Wednesday, December 26, 2012

kita meracang, Tuhan yang menentukan

i should do something. sekarang. tapi sebab ada orang curi sample aku, jadi aku kena hold dulu, sambil tu boleh update blog kejap. tapi cerita ini sangat panjang. u may skip if u want. i wrote this post for self reminder. its our worst situation so far. jadi mahu jot down di sini.

kejadian berlaku sejak jumaat lepas. hari khamis, aku dan colleague dah merancang nak pergi big bad wolf dan pekena steamboat dekat the mines. dan disebabkan oleh sabtu tu hari kawin oli, aku excited sangat nak pergi! aku and azmi merancang nak pergi jb terus hari sabtu tu, lepas tu tidur kat jb satu malam, berfoya-foya di sekitar jb, dan ahad tu balik batu pahat dan sambung bercuti kat rumah mak mertua sampai hari selasa..

kalau nak diikutkan memang itu lah perancangannya.

malam jumaat tu, elok pukul 11.30 macam tu, dapat panggilan dari kampung, atok sebelah azmi masuk hospital kena strok. azmi merancang nak balik pagi jumaat tu. aku pulak memang tak boleh pergi sangat-sangat sebab jumaat tu memang last kelas aku sebab lepas ni exam. jadi aku kata aku akan balik after kelas, dalam petang macam tu aku akan naik bas je balik batu pahat..

dan tak lama lepas tu, dapat panggilan lagi sekali yang atok dah meninggal. umur sudah 90 tahun. memang selalu aku tengok dia sihat sangat. boleh jalan-jalan ke sana ke mari. Allah lebih sayangkan beliau.. pagi tu jugak kami balik. pukul 2 pagi kami bertolak. dengan mengantuk yang teramat, tidur kejap dekat area melaka, lepas tu aku sambung drive. pukul 6.30 pagi tu kami sampai..azmi sempat tengok atok dan solat jenazah.

kemudian, perancangan hari sabtu diteruskan jugak sebab memang balik nak pergi wedding oli pun. wedding yang aku nantikan sangat! kalau boleh jumaat tu jugak aku nak turun jb tolong apa yang patut sebab oli banyak tolong aku masa wedding aku dulu.

jadi kami bertolak dari batu pahat lebih kurang pukul 11 pagi macam tu. perancangannya, aku nak beli hadiah kat bp mall dan terus shoot pergi jb. tapi azmi suruh beli je kat jusco taman u, skudai. tak delah jauh sangat dah memang on the way kot.

lepas beli hadiah dan bungkus semua, kami pun bertolak ke bandar baru uda, wedding oli. sampai simpang skudai nak ke highway besar tu, aku......

langgar kereta toyota fortuner kat depan!

first thing dalam fikiran aku masa tu, aku tak dapat pergi wedding oli laa  macam ni!

Ya Allah..apa ni, aku dah langgar kereta orang..

sumpah aku cakap, sepanjang 2 tahun lebih aku duduk jb, ulang alik skudai batu pahat kl, skudai pasir gudang taman perling bukit indah bandar jb tampoi dan danga bay, aku tak pernah langgar siapa-siapa dan dilanggar siapa-siapa.

tapi hari sabtu tu, aku boleh terkena..

sedih tak boleh nak kata apa dah. persona azmi remuk agak teruk kat hood depan tapi masih boleh jalan, fortuner orang yang aku langgar tu jatuh sikit je bumper dia.

kami buat report polis kat taman tun aminah, jadi dalam 1 jam lebih macam tu semua setel. masa tu, kami kena fikir, macam mana nak setelkan hal kereta yang remuk pulak ni. memang wedding oli selamat tinggal.. terkilan gila aku tak dapat nak jumpa member-member lama dan oli sendiri. lama gila kot tak jumpa.. dah kereta macam ni, memang tak ada harapan nak pergi dah..

kami cuba bawak kereta sampai kulai. hari hujan pulak tu. sampai kulai, temperature naik sampai maksimum. laki aku cuak, terus masuk simpang kawasan kedai kat area kulai. nasib baik kat situ ada banyak workshop, tapi semua tak deal dengan insuran. nasib baik taukeh sorang ni ada no contact untuk towing dan workshop tu boleh deal dengan insurans sekali..

aku sebagai wanita paranoid tak tentu pasal, aku agak kurang percaya dengan mamat ni sebenarnya. jadi aku try call member aku, mak aku, bapak aku, untuk mintak nombor insurans dan sebagainya. sebab azmi sangat bijak, dia tak ingat kereta dia tu dicover oleh isurans mana sebab buat kat post office. bila aku rasa aku dah penat nak call sana sini dan tak nampak apa-apa hasil, which azmi pun dah lama give up, aku percayakan jugaklah mamat yang nak towing kereta persona tu.

nama workshop tu top 10 workshop. dan memang bengkel dia besar, khas untuk orang yang eksiden yang kena deal dengan insurans.

okaylah then. aku percayalah dan serah semuanya kepada Allah..

orang yang tarik kereta tu hantar kami ke stesen bas kulai. dengan hadiah berbondong-bondong, kami bawakkan jugak ke sana-ke mari. sebab ini pertama kali kami stuck kat kulai, kami pun tak tahu mana arah tuju. nak naik teksi sewa, dia charge rm100. bas ekspress terus ke batu pahat tak ada. last-last, kami tanya satu kumpulan budak ni, katanya bas ke air hitam bas yang baru sampai ke hentian tu. kami terus naik bas ke air itam. bas ting tong. bas yang tekan-tekan loceng tu. aku rasa kali terkahir aku naik bas macam tu masa master dulu lah, dari skudai ke bandar jb. tapi kali ni dengan laki aku. azmi pulak, since dia degree dulu.. lagi lama.. lama kot tak naik bas sama-sama..

kelakar betul rasanya.

sampai air hitam, tukar pulak bas ke batu pahat. sampai batu pahat, naik pulak teksi sampai rumah. kereta tak ada, semua orang kat rumah pun tak ada sebab semua pergi kenduri arwah, which dalam perancangan lepas kenduri oli, kami terus ke kenduri arwah, memang semua tak menjadi.. jalan kaki dan makan nasi goreng kat kawasan berdekatan..

semalam, kami balik naik bas ekspress sama-sama. abah mentua hantar sampai stesen bas batu pahat, abah aku ambil dari stesen bas bandar tasik selatan.

dan malamnya, sebab kancil aku memang sangat lama tak jalan (2 minggu je pun) dan tak pernah ada kesedaran nak panaskan enjin, malam tu barulah nak cuba-cuba tolak dengan harapan boleh hidup seperti sedia kala. rancangannya terus nak pergi econsave untuk beli barang dapur. selalunya, ada persona, azmi jumpstart je kereta tu sebab memang dah siap-siap ada jumper dalam bonet kereta. ini, kereta tara, jumper pun tara..

azmi tukang tolak. aku tukang steer dan start enjin..

tapi...

setelah beberapa jauh, enjin masih tak mahu hidup. jiran pun ada tolong, still tak boleh hidup jugak. terdamparlah kereta kancil tu dekat tepi kedai yang dah tutup sebab krismas. last resort, kami pegi beli bateri kancil yang baru. nasib baik kedai tu tak tutup lagi, rezeki paling akhir lah tu untuk kedai tu. lepas tukar, terus elok dan hidup seperti sedia kala..

alhamdulillah..

tapi kan, sungguh.. masa kami dalam kesusahan, kepala otak aku asyik teringat-ingat, apa dosa-dosa besar yang dah aku lakukan. dosa kecik tu mungkin lah banyak kan.. tak lari manusia dari dosa-dosa kecik. dalam masa yang sama, terus nak banding-banding dengan orang lain. kenapa orang lain tak susah macam ni. kenapa orang lain hidup senang dan boleh hidup 'according to plan'. kenapa tidak kami?

mungkin jugak pada masa itu Allah nak bagi kami muhasabah diri. kalau tak pun sebagai ujian kepada kami supaya terus menerus ingat pada Allah.

dan bila semua masalah selesai, kami rasa lega sangat, bersyukur sangat, gembira sangat. rasa gembira ni macam sukar digambarkan. kami dah atasinya sama-sama, kami dah menghadapinya sama-sama sebagai suami isteri, kami dah melepasi dugaan itu dan kami okay..

to oli, sorry sangat aku tak boleh nak attend wedding kau. macam aku tulis kat atas, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya... nanti aku datang lagi dalam masa terdekat ni bawak hadiah kau ye.. sobs..

3 comments:

  1. ajue..sgtla ujian tu..but ko n azmi mmg cayalah leh face sume tu=)

    ReplyDelete
  2. so sorry to hear that you're going through all that. good thing ko amik positif with ujian yang Allah beri. aku harap aku boleh harungi kalau Allah uji aku macam tu nanti (sebab before aku baca post ko ni, aku rasa aku pasti akan meraung kat tepi jalan sambil hentak2 kaki). InsyaAllah~ ini peringatan kepada aku juga. thanks for sharing~

    ReplyDelete
  3. shima: sekali sekala ujian datang bergolek macam ni kan.. mana tak cuak weh! but cabaran kau lagi hebat shima..

    ina: hehe..good! silalah ambil iktibar dan sila ingat kereta ko diinsured atas insurance mana..itu penting. the rest, report polis, pergi bengkel dan tanya mana-mana contact yang deal dengan insurans. kalau aku sorang pun aku mati kutu beb!

    ReplyDelete