikkan mood cinta..aku rasa sebab tu juri jatuh cinta kot terus bagi lagu yuna menang kann...

vokal terbaik dimenangi oleh hafiz, persembahan oleh black dan malique which malique digantikan dengan r.j dan persembahan mereka memang uniq sangat dan aku suka.. tempat kedua ialah azlan and the typewriter dengan lagu idola, which aku rasa memang mereka deserve a spot untuk top three. dan tempat ketiga pun hafiz jugak dengan lagu ku akui..

dan tahniah tahniah lagi sekali untuk yuna dan AIZAT yang memang cool gila bawa lagu terukir bintang, yang mana aku tertunggu-tunggu jugak siapalah yangmenggantikan yuna ni..dan aku memang tak sangka lah yang seorang lelaki yang akan nyanyi lagu ni sebab ni lagu perempuan kan.. tapi bila aizat nyanyi,, perrrrgh caiyaq jugak hati tengok abang kumih nipih nyanyi sambil pegang mug.. tapi still, aku suka yuna nyanyi lagi sebab suara dia uniq dan best...



by the wayy.....

semalam juga, pagi tu sebab aku boring sangat tak ada kerja dan kemah keming rumah aku, aku terjumpa balik beg mng buruk aku terperosok dalam palstik... sebab sayang sangat aku pada beg ni, maka aku cuba untuk membuat transformasi dari ini;


ke ini;


yours truly menjahit sangat gigih sampai bengkak jari taknak membazir punya pasal.. aku ni kalau nak buang beg macam gitu sahaja pun boleh nangis dibuatnya sebab ada sentimetal value banyak..so with this aku rasa aku takkan menyesal lagi untuk buang beg lama yang buruk.. dan lepas ni mungkin aku boleh buat dan jahit lagi beg-beg kecil sebagai penyemak rumah..hehe.. 

okaylah, sekian buat kali ini..

happy monday and bye!

Friday, January 4, 2013

a book

cepat betul masa berlalu. besok dah hari sabtu ya'll! happy weekend semua.. enjoy your holidays...

great book i read recently;

you're (not) the one.

nice!




Wednesday, January 2, 2013

start your new year with..

assalamualaikum...!

nampaknya tahun 2013 ni tak sabar-sabar nak menjengah membuatkan yours truly rasa kecut perut gila babi sebab tak lama lagi sem 2 dah nak habis...

sem 3 pulak lepas niiiii!! why oh why masa cepat sangat berlalu.. i hope that 1 sem can equals to 1 year, baru best..

as for your information, you have 6 semesters to finish your phd. 6 sem is not long you know. tengok macam aku, sekejap je dah nak masuk sem 3..huhu...

besides counting up the semesters, your truly juga cuaklah sebab if you already in semester 2 and you have already publish 1 journal, that is supercool sangat! jadi boleh lalalala gembira dan takde rasa cuak. but if you have just a little progress on what you do, memang agak-agak habis di situ.. cuaklah, sedihlah, rasa macam nak bermalam kat lab pun ada..

if...

i said if lah kan.. tempat ni tak bersaka, for sure aku rela sangat tidur kat lab and buat kerja tanpa henti..

if je lah kan..

mane berani woi buat kerja malam-malam buta kat sini takot woo.. same goes to utm. sama je lab dia.

menggerunkan..

and whylaaaaah tempat-tempat lab maca ni mesti nak buat kat tengah hutan lah, di sekeliling tempat sunyilah, tempat berpuaka lah.. labwork is a 24-7 work..buakn macam kerja office biasa..

okay, back to new years days...

hari ni kan first day masuk kerja di tahun baru. i got a call from my sv's PA. katanya prof nak jumpa aku today at 11.30 am..what a day to start your new year. dont get me wrong, i love my svs. its one of the 'must do' in phd, you need to love you sv. nasib baik jugaklah dia enlightened a bit about what i'm working on. but dapat kerja tambahan tu perkara biasa lah. but still, aku rasa not that bad pun..

one thing about being a phd student is that, your supervisor can not hate you..kalau dia nak benci pun mungkin benci dalam diamlah..or unless you didn't do any work, and tak ada progress langsung. like my case today, dia kata 'progress yang bagus', at least I got 1 protein purified even though its not confirm yet. so okaylah. talk about benci, sebab tugas kau sebagai student, you need to discuss with him, ambil hati dan sebagainya.  kenalah jadikan supervisor sebagai seorang yang berfungsi. Alhamdulillah sepanjang hidup tak pernah lagi dapat sv yang garang dan suka marah. senior yang garang dan suka marah banyak..hehe..

and kebetulan jugak, waktu balik dari lunch terserempak pulak dengan sv lagi sorang. which he actually cannot attend our meeting at 11 tu because he has another meeting. discuss a little bit, pening sana pening sini then habis. and aku rasa pun okay jugak at least i meet both of them and discuss things.. i kind of miss seeing him actually. sv i cute tau! haha..

okay that's all for now. happy new year to everyone. hope you have a wonderful 2013. i hope i have one also..please..please...please....be nice.. its a good start i think.. mane tau this year dapat pergi osaka... mane tau..