Monday, December 31, 2012

bye 2012..

setiap kali berakhirnya sesuatu tahun, aku mesti rasa sedih.. ia adalah sebuah pengakhiran. boleh jadi pengakhiran yang baik dan pengakhiran yang tidak baik..

aku doakan semua sudah menemui pengakhiran yang baik-baik bersempena dengan pengakhiran tahun ini.. kira buat checklist balik lah apa yang dah kita capai, apa yang dah kita lalui, apa yang dah kita kecapi...

kalau tak banyak yang dicapai, boleh capai tahun depannya pulak, moga-moga tahun ini boleh beri banyak pengajaran pada diri sendiri. moga-moga aku boleh tabah menghadapi tahun berikutnya..

to 2013, be nice okay...

Wednesday, December 26, 2012

kita meracang, Tuhan yang menentukan

i should do something. sekarang. tapi sebab ada orang curi sample aku, jadi aku kena hold dulu, sambil tu boleh update blog kejap. tapi cerita ini sangat panjang. u may skip if u want. i wrote this post for self reminder. its our worst situation so far. jadi mahu jot down di sini.

kejadian berlaku sejak jumaat lepas. hari khamis, aku dan colleague dah merancang nak pergi big bad wolf dan pekena steamboat dekat the mines. dan disebabkan oleh sabtu tu hari kawin oli, aku excited sangat nak pergi! aku and azmi merancang nak pergi jb terus hari sabtu tu, lepas tu tidur kat jb satu malam, berfoya-foya di sekitar jb, dan ahad tu balik batu pahat dan sambung bercuti kat rumah mak mertua sampai hari selasa..

kalau nak diikutkan memang itu lah perancangannya.

malam jumaat tu, elok pukul 11.30 macam tu, dapat panggilan dari kampung, atok sebelah azmi masuk hospital kena strok. azmi merancang nak balik pagi jumaat tu. aku pulak memang tak boleh pergi sangat-sangat sebab jumaat tu memang last kelas aku sebab lepas ni exam. jadi aku kata aku akan balik after kelas, dalam petang macam tu aku akan naik bas je balik batu pahat..

dan tak lama lepas tu, dapat panggilan lagi sekali yang atok dah meninggal. umur sudah 90 tahun. memang selalu aku tengok dia sihat sangat. boleh jalan-jalan ke sana ke mari. Allah lebih sayangkan beliau.. pagi tu jugak kami balik. pukul 2 pagi kami bertolak. dengan mengantuk yang teramat, tidur kejap dekat area melaka, lepas tu aku sambung drive. pukul 6.30 pagi tu kami sampai..azmi sempat tengok atok dan solat jenazah.

kemudian, perancangan hari sabtu diteruskan jugak sebab memang balik nak pergi wedding oli pun. wedding yang aku nantikan sangat! kalau boleh jumaat tu jugak aku nak turun jb tolong apa yang patut sebab oli banyak tolong aku masa wedding aku dulu.

jadi kami bertolak dari batu pahat lebih kurang pukul 11 pagi macam tu. perancangannya, aku nak beli hadiah kat bp mall dan terus shoot pergi jb. tapi azmi suruh beli je kat jusco taman u, skudai. tak delah jauh sangat dah memang on the way kot.

lepas beli hadiah dan bungkus semua, kami pun bertolak ke bandar baru uda, wedding oli. sampai simpang skudai nak ke highway besar tu, aku......

langgar kereta toyota fortuner kat depan!

first thing dalam fikiran aku masa tu, aku tak dapat pergi wedding oli laa  macam ni!

Ya Allah..apa ni, aku dah langgar kereta orang..

sumpah aku cakap, sepanjang 2 tahun lebih aku duduk jb, ulang alik skudai batu pahat kl, skudai pasir gudang taman perling bukit indah bandar jb tampoi dan danga bay, aku tak pernah langgar siapa-siapa dan dilanggar siapa-siapa.

tapi hari sabtu tu, aku boleh terkena..

sedih tak boleh nak kata apa dah. persona azmi remuk agak teruk kat hood depan tapi masih boleh jalan, fortuner orang yang aku langgar tu jatuh sikit je bumper dia.

kami buat report polis kat taman tun aminah, jadi dalam 1 jam lebih macam tu semua setel. masa tu, kami kena fikir, macam mana nak setelkan hal kereta yang remuk pulak ni. memang wedding oli selamat tinggal.. terkilan gila aku tak dapat nak jumpa member-member lama dan oli sendiri. lama gila kot tak jumpa.. dah kereta macam ni, memang tak ada harapan nak pergi dah..

kami cuba bawak kereta sampai kulai. hari hujan pulak tu. sampai kulai, temperature naik sampai maksimum. laki aku cuak, terus masuk simpang kawasan kedai kat area kulai. nasib baik kat situ ada banyak workshop, tapi semua tak deal dengan insuran. nasib baik taukeh sorang ni ada no contact untuk towing dan workshop tu boleh deal dengan insurans sekali..

aku sebagai wanita paranoid tak tentu pasal, aku agak kurang percaya dengan mamat ni sebenarnya. jadi aku try call member aku, mak aku, bapak aku, untuk mintak nombor insurans dan sebagainya. sebab azmi sangat bijak, dia tak ingat kereta dia tu dicover oleh isurans mana sebab buat kat post office. bila aku rasa aku dah penat nak call sana sini dan tak nampak apa-apa hasil, which azmi pun dah lama give up, aku percayakan jugaklah mamat yang nak towing kereta persona tu.

nama workshop tu top 10 workshop. dan memang bengkel dia besar, khas untuk orang yang eksiden yang kena deal dengan insurans.

okaylah then. aku percayalah dan serah semuanya kepada Allah..

orang yang tarik kereta tu hantar kami ke stesen bas kulai. dengan hadiah berbondong-bondong, kami bawakkan jugak ke sana-ke mari. sebab ini pertama kali kami stuck kat kulai, kami pun tak tahu mana arah tuju. nak naik teksi sewa, dia charge rm100. bas ekspress terus ke batu pahat tak ada. last-last, kami tanya satu kumpulan budak ni, katanya bas ke air hitam bas yang baru sampai ke hentian tu. kami terus naik bas ke air itam. bas ting tong. bas yang tekan-tekan loceng tu. aku rasa kali terkahir aku naik bas macam tu masa master dulu lah, dari skudai ke bandar jb. tapi kali ni dengan laki aku. azmi pulak, since dia degree dulu.. lagi lama.. lama kot tak naik bas sama-sama..

kelakar betul rasanya.

sampai air hitam, tukar pulak bas ke batu pahat. sampai batu pahat, naik pulak teksi sampai rumah. kereta tak ada, semua orang kat rumah pun tak ada sebab semua pergi kenduri arwah, which dalam perancangan lepas kenduri oli, kami terus ke kenduri arwah, memang semua tak menjadi.. jalan kaki dan makan nasi goreng kat kawasan berdekatan..

semalam, kami balik naik bas ekspress sama-sama. abah mentua hantar sampai stesen bas batu pahat, abah aku ambil dari stesen bas bandar tasik selatan.

dan malamnya, sebab kancil aku memang sangat lama tak jalan (2 minggu je pun) dan tak pernah ada kesedaran nak panaskan enjin, malam tu barulah nak cuba-cuba tolak dengan harapan boleh hidup seperti sedia kala. rancangannya terus nak pergi econsave untuk beli barang dapur. selalunya, ada persona, azmi jumpstart je kereta tu sebab memang dah siap-siap ada jumper dalam bonet kereta. ini, kereta tara, jumper pun tara..

azmi tukang tolak. aku tukang steer dan start enjin..

tapi...

setelah beberapa jauh, enjin masih tak mahu hidup. jiran pun ada tolong, still tak boleh hidup jugak. terdamparlah kereta kancil tu dekat tepi kedai yang dah tutup sebab krismas. last resort, kami pegi beli bateri kancil yang baru. nasib baik kedai tu tak tutup lagi, rezeki paling akhir lah tu untuk kedai tu. lepas tukar, terus elok dan hidup seperti sedia kala..

alhamdulillah..

tapi kan, sungguh.. masa kami dalam kesusahan, kepala otak aku asyik teringat-ingat, apa dosa-dosa besar yang dah aku lakukan. dosa kecik tu mungkin lah banyak kan.. tak lari manusia dari dosa-dosa kecik. dalam masa yang sama, terus nak banding-banding dengan orang lain. kenapa orang lain tak susah macam ni. kenapa orang lain hidup senang dan boleh hidup 'according to plan'. kenapa tidak kami?

mungkin jugak pada masa itu Allah nak bagi kami muhasabah diri. kalau tak pun sebagai ujian kepada kami supaya terus menerus ingat pada Allah.

dan bila semua masalah selesai, kami rasa lega sangat, bersyukur sangat, gembira sangat. rasa gembira ni macam sukar digambarkan. kami dah atasinya sama-sama, kami dah menghadapinya sama-sama sebagai suami isteri, kami dah melepasi dugaan itu dan kami okay..

to oli, sorry sangat aku tak boleh nak attend wedding kau. macam aku tulis kat atas, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya... nanti aku datang lagi dalam masa terdekat ni bawak hadiah kau ye.. sobs..

Thursday, December 20, 2012

google yang ceria hari ini..

hari ini aku buka google, ada red riding hood dekat huruf O..

aku yang curious dan suka tengok kartun kartun ni terus tekan next untuk tengok apakah surprise menarik yang dihidangkan..

rupanya, cerita red riding hood lah! dan hari ni adalah hari ulangtahun ke 200 cerita dongeng GRIM. kalau mahu sila google dan enjoy the story..

mula-mula introduction..

lepas tu red riding hood jalan-jalan nak pergi rumah nenek..

lintas jambatan dan lintas hutan..

lintas gunung-ganang dan lurah...

dan terjumpa serigala..

tapi takkan lah aku nak cerita semua, ada sambungannya lagi.. silalah google ye! seronok pulak aku bukak-bukak google ada cerita cute sangat macam ni...

enjoy!

Monday, December 17, 2012

bau dan lagu

untuk aku, hidung dan telinga adalah antara benda terpenting untuk aku ingat balik sesetengah memori yang aku kadang-kadang lupa. kenangan dulu-dulu precious sangat kalau ingat mesti senyum sorang-sorang, jadi selalunya hidung dan telinga ni jadi pencetus untuk ingat kembali zaman-zaman dulu.

contoh aku dengar lagu ziana zain, first thing yang aku akan ingat bila masa aku sekolah rendah, cikgu aku yang suka ziana zain tanya, "siapa pandai nyanyi lagu ziana zain?"

kawan aku budak lelaki angkat tangan. dia nyanyi lagu madah berhelah sampai terkeluar urat tekak. aku kagum sebab dia boleh nyanyi lagu ziana zain. lelaki pulak tu.

mungkin sesetengah lagu jelah yang beri impak hebat macam tu. lagi satu contoh, kalau aku dengar 'hating on the club' by rihanna, mesti aku teringat time aku belajar kat utm dulu. ada satu kawasan kat sebelah kandang kuda yang redup dan cantik sangat. selalu aku naik kereta lalu jalan redup cantik tu dan pada masa yang sama selalu sangat lagu tu berkumandang dan aku nyanyi-nyanyi.. jadi setiap kali aku dengar lagu tu, aku akan ingat tmepat tu, aku akan ingat utm, dan aku pun gembira.

kalau lagu 'bleeding love' by leona lewis, aku teringat trip aku dari jb pergi kl, masa tu nak pergi pesta buku kat kl, aku and ina duduk sebelah sebelah sambil nyanyi lagu tu sama-sama.

dan of course tak termasuk lagi lagu-lagu lama macam lagu backstreet boys, 911, boyzone N'sync dan westlife..

kalau N'sync, memang aku teringat kat zaman aku sekolah kat kelantan dulu. justin timberlake, aku akan teringat zaman aku join insep, siap hafal lagu my love yang cool dan best tu..

itu baru lagu. hidung aku pun sama. baru-baru ni aku ada beli ini;



memang bau ini sangat mengingatkan aku pada lab tisssue culture tepat aku buat master dulu. Ya Allah, rindu sangat, bila pakai, otak aku trigger dan ingat balik benda-benda yang aku buat dekat utm dulu. ye, dulu aku benci dan anti dengan utm sebab kata tak best lah apalah...sekarang ni, Tuhan aje yang tahu betapa aku nak sangat balik semula ke situ dan hidup kat situ, dan buat kerja kat situ.

dan bau ni buat aku rindu sangat-sangat. sangat-sangat.. dan aku suka sangat-sangat. sangat-sangat.. dan aku tak sangka, bau ini boleh buat aku teringat zaman tu dan waktu tu. tak pernah pulak aku terfikir, nanti aku nak pakai perfume ni bila aku dah tua, bau balik perfume ni aku akan ingat waktu ni..

aku x pernah terfikir pulak..

ada jugak bau-bau perfume lain yang buat aku ingat kat sesetengah perkara lain. kalau bau le femme by boss, aku akan teringat zaman awal-awal aku kawen dulu sebab tu perfume hantaran. sebab sekarang tengah pakai ini, jadi perkara kat utm ni jelah yang aku ingat..

hebat betul kuasa telinga dan hidung ni kan?

and i'm glad it makes my day... :)

seribu dinar

4zNXv Ayat Seribu Dinar Dalam Rumi Serta Maksudnya

Takwa kepada Allah, tawakal kepada Allah. Jalan keluar, rezeki yang tak disangka-sangka, mencukupkan apa yang tidak cukup. 

Indah betul maksud ayat ini. sesuai sangat untuk aku yang sentiasa tercari-cari. Alhamdulillah, segala apa yang aku cari, tunggu dan terasa tak cukup, Allah telah beri jalan keluar, rezeki yang tidak disangka-sangka dan mencukupkan apa yang tidak cukup.. 

Alhamdulillah semoga aku di jalan yang benar dan tidak terjebak dengan istidraj..

dan mulai hari ini, aku nak betulkan niat aku sebelum aku buat sesuatu. pertama, Lillahi ta'ala, kemudian dengan niat-niat baik yang lain. terima kasih prof muhaya atas nasihat yang sangat berguna ini. 

boleh kata azam tahun baru jugak ni..wish me luck!

Thursday, December 13, 2012

lalala Chrismast trees...

kalau bab hiasan dalam shopping mall ni, aku lebih excited bila dekat-dekat hujung tahun. pokok krismas banyak, cantik cantik pulak, macam-macam hiasan, pokok-pokok kecil, ada lampu blink-blink, ada teddy bear murah-murah, cute stuffs, owls...

nasib baik time kecil-kecil comel dulu tak terdedah sangat dengan shopping mall ada hiasan macam ni, maklumlah, zaman kita yang tua masa kecil dulu shopping mall yang paling hebat pun yaohan, yang dekat the mall sekarang ni.. the rest, isetan dekat dengan tabung haji dan hankyou jaya. 

kalau decoration shopping mall sekarang ni dibawa ke zaman dulu, mesti aku lebih excited nak sambut krismas berbanding nak sambut hari raya. eh.. 





yours truly pun excited bila dah tua macam ni. hehe.. 

ps: tak lama lagi dah nak tahun baru masehi. kalaulah aku ada kuasa menghentikan masa dan usia.. huhuuu...

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

saje je nak tulis and post entry at this exact time and date.. lepas ni dah takde nombor cantik macam ni dah.. setahun ada 12 bulan je.. next nomnbor cantik mungkin 01.01.3001.. fuiyoo lama tu, entah hidup entah tidak..mana tau dunia masa tu dah ada ubat panjangkan usia ke..eh..

happy 12.12.12 everyone. banyak orang kawen, banyak orang beranak kot tarikh ni..

hehe..

Monday, December 10, 2012

big bad wolf, sila tunggu aku

well this few days, many of us posted about their visit to the big bad wolf books carnival. i'm sure that this book carnival is much-much awaited as compared to pesta buku antarabangsa, no? and the crowd, i tell you, its crazy.

tapi tu cerita masa last year. masa tu bbw buat dekat tapak maha.

and seingat aku, aku pergi time lepas maghrib. azmi and i maghrib somewhere nearby and off we went to bbw. Alhamdulillah ada parking, but its quit far. need to climb few stairs, tapi masa tu tak ramai sangat orang..and by the time pukul 8, orang dah start ramai and crowded!

the truth is that, i didn't read half of the purchased book, yet. i'm not that book worm sangat pun. beli je lebih. sebab utama? there are other things i can do like surfing the net laaa, blogging laaa, watching movies laa, and i actually need a very special time to read books. and if i want to read books, it's better for me to read educational books dari buku yang biasa-biasa ni.

banyak betul alasan..

but to see most of the friends went there and bought books, aku rasa nak pergi juga. teruja untuk habis kan duit at least rm50 (6 books boleh dapat kan?). haha.. terpengaruh betul..

hmm, i need to start reading againlah. miss my old time - having a bliss reading books until 2-3 in the morning.


beli lapan buku, baca habis baru 3.. hebat sangat!

the rise of the guardian!

kalau rasa diri childish, silalah tonton ini cerita.

sebab, untuk orang yang berimaginasi tinggi macam aku ni memang sesuai sangat!

and sangat sesuai untuk family yang ada budak kecik, umur tidak kurang dari 3 tahun...

cerita yang best, ada detik-detik yang aku nak nangis (aku memang gembeng sikit kalau part tengok movie - benda terharu sikit nak nangis), ada part yang teruja, ada part yang gembira, ada part yang sangat kelakar, ada part yang sangat kiut! ada part bila nama jack dipanggil "jack, jack, jack.." ada budak kecik kat sebelah azmi pun ikut sekali panggil jack, jack,jack... dahlah suara comel, nampak sangat kan budak pun suka gila cerita tu..

and watak utama dalam cerita ni adalah jack frost, which i think seorang budak yang handsome bersuara matang, dan rupanya suara matang tersebut adalah milik chris pine rupanya!

ahaks, pandanlah i suka sangat.. eh?


hello there! source.

rise of the guardian adalah lain ye dengan cerita Legend of the Guardian, okay. cerita ini mengisahkan tentang  watak-watak yang dianggap dongeng oleh orang dewasa yang sebenarnya wujud dan cuba untuk mempertahankan kepercayaan kanak-kanak terhadap perkara-perkara gembira dan apabila tiba-tiba pitch, seorang watak yang dianggap sebagai mimpi ngeri kanak-kanak datang untuk memusnahkan kepercayaan kanak-kanak dunia menyebabkan semua mereka (north - santa claus, easter bunny dan tooth fairy) semakin lemah. kehadiran jack frost menambahkan lagi kekuatan 'The Guardian' dan bermacam-macam perkara yang mereka lakukan untuk menjadikan kanak-kanak ini gembira semula..

the rest sila tengok sendiri. siapa suka tengok cerita kartun macam aku, memang recommended. bukan sahaja suara chris pine, suara jude law sebagai pitch, dan hugh jackman sebagai easter bunny pun ada..



and here aku bagi sikit review untuk menambahkan keterujaan; 


and this one with the cute jack frost;


nak bagi bintang pun aku tak pandai sangat..maybe 4 out of 5?

memang nice.. :)

Sunday, December 9, 2012

perlawanan piala aff malaysia cool lah!

aku tak nak cerita banyak lah hal bola ni, aku pun bukan reti sangat pun..

tapi hebatlah malaysia walaupun seri, aku tetap rasa malaysia cool sebab aku tak expect pun malaysia boleh menjadi pesaing hebat pada thailand..

sebab aku rasa thailand tu hebat kot!

tahniah again for malaysia walaupun 1-1.. lepas ni kat thailand, sila main elok-elok ye..nanti dah takde gendang dan orang nyanyi-nyanyi beri semangat ye! semangat rakyat malaysia akan terus bertiup ke thailand sana nun!

chaiyok!

Monday, December 3, 2012

breaking dawn adalah senja kala

salam

tengok tajuk diatas, pasti sudah tahu nak cerita apa ini hari..

semalam kami (aku azmi and adik aku mirah) pergi tengok breaking dawn part 2 ya'll!

walaupun hati aku tak se'excited' jika dibandingkan masa zaman remaja dulu, tapi bila tengok rasa best gila, and i think its the best among all 4 (or 5?).

memang awal-awal tu perjalanan cerita agak bosan, aku kerling kerling pada azmi lihat dia dah hampir-hampir nak tidur. aku faham. twilight is not his 'thing'. eheh..

seronok tengok banyak scene magik-magk yang semua vampires tu buat. kalau nak recall balik apa yang aku baca dulu, memang tak ingatlah. it was what, 3 years ago?

tuanyaa aku rasa..

dan aku memang tak sangka kebanyakan watak akan mati (spoil much?) tapi ada sedikit twisted di situ sampai aku pun hampir tertipu..

dan kristen stewart pun nampak lebih tough dan bertenaga dalam cerita ni, maklumlah dah jadi vampire. sebelum ni rasa macam nak lempang je, lemah sangat aku nengoknya...

si budak renesme pun cantik sangatsss...

dan bila cerita habis, rasa macam nak nangis jugak sama perasaan nya bila cerita harry potter habis..

paham tak perasaan tu?

lepas ni tak boleh berangan dah bercinta dengan edward cullen.. kena cari sumber lain pulak. eh..

okay, last, nak letak gambar si lily cute with her new booties!



vogue la kasut tu, mak long nak! hehe..

Saturday, December 1, 2012

greenday, babe!

pokok pandan kat depan rumah aku ni makin mencanak naiknya. dah sama tinggi dengan pokok serai yang 8 kali potong tetap tumbuh tu. tensen pun ade..tapi kang, kalau dipotong semua, nak pakai serai kena membeli pulak tak berbaloi..biarkan ajelah..

seronok aku bukan kepalang bila pandan tu tumbuh sihat.. boleh bertanding dengan makcik depan rumah.. hehe..

aku memang bercita-cita nak tanam pokok kecik berguna contohnya pokok herba lah. hari tu pergi maha, dapat rembat satu je, pokok daun limau purut. harapannya boleh tumbuhla even dalam polibag pun. tengok jiran sebelah tanam terung dalam polibag tu selambanya terung tu tumbuh elok. sekearang dah ada dua bijik, yang satu tu dibiarnye aje tua kat situ, satu lagi baru tumbuh..

tu jelah, yang lain aku tanam jugaklah lengkuas, aku biar cenggitu juga, halia pun ada, tapi senyap je...takpe, kang aku nak pakai aku korek je.. sebab hari tu aku pindahkan dah nampak anak dia.. hehe..



the rest bunga-bunga je..susah betul nak jaga pokok berbunga ni. tapi rose moss okay. biar jelah, tambah musim hujan ni, okaylah dia sebab udara lembab. tapi tanah kering macam mana pun survive jugak pokok ni..


ni pun satu lagi bunga apa tah nama dia. berlambak je aku tengok kat sepanjang jalan besar putrajaya. berbunga cantik jugak, mungkin pakai baja baik dan siram selalu. aku jenis malas siram! sebab kena bukak sliding door (alasan..)


and this one is pokok kacang panjang. aku dapat masa pergi maha yang maha ramai tu.. kretif gila orang yang buat ni, siap ada tali..rajin gila mengikatnya..kalau nak besok korang pergi maha, dan pergi kat booth jabatan pertanian dan tulis nama kat situ, dapatlah pokok kacang! kalau nak beli pon boleh. kalau beli kat mardi, anak pokok ni harga rm1, tapi takde talilaaa.. haha, semata-mata kan? siapa tak suka barang free beb!

sebab rumah aku ada besi cenggini, aku ambik penyangkut bentuk S tu, dan gantung pokok ni macam ni. boleh je nak pindah pasu besar. tapi macam cute sangat je. biarlah dia sihat kat situ..