Saturday, December 1, 2012

greenday, babe!

pokok pandan kat depan rumah aku ni makin mencanak naiknya. dah sama tinggi dengan pokok serai yang 8 kali potong tetap tumbuh tu. tensen pun ade..tapi kang, kalau dipotong semua, nak pakai serai kena membeli pulak tak berbaloi..biarkan ajelah..

seronok aku bukan kepalang bila pandan tu tumbuh sihat.. boleh bertanding dengan makcik depan rumah.. hehe..

aku memang bercita-cita nak tanam pokok kecik berguna contohnya pokok herba lah. hari tu pergi maha, dapat rembat satu je, pokok daun limau purut. harapannya boleh tumbuhla even dalam polibag pun. tengok jiran sebelah tanam terung dalam polibag tu selambanya terung tu tumbuh elok. sekearang dah ada dua bijik, yang satu tu dibiarnye aje tua kat situ, satu lagi baru tumbuh..

tu jelah, yang lain aku tanam jugaklah lengkuas, aku biar cenggitu juga, halia pun ada, tapi senyap je...takpe, kang aku nak pakai aku korek je.. sebab hari tu aku pindahkan dah nampak anak dia.. hehe..



the rest bunga-bunga je..susah betul nak jaga pokok berbunga ni. tapi rose moss okay. biar jelah, tambah musim hujan ni, okaylah dia sebab udara lembab. tapi tanah kering macam mana pun survive jugak pokok ni..


ni pun satu lagi bunga apa tah nama dia. berlambak je aku tengok kat sepanjang jalan besar putrajaya. berbunga cantik jugak, mungkin pakai baja baik dan siram selalu. aku jenis malas siram! sebab kena bukak sliding door (alasan..)


and this one is pokok kacang panjang. aku dapat masa pergi maha yang maha ramai tu.. kretif gila orang yang buat ni, siap ada tali..rajin gila mengikatnya..kalau nak besok korang pergi maha, dan pergi kat booth jabatan pertanian dan tulis nama kat situ, dapatlah pokok kacang! kalau nak beli pon boleh. kalau beli kat mardi, anak pokok ni harga rm1, tapi takde talilaaa.. haha, semata-mata kan? siapa tak suka barang free beb!

sebab rumah aku ada besi cenggini, aku ambik penyangkut bentuk S tu, dan gantung pokok ni macam ni. boleh je nak pindah pasu besar. tapi macam cute sangat je. biarlah dia sihat kat situ..

No comments:

Post a Comment