Tuesday, December 31, 2013

2013 flashback

Assalamualaikum wbt. 

Ya Allah Ya Rahman. dah hujung tahun dah hari ni. besok bermulalah rutin baru, tahun yang baru, kehidupan yang baru. 

and be a fresh new human. 

hopefully. 

as for me, tidaklah se ecxited mana untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir tahun ini sebab banyak sebenarnya tak achieve. plus aku pun tak ada azam pun untuk di achieve awal tahun dulu. mungkin adalah, nak ada progress dalam phD. tapi woi lah general sangat.. 

tapi tak apalah, kat sini aku cuba senaraikan perkara-perkara best yang berlaku this year, kebanyakannya tak dirancang i can say, banyak jugak perkara best yang berlaku tahun ini. jom kita tengok. 

-pindah rumah baru

kami dah ada rumah sendiri, yey! Alhamdulillah, aku rasa ini lah perkara yang paling besar berlaku dalam hidup kami suami isteri. walaupun tak besar pun rumah, kami tetap bersyukur. rumah pun setakat ni okay. tak ada masalah yang besar, parking lot pon dah dibaiki saluran paipnya, dan dua hari lepas for the first time, pi try mandi kat swimming pool. hehe. Alhamdulillah..cerita home sweet home kat sini. 

-start a small business 

Ya Allah, ini pun salah satu perkara besar yang berlaku dalam hidup aku. terima kasih banyak-banyak pada kawan kawan yang sudi menyokong 'the basketiers' business plushies secara kecil-kecilan. Alhamdulillah sangat-sangat sebab kawan-kawan yang menyokong business aku. dan juga Projek mega luluzabi shawls tidak dilupakan! Ya Allah, alhamdulillah ini pun business yang aku join venture dengan dearest friend of mine DINA. terima kasih banyak-banyak Dina for making this dream come true. kalau Dina tak mintak aku jahit shawl ni, memang sampai ke sudah aku tak pandai jahit shawl. thanks again! cerita the basketiers kat sini, dan cerita luluzabi shawls kat sini. 

-conference and presentation

ahahaha.. ni masa bulan 8 hari tu. walaupun kalau boleh nak join banyak lagi conference, tapi yang sebijik ni, alhamdulillah dapat join walaupun result tak banyak. okaylah bagi aku. dapat makan kat hotel, boleh tengok research orang lain. and hopefully next year, i can join more conference and publish papers. cerita presentation kat sini. 

-vacation - perhentian island

and this year, aku juga dapat menjejakkan kaki ke Perhentian Island, and swimming with turtles, have fun di pantai yang putih bersih, food was great, view was gorgeous, and we stayed longer. selalunya satu malam je duduk, this time 3 hari 2 malam terus. memang super best! cerita perhentian kat sini.

-raya-raya rumah kawan -kawan

this year jugak dapat beraya rumah kawan-kawan seperjuangan masa sekolah dulu. kira ni first timelah aku ikut berkonvoi dengan azmilia, ina, yati and yah ke rumah kawan-kawan lama dulu. dan banyk jugaklah rumah terbuka kawan-kawan lama yang aku attend. macam small reunion gittew. cerita raya kat sini. 

-penang trip

this one pun the best in the world jugak! selama ni punyalah aku anti penang siap kata penang tak best, takde tempat nak jalan, jalan raya sesak. but this year, dengan segala perancangan yang dibuat, this trip is the best penang trip everrrrr...!!! terima kasih jugak pada azmilia and adam, yatie and ina untuk percutian yang superbest ini.. dahlah tak dirancang. mana boleh setahun dua kali jalan jalan besar ni! hohoho..cerita penang kat sini. 

-goldcoast trip with le hubby

trip to goldcoast ni pulak adalah trip yang dirancang lama. tapi tidaklah lama sangat pun, pakai living social punya voucher. so, masa tu birthday aku, aku paksa azmi ambil cuti walaupun 3 hb tu azmi masih lagi pergi office. but the trip was nice, kami dapat menikmati percutian romantik together, walaupun satu hari. seronok sangat. kena buat lagi ni percutian macam ni. hehehe.. cerita goldcoast kat sini. 

so aku rasa aku memang kena bersyukur amat-amat sebab diberi peluang untuk menikmati tahun 2013 ini dengan gembira. memang ada suka duka yang melanda, banyak juga yang duka (agaknya) tapi entah, somehow i couldn't remember any of it (try to be positive here, buang yang keruh, ambil yang jernih). walaupun hati ada sedikit duka untuk menghadapi tahun yang baru but, i try to be positive. 

i truly believe that year 2014 will be a blast one, much better than 2013, dan dilimpahi rezeki yang tak dijangka-jangka. dan untuk korang yang rajin singgah sini, the same doa goes to you. hopefully this year will bring luck and prosperous to us! 

ameen!

Saturday, December 28, 2013

can't help it!

assalamualaikum wbt.

tak boleh tahanlah aku..

kena tulis jugak kasi lepas ni.

the thing is that.

aku baru lepas tengok sikit ada satu cerita melayu ni.

aku sebenarnya memang cubalah nak menyokong cerita melayu kan. selalunya akan tak kan tonton kat pawagam tapi cuba nak tengok kat tv astro citra tu. cetain cerita aku masih boleh terima. tapi cerita yang aku tengok ni kan...

alahai..

konon nak memperkenalkan satu pendekatan baru. cinta platonik kononnya.

dengan lelaki perempuan berpeluk-pelukan. dengan tak ada motif cerita. dengan lelakinya ada hubungan gay dengan lelaki lain.

not sure what's the rating. hopefully bukan umum. sebab the kids will ask, 'mak, lelaki tu kenapa?'

or 'mak, lelaki dengan perempuan tak kahwin boleh peluk, cubit-cubit pipi macam tu ke?'

or 'mak, boleh ke perempuan perangai macam tu?'

or 'mak, boleh ke pakai skirt pendek nampak peha macam tu?'

dalam cerita tu, pelakon semua Islam, keep on saying 'Ya Allah, Astaghfirullah' tapi berpelukan, hampir berciuman, pakai skirt yang super pendek, akhlak tak semenggah. tak malu ke?

aku boleh bertahan tak sampai setengah jam. aku tak faham jenis orang yang boleh tahan tengok di panggung selama sejam lebih tu.

aku juga bukan nak banding, tapi sebetulnya banyak cerita dari barat yang lebih berbaloi untuk ditonton. lebih sopan pelakonnya, lebih labuh skirtnya.

lebih berobjektif.

of course lebih bermutu.

macam, pembikin filem malaysia ni macam nak pergi ke zaman dulu-dulu yang suka tunjukkan seks perempuan dan lelaki sebagai subjek utama.

padahal negara kita negara Islam.

aku cakap ni pun bukan untk semua cerita melayu. ada juga cerita melayu yang ada kualiti. cuma tak banyak tapi memang aku sarankan sangat-sangat yang kita patut boikot cerita-cerita yang tajuknya pelik-pelik dan membawa maksud yang pelik-pelik, atau jalan cerita yang pelik-pelik.

kalau nak tahu cerita tu pelik atau tak, boleh je tengok 'the making of' tu.

kalau pelik, janganlah pergi tengok kat panggung. dan tutuplah tv kalau cerita tu ditayangkan kat tv. janganlah bagi anak-anak tengok cerita yang pelik macam tu.

okay?

now, lets watch how to train your dragon.

Friday, December 27, 2013

the secret life of walter mitty

assalamualaikum wbt.

pernah tak kita rasa hidup kita ni sebenarnya membosankan; bangun pagi, pergi kerja, hadap jam, buat kerja, makan tengahari, buat kerja balik, balik kerja, hadap jam lagi, makan malam, tidur dan the cycle goes on. takut untuk mencuba sesuatu yang baru, takut nak ubah hidup, takut nak ambil risiko, takut nak bersosial, takut nak menghadapi dunia nyata.

kalau rasa nak ter'inspired' dalam hidup, dan suka tengok negara-negara cantik dengan ciptaan Allah Maha Agung, boleh tonton cerita 'The Secret Life of Walter Mitty'.

which i watched it yesterday. semangat tau, first day tayang dah pergi tengok.

so what is it all about?

cerita adalah mengenai Walter Mitty yang hidupnya sangat plain, dan selalu berangan sesuatu yang hebat berlaku pada dirinya yang mana semasa dia berangan tu dia lebih kurang 'zoned out' dan tak sedar apa yang berlaku disekelilingnya. Mitty seorang manager 'negative assets' di LIFE magazine, menguruskan negatif-negatif gambar yang dikirim oleh jurugambar untuk majalah tersebut, salah satu jurugambar terhebat untuk majalah tersebut adalah Sean O'connel. Segulung negatif sampai ke tangan Mitty, dan secara spesifik Sean meminta untuk menggunakan gambar dari negatif nombor 25 untuk muka depan edisi terakhir majalah Life. malangnya, negatif nombor 25 tiada dalam gulungan tersebut, jadi bermulalah pegembaraan Mitty melangkau ketakutan dan kebiasaannya untuk mencari Sean dan negatif nombor 25 dibantu oleh semangat yang dihasilkan oleh angan-angannya sendiri terhadap wanita yang disukainya, Cheryl.

the rest punya cerita, boleh tonton sendiri ye.

jadi untuk aku, aku memang suka sangat cerita ni, ia menunjukkan ciri lain Ben stiller yang lebih serius, pada masa yang sama ada banyak sebenarnya unsur humor yang kalau ingat balik boleh gelak balik. dan seperti yang aku kata tadi, pemandangan cantik salji memutih dan gunung-ganang tinggi menghiasi cerita yang oleh buat aku ternganga melihat kejadian Allah yang mencipta bumi.. Dan buat kita terfikir sejenak betapa cantiknya perancangan Allah itu, walaupun ia hanya satu cerita; boleh juga menyampaikan mesej yang segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika mahu sesuatu just go for it, jika hati kata ya, maka ikut kata hati. who knows that we actually can live an extraordinary life, which is for sure will not be regretted.

it is really about LIFE.

kalau tak suka cerita about life, i'm not recommending this to you because this movie is a bit bland, but for me it is still okay. azmi did not sleep during the entire film, so i think its okay. but a couple beside us 'pergi tak kembali' after half of the film, so it depends really. like i said, this story is about life. kalau jiwa adalah jiwa action dan rempit, this not for you.

okay, itu saja movie review kali ini. siapa yang tengok, boleh lah share korang punya pandangan pula.

Tuesday, December 24, 2013

home binder untuk tahun 2014

assalamualaikum wbt.

mari sini dekat dekat mari mari lai lai lai!!!

blog susun atur sioca yang dikelolakan oleh fizah ada membuat jualan organizer yang menarik hati tau! first time tengok terus suka, warna-warni dan yang paling best, memudahkan kita para wanita jelita ini untuk lebih organize. konsepnya, setelah bayaran dibuat, fizah akan email template ini untuk kita print sendiri. okaylah kan, bukan senang nak buat design comei-comei cenggini kan.

so meh aku kongsi gambar sikit untuk organizer ini; fizah, mohon share ye..









yang paling best, ada ruang untuk perancangan 12 tahun akan datang! ha kau, 12 tahun siap..



so, apa tunggu lagi, jom  pergi beli sekarang! harga hanya rm10, kalau share and promo boleh dapat potongan harga 50% siap. oh untuk maklumat lebih lanjut, boleh terjah blog fizah susunatursioca ni.


tahun baru bakal menjelma, ape kes dengan azam tahun ni? dah tertunai ke?

assalamualaikum wbt.

dah rancang azam tahun baru 2014?

dah tertunaikah azam tahun 2013?

hahaahaahaaaaaahaaaaaaaaa.......

aku tak gelakkan koranglah, jangan risau. aku gelakkan kat diri sendiri sebenarnya.

sebab aku sendiri pun tak ingat apa azam tahun 2013 ni, selain ada progress lab. tapi taulah.

nan hado.

tapi aku yakin, next year aku akan ada progress marvelous seperti yang aku tulis sebelum sebelum ni. (positive mode ON).

selalunya azam tahun baru yang biasa kita dengar adalah nak turunkan berat badanlah, nak solat awal waktu, nak jadi kaya, nak timang anak, dan macam macam lagilah.

macam aku kata tadi, aku lupa azam tahun 2013 aku. sebab selalunya, takkan tercapai sebab mungkin tak fokus sangat pon, walaupun dah berazam. huhuu.. kadang-kadang ada jugak azam nya, tapi selalu buat bukan time tahun baru. kadang kadang start bulan feb, atau bulan march, atau bulan-bulan lain, atau start masa hari jadi, atau tahun maal hijrah.

so aku ada jumpa link best untuk naikkan semangat buat azam tahun baru.

bak kata blog ni, instead of kata aku nak turunkan sepuluh kilo this year, better berazam something yang, aku nak makan sayur hijau hari hari. tu contoh lah.

be different sikitlah kan. so that boleh tercapai cita-cita aku nak menjadi seorang yang sihat luar dalam.

ye, aku berazam nak makan secara sihat. tapi dah start dari bulan lepas lagi.

dan aku berazam nak memperbanyakkan progress research aku.

grad; tu azam tahun 2015. hehe.

dan aku nak mempositifkan diri aku, first step aku dah start since last week; iaitu beri kata kata semangat kat kawan aku, laz, yang ada kat york, uk. so that, kami sama-sama semangat untuk teruskan perjuangan kami menghabiskan target kami untuk jadi research fellows di masa hadapan. chewah.

so kalau nak tahu tentang lebih lanjut and termotivate untuk buat azam tahun baru, terjah link bawah ni.

http://www.abeautifulmess.com/2013/10/four-simple-goals-before-2014.html

adioss!

Sunday, December 22, 2013

dare to fail. jadi kalau fail pmr pon, rilek brother, brother rilek...

assalamualaikum wbt. 

aku terserempak dengan artikel ni dekat facebook. aku rela je kongsi kat sini dari kongsi balik kat facebook sebab takut tak betul je kan fakta ni. tapi ape de hal kalau tak betul? buat buat betul je lah kan, sebab benda ni menaikkan semangat ape. 

cakap mengenai kegagalan, memang betul pon, kegagalan tu bukanlah satu pengakhiran. mana tau boleh jadi macam beethoven walaupun dikatakan sebagai bodoh sangat memang tak boleh belajar (translate: too stupid too learn). 

and result pmr pun baru keluar kan, dah banyak kali aku post kan mengenai kalau gagal jangan sedih. its not the end of the world. teruskan usaha, cari jalan lain, dan do what you love. :) lainlah kalau tak usaha kan. dah usaha jugak tapi cannot go. mungkin itu bukan jalan kita. ;)

so benda ni untuk aku jugak, sebagai pedoman hidup selain ayat al-Quran. hehe. sebab aku fail banyak kali. fail interview banyak kali, fail buat lab banyak kali, fail untuk dapatkan kerja baik banyak kali, government sector tak nak ambik aku kerja pun dah banyak kali. tapi untuk aku semua tu bukan failure, tapi semua tu cabaran untuk aku menikmati hidup aku. kalau hidup ikut templat je buat ape kan? bukan best pun. kena ada cabaran sikit. baru ada modal nak cerita kat orang, dan inspire orang lain, untuk terus usaha walau sesusah mana pun hidup kita. dan aku pun tak kata hidup aku susah, cuma tak ikut templat hidup sempurna orang lain, hidup yang dijangka oleh orang lain. 

okay dah, penat aku bebel panjang. marilah baca karangan di bawah bagi menjana kehidupan yang lebih berkualiti;

Failed too many times?

FAMOUS FAILURES

He didn’t speak until he turned 4, and didn’t read until he was 7. His teachers described him as slow, mentally handicapped, unsociable and adrift forever in foolish dream. He was expelled from school and was refused admittance to the Zurich Polytechnic School (Albert Einstein)

He gave up on having a medical career and was often chastised by his father forbeing lazy and too dreamy and he would amount to nothing and would be a disgrace to himself and his family (Charles Darwin)

His teachers told him he was "too stupid to learn anything." He was fired from his first two jobs for not being productive enough. He made 1,000 unsuccessful attempts at inventing the light bulb (Thomas Edison)

Completely deaf, he was incredibly awkward on the violin and was often so busy working on his own compositions that he neglected to practice. His teacher called him "hopeless as a composer" (Beethoven)

He went to war a captain and returned a private, his fiancé died, he failed in business, had nervous breakdown and was defeated in 8 elections (Abraham Lincoln)

Initially rejected by Hollywood studio executives because they felt his act was nonsense (Charlie Chaplin)

He was fired after his first performance and was told "You ain't going nowhere, son. You ought to go back to driving a truck." (Elvis Presley)

He was fired from a newspaper for "lacking imagination" and "having no original ideas". He started a number of businesses that didn't last too long and ended with bankruptcy and failure (Walt Disney)

His early businesses failed and left him broke five times (Henry Ford)

Was turned down by Toyota Motor Corporation for a job after interviewing for a job as an engineer, leaving him jobless for quite some time (Soichiro Honda)

He drove across the country in his van and slept in it while searching for a restaurant who would take his fried chicken recipe. He was rejected 1008 times before a restaurant took it in. (Colonel Sanders)

At 30 years old, he was left devastated after being unceremoniously removed from the company he started. (Steve Jobs)

Rejected by a recording company, who said "We don't like their sound. They have no future in show business" (The Beatles)

His band got booed off stage when opening for the Monkees and were then dropped from the tour (Jimi Hendrix)

Dropped out of high school. Came back to a learning disabled class where he lasted a month. Rejected from the University of Southern California School of Theater, Film and Television three times. (Steven Spielberg)

Was fired from her television reporting job as she was deemed “unfit for TV” (Oprah Winfrey)

His first book received 30 rejections, finally causing him to give up and throw it in the trash before his wife fished it out and encouraged him to resubmit it (Stephen King)

Broke, severely depressed, divorced, had to raise her child on her own and was on welfare.12 publishers rejected the manuscript. (J.K. Rowling)

A high school dropout, whose personal struggles with drugs & poverty culminated in an unsuccessful suicide attempt (Eminem)

After being cut from his high school team, he went home, locked himself in his room and cried (Michael Jordan)

At 11, he was cut from his team after being diagnosed with a growth hormone deficiency, making his size smaller (Lionel Messi)

IF YOU'VE NEVER FAILED, YOU'VE NEVER LIVED.

Thursday, December 19, 2013

berusaha bersungguh-sungguh dengan tempoh usaha satu tahun

assalamualaikum wbt.

perkara megupdate blog seminggu sekali adalah sangat rare sebenarnya. tapi percayalah, aku kini hanya update blog seminggu sekali dan sebabnya adalah, aku tak ada banyak idea nak rambling and aku sedikit busy. ingat post pasal hati patah? nak link pun malas gila sekarang ni sebab boleh update ringkas-ringkas sebab nak balik.

ye, sejak hati patah dari minggu lepas, aku sudah mula merajinkan diri untuk memajukan peribadi. memajukan peribadi kau karangan spm sangat. ye, itulah yang aku buat. aku bergelumang dengan paper, menghadap bioinformatic tools yang tak pernah aku fahami dan menjamu mata dengan data yang pening. aku rasa, dalam 2 tahun lebih aku kat sini, memang 2 minggu ini adalah dua minggu yang paling progress untuk aku, dan paling rajin untuk aku.

dan dua minggu ini jugaklah aku dah menangis macam orang putus cinta dalam kereta, on the way pulang sebab memikirkan apa akan jadi pada aku tahun hadapan sebab ia tahun terkahir aku. walau aku boleh extend, tapi hey, siapa mahu extend kan? kalau boleh biarlah habis cepat. journey ni tak susah, aku yang buat dia susah. tapi aku kena mempositifkan diri.

so hari isnin hari tu, aku tunjuk progress pada sv yang aku sakit hati sangat tu tapi tak sakit hati dah sebab sebenarnya dia concern. but i dont mind really, macam aku cakap sebelum ni, walau hati patah, aku kena terima juga sebab bila benda tu berlaku, aku baru jadi rajin dan progress pun okay. kalau tak, sampai sekarang aku masih melagha update blog dan melayari facebook. that's not a true journey of phd really. bak kata akak senior aku masa aku undergrad dulu (masa tu dia master) kalau tak nangis tak grad. so aku pegang kata-kata tu.

unddergrad, aku pernah menangis jugak walau hati keras macam batu.master, aku tak ingat sangat mungkin kerja sedikit mudah. phd, itu biase kot.

perjalanan yang aku hadapi ni memang susah, ada sedikit menyesal sebab aku ambil bidang molecular biology untuk further study. bioprocess engineering looks more convincing and quite promising untuk grad cepat. tapi tulah, i was just go for it. tapi nak sesal sekarang tak berguna juga. at least i learn something new. good thing lah kan, aku suka belajar benda baru.

so that's all for now, i need to fetch my husband. hujan lebat sekarang ni. bahaya untuk penunggang motor. hehe. bye, i'll see you around.

Wednesday, December 11, 2013

walau hati patah sikit, tapi kena tabahlah

assalamualaikum wbt

ingat malas nak bersosek-sosek dengan kesedihan. dan lepas hantar email untuk mintak quotation tadi, diri ini berharap sangat dapat apa yang dihajati. sebab hari isnin hari tu, isnin yang baru ni, sesuatu telah berlaku dan aku patah hati.

ewah. patah hati lah sangat kan..

the thing is that, aku kena bash dengan supervisor aku. itu saje. no big deal. tapi for the first time in this year, aku rasa diri ini telah terluka dan dilukai. tapi tak pe. aku perasan kuat. i see it in a good way walau sepanjang perjalanan balik dan sepanjang hari dari hari kejadian, aku menyibukkan diri dengan kerja kerja yang sepatutnya aku buat so that aku ni termotivatelah kononnya. aku juga sedang cari sumber untuk lepaskan kemarahan aku masa tu. tapi sekarang dah okay, yesterday memang disaster. nak gelak pon takde mood. haha. hebat tak penangan kena bash itu?

macam yang aku cakap tadi, mula-mula aku memang rasa marah. masa aku dibash tu, aku marah, kalau aku marah dan tahan marah, air mata rasa nak menitik sebab masa tu aku tak da kuasa nak marah balik, jadi tu jelah lubang untuk aku lepaskan kemarahan aku, air mata.

lama-lama jadi air mata sedih, tapi aku macho. mana boleh sedih-sedih kan. orang lain cabaran belajar diorang tinggi. yang bawak laki and anak, yang beranak masa belajar, yang mengharung salji dan ribut. memang hebat dugaan, tapi seronok ape duduk negara orang. at least ada motivasi.

macam aku yang tak ada motivasi ni entah nak pergi mana entah. padahal bukan ada anak pun. tak mencabar langsung kehidupan. duduk malaysia pulak tu. tak pernah merasa duduk negara orang. sorang-sorang kawan-kawan ke oversea untuk sambung belajar. aku je yang duduk sini sambil jeles menghadap facebook. tak de motivasi (aku yang tak ada motivasi).

jadi macam mana? sekuat mana pun pemikiran positif aku ni, yang konfiden gila akan habis buat semua lab pada march 2015, dan membayangkan diri pakai beret di hari graduasi pada tahun 2016 (paling lambat), still ada orang tak puas hati. takkan lah aku bodoh sangat nak memperjudikan hidup aku macam dia kata? takkan aku bodoh sangat taknak graduate setelah hampir 4 semester aku berfoya-foya sambil nervous bila bila aku boleh drop out?

tapi Allah itu maha kuasa. this is the process. sebab aku nak graduate on march 2015, Allah bagi aku jalan dengan memberi ilham pada sv aku untuk bash aku depan semua orang (gaya macam memendam perasaan sangat beliau tu). supaya aku tersedar. kalau tak, takdenye aku nak datang lab waktu cuti-cuti alam macam ni. dan supaya aku terus yakin dengan perjalanan aku yang sipi-sipi nak jatuh sipi-sipi nak terlangkup ni.

haa, kan aku dah kata aku berfikiran positif tu.

haih.

Stay away from Anger. It hurts ..Only You!
If you are right then there is no need to get angry..
And if you are wrong then you don't have any right to get angry.
Patience with family is love..
Patience with others is respect..
Patience with self is confidence and Patience with GOD is faith..
Never Think Hard about the PAST, It brings Tears...
Don't think more about the FUTURE, It brings Fear..
Live this Moment with a Smile, It brings Cheer..
Every test in our life makes us bitter or better,
Every problem comes to make us or break us,
The choice is ours whether we become victims or victorious.
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful..



Wednesday, December 4, 2013

poskan doa untuk semua umat manusia

assalamualaikum wbt.

seperti yang sedia maklum, sekarang ni musim hujan, dan di negeri di sebelah pantai timur dah mula dinaiki air. jadi aku kat sini nak menyeru pada semua yang baca blog ni, untuk sama-sama doakan supaya mereka tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran musim tengkujuh ni. aku tahu mereka kuat, mereka boleh menghadapinya dan kita yang jauh ni boleh kirimkan doa agar mereka terus kuat dan bersabar.

dan kita juga kena sentiasa bersyukur ke atas apa yang telah diberi dan dianugerahkan pada kita. kat sini, paling kuat pun kena hujan. kalau lebat, tak keluar office atau pakai payung. balik rumah naik kereta dan sampai rumah tengok tv. kalau astro tak ada sebab hujan pun boleh layan perasaan atau tidur dengan selesa.

jadi syukur dengan perkara yang Allah dah beri pada kita dan jangan lupa doakan untuk mereka yang tak dapat nak duduk rumah sendiri di tilam empuk.

dan minggu ni banyak juga berita yang kurang baik aku terima, kawan selamanya, azmilia warded dan anak kepada kawan aku ika juga warded sebab ada lung infection. alhamdulillah si kecik aimy tu dah keluar hospital but need full attention from the mum. and for my friend, aku harap kau cepat sembuh dan aku akan cuba kuasa minda aku untuk imagine kau sihat sepenuhnya dan boleh aktif dan jalan-jalan dengan gembira seperti sedia kala. bak kata adam, aku kan dewata. wish do come true. so aku hanya mintak je. heh. memang semua orang tahu kau seorang yang hebat, perhubungan kau dengan manusia sangat hebat, maka InsyaaAllah Allah pasti grant you the best place, jannah. itu doa aku untuk kau. All is well bak kata amer khan. (i know you reading this, and u know i'm not good in expressing spoken words jadi aku tulis sini. :))

aku doakan yang baik baik buat kalian, think positive, and happy always.


Friday, November 29, 2013

wide shawl i'm in love

assalamualaikum wbt.

sesajelah aku nak mengupdate pasal diri sendiri and lulu zabi shawl sebab lama sangat dah tak post blog. i am missing u so i update okay.

so, untuk kali ini, aku nak promote lagi lulu zabi shawl yang mana sekarang ni kita dah jual wide viscose shawl ya'll!

and we sell it for rm25/pc without postage. hari tu dina my dear business partner ada buat promotion for october month, which beli 4 dapat percuma 1 shawl. how cool is that?! so sekarang ni nak masuk bulan disember kan, silalah tunggu. akan ada lagi promotion best macam ni.

so wide shawl tu menatang apelah pulak nye kan?

this is me, wearing wide shawl from lulu zabi.




silalah abaikan muka gedebok tu ye. yang pasti this kind of shawls are the best i've ever had so far. betapa bestnye, sebab tak payah gosok, and of course easy to wear. senang betul pusing-pusing. if you guys nak tengok tutorial, boleh je tengok kat youtube and search, wide shawl. haaa, akak dah bagi link tu, boleh klik je kat situ. macam-macam style ada tau. even kalau korang in facebook and instagram and follow us there pon kami ada sediakan tutorial. 

so girls out there, silalah terjah luluzabi shawls untuk update korang punya tudung wardrobe tu, mari penuhkan dengan wide shawl cantik cantik dari kami. 

facebook: Lulu Zabi
instagram: luluzabi

tata!

Sunday, November 24, 2013

aku sedang cuba untuk digest balik apa yang aku dah buat selama 2-3 tahun ni.

assalamualaikum.

tajuk dah menerangkan segalanya. jam dah menunjukkan pukul 2.08 minit pagi. pagi. masih belum tidur. kesilapan utama; fikir pasal kerja.

memang silap besarlah sebab terfikir pasal kerja. apabila terfikir pasal kerja, terfikir mengenai apakah pencapaian yang telah aku kecapi selama ini?

aku terlalu gembira untuk menikmati hidup dan cuba untuk simpan duit biasiswa sebanyak mungkin bagi menghadapi hari tua. entah mengapa, aku rasa aku akan 'extend' pengajian aku.

dina kawan aku tanya, "kenapa nak extend?" well simple yet thinkable. kenapa pulak nak extend?

banyak benda bermain di fikiran. adakah kerja aku ini cukup, masih boleh ditulis dalam dissertation? hasil boleh lebih dari master?

memang silap besar fikir pasal hal ni semua di waktu hening begini. walaupun aku cuba untuk berfikiran sepositif mungkin.

ya aku cuba untuk target habis pada tahun 2015. malah berdoa dengan bersungguh dan yakin mengenainya.

buku the secret kata kita kena percaya.

tak kisahlah apa jua yang terjadi pun dan nampak tak logik untuk habiskan pada tahun 2015, masih kena percaya.

jadi aku percaya. like the book said, let the universe do it for you.

jadi sekarang aku ingin cuba untuk study yang study. harap boleh tidur lepas ni.

allahumma bismika ahya wa amut.

Thursday, November 21, 2013

MBTI personality test

assalamualaikum wbt. 

hola lovelies! lama sangat tak bersiaran ni. tak ada idea nak menulis sebenarnya, dan tak ada aktiviti yang menarik sepanjang minggu. last week pun duduk rumah je kot. eh yeke? entah tak ingt. haha. yang pasti last weekend memang totally duduk rumah senyap senyap and enjoy our life at home. bukan senang nak dok rumah laki bini ni. hehe. 

oh ye lah, last week abah datang dengan mirah gedik bermalam satu malam kat rumah. pergi pasar malam the best in the world, lepas tu besok nya ajar budak kecik u bawak kerreta. Ya Rabbi kalau aku ni memang pengajar bawak kereta, habis budak-budak pekak sebelah telinga sebab aku hilang sabar dan jerit-jerit ni. hai, masuk gear pun tak tau keeeee???!!! sakit jantung. 

oh tadi sempat blogwalk, sweet tooth ada post pasal personality test. aku, memang suka buat personality test konon tak tahu personality dirilah. tapi kadang-kadang suka nak tengok kita ni jenis yang macamana base on test yang kita buat. ni pun aku baru tahu dari sweet tooth test MBTI ni. ni first time aku buat. thanks sweet tooth. boleh tengok sweet tooth punye test kat sini base on harry potter MBTI chart. menarik nya!

bila aku dah buat MBTI test ni, aku adalah spesies;

ENFP - "Journalist". Uncanny sense of the motivations of others. Life is an exciting drama. 8.1% of total population.

journalist ya'll. 

one thing about personality test ni adalah, bila dapat result tu, agak mengecewakan. bukan kecewa sebab result tu salah, kecewa sebab result tu betul and definitely i'm not on the right track. for instance; i am so called a researcher now, tapi tengok lah result kat atas tu. a journalist kot! i'm not supposed to hold pippette and do DNA extraction! haha drama sangat. 

and according to harry potter MBTI chart, i am RON WEASLEY! ron weasley, my favourite. hehe

so, i searched more about ENFP which stands for E; extraversion, N; intuition, F; feeling, and P; perceiving.

this one i got from here

ENFP Warmly enthusiastic and imaginative. See life as full of possibilities. Make connections between events and information very quickly, and confidently proceed based on the patterns they see. Want a lot of affirmation from others, and readily give appreciation and support. Spontaneous and flexible, often rely on their ability to improvise and their verbal fluency.

ok that's all. see you in next entry.

Wednesday, November 13, 2013

hey smart phones!

assalamualaikum,

watch this video, kalau ada rasa macam benda ni takkan mendatangkan masalah now, or in the future, means that there's something wrong with you.



bila tengok je video ni, aku dapat relate dengan diri aku sendiri, where usually the two of us, husband and wife selalu sangat menghadap smart phone masing-masing and can't stop doing it! i even do it before going to bed and elok lepas bangun, just to update myself with everything!

dan selalunya dalam restaurant, kalau kita pergi makan, we can see a family yang parents each main phone, the kids got their own tablet, and no conversation. sambil makan still the phone kat tangan, and even habis pon still keep on staring at the phone.

and if we attend any occasion, we tend to record the moment through our phone. dan tak enjoy the moment tu secara life. we have the chance to see our favourite singer life in front of our eyes, yet, kita record and rather seeing them on the small screen. tak ada eye contact, sebab ada barrier, which is our smart phones.

sad kan?

as for me, sama je macam yang aku cerita kat atas tu. before going to bed, lepas bangun tidur, and i was thinking Ya Allah bestnya kalau aku treat AL QURAN al karim macam ni. read it before going to bed and bila celik mata lepas bangun tidur. I even have apps for quran reading. but nope, syaitan tu bijak suka tarik-tarik hati untuk jangan buka walau benda tu ada depan mata.

but i try my best not to take out my phone during dinner and lunch. when with friends, bila tengah makan, when we are having fun, bila tengah bercuti, might take few pictures for memories, and when we have friends beside me. tapi tulah, kadang-kadang tewas jugak sebab godaan ini sangat dasyat! even researcher pon kate phone addiction ni lagi dasyat dari drug addiction.

i will try my best not to let this phone controlling me.

so frengs out there, cherish the moment. live life to the fullest, talk to your friends, enjoy the show with your own eyes, rasa rumput dengan kaki, sentuh bunga dengan jari, cakap dengan kawan kat depan mata, share the moments together.

adios amigos.

Thursday, November 7, 2013

penang getaway - part 2

assalamualaikum wbt. 

sambungan daripada post ini, perjalanan kami bersambung pada keesokan harinya!

hari kedua ni tak banyak sangat tempat kami pergi sebab nak balik awal ke kl, dan bergerak pun sangat lambat (note: insidious sampai pukul 3 pagi). jadi main point utama untuk sambung pencarian kami di penang street art sebab the day before tu hanya beberapa ketul je jumpa. but this time, kami pergi naik kereta untuk menghabiskan misi. 

sementara tu jugak, sempat kami singgah di owl shop berdekatan dengan mural "reaching up" dan masjid acheh yang aku beritahu sebelum ni. hari sebelumnya aku and yati dah singgah kedai ni untuk beli beberapa barang kat situ. jadi hari kedua datang lagi, kali ni azmilia and ina join sekali. 

tak dapat nak dibendung ketembamam ni. haha.

comel gila tau kedai. ada jugak beberapa kedai comel yang tak sempat kami singgah macam kedai jual mainan antik, muzium kamera dan beberapa kedai cina lain. suasana ada sedikit macam jonker street melaka. okay, ayuh sambung misi pencarian!

my favourite - "reaching up"
"little girl in blue"
okay, now macamana ahkak nak berdiri atas buaian ni, any idea? 

us being crazy with the basketball mural
us at chew jetty with "children in a boat" painting. 
note that kebanyakan paintings pun dah dimakan masa walaupun baru setahun lukisan-lukisan ini dilukis. contoh macam children in a boat dekat jetty ni memang dah tak berapa nampak sangat dah, the old man, and little boy with pet dinasour, makin lama makin pudar. jadi, kalau nak menyertai salah satu lakaran sejarah, pergi cepat-cepat sebelum lukisan ini hilang. 

eh kejap, pi penang tak pekena nasi kandaq ka? 

of courselah kena rasa! walaupun hari pertama pagi tu sebenarnya kami dah kena dah pun nasi kandaq kat butterworth, this time kami terjah original kayu nasi kandar terbaik punya di bukit jambul bayan lepas. bila teringat terus kecoq ayaq lioq ni hai! 

nasi kandaq satoo!
nasi kandaq aku letak ayam goreng panas, sotong kari and tahu dapat lah harga rm16. ina and yatie ambik udang, teruih kena rm20++. azmilia ambik ketam dapat rm16++. aku pon tatau macamana mamak ni kira. tapi memang nasi, kari sotong, ayam goreng memang favourite abadi aku.

so lepas makan, lebih kurang pukul 3 macam tu kami bergerak pulang ke kl.cumanya, tak sempat nak try char kwey tiauw best kat sungai dua nun. tapi memang trip ni trip penang terbest lah! lepas ni, memang boleh pergi lagi. yang gedik nya, kampung dekat sungai petani. lalu kot penang! hihi. 

itu sahaja trip singkat ke penang kami. 

assalaamualaikum..

Wednesday, November 6, 2013

penang getaway -part 1

assalamualaikum wbt. 

seperti yang tertulis di post ini, aku nak cerita mengenai trip pulau pinang yang super awesome! kalau siapa masih tak tahu pulau pinang kat mana, ia terletak di sebelah utara malaysia, melalui lebuhraya plus, perjalanan dari kl ke sana lebih kurang 4-5 jam mengikut kelajuan kereta masing-masing. ha, kau penang pun tak tau kat mana memang bukan orang malaysia, eh. 

trip ni pun tak berapa nak dirancang sebenarnya. selalunya azmilia akan tiba-tiba suggest dan terus setuju according to siapa-siapa yang free. so this time, azmi ada kursus kat lumut, so aku dapat ikut trip mengejut ni. tempat tinggal memang tak ada masalah sebab alhamdulillah cousin azmilia tumpangkan rumah kat butterworth! dekat okay dengan jambatan pulau pinang. so kami dah jimat kat situ. :)

kami bertolak pukul 10 malam dan sampai lebih kurang pukul 3 pagi hari sabtu. tidur dan sabtu pagi-pagi kami mulakan perjalanan!

hari pertama:

first stop, lepas sarapan di tanah besar, bergeraklah kami ke destinasi pertama, bukit bendera! atau mat salleh panggil penang hill. kalau tengok gps, silalah jangan percaya sangat sebab kadang-kadang dia akan bawak jalan kereta dari taman botani. boleh refer pada signboard yang ditunjukkan untuk naik kereta kabel yang terkenal tu! tips untuk parking di sekitar pintu masuk utama adalah, kalau menuju ke arah pintu masuk tu, ada satu lorong berpintu gerbang sebuah tokong di sebelah kanan. kat situ memang ada parking banyak untuk para pelawat. dan kalau jalan kaki ke pintu masuk tu pun tak berapa jauh. dari situ boleh nampak kereta kabel turun naik, dan kawasan pun cantik. boleh bergambar di batu yang tertulis 'selamat datang ke bukit bendera'.

the four of us; yatie, azmilia, azrina and yours truly. 
tambang ke bukit bendera adalah rm8 sahaja. sediakan sekali kad pengenalan dan kalau ada student card, lagi baik boleh dapat harga student yang hanya rm4 sahaja (pelajar universiti pun kira student ye)! kalau bukan waktu puncak memang tak lama beratur nak tunggu turn naik kereta kabel tu. kereta kabel sekarang pun laju tak macam dulu dah. koc adalah selesa, ada aircond dan laju. 

muka masing-masing teruja!
beautiful view from the top!
sebenarnya, main point untuk naik ke bukit bendera adalah untuk rasa abc sedap dan pelbagai kat atas ni! sekarang pun dah ada astaka bukit bendera dan boleh beli souvenir yang lebih murah kat atas tu. ada jugak cliff cafe yang jual  macam macam makanan macam char kwey tiaw dan makan goreng-goreng yang lain. tapi macam aku bagitahu tadi main point kami adalah ABC ye!

ABC bukit bendera!
selain ABC, ada jugak entertainment lain untuk keluarga, macam tangkap gambar dengan ular dan burung, ada taman periuk kera atau monkey cup, and naik buggy car jalan-jalan sekitar bukit bendera. kalau naik buggy car, satu kereta hanya rm30 sahaja. tapi okaylah untuk tengok apa yang ada kat sekitar. oh ada juga owl museum kat situ, tapi kami tak pergi sebab tak ada owl sebenar, hanya replika sahaja. macam aku kata tadi, kami datang sini sebab ABC! 

selepas selamat turun; with ina and yatie!
next stop is georgetown penang!

satu lagi sebab utama untuk datang penang adalah mencari lukisan dinding dan hasil seni di Penang Street Art di sekitar bandar Georgetown Penang. bagi yang suka bangunan-bangunan lama, memang sangat berbaloi kalau jalan-jalan kat sini sebab architecture nya sangat old school and cantik!

riang sangat ni!

"little children on a bicycle"

"boy on a bike






sebenarnya nak cari tempat -tempat ni bukanlah senang. kami siap download peta dalam phone untuk menjejaki karya-karya best ni. tapi, kami takde lah sempat pergi semua untuk hari itu, sebab panas dan penat. kami juga sempat singgah masjid lama acheh yang terletak betul-betul kat tengah bangunan-bangunan antik georgetown tersebut. surprisingly, masjid itu lengkap dengan telekung dan sejadah untuk kegunaan jemaah. memang masjid ini dijaga dengan baik. dan terasa nostalgia nya apabila berjalan di sekitar masjid ini. untuk freshen up pun boleh.

next stop; pasemboq padang kota!

pasembor kat padang kota ni memang terkenal sesangat lah kat seluruh malaysia. pilihan yang banyak walaupun agak mahal. tapi kalau tak try, tak syiok aa.. padang kota ni tak adalah jauh sangat dengan penang street art tu. tapi kalau gigih bolehlah kot nak jalan kaki.

tu diaaaaaaa!!! cuba cari azmilia tersembunyi. hehe.

ada macam-macam makanan lagi yang terjual kat sini, char qwey tiaw ada, mi sotong ada, sotong bakaq, kerang bakaq. tapi bare in mind yang food kat sini agak pricey jugak ye. and kalau nak ambil pasemboq tu, toksah ambik banyak sangat, satgi penuh 2 pinggan. haaaa...


total damage aku pun tak ingat berapa. tapi 2 pinggan pasemboq banyak gila tu lebih kurang rm60++. tapi kami dengan bangganya, dapat habiskan semua dengan gembira okay. 

next stop; fort Cornwallis

Fort cornwallis ni pun tak adalah jauh sangat dengan padang kota ni. kalau rajin dan ada masa, boleh round-round sambil main layang-layang kat tepi pantai on the way ke fort ni. sebab saje je nak tengok ada apa kat dalam fort ni, kami pun pi terjah sekejap. bayaran tak mahal; rm2 seorang tak salah aku. bolehlah untuk first timer. kalau dah banyak kali datang penang, tak yah pergi pun tak apa. hehehe.

ina and me
next stop; batu feringgi!

last time aku pergi ke batu feringgi tahun 2008 tak salah aku. masa tu, aku rasa night market dia biasa-biasa je. but this time, aku rasa night market feringgi ni memang happening gila! banyak barang-barang best yang dijual contohnya macam baju, set hiasan dinding, lampu hiasan rumah, cd dan dvd, seluar gobos, cenderamata yang boleh beli sekali banyak untuk makcik makcik kat rumah tu, dan macam macam lagi. memang happening habis. 

salah satu benda yang dijual. 
lampu gantung kat atas ni aku pernah terjumpa kat instashop lebih kurang rm37 tak salah aku untuk sejurai tu. tak termasuk pos ye! tapi kat sini, aku dapat rm45 untuk 2 jurai! panjang lebih kurang satu meter. so okay lah bagi aku yang bercita-cita nak letak lampu cantik ni kat balkoni.

sebenarnya, sebelum pergi mencuci mata kat batu feringgi ni, kami pergi singgah makan seafood kat area sini jugak. kat batu feringgi ni banyak sebenarnya tempat makan seafood, jadi boleh pilih yang mana-mana. kami tak survey sangat tempat makan seafood best, cuma berdasarkan pengalaman azmilia, kami pun pergi kat tempat ni. 


leisure boat cafe! 

kami tak berkesempatan nak pergi teluk tempoyak, tempat makan seafood best dan terkenal kat pulau pinang, tapi kat sini bagi aku pon not that bad lah jugak. bagi aku yang suka makan ni, memang tempat ni best dan sedap, walaupun tak ada ikan sebab masa tu kami macam last guest kat situ. tak sesak, dan cepat. tapi aku tak adalah recommended gila-gila ye. mungkin boleh try makan kat tempat lain and bagitau aku ye! plus, kami tak cukup masa! hehe. 

so, malam tu, lepas berjemba sakan kat night market tu, kami pun balik. sampai rumah lebih kurang pukul 12.30 am. guess what, aku, ina and yati boleh pulak sambung tengok cerita insidious 1, hasil rembatan kat night market tadi! memang plan kami kami nak tengok insidious 1 ni sebab kami ada rancangan nak tengok insidious 2 pulak lepas ni. orang kata, kena tengok nombor 1 dulu baru boleh tengok no 2 baru faham cerita. 

jadi malam tu pukul 3 pagi baru kami tidur dengan sangat nyenyak. 

sambung part 2 pula.  

Friday, November 1, 2013

penang getaway #1


ingat nak update pasal penang getaway. tapi too much picture to select and edit. nanti lah aku update. briefly, penang memang very nice, i think its the best penang trip so far sebab sebelum ni selalu pergi penang, cable car rosak lah, jalan jam teruk sebab adda perayaan lah, and end up duduk dalam kereta for hours! 

and last time i had a great time in penang was in 1999, a trip organized by cikgu hishamuddin for kelas hamzah, which i, si kelas umar pun join sekali sebab ada kosong. that one also best sebab semua tempat pergi plus, masa tu betul-betul baru lepas PMR. 

oh well, i cannot tell you guys everything here. tunggulah gambar siap pilih and edit then baru up post ye! 

till then, bye!

Thursday, October 31, 2013

congratulation friends!

assalamualaikum wbt.

musim konvo dah pun pergi sedikit demi sedikit. sepanjang-panjang aku berada kat bangi ni, tak pernah sekali pun aku pergi mana-mana konvo atau pesta konvo sekalipun. but this time, i have friends who graduating this year and i'm so happy!



recognize this face? she's my dearest friends azrina whom i share my ups and downs with. usually in research area. and i know her supervisor. we become close friend since i know she took biology course in upm and the rest is history. dialah pengapit, peneman majlis, dan rakan bercuti yang super duper best in the world! I am proud of you girl! aku doakan kau sambung oversea so that we the girls can plan a trip to visit u pulak. itulah harapan aku. heh. 



and this is my svmates in uni. cannot say labmates lah sebab aku buat lab kat tempat lain. but most of them are in the same lab. so they kind of very close. and the guy at the very right side of the picture is my sv yang selalu i umpat dalam blog ni. lol! but truly he's the best. when he came to celebrate our friends graduating, i know he is the best. so apa yang aku umpat previously harap dilupakan. haha. 

and laziana, the girl with the jubah konvo and and yellow scarf is my friend from school time in kelantan. tak sangka pulak boleh jadi svmate and she will be flying to UK to further her PhD there! I am soooooooooo jealous right now, and definitely she'll be getting her scroll first than me. hehe. Good luck to you girl! 

so, there. one thing about convocation day is that, it makes me want to graduate to, pakai beret and receive the scroll proudly. and say, i did it! after some calculation and all, aku mungkin akan graduate in 2016. wish me luck on that!

Wednesday, October 30, 2013

happy anniversary to us!

sudah tiga tahun! tiga tahun yang sweet, yang best, yang indah dan yang bahagia.

thanks for being my best friend, my friend in need, a shoulder to cry on, partner in crime, peneman makan, peneman tidur, peneman dalam segalanya!

and i'm not good with words. jadi sempoi je ayat i ni. haha.

and let's rock our 4th year with full of barakah and happiness! and love you so much!

zaman kurus. lol!

Friday, October 25, 2013

nightmare seorang postgrad #6 - friends in need

assalamualaikum wbt.

post kali ini tidaklah sejenis nightmare sebenarnya. tapi dia macam kesinambungan. kalau kau ada nightmare kau perlukan;

"kawan yang baik di persekitaran"

selalunya dalam sebuah research group tu, kita akan ada kawan-kawan dalam research group tu yang akan tolong kita, yang akan dengar luahan hati, yang akan buat rombongan pergi rumah sv untuk beraya, sampailah boleh buat trip pergi mana-mana dalam research group tersebut.

kadang-kadang sampai boleh jadi best friend, sebab kau mengahdap muka mereka hari-hari.

itulah sebenarnya perkara yang paling best kalau kita ada research group kita sendiri.

for instance, untuk aku masa master dulu, we have tcerg yang mana kak siti selalu layan kami and suka bawak makanan sedap-sedap, selalu pergi rumah dr a untuk makan nasi dagang marvelous, dan buat trip lawatan ke sana sini.

selalunya budak-budak ni lah yang akan beri kita semangat, idea, senior-senior tolong tolong junior junior. bela ikan, dan kongsi suka duka. kalau ada kenduri pergi in group buat rombongan, kalau ada rumah terbuka time raya pi tolong menolong. sebab ini jelah support group yang kita ada dan faham apa yang kita buat kat lab.

tak sama budak-budak ni dengan family kita and kawan-kawan kita yang lain.

so appreciate lah research group korang kalau korang ada research group yang cool. tak baik ada dengki dengki, sebab basically wujudnya research group ni adalah untuk sokong each other, selain mengumpat supervisor sendiri. hahahaha...

dan sekarang ni, aku pun bersyukur sangat sebab walaupun dah tukar universiti, research group aku yang ada sekarang ni pun boleh tahan aktifnya! dan budak-budaknya sangatlah baik. sebab aku dah kawin tu yang jarang aku join all the activities. but honestly, dengan adanya research group ni, macam kita ada second family yang take care pada kita dan gembira gila bila kita dah habis viva dan graduate! tak sama tau perasaannya kalau ambil coursework atau undergrad. dia punya bond tu memang lain macam.

so frengs, i do appreciate you guys so much, walaupun ada yang dah terlost contact, kadang-kadang tu rindu tu ada (untuk u.tm research group) and for mfrlab group, will definitely tolong mana yang mampu, join your activity mengikut kemampuan dan will celebrate you guys who graduate this tuesday! wohoo! congrats all!


previous group. look how kurus i am last time. gambar ni masa tahun 2008 kot. lama gilaa....

2012 group photo. 

ps: takkan menyesal. :)

Thursday, October 24, 2013

cpuv #4

assalamualaikum wbt.

nak cerita pasal cpuv lagi. sebagai seorang yang sebenarnya jarang orang nak terjah blog ni, kira kalau dapat cpuv tu memang satu perkara yang amat bersyukurlah kira. jadi untuk hari ni, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada nuffnang lagi sebab ada 2 lagi cpuv yang masuk menghiasi blog ku yang kudus ini.


yang bertanda merah tu adalah cpuv yang baru masuk last week. arigato gozaimass. 

so ada jugak yang bertanya macam mana nak dapat cpuv ni? aku yang setelah sekian lama berblogging tapi tak dapat cpuv ni memang satu masa dulu nangislah sebab tak pernah dapat. jadi salah satu usaha aku selain usaha-usaha lain yang telah dicedok dari blogger yang lain adalah mengupdate survey tu selalu. dia macam ada satu part sebelah kiri tertulis perkataan survey, dan blogger bio. update lah kat situ. 

lepas tu, ni apa yang aku nampak lah, update mengenai cpuv nuffnang di blog bagi meghargai nuffnang yang sudi membuka ruang untuk advertisers meng'advertise'kan advertisement diorang kat blog korang. dan link kan post korang ni ke nuffnang. macam aku buat sekarang ni. walaupun tak banyak cpuv yang aku dapat, tapi bolehlah setakat ada. tulisan aku ni pun tidaklah begitu memberangsangkan sangat nak bagi semua orang baca kan. mana yang ada cukuplah.. hehe.

lagi satu, boleh je nak email nuffnang mengenai apa-apa saja kemusykilan yang bermain di benak hati. email je so that nuffnang tahu akan kewujudan blog korang dan akan adalah cpuv menari nari di blog korang tu. ni sekadar pemerhatian aku lah. kalau salah, ampun maaf dipinta. 

so korang, selamat mencuba. untuk nuffnang thanks again! appreciate that a lot!

so long!

Wednesday, October 23, 2013

nightmare seorang postgrad #5 - i have ups and downs to u know

assalamualaikum wbt.

so today,tidaklah aku nak ber 'wordless wednesday' sangat kan. its just that saje nak letak gambar ni untuk puaskan hati diri sendiri yang asyik tak tentu pasal fikir yang bukan bukan.


source: phdcomics

sekian.

ps: is considering quitting phD. tapi mungkin tak berapa nak kuat lagi. so i watched cartoon. 2 days in a row dah. not feeling guilty sebab my sv is like satisfied with what i'm working on rite now. the crystals are there, so its a relieve. but hopefully its getting bigger. and trying to express more protein, and praying very hard so that the protein can be purified without any problem. o man, what am i babbling about? good bye. 

Tuesday, October 22, 2013

happy raya!

o hai!

assalamualaikum wbt.

selamat hari raya aidiladha walaupun dah terlepas seminggu. selamat menunaikan haji kepada sesiapa yang menunaikan haji tu.

untuk hari raya haji tahun ni, aku balik rumah mertua di batu pahat.

boleh pulak demam start dari hari isnin sampai hari rabu. tak balik kampung parit pun. mak terpaksa pergi dengan kakak je. kesian betul. hari rabu elok nak balik ke kl semula, azmi pulak berjangkit demamnya. jadi bertolak balik kl hari khamis (which the highway was not congested at all). i did all the the driving sebab azmi demam. and berjangkit juga pada anak buah dua orang kat rumah batu pahat tu.

kesian betul. musim agaknya.

so sekarang ni, masih batuk-batuk tapi gigihkan jua nak menjana semangat dalam diri pergi lab and all.

semalam pulak ada lab meeting, and dr f meet me personally ingatkan ape. rupanya nak kasi tambah kerja. i got the point here, if that particular supervisor nak tambah kan kerja yang tak ada kena mengena dengan kehidupan, akan ada janji-janji manis terkeluar dari mulut mereka. for instance, dr f try to 'seduce' me with journal publishing when this 'tak ada kena-mengena' work is done. he said, your name will be in the journal and that will be a good one.

aku, kalau nak grad kenalah lapar dengan journal journal ni kan. well played, dr.

but i dont mind lah. work is work. tak kiralah kena-mengena or takde kena mengena. bukan tak pernah buat pun. cuma kena buat lebih. tu je. yang penting, pengalaman.

oh and last saturday, i was sooo looking forward to meet my girls, azmilia and ina. the usual us, pi makan nasi goreng cikman marvelous. and celebrating the october birthday celebration walaupun end up 3 orang je. the meeting is short, but we had fun. i drag along azmi to see my school, keep on asking sedap ak sambal sedap tak sambal lol! padahal orang tu baru baik demam and deria rasa pun tak berapa nak ada.

happy birthday girls!



okay that's all for now. see you around!

Saturday, October 12, 2013

am trying to make my brain healthy

assalamualaikum wbt.

asyik cerita pasal cpuv boring jugak. selalunya nak ngelat tulis post, aku akan upkan cerita cpuv je. saje nak menambahkan hari hari ceria dengan post-post random. plus, kadang-kadang kita kena ucapkan terima kasih juga pada nuffnang sebab sejak buat post cpuv, memang insyaaAllah cpuv akan berterusan masuk. ini berdasarkan pengamatan akulah.

sejak isnin lalu, aku baru tahu kehadiran sebuah buku 'the secret' from rhonda byrne. thanks bnc sebab perkenalkan buku-buku self help yang sangat berguna. dahlah self help, free lagi can download and read tru phone.

nampak sangat kan aku ni sangat katak di bawah tempurung padahal buku ni pun dah lama. yang pasti, memang cover buku ni sangat menarik, selalu je nampak kat mph and popular, tapi mati-mati aku ingat ni buku science fiction macam buku the host - and to tell you the truth, aku ada buku the host tu, and tak pernah baca sampai sekarang sebab sangat science fiction. where are those good looking vampires go?

oh by the way, sebab taknak pisang berbuah dua kali, i just ignore the book without knowing how good the book is. until last monday.

aku baca buku tu dan alhamdulillah ia sangat memberi impak positif pada aku walaupun dalam masa tak sampai seminggu. aku cuba aplikasikan mana yang boleh lagipun aku masih belum habis pun baca buku tu. lagipun, it shows you how to grant you wishes. siapa taknak kan?! nice...

sebenarnya bukan pasal buku tu yang aku nak cerita. sebenarnya, hari ni macam banyak benda yang buat aku rasa macam -tak sedap hati, sedih dan pilu sedu sedan. aku cari jugak apa puncanya, mungkin sesetengah perkara dah setel dan aku pun malas nak fikir dah, but still.

so aku cuba kaitkan perasaan aku yang serba kekurangan ni dengan buku tu, mungkin aku tak baca habis lagi so aku tak tau macam mana nak handle masalah aku ni.

adakah sebab aku jadi terlampau positif, then tiba-tiba satu benda berlaku di luar jangkaan (perkara buruk) aku rasa sedih gila gila?

is that the price to pay when you try to be positive?

atau mungkin jugaklah aku sunyi malam-malam tak tahu nak buat apa.

atau tersentak dengan kata-kata orang terdekat yang menyebabkan aku terfikir yang aku ni salah arah? terus all the negative thoughts come dan menghantui diri aku hari ini.

hopefully besok akan jadi lebih baik.

atau besok pasti akan jadi lebih baik!

pi baca quran pulak lah.

Tuesday, October 8, 2013

chipsmore chipseekers menyerang cpuv ku!

assalamualaikum wbt.

memandangkan tak ada benda sangat nak update untuk hari ni, aku nak beritahu yang chipsmore chipseekers pula yang menyerang cpuv ku!

hurrah!


chipsmore adalah cpuv paling latest, start dari bulan october. syukur alhamdulillah. thank you nuffnang sebab menjaga hati ku dengan baik sekali! miahahaha!

okay untuk chipsmore kali ini, iklan dia ada game hokkay! siapa suka chipsmore dan ada resit pembelian chipsmore, boleh menyertai pertandingan tersebut. aku tak join lagi sebab aku jarang simpan resit. kejap lagi nak beli chipsmore dan simpan resit dan menyertai. lagi besar packaging chipsmore, lagi banyak nyawa untuk main ye! 

okay itu sahaja. happy tuesday korang.

ps: semalam aku cuti, jadi tiada monday blues untuk ku. i is happy. :)

Friday, October 4, 2013

nightmare seorang postgrad #4 - supervisors

semalam aku tak dapat buat lab aku yang setelah sekian lama aku tunggu. aku tunggu untuk guna satu mesin tu tapi sebab KEBETULAN semalam ada pulak kebakaran berlaku kat blok aku, jadi semua orang kena evacuate the building and all the running equipment need to be stopped.

aku pasrah lah. balik dengan penuh kekecewaan. sebab mesin ni kena booking. dan untuk guna mesin ni lagi, i need to wait for another 1 month. i is sad okay. i is sad.

so for the whole day, i managed to do something else at home. aku menjahit, siapkan shawls sambil tengok titanic, siap gosok all shawls so that they look nice, laki balik masakkan ayam lagi semua and that was it.

malam tu, sebelum tidur, aku teringat kerja yang bertangguh, kerja yang tak siap, kerja yang sampai bila entah nak habis.

malam tu, tiba-tiba rasa nak nangis, terbayang-bayang diri sendiri yang tak dapat satu result hapa pun dah sem 4 tapi tak ada result.

terbayang-bayang kalaulah aku buat kat oversea, mesti aku dah publish at least 2 papers.

terbayang-bayang wajah supervisor.

aku keluar bilik, tengok hitz.tv sampai hampir terlena. masuk bilik dan tidur.

*****

pagi tadi, datang lab seperti biasa, rupanya hari ni ada lawatan dari seorang noble laureate ke lab. rupanya-rupanya supervisor ada sekali, lalu depan meja aku.

the thing is, every time nampak dia, i dont know what should i do. should i wave at him (i try to wave at him this morning nasib baik dia tak nampak or else it will look super awkward), should i say hi? should i smile? should i run away? should i make myself busy?

usually, when this happens, i usually just stare at him, and he stares at me like we are having this eye contact and we are kind of having a conversation silently. like what Prof X do in X-men. it's super weird, man.. very..

kadang-kadang je aku cakap, 'Hi Dr!'

i want to be friendly. but when i saw him, i will think about questions he will ask me latter. so potong stim kat situ. and i know that he wanted to be friendly as well but i think maybe because i act that way and maybe he also doesn't know how to be friendly. how do i know? we communicate like prof X, remember?

well my previous supervisors are different. prof R misalnya, he will greet me like 'Apa khabar?'or i ran away. and for Dr A, memang selamba aku cakap 'Hi Dr!' because she's friendly walaupun dia kata; 'Bila nak datang jumpa saya ni?' and the conversation continues to 'Bila Dr. free?'.

getting sms from my supervisor yang sekarang ni pun dah berdebar-debar.

well i hope student-supervisor relationship ni bertambah baik lah. depress siut kalau asyik dalam ketakutan macam ni je (one of the reason is that i have no publishable result).

so kawan-kawan belajar. apa pulak kamu rasa dengan supervisor kamu kamu semua?

one-pot-pasta recipe malaysian style

assalamualaikum wbt!

today i would like to share with you guys on how to make ONE-POT-PASTA! sebenarnya recepi mudah senang kacang gila ni baru aku tau semalam, when i was blog hoping and stumble upon martha stewart's site.

kalau nak tahu lebih lanjut mengenai resepi yang dikongsi, you can go here. but she's using pan, and i'm using pot. hence, the one-pot-pasta.  dah lah senang gila okay! rugi tau tak cuba! mine is malaysian style sikitlah sebab ada cili api. okay-okay lets see what the ingredients are;



sebab aku tak ada banyak bahan sangat, so i just combine pasta (basuh dulu ye pasta tu), tomatoes, sliced chicken, cili padi, chopped garlic, black pepper, salts, mix herbs and fresh rosemary. add 4 1/2 cup of water, a dash of olive oil and ready to boil! stiring and turning the mixture frequently sampai pasta tu lembut and air tu jadi sikit. kalau pasta tu tak lembut lagi, just add more water. masa yang diambil untuk masak ini tak sampai 30 minit okay!

me so likey..

so this is the result;





















the pasta is surprisingly delicious! banyak ni, aku boleh habis sorang. no wonder gemok tak kurus-kurus.

i made this for my breakfast! so tengahari tu tak makan sebab kenyang gila. ada rasa pedas-pedas dan rempah-rempah, definitely my kind of pasta.

so korang boleh cuba ye!