Monday, December 17, 2012

bau dan lagu

untuk aku, hidung dan telinga adalah antara benda terpenting untuk aku ingat balik sesetengah memori yang aku kadang-kadang lupa. kenangan dulu-dulu precious sangat kalau ingat mesti senyum sorang-sorang, jadi selalunya hidung dan telinga ni jadi pencetus untuk ingat kembali zaman-zaman dulu.

contoh aku dengar lagu ziana zain, first thing yang aku akan ingat bila masa aku sekolah rendah, cikgu aku yang suka ziana zain tanya, "siapa pandai nyanyi lagu ziana zain?"

kawan aku budak lelaki angkat tangan. dia nyanyi lagu madah berhelah sampai terkeluar urat tekak. aku kagum sebab dia boleh nyanyi lagu ziana zain. lelaki pulak tu.

mungkin sesetengah lagu jelah yang beri impak hebat macam tu. lagi satu contoh, kalau aku dengar 'hating on the club' by rihanna, mesti aku teringat time aku belajar kat utm dulu. ada satu kawasan kat sebelah kandang kuda yang redup dan cantik sangat. selalu aku naik kereta lalu jalan redup cantik tu dan pada masa yang sama selalu sangat lagu tu berkumandang dan aku nyanyi-nyanyi.. jadi setiap kali aku dengar lagu tu, aku akan ingat tmepat tu, aku akan ingat utm, dan aku pun gembira.

kalau lagu 'bleeding love' by leona lewis, aku teringat trip aku dari jb pergi kl, masa tu nak pergi pesta buku kat kl, aku and ina duduk sebelah sebelah sambil nyanyi lagu tu sama-sama.

dan of course tak termasuk lagi lagu-lagu lama macam lagu backstreet boys, 911, boyzone N'sync dan westlife..

kalau N'sync, memang aku teringat kat zaman aku sekolah kat kelantan dulu. justin timberlake, aku akan teringat zaman aku join insep, siap hafal lagu my love yang cool dan best tu..

itu baru lagu. hidung aku pun sama. baru-baru ni aku ada beli ini;



memang bau ini sangat mengingatkan aku pada lab tisssue culture tepat aku buat master dulu. Ya Allah, rindu sangat, bila pakai, otak aku trigger dan ingat balik benda-benda yang aku buat dekat utm dulu. ye, dulu aku benci dan anti dengan utm sebab kata tak best lah apalah...sekarang ni, Tuhan aje yang tahu betapa aku nak sangat balik semula ke situ dan hidup kat situ, dan buat kerja kat situ.

dan bau ni buat aku rindu sangat-sangat. sangat-sangat.. dan aku suka sangat-sangat. sangat-sangat.. dan aku tak sangka, bau ini boleh buat aku teringat zaman tu dan waktu tu. tak pernah pulak aku terfikir, nanti aku nak pakai perfume ni bila aku dah tua, bau balik perfume ni aku akan ingat waktu ni..

aku x pernah terfikir pulak..

ada jugak bau-bau perfume lain yang buat aku ingat kat sesetengah perkara lain. kalau bau le femme by boss, aku akan teringat zaman awal-awal aku kawen dulu sebab tu perfume hantaran. sebab sekarang tengah pakai ini, jadi perkara kat utm ni jelah yang aku ingat..

hebat betul kuasa telinga dan hidung ni kan?

and i'm glad it makes my day... :)

2 comments:

  1. Aku setuju 100kali entri ko ni. Bau dan lagu mengingat kan aku dengan sesuatu. Kalau bau enchanteur purple aku teringat zaman matrix, kalau aku bau lotion tangan nivea putih tu aku teringat masa kat london.
    Memori~

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaah! london siap! hehehe... how i wish i have memories of london ke, paris ke, istanbul ke..kekeke...

    bestkan, simple things je kita dah boleh ingat memori memori yang kita rindui... :)

    ReplyDelete